Assalamualaikum W.B.T...
Mungkin ada antara kita yang dah selalu pegi LCCT
KLIA. Mungkin ada yang selalu pegi naik kereta ataupun teksi. Mungkin ada yang
selalu pegi naik train dan mungkin ada yang selalu naik bas. Tapi~ mungkin ada
jugak yang belum pernah ke LCCT tapi nak pegi ke sana.
Ha~ dalam post kali ni aku nak share skit panduan
ke LCCT secara umum. Ini pun sebab aku selalu ke sana. Hehehe ~ Apa tu LCCT? Ia adalah singkatan dari perkataan Low Cost
Carrier Terminal kat KL International Airport, Sepang. Panduan ni untuk
sape-sape nak pegi ke KL sampai ke KL Sentral pastu naik bas ke sana. Panduan
naik transport awam la katakan.
Mula-mula kalau sesiapa yang dari Pahang (sebab aku orng Pahang) akan berhenti di Stesen Bas Pekeliling @ Titiwangsa. Lepas tu guna jejantas kat tepi tu pergi ke Stesen Monorail. Then beli tiket monorail berhenti dekat
stesen KL Sentral (RM 2.50).
KL MONORAIL |
ULAT BELUNCAS |
Kalau dari lain2 negeri tu korang berhenti dekat Stesen Putra atau Pudu pun kena pergi KL Sentral dulu. Dari stesen KL Sentral korang kena naik bas ke LCCT. Stesen bas tu terletak di
bahagian bawah KL Sentral. Kena jalan keluar pergi dekat pintu masuk yang ada
kaunter aiskrim McDonald. Kena turun tangga ke bawah.
Ada 2 perkhidmatan bas untuk ke LCCT. Satu ialah
Aerobus yang berwarna kuning dan satu lagi SkyBus yang berwarna merah. Aku
pernah naik dua-dua bas tu dan aku sarankan korang naik SkyBus. Interior SkyBus
cantik dan bersih sikit. Harga tiket untuk satu perjalanan sehala ialah RM 8.00
untuk Aerobus dan SkyBus RM 9.00. SkyBus mahal seringgit je. Kalau korang nak
tau waktu perjalanan SkyBus korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Hampir
setiap setengah jam akan ada satu bas.
AEROBUS |
JADUAL AEROBUS |
SKYBUS |
TIKET SKYBUS |
JADUAL SKYBUS |
Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT ambil masa lebih
kurang 60 – 80 minit. Pandai-pandai la nak set waktu. Lepas tu sampai la kat
LCCT. Mudah je, perjalanan balik sama je sebab korang kena naik bas tempat
korang diturunkan. Semoga post ni dapat jadi panduan untuk semua.
If rasa nak cepat dgn naik ERL rujuk "di sini"
If rasa nak cepat dgn naik ERL rujuk "di sini"
0 comments:
Catat Ulasan