╔╗║╔╗║ ═════════════════════════╗
║║║║║║▒.✩ BELAJAR DARI PISANG DAN HATI ✩.▒║✩
║╚╝║╚╝ ═════════════════════════╝
✩
...
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke
kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung
kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap
murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa
tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya
sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang
simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama
seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu,
pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk .
Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan
itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang
menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu,
pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat.
Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey
semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci
permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih
teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan
bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan
perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan
mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika
kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk
seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian
sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam
mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih
baik darpada membenci.
●●Moralnya, jangan simpan kebencian,
dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg
makin membusuk, begitu juga hati.
●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●
0 comments:
Catat Ulasan