Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Januari 2014

Dok Kira Anwar Hilang Kredibility, Masa Ust Fadhil Noor hilang 'Kredibility' dahulu hangpa takmau kira..!!

DUN KAJANG - ANWAR HILANG KREDIBILITI......


Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan.  Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS.  Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar.  Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar.  


Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri.  Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar.  Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu.  Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian?

Nah, Us Fadzil kini telah tiada.   Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS?  PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik.  Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya.  Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS.  Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali. 

Kini, Anwar pula dikritik hebat dan beliau hilang kredibilitinya bila dianggap sebagai 'gila kuasa', bila bertanding di Dun Kajang.  Jika dulu Almarhum Us Fadzil dicemuh oleh rakan2 dlm partinya sendiri kerana memilih strategi berbaik dgn Anwar bekas musuh politik PAS, kini Anwar juga dicemuh oleh ahli2nya sendiri.  Apakah Anwar memang sengaja memilih untuk dicemuh atau hilang kredibiliti hanya kerana kerusi Dun? 

Aku yakin, sejarah akan menceritakan kembali kisah ini....
Share:

Kenapa Anwar pilih Kajang?

Kenapa Anwar pilih Kajang
KEPUTUSAN Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang menimbulkan pelbagai persepsi.

Apakah yang mempengaruhi politik di Kajang sehingga menarik minat Anwar bertanding, sedangkan banyak lagi kerusi selamat PKR boleh dipertaruhkan.

Biarpun PKR terang-terangan menyebut, keputusan mempertaruhkan bos mereka bukanlah kepentingan peribadi tetapi kepentingan politik dan perpaduan... namun, tindakan itu membuka pelbagai tanda tanya dalam kalangan pemain dan pemerhati politik.

Jikalau benar sandaran itu diambil, mengapa PRK Kajang tidak mempertaruhkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atau Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di situ.

Bagi penulis, bersandarkan kepada 'kerusi selamat' mungkin salah satu sebabAnwar memilih untuk berada di Kajang bagi memberi satu laluan mudah dalam percaturan politik yang sedang diusahakannya. Anwar dan PKR tentunya mempunyai agenda parti dalam kerangka yang lebih besar bagi meneruskan 'survival' politiknya.

Persoalan ini turut dikongsi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tindakan Anwar bertanding di Kajang antara langkah Ketua Pembangkang itu dalam usaha untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.

“Anwar mungkin ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kebolehannya mentadbir untuk meraih sokongan,” katanya.

Namun orang kanan Anwar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas bahawa calon mereka itu tidak kemaruk untuk menjadi wakil rakyat. Kalau Anwarmahu menjadi perdana menteri, beliau sudah menjadi orang nombor satu negara pada 1998 tetapi sebagai seorang reformis, bukan itu yang dikejarkan, kata Azmin.

Percaturan tetap berlaku - itu jangkaan besar ramai pihak apabila peletakan jawatan Lee Chin Cheh dikatakan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk satu lagi misi utama PKR. Bagaimanapun, Chin Cheh menafikannya. Lebih mengejutkan rakan Pakatan iaitu Pas mula bersuara dan meletakkan situasi yang berlaku ini sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Kajang.

Desas-desus sebelum ini ada mengaitkan beberapa wakil rakyat di Selangor pernah menawarkan kerusi yang disandang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding antaranya Bukit Antarabangsa milik Azmin dan Sri Andalas, kerusi Dr Xavier Jeyakumar. Bagaimanapun Anwar menolak dan memilih Dun Kajang.

Adakah komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India dilihat cukup baik bagi Anwar dalam mencerminkan dirinya sebagai pemimpin pelbagai kaum?

Atau mungkin ini matlamat akhir Anwar dalam mendekati pentadbiran penting negara di Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Kajang. Percaturan politik berada dalam tangan Anwar, namun jari pengundi bakal menentukan kesudahannya.
Share:

Umno gagal pulih hubungan sesama mereka

Umno gagal pulih hubungan sesama mereka

PERSETUJUAN Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi agar formula menentukan calon BN di pilihan raya kecil Kajang seperti mana dicadangkan Khairy Jamaluddin menunjukkan komponen itu masih gagal memulihkan hubungan sesama mereka.

Persetujuan Ahmad Zahid itu juga menunjukkan BN tidak yakin pilihan raya kecil itu dapat diuruskan oleh MCA dan BN akan menang.

Kerusi Dun 25 Kajang adalah diperuntukan kepada MCA.

Sekiranya hubungan sesama mereka, Umno - MCA sudah dalam keadaan baik dan mantap seperti mana didakwa, sudah pasti tidak timbul cadangan agar formula menentukan calon di PRK Kajang itu dibangkitkan. Ia pastilah meneruskan status quo yang ada.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya menegaskan bahawa orang Cina sudah kembali meyokong kerajaan.

Ratusan juta peruntukan, khasnya untuk pendidikan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina diberikan bagi mengambil hati orang Cina sehinggakan ada orang Melayu Umno mempertikaikan kejujuran kerajaan.

Akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia pula beberapa kali menggertak orang Cina dengan provokasi-provokasi seperti, tsunami Cina, apa lagi orang Cina ingini dan sebagainya.

Golongan fanatik dan rasisme Umno pula secara terang-terangan mahukan kerusi itu ditandingi oleh Umno.

Ini menunjukkan bahawa pemulihan kepada persefahaman Cina dan Melayu dalam BN masih tidak wujud.

Dengan hakikat yang ada ia amat sukar untuk BN merampas kerusi berkenaan menerusi pilihan raya kecil nanti.

Apakah Najib Razak akan mengambil pendekatan untuk tidak meluka hati sesama sendiri dengan tidak menghantar calon ke Kajang? Boleh jadi. Kata Najib, BN akan bermesyuarat dan mengkaji keperluan itu.

Walaupun tindakan tidak menghantar calon ke Kajang itu satu tindakan bijak tetapi ia pasti akan ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Tafsiran yang popular nanti bahawa sudah wujud persefahaman secara senyap di antara Najib dengan Anwar.

Boleh jadi pilihan raya kecil itu adalah perasmian kepada konsensus (rekonsiliasi) nasional.
Kalau ini terjadi bermakna rakyat Malaysia sedang berada dalam keindahan seni politik yang menakjubkan.

Selepas ini kita dengar pula apa komen Mahathir Mohamad, setelah Muhyiddin Yassin awal-awal lagi dengan nada tidak yakin mengatakan; bila ada pilihan raya kita akan meletakkan calon ia memberi petunjuk di pihak sebelah sana pasti tidak seronok dengan tindakan Najib.
Share:

Khamis, 30 Januari 2014

WIKIPEDIA : PANASSS!!! Anwar tersenarai sebagai Menteri Besar Selangor.

WIKIPEDIA : PANASSS!!! Anwar tersenarai sebagai Menteri Besar Selangor.



Dalam pada Anwar cuba menafikan akan menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB.
Wikipedia dah masukkan nama Anwar Ibrahim dalam list Menteri Besar.
(KLIK DIBAWAH)

List of Menteris Besar of Selangor

Wikipedia, the free encyclopedia - http://en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_Menteris_Besar_of_Selangor





Share:

Rabu, 29 Januari 2014

JANGAN Tertipu...! Inilah Sebenarnya Calon PKR Untuk PRK N25 DUN Kajang


Menurut sumber berita daripada sahabat sahabat yang bertugas dengan ADUN Batu Caves, YB Amiruddin Sha'ri terbongkar sudah kisah benar siapakah yang akan menjadi calon PKR untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil [PRK] N25 DUN Kajang.

Calon yang terpilih akan membawa panji lambang PKR untuk PRK N25 DUN Kajang adalah Tan Ah Kow, Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Kota Raja.

Tan Ah Kow adalah bekas calon PKR yang pernah bertanding atas tiket PKR pada PRU ke 11 tahun 2004, mencuba nasib di DUN Sri Andalas tetapi ditewaskan oleh calon MIC-BN Puan Kamala Ganapathy.

Anak muda berbangsa tionghua ini adalah aktivis Keadilan sejak penubuhan parti ini dari tahun 1999. Beliau berasal dari Kedah dan menetap di Bukit Kemuning pernah menjadi  Majlis Pimpinan Pelajar [MPP] Universiti Malaya. Sekarang ini Tan Ah Kow merupakan Ahli Majlis MBSA.

Menurut sumber dari pejabat YB Amiruddin berkata "move dan trick kami mewar-warkan nama Anwar Ibrahim sengaja dibuat untuk melembutkan hati Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai MB Selangor"

"Nanti bila Tan Sri Khalid sudah secara rasmi meletakkan jawatannya, Anwar akan umum dia tak akan bertanding dan ini akan membuka pintu yang luas untuk Azmin Ali melangkah masuk sebagai MB Selangor yang baru.." tambahnya lagi.

BIJAK sungguh dan sangat licik sekali 'game' tentera Azmin untuk 'trick' Khalid Ibrahim agar mengosongkan jawatan Menteri Besar Negeri Selangor. Rupa-rupanya Sidang Media tengahari tadi hanyalah sandiwara untuk memerangkap Khalid Ibrahim....

KESIAN...!
Share:

Belum tentu Anwar akan jadi MB Selangor walau menang di Kajang


Datuk Seri Anwar Ibrahim belum boleh senyum dan yakin akan menjadi Menteri Besar Selangor walaupun menang pilihanraya kecil DUN Kajang nanti.

Buat masa ini, kedudukan parti di DUN Selangor ialah PAS (15 kerusi), DAP (15 kerusi), PKR (14 kerusi) dan BN (12 kerusi). Jumlah kesemua kerusi ialah 56 kerusi. Kalau Anwar memenangi DUN Kajang, jumlah kerusi PKR tidak berubah iaitu 14 kerusi kerana mantan YB Lee Chin Cheh yang meletak jawatan itu adalah dari PKR.

Untuk menjadi seorang Menteri Besar yang tidak akan berdepan dengan undi tidak percaya, calon MB itu perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli DUN atau sekurang-kurangnya 29 ahli DUN dari 56 ahli DUN keseluruhannya.

Kita maklum PAS berang dengan Anwar kerana tidak berbincang dengan mereka sebelum "pelan strategik" Anwar ini dilakukan. Malah dari dulu lagi kita mendengar ada pemimpin PAS yang mengatakan calon mereka lebih layak menjadi MB Selangor atas alasan mereka mempunyai kerusi yang lebih banyak dari PKR.

Kalau PAS mahu menawarkan ahlinya untuk menjadi calon MB, ahli-ahli DUN terpaksa mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan kepada Anwar atau calon MB dari PAS. Kalau ini terjadi maka satu senario yang menarik akan berlaku.

Bayangkan jika semua 12 ahli DUN BN tidak mengundi Anwar sebagai calon MB dan ditambah dengan 15 ahli DUN PAS yang juga tidak mahu mengundi Anwar menjadi calon MB, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan Anwar sebagai MB ialah 27 ahli. Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan Anwar. Kalau Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengundi menyokong Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Kalau ada lagi seorang ahli DUN dari PR yang tidak sebulu dengan Anwar tidak mahu beliau menjadi MB, maka undi tidak menyokong Ahli DUN itu akan menjadikan impian Anwar untuk menjadi MB berkecai.

Satu lagi senario ialah jika Anwar kalah di Kajang, jumlah ahli DUN BN dan PAS ialah 28 manakala PKR dan DAP tinggal 28. Maknanya seri. Sekali lagi undi Tan Sri Khalid Ibrahim (atau satu undi dari mana mana ahli PKR atau DAP yang lain) akan menjadi penentu. Mungkinkah Tan Sri Khalid (yang sudah tentu merasa amat terhina dengan penguguran beliau dari jawatan MB) akan mengundi calon PAS atau berkecuali? Apa-apa pun kedua-dua keputusan itu akan menjadikan calon PAS menjadi MB Selangor. Senario ini amat menarik.

Persoalannya apakah akan ada ahli-ahli DUN dari PKR dan DAP yang berani membuat perubahan? Ingat, politik Selangor tidak pernah sunyi dari kontroversi.



Share:

Selasa, 28 Januari 2014

Analisis PRK DUN Kajang: Dari Perspektif Seorang Mahasiswa


Ramai orang terkejut mendengar perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang pada 27 Januri 2014. Perletakkan jawatan tersebut memberi laluan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kajang dan ianya merupakan PRK yang ketiga selepas PRK DUN Kuala Besut di Terengganu dan PRK DUN Sungai Limau di Kedah. Kali ini, PRK akan diadakan di negeri Selangor. Ini juga merupakan PRK pertama di Selangor selepas PRK Parlimen Hulu Selangor sebelum Pilihan Raya UMUM (PRU) 2013 yang lalu.

DUN Kajang mempunyai jumlah pengundi seramai 39,030 pada PRU13 iaitu peningkatan sebanyak 9,162 pengundi atau 30.67 peratus berbanding PRU12 iaitu seramai 29,868 pengundi. Jika mengikut pecahan kaum, DUN Kajang mempunyai 48.48 peratus pengundi Melayu, 40.46 peratus pengundi Cina, 10.15 peratus pengundi India dan 0.91 pengundi pengundi lain-lain kaum pada PRU13 manakala pada PRU12, terdapat sebanyak 46.60 peratus pengundi Melayu, 44.10 peratus pengundi Cina, 8.70 peratus pengundi India dan 0.60 peratus pengundi lain-lain kaum. Hal ini bermakna, pengundi Melayu dan India menyaksikan peningkatan jumlah pengundi masing-masing sebanyak 1.88 peratus dan 1.45 peratus. Pengundi Cina mengalami sedikit penurunan sebanyak 3.64 peratus jumlah pengundi. Mari kita analisis pola pengundian DUN Kajang pada PRU12 dan PRU13.

Pada PRU 2013, kerusi DUN Kajang menyaksikan perlawanan 6 penjuru antara Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN), Parti BERJASA, dan tiga Bebas.  PR meletakkan Lee Chin Cheh dari PKR yang merupakan bekas pemimpin Parti GERAKAN di Selangor, BN meletakkan Lee Ban Sang dari MCA, Parti BERJASA meletakkan Mohamad Ismail, dan tiga orang lagi merupakan calon bebas iaitu Mohd Khalid Kassim, Ong Yan Foo dan Mohd Iwan Jefrey Abdul Majib. Calon PKR, Lee Chin Cheh, berjaya memperolehi 19,571 undi manakala pencabar terdekat beliau dari MCA, Lee Ban Sang, pula berjaya memperolehi 12,747 undi. Calon BERJASA, Mohamad Ismail, hanya memperolehi 1,014 undi manakala calon bebas Mohd Khalid, Ong Yan Foo dan Mohd Iwan masing-masing memperolehi 83 undi, 85 undi, dan 249 undi. Undi rosak pula sebanyak 541 menjadikan jumlah keseluruhan keluar mengundi sebanyak 34,290 atau 87.86 peratus. Lee Chin Cheh berjaya mengekalkan kemenangan PKR di DUN Kajang dengan majoriti sebanyak 6,824 undi.

Pada PRU 2008, kerusi DUN Kajang menyaksikan perlawanan 2 penjuru antara PR dan BN. PR meletakkan Lee Kim Sin dari PKR manakala BN meletakkan Datin Paduka Low Lee Seng dari MCA. Lee Kim Sin yang mencuba nasib beliau buat kali kedua ini (selepas PRU11) memperolehi undi sebanyak 13,220 manakala penyandang kerusi tersebut, Low Lee Seng, memperolehi undi sebanyak 9,952. Undi rosak pula sebanyak 560 menjadikan jumlah keseluruhan keluar mengundi sebanyak 23,732 atau 79.46 peratus. Lee berjaya menawan kerusi tersebut menerusi tiket PKR dengan majoriti sebanyak 3,268 undi.

Dari segi analisis undi, pada PRU13, PKR dan MCA masing-masing berjaya menambah jumlah undi sebanyak 6,351 atau 48.04 peratus dan 2,795 atau 28.08 peratus. Walaupun kedua-dua parti ini memperolehi peningkatan undi dari segi jumlah dan peratusan, MCA gagal merampas kerusi DUN Kajang dari PKR kerana jumlah peningkatan undi parti tersebut terlalu sedikit berbanding dengan PKR.  Bilangan keluar mengundi pula meningkat sebanyak 10,558 orang atau 44.49 peratus. Hal ini bermaksud PRU13 di DUN Kajang lebih hangat berbanding PRU12.

Perletakkan jawatan Lee Chin Cheh telah menimbul banyak spekulasi dari dalam dan luar parti bahawa tindakan beliau mengosongan kerusi tersebut adalah untuk memberi laluan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk bertanding untuk mengantikan jawatan Mentri Besar dari Tan Sri Khali Ibrahim. Lee Chin Cheh bertindak sedemikian ekoran terdapat kontoversi yang melanda pentadbiran PR di Selangor antaranya kenaikkan gaji ADUN dan Speaker DUN, pelan penstrukturan air dan kemuncaknya Azmin Ali digurgurkan dari Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Di kalangan polikus dan penganalisis politik, terdapat beberapa sebab Azmin Ali disingkirkan dari PKNS.

Pertama: Saranan penyokong Azmin agar beliau menjadi Mentri Besar selepas PR berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada PRU13 lepas

Kedua: Mengurangkan pengaruh Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid

Ketiga: Kelantangan penyokong Azmin yang dilihat semakin vokal mengkritik pentadbiran Tan Sri Khalid

Keempat: Mempopularkan Tan Sri Khalid agar beliau dilihat sebagai alternatif kuat mencabar Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada bulan April ini.

Atas desakan penyokong Tan Sri Khalid dan Azmin ini, maka, terdapat satu cadangan agar DSAI dilantik sebagai Mentri Besar untuk mendamaikan kedua-dua pihak dan ini bermakna seorang ADUN harus berkorban untuk merealisasikan usaha ini. Lee Chin Cheh adalah orangnya dan beliau secara rela hati melepaskan kerusi tersebut agar DSAI dapat dicalonkan demi kesejahteraan pentadbiran PR di Selangor.



Pelawanan bakal bermula di DUN Kajang tidak lama lagi. Memandangkan kerusi tersebut telah dimenangi ole PR sebanyak dua kali, maka, calon yang akan bertanding di kerusi tersbut haruslah datang dari PKR. Pada 28 Januari 2013, PKR telah menamakan DSAI akan dicalonkan di DUN Kajang dan ini telah menguatkan lagi sepekulasi bahawa beliau akan menjadi Mentri Besar Selangor jika PKR berjaya mempertahankan kerusi DUN Kajang. Satu perkara masing belum terjawab, siapa pula calon BN di DUN Kajang? Adakah mereka akan mencalonkan semula Lee Ban Sang atau terdapat calon muka baru samada dari MCA ataupun UMNO? Mungkinkah UMNO akan mencalonkan Datuk Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang memandangkan beliau sekarang bukan lagi seorang Menteri Perseketuan? Walaubagaimanapun, saya percaya pihak BN akan meletakkan calon yang tidak begitu kuat di DUN Kajang memandangkan lawan mereka bukan calang-calang orang. Sukar untuk BN menawan DUN Kajang dari PKR kerana DSAI mempunyai penyokong yang banyak di seluruh Malaysia iaitu 50.87 peratus. Mungkin terdapat sedikit penurunan undi untuk PKR kali ini kerana seperti biasa, apabila terdapat PRK, seluruh jenteran BN akan tertumpu di kawasan tersebut dan kita akan mendengar pelbagai janji-janji manis yang akan ditaburkan oleh BN. Namun saya percaya, tidak mustahil undi PKR akan melonjak naik biarpun PRK kerana sentimen anti-kerajaan sekarang semakin kuat kesan daripada polisi BN yang menaikkan harga barang, isu Kalimah Allah dan isu kangkung. Semestinya, BN juga akan memainkan isu Penceraian Nurul Izzah dan isu Jepun terhadap PKR kerana umum mengetahui, BN lebin gemar memainkan isu peribadi berbanding isu ekonomi, sosial dan politik yang diperjuangkan oleh PR.

Pakatan Rakyat terutamanya dari Sabah dan Sarawak harus bersedia untuk membantu DSAI kerana kemenangan dan kekalahan beliau akan memberi kesan kepada kita pada PRN Sarawak nanti. PR Sabah dan Sarawak harus membuktikan kesungguhan untuk menjadikan DSAI Perdana Menteri Malaysia pada PRU14. PR Semananjung juga perlu mengunakan khidmat dari Sabah dan Sarawak untuk menunjukkan solidariti memperjuang hak rakyat Malaysia. PR Semenanjung dan PR Sabah dan Sarawak saling memerlukan antara satu sama lain. Kesimpulan awal awal, peluang untuk BN menawan kerusi DUN Kajang adalah tipis dan PKR akan mengekalkan kerusi ini.

Sama-sama kita saksikan perlawanan ini.

Pstttt ==> Baru faham apa maksud tweet ni



Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts