Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Jumaat, 31 Januari 2014

MB SELANGOR: Khalid akui nasib dirinya 50-50



Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa mengakui tiada sebarang kepastian untuknya terus kekal menerajui kepimpinan negeri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi Dun Kajang kelak. Dia yang berkata ketika diwawancara oleh salah sebuah portal pembangkang hanya mampu mengatakan 50-50.

"Dia (Anwar) boleh cakap 'Saya perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

Walau bagaimanapun menurut Khalid ia bergantung pada keputusan Sultan Selangor sama ada berkenan untuk menerima sebarang cadangan untuk menukar Menteri Besar atau mengekalkan yang lama. Ini kerana perlembagaan Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa istimewa untuk memilih calon sendiri walaupun calon yang dicadangkan mendapat sokongan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam erti kata sebenarnya memang wujud cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang. Namun sama ada Anwar mampu merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung pada perkenan Sultan.

Persoalannya ialah sampai bila rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini?

Ini kerana dia yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini menafikan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Menurutnya, segala dakwaan mengenainya adalah spekulasi semata-mata.


"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sebelum ini.

Persoalannya ialah, sekiranya benar ia hanyalah spekulasi semata-mata, apa rasionalnya bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan? Untuk apa Anwar dipilih untuk bertanding sebagai Adun di kawasan tersebut? Dan yang paling penting, mengapakah Khalid sendiri seperti tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai MB atau sebaliknya?

Kesimpulannya, Anwar sudah berada di satu tahap yang selesa sehingga menyebabkan dia mula merasakan rakyat adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan segala kata yang keluar dari mulutnya. Apa sahaja yang dilakukan olehnya tidak menjadi hal, kerana yang penting sebaik sahaja dia membuka mulut semua akan ternganga dan memilih untuk mempercayainya secara bulat-bulat.



Walaupun dengan menjadikan sistem demokrasi negara ini seperti ‘sarkis’ Anwar yakin rakyat akan tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai MACAI (Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim). Namun apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan politik (political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Seperti kata orang, tak dapat jadi Perdana Menteri, tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.

Berikut adalah di antara penipuan demi penipuan yang pernah dilakukan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini:

18.08.2012 – Saya akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum dan menumpukan perhatian untuk menjadi profesor.

07.05.2013 – Saya tidak bersara. Pakatan Rakyat kalah hanya disebabkan oleh bangla (pengundi hantu) dan blackouts.

20.11.2013 – Saya tidak sebut adanya pengundi dari Bangladesh, itu semua adalah fitnah jahat Umno

27.01.2014 – Saya tidak akan menjadi calon untuk kerusi Dun Kajang

28.01.2014 – Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar. Saya tidak akan ambil alih jawatan MB.

x.x.2014 – (rasanya ramai yang sudah dapat meneka ungkapan yang bakal Anwar sebutkan nanti, selepas berjaya menang di Dun Kajang)
Share:

Dok Kira Anwar Hilang Kredibility, Masa Ust Fadhil Noor hilang 'Kredibility' dahulu hangpa takmau kira..!!

DUN KAJANG - ANWAR HILANG KREDIBILITI......


Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan.  Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS.  Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar.  Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar.  


Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri.  Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar.  Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu.  Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian?

Nah, Us Fadzil kini telah tiada.   Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS?  PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik.  Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya.  Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS.  Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali. 

Kini, Anwar pula dikritik hebat dan beliau hilang kredibilitinya bila dianggap sebagai 'gila kuasa', bila bertanding di Dun Kajang.  Jika dulu Almarhum Us Fadzil dicemuh oleh rakan2 dlm partinya sendiri kerana memilih strategi berbaik dgn Anwar bekas musuh politik PAS, kini Anwar juga dicemuh oleh ahli2nya sendiri.  Apakah Anwar memang sengaja memilih untuk dicemuh atau hilang kredibiliti hanya kerana kerusi Dun? 

Aku yakin, sejarah akan menceritakan kembali kisah ini....
Share:

Kronologi Lengkap Kes Kelar Dan Tetak Anak Sendiri Di Bandar Baru Bangi

Kronologi Lengkap Kes Kelar Dan Tetak Anak Sendiri Di Bandar Baru Bangi


Agak menyedihkan apabila seorang anak mati di tangan bapa kandungnya sendiri. Kejadian menyedihkan berlaku apabila seorang bapa telah mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

Kronologi Kes Bunuh di Bandar Baru Bangi

Pukul 4:00 petang : Khadijah (15 tahun) bersama abang sulungnya (18 tahun) berada di tingkat atas rumah teres ( 2 tingkat) telah terdengar jeritan daripada tingkat bawah dan mendapati bapanya (suspek) sedang memegang sebilah parang dan beliau terus mendapatkan abangnya. Kedua-dua mereka turun bawah mendapati 2 adik perempuan mereka berusia (12 tahun) dan (10 tahun) dalam keadaan berlumuran darah di badan manakala adik perempuan bongsu 7 tahun (si mati) terbaring di atas katil bilik bawah. Suspek pada masa itu dipercayai telah melarikan diri melalui pintu belakang. Seterusnya penama (khadijah) telah hubungi polis.

Pukul 4:15 petang : Norazman Mohammad mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Anak perempuan Norazman Mohammad berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

Pukul 4:19 petang : Semasa sedang bertugas, anggota Gerakan Kajang telah terima panggilan MERS daripada seorang perempuan bernama Khatijah beritahu ada pergaduhan satu tempat kejadian dan telah bergegas ke tempat kejadian dengan kenderaan MPV 206 ke lokasi kejadian. Di lokasi kejadian, ada kesan darah di dalam rumah, dan mendapati ada 3 kanak kanak Melayu telah mengalami pendarahan di bahagian badan. Dimana salah seorang mangsa ini telah meninggal dunia. Ambulan hospital kajang telah di hubungi ke lokasi.

Soalsiasat secara lisan isteri suspek (42 tahun) kerja sebagai pegawai penyelidik di TM Cyberjaya memberitahu suspek tidak bekerja sejak 1 tahun lepas dan sejak kebelakangan ini seperti hadapi tekanan perasaan walaubagaimanapun isteri tidak pernah bertanya sebabnya.


Pasangan suami isteri telah berumahtangga sejak 19 tahun lalu mempunyai 6 org anak berusia antara 18 hingga 7 tahun. (Sulung (L – 18 tahun) , kedua ( L – 17 tahun), ketiga (P – 15 tahun), keempat (P – 12 tahun) , kelima (P- 10 tahun) dan Bongsu (P – 7 tahun). Telah tinggal di rumah sekarang sejak 11 tahun lepas.
Mangsa cedera adalah 2 anak perempuan umur 12 tahun dan 10 tahun kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kajang. 

Manakala simati adalah anak bongsu pasangan ini. Kecederaan jelas pada bahagian leher.

Sejurus kejadian dimaklumkan ops kesan telah dilakukan dan berjaya tangkap suspek di bahagian belakang rumah kawasan semak di mana suspek sedang bersembunyi dalam keadaan kepalanya cedera (berdarah) dan ada 1 ketul batu bata ada kesan darah 25 meter daripada lokasi suspek ditemui.

Suspek yang bersenjatakan sebilah parang mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek



P/S : Peringatan bersama untuk kita semua disebalik kejadian menyayat hati dan tragis seperti ini. Hakikatnya, tekanan memang boleh hilangkan tahap kewarasan seorang manusia yang diberikan akal secukupnya untuk membuat pertimbangan dan berfikir.


Banyakkan berdoa agar Allah melindungi kita daripada kezaliman, kekufuran. 

Alfatihah. Salam takziah kepada keluarga mangsa.
Share:

Victims of Revenge Porn Often Have Nowhere To Turn To

Jenny's boyfriend was trying to persuade her to strip and pose in the nude for him. He said the photographs he would take of her would be for his eyes only. He promised that they would be stored in his computer and kept safe.She believed him.

But when they broke up, the photographs surfaced. He threatened to post the pictures online and then provide a link to her family, her friends and even her employer. Her nightmare had just begun.

Had Jenny been living in California, she would have been in less of a quandary. Governor Jerry Brown has signed into law a Bill criminalising revenge porn, a privacy-breaching act by a former spouse or ex-lover to distribute one's private and explicit photos on the Internet with intent to humiliate the victim.

For most victims, the photos usually appear online only months or even years later, typically after a bad break-up. Under the new statute in California, it is an offence for individuals to take pictures of a person in the nude under the mutual understanding that those images are to remain private, but subsequently circulated without permission such images online with the intent to harass or annoy.

For a first-time offender, a conviction will lead to a six-month jail term and a US$1,000 (RM3,150) fine. In California, it is already a crime to take sexually explicit photos or video images of another person without his or her consent or knowledge.

The measure addresses the increasingly prevalent act of betrayal that typically occurs when a person posts nude images of a former romantic partner online as a way of exacting revenge after a break-up. The images often end up on dozens of revenge porn websites that specialise in publishing such pictures, some of which charge the victims a fee to remove the offending material.

In Malaysia, no one is more familiar with this situation than Datuk Seri Michael Chong, the chairman of MCA's Public Services and Complaints Department. Last year alone, he had to deal with 21 cases. In six of them, compromising photos or videos were actually sent to the women themselves. The rest, while the perpetrators claim to have such material, did not reveal it.

Chong subsequently held four press conferences to warn the public of this threat and to create awareness so women can avoid becoming victims. Unfortunately, his effort was to no avail as the number of cases has not subsided.

This year, as of the end of November, he has encountered 19 cases, six of which had actual incriminating evidence. The majority of the victims are in their 20s and 30s. Ironically, although the victims are educated women, they are also extremely naïve. Some of them have been with their partners for a number of years.

"When the men declare their intention to marry the women, they first ask for proof of their virginity. Then the men convince the women to strip and take pictures of themselves in the nude and send it to them on the pretext of establishing their virtue. That's when the trouble starts," he says.

Recently, the media reported that the blog sweetyoungmalaysiangirls.blogspot.com and Instagram account gadismukabukumy have been taken down as they featured images of young Malaysian women. These images have been used without permission. Not surprisingly, there was a public outcry at the invasion of privacy and sexualisation of these unsuspecting girls.

Whenever victims of revenge porn seek Chong's help, often the women are feeling desperate and on the verge of a nervous breakdown, while some are considering suicide.

"These women often come to me in tears. They are too ashamed to face their family members, their friends and even the people they know at work," he says.

The exact scope of the problem is unclear because many victims never come forward or are simply too afraid to go to the police. Attempts to contact the authorities for statistics have been unsuccessful.
A lawyer, who declined to be named, related a case back in 2011 where the ex-boyfriend of a client had published several topless photos of her online and threatened to publish more. He only stopped doing so after the lawyer threatened the man with legal action for the distribution of the material.

The other common course of action is to lodge a complaint with the Malaysia Communications and Multimedia Commission (MCMC) on the improper use of the Internet according to the Communications And Multimedia Act 1998 (see accompanying story).

However, unlike California, Malaysia does not have a specific law that criminalises revenge porn. Hence, very few cases are actually brought to court. That is one reason the majority of the victims are reluctant to lodge a police report in the first place.

Chong is understandably frustrated when he comes across such cases. 

"When I ask the women why they allowed themselves to be photographed or recorded on video, the women tell me that they were really in love with the men. So they were willing to give in to their men's every request as they believed the men will not do anything to harm them. Some men even cry and make empty promises just to convince the women," he says.

When these victims come to him, Chong insists that they lodge a police report although not all do so. For victims who have been threatened but have not had their photos or videos distributed, he will support them by playing the role of a mediator. If that fails, he takes action by exposing the men's identity and their despicable acts to the media in order to shame them.

For the majority of the victims, they simply want to put the nightmare behind them. Some have taken the drastic step of uprooting themselves from the country and settling down overseas where no one knows them. One victim moved to Taiwan while another migrated to Australia.
However, for Chong, this is akin to running away from one's problems. He believes that the only solution is to make sure that the law can protect the victim so that she will not be harassed again.

This article was first published in the Dec 14, 2013 issue of The Heat.
Share:

Helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) Terhempas di Johor

JOHOR BAHRU - Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan berhampiran Empangan Bekok, Segamat di antara pukul 9 hingga 10 malam tadi, menurut sumber ketenteraan hari ini.


Bagaimanapun, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan, katanya.

"Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum ia terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat,” kata sumber itu kepada Bernama.

Katanya, pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 1 pagi.

Seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawai tentera asing berpangkat Leftenan Kolonel yang bertindak sebagai jurulatih penerbangan, katanya. - Bernama
Share:

Balasan Bila Ditangkap Mencuri

Akibat ditangkap mencuri, pesalah ini diikat di tiang elektrik sebelum menunggu pihak berkuasa tiba. Kejadian di Bercam, Ipoh. Jadikan ianya sebagai pengajaran buat semua masyarakat di luar sana :-)


Share:

4 Petua Panjang Usia, Hidup Lama

Panjang Usia

GAYA hidup masyarakat semakin berubah. Remaja hari ini lebih banyak menghabiskan masa bermain komputer dan berinternet berbanding di padang bersama rakan-rakan. Mereka lebih seronok menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Dari segi pemakanan pula, anak-anak kita hari ini terdedah kepada pelbagai makanan yang siap diproses berbanding makanan segar hinggakan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digemari oleh mereka. Mereka lebih suka makan makanan segera dan minuman berkarbonat.

Maka tidak hairanlah jika masalah obesiti atau lebihan berat badan banyak melibatkan remaja dan anak-anak moden terutamanya yang hidup di bandar-bandar besar. Bukan sahaja anak-anak, malah orang dewasa juga kurang melakukan senaman rutin. Meskipun sudah hampir lewat malam atau sudah awal pagi masih berada di kedai makan lagi. Sedangkan esok perlu bangun awal dan bekerja. Akhirnya, produktiviti kerja menurun dan kualiti hidup terjejas.

Usia yang panjang itu boleh didoa dan diusahakan. Cuba fikirkan apakah penyebab kepada kematian? Memanglah jawapannya takdir dan ketentuan Allah. Tetapi dalam masa yang sama manusia boleh berdoa untuk meminta dipanjangkan usia. Kalau diperhatikan penyebab utama kepada kematian adalah kemalangan, pembunuhan (termasuk bunuh diri), penyakit kronik (termasuk jantung) dan usia tua. Ini bermakna mati itu pada kebiasaannya bersebab. Oleh itu jika kita meminta panjang umur tetapi dalam masa sama tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan sengaja mendedahkan diri pada aktiviti berisiko seperti memandu laju dan cuai, maka kemungkinan doa kita untuk panjang umur tidak dimakbulkan oleh Allah. Kerana setiap doa itu perlu diiringi dengan usaha.

Rahsia kepada usia panjang dan bahagia adalah kehidupan yang seimbang. Terdapat empat perkara yang utama dan perlu diberikan perhatian jika mahu hidup lebih lama dan bahagia.

1. Fikir sebelum makan

Ada orang kata makanan sayang mahu dibuang sebab itu adalah rezeki. Betul, tapi mereka lupa kesihatan tubuh badan juga adalah satu rezeki. Kalau sudah tahu tidak mahu membazir, usah ambil makanan terlalu banyak. Kalau diberikan oleh orang kepada kita, agih-agihkanlah pula kepada orang lain agar tidak membazir. Fikirkan juga sama ada apa yang dimakan itu berkhasiat atau tidak. Budaya terlalu banyak makan makanan yang berlemak, berminyak, bersantan dan bergula hanya memudaratkan kesihatan sendiri.

2. Lakukan senaman secara rutin

Seharian bekerja memang meletihkan. Namun penat bekerja yang tidak mengeluarkan peluh tidak sama dengan penat bersenam yang mengeluarkan peluh. Senaman yang dilakukan secara rutin memastikan badan dalam keadaan baik sehingga ke usia tua. Kalau sudah tidak larat untuk bersukan, cukuplah dengan berlari-lari anak. Kalau berlari-lari anak juga sudah tidak mampu maka usahakanlah untuk berjalan laju beberapa kilometer sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sedikit senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mencegah tubuh badan daripada pelbagai masalah penyakit kesan daripada lebihan kalori dan kolestrol.

Senaman yang berterusan juga menguatkan otot-otot serta sendi dan ini penting dalam proses pembakaran lemak. Mereka yang mengalami masalah berat badan biasanya malas bersenam. Sebaliknya mereka menjadi kuat makan dan kuat tidur. Gejala ini memburukkan lagi keadaan hingga membawa kepada pelbagai masalah penyakit serta keyakinan diri yang rendah.

3. Sentiasa positif

Ada ketikanya berfikiran positif itu tidak menyelesaikan masalah yang ada, tetapi tanggapan ini mengubah cara kita melihat masalah itu dan ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan emosi pada diri. Malah berfikiran positif juga ada ketikanya membolehkan kita memecah kebuntuan terhadap sesuatu masalah yang selama ini terasa begitu rumit. Apa yang menariknya, berfikiran positif mampu mendorong orang yang positif kepada kita untuk membantu menyelesaikan masalah. Mereka yang positif percaya setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya dan mereka belajar sesuatu daripadanya. Dari segi hubungan sosial, mereka yang positif sentiasa bersangka baik, berusaha memperbaiki hubungan, berlapang dada dan suka memaafkan orang lain.

4. Menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah

Mereka yang mencari bahagia, menyerahkan sepenuh jiwa raganya kepada Allah. Hidupnya untuk beribadah kepada Allah. Apa juga yang dilakukan diniatkan kerana Allah. Mereka ini menjaga ibadah wajib dan menambah ibadah sunat. Mereka sentiasa mencari ruang untuk membuat kebajikan, pemurah, suka menolong orang dan hatinya sentiasa mengingati Allah dalam apa juga keadaan dan perbuatan. Mereka percaya tidak ada satu pun musibah yang boleh berlaku melainkan dengan izin Allah. Tahap keyakinan dan tawakalnya terhadap qada’ dan qadar Allah cukup tinggi. Hidupnya tidak dalam keluh kesah, apa lagi merintih atau merungut. Sebaliknya hatinya dididik untuk sentiasa reda dan syukur dengan apa yang diperolehi setelah segalanya diusahakan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Hidup mereka berpaksikan akidah yang mantap, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.

Sumber: Utusan Malaysia

Share:

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
Share:

Kenapa Anwar pilih Kajang?

Kenapa Anwar pilih Kajang
KEPUTUSAN Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang menimbulkan pelbagai persepsi.

Apakah yang mempengaruhi politik di Kajang sehingga menarik minat Anwar bertanding, sedangkan banyak lagi kerusi selamat PKR boleh dipertaruhkan.

Biarpun PKR terang-terangan menyebut, keputusan mempertaruhkan bos mereka bukanlah kepentingan peribadi tetapi kepentingan politik dan perpaduan... namun, tindakan itu membuka pelbagai tanda tanya dalam kalangan pemain dan pemerhati politik.

Jikalau benar sandaran itu diambil, mengapa PRK Kajang tidak mempertaruhkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atau Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di situ.

Bagi penulis, bersandarkan kepada 'kerusi selamat' mungkin salah satu sebabAnwar memilih untuk berada di Kajang bagi memberi satu laluan mudah dalam percaturan politik yang sedang diusahakannya. Anwar dan PKR tentunya mempunyai agenda parti dalam kerangka yang lebih besar bagi meneruskan 'survival' politiknya.

Persoalan ini turut dikongsi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tindakan Anwar bertanding di Kajang antara langkah Ketua Pembangkang itu dalam usaha untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.

“Anwar mungkin ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kebolehannya mentadbir untuk meraih sokongan,” katanya.

Namun orang kanan Anwar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas bahawa calon mereka itu tidak kemaruk untuk menjadi wakil rakyat. Kalau Anwarmahu menjadi perdana menteri, beliau sudah menjadi orang nombor satu negara pada 1998 tetapi sebagai seorang reformis, bukan itu yang dikejarkan, kata Azmin.

Percaturan tetap berlaku - itu jangkaan besar ramai pihak apabila peletakan jawatan Lee Chin Cheh dikatakan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk satu lagi misi utama PKR. Bagaimanapun, Chin Cheh menafikannya. Lebih mengejutkan rakan Pakatan iaitu Pas mula bersuara dan meletakkan situasi yang berlaku ini sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Kajang.

Desas-desus sebelum ini ada mengaitkan beberapa wakil rakyat di Selangor pernah menawarkan kerusi yang disandang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding antaranya Bukit Antarabangsa milik Azmin dan Sri Andalas, kerusi Dr Xavier Jeyakumar. Bagaimanapun Anwar menolak dan memilih Dun Kajang.

Adakah komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India dilihat cukup baik bagi Anwar dalam mencerminkan dirinya sebagai pemimpin pelbagai kaum?

Atau mungkin ini matlamat akhir Anwar dalam mendekati pentadbiran penting negara di Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Kajang. Percaturan politik berada dalam tangan Anwar, namun jari pengundi bakal menentukan kesudahannya.
Share:

Mencari penyelesaian isu penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab Bible Bahasa Melayu

Mencari penyelesaian isu penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab Bible Bahasa Melayu
Mencari penyelesaian isu penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab Bible Bahasa Melayu

Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi negara dan statusnya dilindungi oleh Perlembangaan Persekutuan, iaitu satu dokumen undang-undang yang tertinggi di Malaysia.

Memang tidak disebutkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi, namun acuannya mempunyai unsur-unsur keislaman dan negara Malaysia dibentuk dengan asas-asas kenegaraan Islam.

Yang di-Pertuan Agong juga diberi kuasa dan berperanan rasmi sebagai ketua agama Islam bagi Malaysia (walaupun undang-undang Islam negeri-negeri di Malaysia tertaluk kepada Sultan negeri tersebut).

Beberapa hari lepas, Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam telah bertitah bahawa kalimah ALLAH ini adalah hak eksklusif umat Islam di Malaysia dan pengunaannya dilarang dalam kalangan umat agama lain, khususnya di dalam kitab-kitab agama mereka.

Walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa titah itu khas bagi Negeri Kedah (kerana baginda bertitah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86), namun kesemua Sultan di setiap negeri-negeri di Malaysia mengambil pendirian yang sama.

Terus kepada isu yang ingin saya bawa mengenai pengunaan kalimah ALLAH di dalam kitab bible bahasa Melayu yang sedang hangat diperdebatkan. Isu penggunaan kalimah ALLAH ini sudah agak berpanjangan dan meleret tanpa ada satu keputusan yang konklusif bagi menyelesaikannya serta diterima baik oleh semua pihak yang terbabit.

Perselisihan agama ini perlu dikhatamkan segera oleh pihak yang berautoriti dan jangan dibiarkan konflik ini berpanjangan kerana akan membawa petaka buruk kepada negara yang kita sayangi ini kelak.

Ia juga berkemungkinan akan berlarutan kepada perang agama di Malaysia, jika pelampau-pelampau agama yang taksub membawa isu ini mengikut hawa nafsu yang tidak didorongi oleh akal yang waras.

Maka, saya akan cuba mengupas secara ringkas jalan bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah ALLAH ini dengan membincangkan pandangan para sarjana Islam tempatan dan prioriti memilih pandangan yang lebih lunak, serta persoalan keperluan sikap tegas dan keras dalam isu ini.

Juga akan saya cungkil sedikit dari sudut sejarah perjalanan sunnah kehidupan Rasulullah SAW., sebagai ketua agama Islam di Madinah, bagaimana interaksi kepimpinan baginda dalam mengurus agama kaum Kristian dan Yahudi di Madinah.

Adakah interaksi baginda ini selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Malaysia, dan boleh menjadi suri tauladan untuk sama-sama kita amalkan.


Khilaf ulama dan memilih pandangan yang lebih lunak


Isu pengunaan nama ALLAH di dalam kitab bible bahasa Melayu ini bukan satu isu teras dan pokok dalam Islam. Ia adalah satu isu ranting yang mana para sarjana Islam sedunia mahu pun tempatan berbeza pendapat dan sudut pandang mengenainya.

Kita perlu jelas terlebih dahulu bahawa yang membezakan akidah Islam dengan agama lain bukanlah pada sebutan nama ALLAH itu, tetapi ketulusan tauhid pada yang Esa dan penafian sekutu kepada ALLAH serta unsur-unsur syirik.

Jika kita meneliti di dalam al-Quran, ALLAH SWT menceritakan bagaimana orang-orang musyrik menjawab soalan yang ditanya kepada mereka dengan menyebut nama ALLAH, dan tidak dibantah bahkan dianjurkan untuk kita umat Islam bersyukur dengan pengakuan itu.

Yang dibantah adalah unsur syirik dan penyekutuan ALLAH, bukan pengunaan nama tersebut. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:-

"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "ALLAH". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari ALLAH), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)"

(Luqman : 25)



Juga ALLAH SWT menceritakan di dalam al-Quran mengenai akidah triniti Kristian yang dibawa di dalam kitab bible. Ayat ini tidak langsung membantah mereka menyebut ALLAH, tetapi dakwaan bahawa ALLAH itu adalah satu dari yang tiga itulah yang dibantah dan akan membawa kepada akidah kekafiran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:-

“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya ALLAHh ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..

(al-Maidah : 73)



Umat Islam di Malaysia bersetuju bahawa dalam hal pengunaan kalimah ALLAH di dalam kitab Bible, terdapat khilaf dan perbezaan pendapat antara ulama-ulama kontemporari Islam di seluruh dunia.

Walaupun banyak pihak menyatakan kita perlu mendahulukan pendapat ulama-ulama di Malaysia kerana mereka lebih masak dengan isu-isu dan gaya sosiopolitik tempatan, namun jika diteliti, sama terdapat khilaf dan percanggahan pendapat.

Mufti-mufti kerajaan negeri yang menasihati Sultan dalam isu agama seperti Tan Sri Harussani Zakaria, lebih cenderung kepada pandangan bahawa kalimah ALLAH ini hak eksklusif umat Islam.

Berbeza pula dengan pandangan bekas Mufti Negeri Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak membawa pandangan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi (seorang ulama dunia yang sangat berautoriti dan penerima Tokoh Maal Hijrah Malaysia - 1431/2009), yang membolehkan pengunaan kalimah ALLAH di dalam kitab bible. Dapat disimpulkan bahawa kedua-dua pandangan ini benar, tiada salahnya dan bersandarkan kepada nas-nas Islam yang sahih, cuma berbeza sudut pandang mereka.

Jika kedua-dua pandangan khilaf ini sama-sama benar, maka sebagai pemimpin dan ahli autoriti agama yang menasihati Agong dan Sultan, tiada salahnya jika diambil dan dipilih pandangan yang lebih lunak dengan mereka yang bukan Islam.

Di Malaysia, kita hidup berbilang kaum, adat dan agama. Maka pandangan yang lebih mesra kepada mereka yang bukan Islam perlulah diambil kira agar pergeseran agama dalam Malaysia ini tidak terus-menerus berpanjangan. Sesungguhnya kedamaian itulah yang dicari dan seharusnya menjadi keutamaan dalam Islam.

Malah, jika dilihat dari sudut global pula, jika kita mengambil pendekatan yang membolehkan penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible ini, maka pandangan ini selari dengan pandangan ulama autoriti global seperti Sheikh Yusuf al-Qaradhawi.

Orang-orang yang bukan Islam dari seluruh pelusuk dunia, yang meneropong ke dalam dunia Islam akan lebih melihat keindahan, keselarasan dan kesatuan pandangan ulama-ulama Islam sedunia termasuk Malaysia. Bahkan orang bukan Islam juga tidak pening kepala dengan percanggahan pendapat yang akan menjauhkan mereka dengan dakwah Islam.


Sikap tegas dan keras

Ada sebahagian yang menyatakan bahawa umat Islam perlu tegas dan keras dengan mereka yang bukan Islam sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:-


“Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)..”

(al-Fath : 29)

Memang benar umat Islam perlu tegas dan keras terutamanya kepada perkara yang melibatkan perkara pokok seperti akidah. Sesungguhnya tiada kompromi dan pecanggahan pendapat di dalam isu itu. Malah dengan sebab itu jugalah umat Islam yang tegas dan keras mempertahankan akidah Islam dari unsur-unsur penyekutuan dan syirik, apabila mereka mati di dalam proses mempertahankan itu, syahid adalah ganjaran buat mereka. Mereka ini terus hidup di sisi ALLAH seperti yang dijanjikan dalam firman ALLAH SWT yang bermaksud:-


“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama ALLAH itu orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”

(al-Baqarah : 154)


Namun, sikap tegas dan keras dalam mempertahankan perkara dan isu ranting yang terdapat khilaf dan percanggahan pendapat di kalangan para sarjana Islam tempatan sendiri, kemungkinan akan membawa petaka yang lebih buruk untuk negara.

Sikap tegas dan keras akan membawa kepada ketaksuban yang akan menutup mata dan hati kepada kebenaran dan kedamaian. Jikalau pemimpin-pemimpin agama di Malaysia masih mahu bersikap ‘keras’ dan 'tegas' dengan isu ranting ini, rasanya isu kalimah ALLAH di Malaysia ini tidak akan selesai sampai bila-bila.

Kadang-kala kesilapan kita bersikap keras dan tegas mempertahankan isu yang remeh-temeh, sedangkan isu agama yang lebih besar dan utama kita abaikan.

Islam itu rahmat, dan kerahmatan negara yang dibina atas asas-asas Islam melalui kefahaman dan keadilan sosial oleh pemimpin-pemimpin yang beragama Islam di Malaysia perlu ditonjolkan agar dirasai dan dijiwai oleh semua rakyat terutama mereka yang bukan Islam.

Keadilan ini jika diberi sepenuhnya kepada mereka yang berhak serta dilindungi sepenuhnya hak ini, tidak kira kaum dan agama, lama kelamaan akan memadamkan perspektif negatif mereka terhadap agama Islam dan memudahkan penerimaan mesej kearah kebaikan.


Sunnah, dakwah dan kepimpinan Rasulullah

Jika ditinjau dari sudut pendekatan dakwah dan kepimpinan Rasulullah SAW sendiri, sebagai ketua agama Islam di Madinah, baginda tidak pernah mencampuri urusan ibadah agama lain.

Terpulang kepada orang-orang Kristian dan Yahudi bagaimana mereka mahu mengamalkan agama mereka. Baginda tidak pernah membuat apa-apa ketentuan, perkataan apa yang mereka perlu pakai dan bagaimana mereka perlu beribadah.

Tambahan pula, ALLAH SWT sebutkan bagaimana metod untuk umat Islam berinteraksi dengan mereka yang bukan Islam melalui al-Kafirun, terutama ayat : 6 yang firman-Nya bermaksud:-


"bagi kamu agamamu, dan bagiku agamaku"


Pertelingkahan dan perebutan agama ini tidak akan ada sudahnya selama manusia menghuni muka bumi ini. Maka, ALLAH SWT ajarkan satu ayat kesimpulan yang mudah seperti di atas, agar setiap manusia beramal dengan agama masing-masing.

Jangan ada satu agama, terutamanya agama kita Islam, mencampuri urusan agama lain. Bukan hak kita - umat Islam, untuk menentukan itu dan ini di dalam ibadah dan kitab-kitab agama lain.

Peliharalah dulu keaslian agama kita ini dari tokok tambah yang tiada asal dan usulnya. Biar setiap manusia itu berfikir dan memilih sendiri jalan yang benar.

Lantas, tidakkah lebih elok kita mencontohi sunnah perjalanan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, sebagai ketua agama Islam dalam interaksinya dengan mereka yang bukan Islam; yang mana bukan urusan kita untuk campur tangan dalam menentukan bagaimana mereka yang bukan Islam itu membaca kitab-kitab mereka.

Campur tangan sesuatu agama kepada agama lain tidak selari dengan ayat dan suruhan ALLAH SWT melalui surah al-Kafirun, terutama ayat yang disebut di atas tadi. Dan, jika kita menentukan perkataan apa yang mereka perlu gunakan di dalam kitab-kitab mereka, tidakkah kita sudah terpaling dari ayat ALLAH itu?


Penyelesaian bagi masa hadapan yang lebih baik

Oleh yang demikian, isu persoalan penggunaan nama ALLAH di dalam Bible bahasa Melayu yang ranting ini tidak perlu dijadikan agenda besar umat Islam di Malaysia.

Tumpulah kudrat dan tenaga kita ini kepada agenda Islam yang lebih besar terutamanya ekonomi umat yang kian lama kian pincang. Tidak perlu kita membuang masa mencampuri urusan agama lain.

Masa depan umat Islam bergantung sejauh mana kita dapat membina ruh Islami yang sebenar, dan pada masa yang sama menguasai ekonomi dunia yang pada masa kini semakin jauh dari genggaman.

Bina kembali kekuatan umat Islam yang kita megah-megahkan di zaman kegemilangan kita masa dahulu. Sikap tegas dan keras haruslah bertempat agar kelangsungan keamanan yang telah lama kita nikmati di Malaysia ini akan terus berkekalan.

Membina akidah yang bertunjangkan kepada al-Quran dan as-Sunnah kepada generasi kini dan masa hadapan perlu dijadikan usaha prioriti agar mereka dapat mengenal bahawa ALLAH itu satu; tiada anak dan sekutu, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha pemberi petunjuk dan hidayah agar manusia dapat membezakan mana akidah yang benar dan yang batil.


Ibrahim Adham Asmail

B.A. Pengajian Quran dan Sunnah (Universiti Sains Islam Malaysia)
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog