Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Sabtu, 17 Jun 2017

1,746 Peneroka Mula Terima Bayaran Hasil Mingguan


KUALA LUMPUR – Bulan Jun 2017 bermula pembayaran mingguan untuk menepati permintaan seramai 3,375 peneroka sejajar dengan pengumuman yang dibuat sebelum ini bagi mewujudkan satu dana pusingan sebanyak RM100juta.

Daripada jumlah 3,375 permohonan yang diterima, seramai 1,746 orang telah mula menerima bayaran pada hari ini melalui akaun bank masing-masing.

Seramai 1,629 peneroka telah memohon bayaran secara tunai.

Pengurusan Felda akan membantu peneroka ini untuk membuka akaun bank bagi memastikan bayaran kepada peneroka melalui akaun bank persendirian dilaksanakan sejajar dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan transaksi secara tunai.

Ini juga dilihat dapat membantu Felda dalam pengurusan wang yang lebih selamat, mengelakkan ketirisan, gunatenaga petugas yang lebih cekap dan penjimatan kepada kos pengurusan.

Pengurusan Felda akan sentiasa komited untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada peneroka.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts