Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label MORALNYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MORALNYA. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Januari 2014

RAKAMAN DETIK KHALID MB SELANGOR MENANGIS KETIKA DIPAKSA ANWAR


Tragis: Saat-saat MB Khalid Menitiskan Air Mata Ketika Dipaksa Mengumumkan Calon PKR Kajang

Dalam bahasa Inggeris : Khalid Ibrahim's expression says it all. Picture taken after he announced Anwar as PKR candidate for Kajang.

Faekah Sang Setia Berkata : Anwar kah Yang Mengejar Bernafsu Besar? Sebesar manakah Nafsu Anwar?

Pengundi Kajang faham MB Khalid dipaksa turun. MB Khalid dipaksa menerima pemecatannya, MB Khalid dipaksa berbohong kepada wartawan, MB Khalid dipaksa senyum dlam tangis di depan kameraman, namun sebagai manusia biasa kadang-kadang MB Khalid tidak dapat menahan air matanya menitis.
Share:

Rabu, 22 Januari 2014

Faktor Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim Tidak Dibenarkan Masuk ke Jepun

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun Ahad lalu kerana dia telah disabitkan atas rasuah di Malaysia pada tahun 1999. 


Akhbar Bahasa Inggeris The Star memetik jurucakap Kedutaan Jepun Tomoko Nagai sebagai berkata bahawa negara ini biasanya akan menolak kemasukan mana-mana orang dengan sabitan terdahulu di Jepun atau negara-negara lain, dan yang telah dihukum penjara selama setahun atau lebih. 


Ini telah ditetapkan dalam Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian Akta Jepun, katanya. 
Anwar didapati bersalah rasuah pada tahun 1999, kerana mengganggu siasatan polis dalam tuntutan salah laku seksual terhadapnya.

"Seperti yang kita tahu, Anwar telah dibenarkan masuk ke Jepun pada tahun 2011 dan 2012, tetapi semasa (bahawa) tempoh, dia mempunyai kebenaran khas daripada negara ini," dilaporkan berkata jurucakap itu. 
"Kali ini, bagaimanapun, beliau tidak meminta untuk kebenaran khas, dan oleh itu tidak dibenarkan masuk ke negara ini."
Share:

Khamis, 16 Januari 2014

Isu "Kangkung" :- Bukti Masalahnya Bukan Komunikasi, Tapi Spin Story

Kangkung: Bukti Masalahnya Bukan Komunikasi, Tapi Spin Story


ASALNYA penulis tak beri perhatian sangat kepada beberapa kenyataan Menteri dalam beberapa isu yang dijadikan bahan jenaka oleh balaci pembangkang.  Sebab penulis tidak nampak keperluan melayan isu macam itu kerana ia jelas hanya taktik pembangkang untuk memburukkan menteri-menteri terbabit.Kalau betul cakap pun macam itulah niat, kalau salah cakap, apatah lagi.

Tapi bila  kenyataan Perdana Menteri mengenai harga kangkung turun ini dijadikan bahan jenaka, penulis nak jelas apa yang samar sebelum ini bahawa dalam isu kenaikan harga barang sekarang, soalnya bukan Perdana Menteri atau Menteri tak telus dalam beri penjelasan, tapi kerana apa pun penjelasan yang diberi, akan diputar belitkan oleh para macai pembangkang yang pro dubor Anwar Ibrahim. Itu saja masalah sebenarnya.

Perdana Menteri hanya ambil satu contoh, kangkung dan menyebut hal-hal lain yang lebih penting tentang kenaikan harga sesetengah barangan tertentu (bukan kawalan kerajaan), tapi balaci yang singkat otak ini, hanya ambik yang kangkung itu saja untuk jadi bahan ketawa, bodoh tak bodoh punya pendekatan.
Sememangnya, dalam banyak hal, kerajaan dah respon dengan cara yang betul dah dalam soal kenaikan harga, tapi semua respon itu tidak sampai kepada macai sebab mereka pilih untuk baca cerita yang dah diputar belitkan, bukan fakta yang sebenar. Jadi sampai bila nak selesai masalah?


Selepas ini kalau baca apa yang macai tulis pasal kenaikan harga barang ini, sedarlah bahawa isu itu sama ada tidak ada tapi diada-adakan atau isu itu sebenarnya kecil dan terpencil, tapi diperbesar-besarkan macam isu nasional sangat. Fakta dan intergriti penulisan seperti itu, bahkan isu yang dibangkitkan itupun (kenaikan harga barang) hampir tidak ada. hanya simulasi semata-mata.

Sebab itulah kita lihat sendiri, dari 28 juta rakyat Malaysia ini yang dikatakan terjejas dengan kenaikan harga barang sebaik 2014 bermula, hanya kurang 5,000 orang saja yang hadir malam tahun baru di Dataran Merdeka untuk menyokong demonstrasi Turun Kos Sara Hidup. Kurang 5,000 ini tak wajar dijadikan panduan untuk mengatakan seluruh rakyat Malaysia tertekan dek kenaikan harga barang pun kerana ia kecil sangat dari segi jumlah dan nisbah.  Itu pun hanya anggaran kasar kerana pada malam itu memang ramai orang ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baru bersama keluarga, puak ini saja yang datang buat kacau.

Tapi sebab nak juga tunjuk konon dapat sambutan di samping memastikan isu ini tidak hilang ditiup angin, maka diputar belitkanlah kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin kerajaan macam dalam isu kangkung ini. Situ pun dah tahu mentaliti pembangkang di tahap mana, lebih bawah dari tanah.

Pssstttt Kangkung Goreng Belacan sodap seh :-)

Share:

Isnin, 2 April 2012

7 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH DALAM HIDUP





DALAM hidup ini ada tujuh perkara yang tidak boleh kita ubah iaitu:

Jenis kelamin dan jantina 
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.


Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.


Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.
Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.


Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.




WALAU BAGAIMANAPUN TERDAPAT 5 RESIPI UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN DIRI ANTARANYA :-







  • Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.
    Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
  • Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.
    Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.
    Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.
    Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.
    Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.
    Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.

    Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya........ ;-)
  • Share:

    Sabtu, 17 Disember 2011

    PERKAHWINAN "GAY" LELAKI MELAYU MALAYSIA PERTAMA!!

    BERJAYA MELUKAKAN HATI RAMAI PIHAK!!!!!!!!!!!!!!!!!


    Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia ni. Lihat bawah ni :-




    MAAF, MATA MEREKA TERPAKSA DI SENSORKAN


    Nauzubillahimin zaliq. Namanya cukup baik *****. Tak peliklah jika dia seorang pelajar yang bijak. Tapi sayang, mungkin akademiknya cukup tapi didikan akhlak dan agama mungkin kurang.

    Cukuplah tiga gambar neh. Memang merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh dia. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa dia, individu yang paling sayangkan dia muka bumi. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si dia ni.

    Hmmmmm..... Yang salah tetap salah, kita perlu tegur, walau apa pun yang terjadi mak ayah kena ingat. Jangan abaikan mak ayah kita sebab tanpa mereka kita takkan wujud. Bukan nak berlagak pandai ataupun alim tapi jangan sesekali menghancurkan hati mak ayah kita. Neraka diamnya. 
    Jangan biarkan akal menipu kita sebab tu semua tipu helah syaitan dan iblis untuk merosakkan anak-anak Adam

    Untuk rekod, gambar ni bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia. 

    Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara ni dengan orang luar. Maknanya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.

    Bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story ni mesti rasa sedih sangat2. So tolong la kekawan, jaga bahasa kita. Sebab apa saya dapat lihat pada blognya terlalu banyak cacian yang dianggap melampau.  Memang kita geram lihat perlakuan dia, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga dia yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu ni.

    Sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam ni? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap kamu? Untuk rekod korang, dia ni pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.  

    Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang ni ialah bapa dia sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat hati dia ni.

    Tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara kamu masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir. 

    Sekurang2nya biarlah mereka meluahkan apa yang mereka rasakan selama kamu menghilang dan baru-baru ni telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah, tanpa jasa mak bapa kamu bukan sapa2. Kamu x boleh putuskan hubungan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2. Kejam pun sepatutnya ada limit, apatah lagi pada keluarga sendiri. 

    Ya Allah..buka kan kembali hati hambamu ini kembali ke pangkal jalan. Jangan biarkan ia tersesat jauh sebelum terlambat. Tak tahu nak kata apa lagi. Sama-sama kita mndoakan supaya beliau sedar akan kesilapannya...

    Sekian......


    Blog yang mendedahkan gambar ni telah hilang tanpa dikesan.

    Share:

    Khamis, 17 November 2011

    BELAJAR DARI PISANG & HATI


    ╔╗║╔╗║ ═════════════════════════╗
    ║║║║║║▒.✩ BELAJAR DARI PISANG DAN HATI ✩.▒║✩
    ║╚╝║╚╝ ═════════════════════════╝


    ... Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

    Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

    “Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

    Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

    Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

    “Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

    “Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

    Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

    ●●Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

    ●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●


    Share:
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Random Posts