Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Januari 2014

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
Share:

Khamis, 30 Januari 2014

Sendaloka Kajang Berlipat Sempena Pilihanraya Kecil Kajang (PRK Kajang)

Sendaloka Kajang Berlipat

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pakatan bermaksud satu muafakat
Tapi bertindak sendirian melulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Sesuka hati melepaskan mandat
Semata melempias agenda tertentu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pedulikan susah dan perit rakyat
Yang penting tertunai kehendak nafsu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Jangan serabutkan rakan dan rakyat
Kerana berbalah sesama puakmu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Kalau pun sudah berasa kuat
Janganlah sampai rakyat jemu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Membazir tenaga dan harta rakyat
Ketika kos hidup perit membelenggu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Andai berkawan tak reti hormat
Jangan ditagih jentera membantu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Bertindak sendiri sebelum mesyuarat
Tanggung sendiri padan mukamu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Hajat nak jadi PM tak dapat
Baik gomol pulun MB dulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Berjuang kalau tak peduli akhirat
Ikut hati mati, ikut nafsu lesu

Cetusan rasa ;

Mohamad Hazmi Dibok
Ahli Pas
Kawasan Paya Besar


Share:

Rabu, 22 Januari 2014

Apa Kaitan Anwar Ibrahim Tidak Dapat Masuk Jepun Serta Wang RM 500 & RM 1000 ??

Semua masih ingat Tun Mahathir haramkan duit Malaysia note RM500 dan RM1000? Yang lama pasti tahu tapi yang muda ni tak tahu. Tak tahu tu elok lah search cari note RM500 dan note RM1000 tu yang di haramkan oleh Tun M sewaktu Anwar Ibrahim di pecat dari Timbalan Perdana Menteri.


Mengikut sumber Wang note RM500 dan RM1000 tu disimpan di China dan Jepun oleh Anwar Ibrahim. Jumlah nya Thrilion ringgit Malaysia beb. Duit sapa lagi kalau bukan duit Anwar Ibrahim dan sekutunya?
So Anwar Ibrahim ke jepun atas sebab berjumpa dengan proksinya yang menyimpan duit tersebut. Najib Razak tahu pekara ini dan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Jepun bahawa apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah salah dan merupakan satu Rompakan ke atas wang Rakyat Malaysia sewktu beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 


Kerajaan Malaysia melalui Najib Razak dan kerajaan jepun bekerjasama dalam pekara ini bagi menidakkan wang RM500 dan RM1000 tidak dibawa pulang oleh Anwar Ibrahim ke Malaysia ataupun disimpan di negara lain.

Kerajaan Jepun memandang serius pekara ini dan atas sebab tersebut kerajaan Jepun melihat Anwaar Ibrahim sebagai satu ancaman Korupsi mata wang dunia dan tidak mahu pengaruh Anwar Ibrahim yang terok ini merosakkan matawang Yen Jepun.


Mungkin ada yang tak percaya tapi ketahuilah hakikatnya bahawa Anwar Ibrahim adalah Perompak wang Rakyat paling besar dalam sejarah negara. Bayangkan jika Pakatan menang PRU dan mentadbir negara yang mana Anwar Ibrahim Perdana Menteri. Sudah pasti keturunan Anwar Ibrahim akan kaya tak pernah miskin dek kerana note RM500 dan RM1000 yang dirompak Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM.
Buat yang nak menyokong Anwar Ibrahim membabi buta ni dan salahkan umno elok lah buat research pekara ini. Jangan jadi pentaksub sampaikan mengiyakan apa sahaja cakap Anwar Ibrahim.

Share:

Faktor Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim Tidak Dibenarkan Masuk ke Jepun

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun Ahad lalu kerana dia telah disabitkan atas rasuah di Malaysia pada tahun 1999. 


Akhbar Bahasa Inggeris The Star memetik jurucakap Kedutaan Jepun Tomoko Nagai sebagai berkata bahawa negara ini biasanya akan menolak kemasukan mana-mana orang dengan sabitan terdahulu di Jepun atau negara-negara lain, dan yang telah dihukum penjara selama setahun atau lebih. 


Ini telah ditetapkan dalam Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian Akta Jepun, katanya. 
Anwar didapati bersalah rasuah pada tahun 1999, kerana mengganggu siasatan polis dalam tuntutan salah laku seksual terhadapnya.

"Seperti yang kita tahu, Anwar telah dibenarkan masuk ke Jepun pada tahun 2011 dan 2012, tetapi semasa (bahawa) tempoh, dia mempunyai kebenaran khas daripada negara ini," dilaporkan berkata jurucakap itu. 
"Kali ini, bagaimanapun, beliau tidak meminta untuk kebenaran khas, dan oleh itu tidak dibenarkan masuk ke negara ini."
Share:

Jumaat, 10 Januari 2014

Kadar Tol Naik Lagi??

Pihak Kerajaan Masih Belum Membuat Sebarang Keputusan Mengenai Kenaikan Kadar Tol Lebuh Raya Malaysia
##Dato' Sri Najib Tun Razak


Share:

Isnin, 17 Disember 2012

TIPS PENJAGAAN HANDPHONE YANG RAMAI ORANG X TAHU

Assalamualaikum & selamat malam...

Dunia hari ini agak mustahil jika setiap individu x mampu untuk memiliki sebuah telefon bukan. Walaubagaimanapun korang masih belum sedar or kadang2 x tahu akan kepentingan menjaga kesihatan telefon2 korang tu. Ape korang ingat manusia je kena jaga kesihatan?

Nah malam ni meh sini aku ajar cara-cara yang boleh digunakan untuk menjaga telefon2 korang tu. Semua model boleh ikut TIPS2 ni, x kira lah android ke, smartphone ke, symbian ke, ape2 je lah.. Jom layan...

1.  Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. 
 Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full)
Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. 
Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawa b & sanggup menikahinya..


3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. 
Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..


4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda.
Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..


5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus.
Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..


6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda.
Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..


7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5).
Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..


8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook)..
Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..


9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda.
Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda
(mungkin nyawa anda juga turut melayang).





10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut.
Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.



So, berguna x tips yang diberikan? Hehehehe, ape2 pun jagalah kualiti, kemantopan telefon2 anda semua ye...
FYI sampai hari ni aku masih lagi guna NOKIA 3310 nih.. RARE gitu..hahhaha


SELAMAT MALAM KAWAN-KAWAN^_*




Share:

Rabu, 24 Oktober 2012

KAPAL TERBANG ATR 72 (MASWING) TERHEMPAS DI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU

Assalamualaikum W.B.T & Salam sejahtera...


Maklumat Terkini : Menurut laporan terkini dari Facebook Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia pada jam 12:35 Malam (24/10/12) sebentar tadi..

Kapal terbang ATR 72 MASWING terhempas dan menyebabkan seramai 14 orang meninggal dunia serta berlaku kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

BOMBA sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan. Harap Maklum.


Post ini diambil daripada Tautan Facebook Page Rasmi Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia. Screen Capture yang memaparkan Status Page tersebut dikeluarkan pada jam 12:35 AM 24/10/12,

Walaubagaimanapun, maklumat tersebut ditarik kembali dan digantikan dengan post terbaru pada jam 0100 AM 24/10/12 :-


Menurut sahabat yang berada berhampiran dengan tempat kejadian mengesahkan kejadian itu hanyalah sebahagian daripada "FIREDRILL" yang diadakan secara mengejut tanpa pengetahuan semua pihak dalam memastikan & menganalisa semua agensi pesawat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...

* Terkenang kejadian Pesawat Fokker 50 terhempas di Tawau pada hari Jumaat 15 September 1995... Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.... 

KISAH FOKKER 50 MAS boleh dilihat disini :-


Share:

Sabtu, 15 September 2012

FOKKER 50 MAS TERHEMPAS DI SABAH SUATU KISAH


Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Hari ini genaplah 17 Tahun kejadian yang menyayat hati dimana berlaku suatu tragedi sebuah pesawat FOKKER 50 milik Syarikat Penerbangan MAS yang berlaku di Lapangan Terbang Tawau...

15 SEPTEMBER 1995......
Suasana di Lapangan Terbang Tawau, Sabah kecoh pada tengah hari Jumaat, 15 September 1995. Orang ramai yang berada di dalam dan sekitar lapangan terbang itu tergamam, lebih-lebih penduduk perkampungan setinggan di tepi kawasan itu.
Ketika jam menunjukkan jam 12.55 tengah hari, satu tragedi dahsyat berlaku di kawasan berkenaan. Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru mendarat di lapangan terbang itu, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak di hujung landasan.

Kejadian cemas itu menyebabkan penumpang menjerit panik di dalam pesawat. Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap kapal terbang berkenaan.
Bagaimanapun, jeritan itu tidak lama apabila kira-kira 10 minit kemudian, satu letupan kuat kedengaran sehingga menggemparkan penduduk sekitar yang pastinya sama sekali tidak menyangka kemalangan seumpama itu berlaku pada hari berkenaan.

Selepas itu, penduduk yang masih terkejut menyaksikan tragedi itu melihat api mula menjulang di sebelah kanan pesawat. Kekhuatiran mula meresap pada minda tatkala memikirkan kebakaran akan menyambar penumpang di dalam pesawat.
Beberapa penduduk yang khuatir ketupan dan kebakaran akan merebak, bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam suasana kecoh. Jeritan penduduk meningkah bunyi letupan yang menggegarkan kawasan sekitar.
Dalam usaha itulah, sebaik keluar dari rumah masing-masing, letupan menyebabkan serpihan kayu dan pelbagai objek lain melayang ke merata arah sehingga mencederakan penduduk. Bahang api turut menyambar jasad sehingga menyebabkan tubuh melecur.

Pada pukul 1.06 minit petang, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu. Bersama tiga jentera dan 26 anggota, mereka bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi kemalangan empat minit kemudian.
Dibantu empat jentera bomba lapangan terbang, usaha memadamkan api yang semakin marak membaluti pesawat selain gerakan menyelamatkan mangsa segera dilakukan.
Mayat pertama dikeluarkan daripada bangkai pesawat pada jam 2.50 petang. Rempuhan pesawat terhadap 20 rumah setinggan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau.

Pesawat yang terhempas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari.
Fokker 50 mendarat di landasan 35 Lapangan Terbang Tawau dan terbabas kira-kira 500 meter sebelum merempuh kawasan setinggan.
Selepas empat jam berusaha, barulah bomba dapat mengawal api dan kebakaran pesawat itu padam sepenuhnya jam 5.30 petang. Pasukan penyelamat dan orang ramai segera memenuhi kawasan kemalangan bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi merekodkan seramai 34 daripada 53 orang yang berada di dalam kapal terbang berkenaan hangus manakala seorang penumpang masih belum ditemui.

Bagaimanapun, 18 orang yang sempat bergegas keluar menerusi pintu kecemasan sebaik pesawat berhenti bergerak, terselamat.
Penumpang yang terselamat menceritakan yang mereka mula menyedari kemalangan akan berlaku beberapa saat selepas pesawat mencecah bahagian tengah landasan.
Ini disebabkan sebaik mendarat, pesawat terus terbabas dan meluncur melampau jarak pendaratan kerana landasan pendek. Bahagian depan kapal terbang itu melampung beberapa kali ketika juruterbang dipercayai cuba menghentikannya.

Bagaimanapun, pesawat terus meluncur sehingga ke pagar kawasan landasan sebelum merempuh rumah setinggan di kampung berkenaan.
Sebaik pesawat berhenti bergerak, mereka melihat api muncul di bahagian depan dan sebelah kanan pesawat sehingga ramai penumpang mulai panik, menjerit dan menangis.
Beberapa penumpang yang berada di barisan belakang dan berhampiran pintu kecemasan segera membuka pintu itu dan bergegas keluar daripada pesawat kerana khuatir keadaan lebih bahaya akan berlaku.
Kira-kira 10 minit selepas mereka keluar, pesawat itu meletup.

FAKTA: Urutan Peristiwa
- Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi
- Pesawat bergegar, bahagian depannya melambung beberapa kali ketika mencecah landasan Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 12.55 tengah hari.
- Pesawat terbabas dan melanggar pagar sebelum merempuh rumah setinggan.
- Letupan diikuti kebakaran.


Penerbangan tidak ikut prosedur ditetapkan

Sehingga 17 September 1995, pihak penyelamat masih bingung memikirkan misteri kehilangan seorang lagi mangsa tragedi letupan pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) di Kampung Seri Menanti yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Tawau.

Rekod operasi yang mereka jalankan mendapati 34 penumpang rentung manakala 18 lagi berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat itu meletup dan terbakar; tetapi di mana seorang lagi?


Pada pagi 16 September 1995, berita tragedi kemalangan kapal terbang itu mula memenuhi dada akhbar selain dilaporkan menerusi televisyen dan radio.

“Seramai 34 korban Fokker terhempas”. Begitulah tajuk Berita harian yang melaporkan tragedi berkenaan. Selain rentetan kejadian, pengakuan mangsa terselamat serta saksi kejadian, turut dipaparkan dalam akhbar adalah nama mangsa termasuk mereka yang terkorban.


Pagi itu juga, seorang lelaki kelihatan mundar-mandir di kawasan hospital di daerah itu. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan pegawai bertugas dan mula memberitahu – dia adalah antara mangsa nahas Fokker 50 yang terselamat.

Kenyataan lelaki itu sekali gus menyelesaikan misteri dan kebingungan pihak berkuasa berhubung kehilangan misteri seorang daripada mangsa pesawat berkenaan. Dengan tampilnya lelaki itu, Haruni Ladai, ia mengesahkan hanya 34 penumpang saja terkorban dalam tragedi itu.

Menceritakan misteri kehilangannya, Haruni dilaporkan berkata, sebaik berjaya keluar daripada pesawat yang terbabas, dia terus menahan teksi dan segera pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Batu Darat, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.


Beliau terus balik kerana begitu terkejut dan ingin segera bersama keluarganya selepas menganggap dirinya baru saja terlepas dari maut.

Dia mula menyedari yang pihak berkuasa tercari-cari kehilangannya selepas mendapati namanya disenaraikan sebagai penumpang yang terkorban. Dia kemudian tampil bagi menyatakan dirinya terselamat dalam tragedi itu kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin terselamat dalam nahas pesawat Fokker 50 di perkampungan setinggan itu dihentikan tengah hari, sehari selepas hari kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan 24 jam selepas mendapati tiada mangsa terbaru ditemui di tempat kejadian.

Seterusnya perhatian ditumpukan kepada usaha mengenalpasti identiti semua mangsa yang hangus terkorban.


Sepasukan ahli patologi, forensik dan pakar pergigian, tiba pada tengah hari, hari kedua kejadian untuk membantu polis mengenal pasti mayat menerusi rekod pergigian dan pelbagai tanda lain.

Bedah siasat kemudian mendapati hampir semua mangsa yang dikenalpasti terbunuh akibat terhidu asap tebal, gas combustion dan melecur serius. Semua yang terbunuh adalah penumpang, juruterbang dan anak kapal.

Pagi 17 September, empat pakar daripada Fokker Aircraft Company, Belanda tiba untuk membantu siasatan nahas pesawat Fokker 50 itu manakala kotak hitam pesawat itu dihantar ke London untuk dianalisis.


Majlis Perbandaran Tawau kemudian mengesahkan 53 rumah musnah dalam nahas itu membabitkan 62 keluarga.

Akhirnya, pada 20 Mei 1998, iaitu selepas hampir tiga tahun, hasil siasatan mengenai punca tragedi kemalangan itu diumumkan kepada orang ramai.

Siasatan mendapati nahas itu berpunca daripada kesilapan manusia manakala pesawat Fokker 50 dalam keadaan baik dan bukan antara penyebab nahas.

Sebaliknya, kesilapan juruterbang dan kegagalan pembantunya memberi amaran selepas menyedari penerbangan mereka tidak mengikut prosedur, dikenal pasti sebagai punca utama nahas Fokker 50 MAS. 


Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.....
Share:

Jumaat, 13 Julai 2012

AKTA TANAH "GSA" ~ SEJAUHMANA WARGA FELDA FAHAM??



Assalamualaikum W.B.T
Selama ini kita hanya tahu menyebut akta tanah GSA
 (Group Settlement Act @ Akta Penempatan Berkelompok)  tapi tak tahu kandungannya. Apabila ditanya kepada peneroka generasi pertama tentang apa-apa perjanjian yang telah ditandatangani mereka, mereka mengatakan mereka pernah menandatanganinya semasa hendak masuk FELDA dahulu. Tetapi tidak seorangpun yang memegang sesalinan perjanjian tersebut. Jadi, rujuk dan fahamilah tentang Akta Tanah GSA ini sebagai panduan.

LATAR BELAKANG
Akta ini telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan dibawah artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penggubalannya akta ini dikenali sebagai Akta 13 yang mula berkuatkuasa pada 30.5.1960 di Semenanjung Malaysia kecuali di Pulau Pinang dan Melaka (1.1.1966).
Akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kerana Sabah dan Sarawak mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang tersendiri. Akta ini telah dipinda beberapa kali. Diantara pindaan yang terlibat ialah :-
  1. Akta 51/65 yang berkuatkuasa pada 15.9.1965, melibatkan pihak FELDA.
  2. Akta 521. – 29.5.1981
  3. Akta 541. – 14.5.1982
  4. Akta 853. – 16.7.1993

Akta ini kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yang mula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi melalui pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.

MATLAMAT UTAMA AKTA TANAH
  1. Mewujudkan satu penempatan baru secara terancang dengan menyediakan sumber-sumber ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang.
  2. Membasmi kemiskinan terutama bagi penduduk- penduduk kampong tradisional.
  3. Mengatasi masalah kelaparan tanah dan agihan tanah yang tidak merata.
  4. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pertanian dan eksport.
  5. Menggalakan perindustrian berasaskan pertanian.

KANDUNGAN AKTA
Terdapat 48 Seksyen dan 2 jadual. Pembahagian seksyen secara am adalah seperti berikut :-
Bahagian 1. – Permulaan.
Bahagian 2. – Penempatan Berkelompok.
Bahagian 3. – Pegangan Desa.
Bahagian 4. – Pendudukan, Pegangan Desa dengan Harapan Hakmilik.
Bahagian 5. – Pegangan Bandar.
Bahagian 6. – Am.
Bahagian 7. – Kawasan Pembangunan Persekutuan.
Bahagian 8. – Penyerahan Hak oleh penduduk mengharapkan hakmilik.
Bahagian 9. – Penamatan.

Di dalam akta ini juga terdapat 2 buah jadual iaitu Jadual Pertama yang berkaitan dengan penggunaan borang dan Jadual Kedua berkaitan dengan penyesuaian-penyesuaian dengan kawasan pembangunan Persekutuan.

BEBERAPA ISTILAH JAWATAN PENTING
Pemungut – sebarang Pentadbir Tanah (PT), Pegawai Tanah, Pegawai Daerah ataupun pegawai lain yang dilantik di bawah undang-undang tanah negeri termasuklah Penolong PT atau Penolong Pegawai Daerah.
Pengarah – pegawai yang dilantik oleh PBN sebagai Pengarah bagi maksud akta ini. Biasanya PTG bagi setiap negeri.
Pengurus – dilantik oleh Pihak Pembangunan Persekutuan mengikut Sek.36 bagi sesuatu kawasan pembangunan.
Pengerusi – FELDA dan FELCRA
Menteri – KTPK

BEBERAPA KONSEP PENTING
Bayaran tahunan disatukan. Bayaran tahunan yang dikenakan di bawah seksyen 20 meliputi pegangan desa dan pegangan bandar. Unsur-unsur bayaran ini ialah :-
  1. premium
  2.  cukai tanah
  3.  bayaran ukur
  4.  bayaran perkhidmatan, harga alat dan perkakas

Untuk tanah pegangan desa – bayaran secara ansuran dan bagi tanah pegangan bandar pula cara bayaran ialah sekaligus. Jika ingkar pembayaran, boleh dianggap sebagai melanggar syarat.

Kawasan Pembangunan Persekutuan –
Bermakna suatu kawasan penempatan yang diistiharkan melalui warta di bawah seksyen 4 bagi kegunaan-kegunaan di bawah sek.34(2).
Kawasan Pembangunan Negeri –
Bermakna kawasan yang diwartakan di bawah sek. 4 untuk dimajukan oleh pihak negeri.
Kawasan Penempatan -
i.                    Bandar. Sek.6
ii.                  ii. Desa. Sek.5

AKTA TANAH (GSA) SKIM PERSEKUTUAN :
Mesti ada satu perjanjian diantara PBN dan agensi pembangunan Persekutuan seperti Felda dan Felcra.
Isi kandungan perjanjian terkandung di dalam sek. 34 (1) a-g.
Apabila PBN mengistiharkan sesuatu kawasan di bawah sek.4 akta GSA sebagai kawasan pembangunan Persekutuan, maka kawasan itu akan terletak hak kepada agensi berkenaan (Felda) menerusi pemakaian peruntukan sek.34 (2).

KUASA-KUASA FELDA
1.     Pembahagian kawasan penempatan. (Pengerusi).
2.     Pembahagian kawasan penempatan. (Pengerusi).
3.     Kebenaran menduduki pegangan desa. (Pengurus).
4.     Penentuan kawasan dan jumlah petak yang bersangkutan dengan pegangan desa. (Menteri).
5.     Senggaraan Daftar Pegangan Pegangan Desa. (Pengurus).
6.     Penguatkuasaan syarat.
7.     Pengutipan bayaran bayaran tahunan disatukan.
8.     Penetapan bayaran tahunan disatukan.
9.     Pelepasan kelayakan. (Menteri). Sek.19. Para 1 (1) jk.
10.   Kelulusan serah hak :
o   Pegangan Desa. (Pengurus). Sek.24.
o   Pegangan Bandar. (Pengerusi). Sek.29. Para 2 & 4(1) jk.
11.  Pemberian hak - pendudukan sementara. Sek.37 (b)
12.  Penguatkuasaan - pendudukan haram. Sek.30. Para 4(1) jk.
13.  Mendengar rayuan - Menteri. Sek.39
Bila bayaran tahunan disatukan telah selesai dibayar mengikut perjanjian, (Sek.34 (2)(d)), kawasan pembangunan tersebut akan terletak hak kembali kepada PBN. Kuasa-kuasa Felda seperti yang dinyatakan di atas ditamatkan, (Sek. 34 (3).

PEMBERIMILIKAN
Di dalam kawasan Felda, kuasa meluluskan pemberimilikan masih lagi di pihak PBN. [ Sek. 10 dan Sek. 38 (2) (k) ].
Pengurus boleh membenarkan pendudukan ke atas pegangan desa selepas kelulusan pemberimilikan. [ Sek.10 (1)(b) dan Sek.38 (2) ( ) ].
Felda tidak meluluskan pemberimilikan. Syarat-syarat pemberimilikan dikenakan semasa kelulusan, bukan pada masa tempoh pembayaran bayaran tahunan disatukan.

Pegangan Desa Dengan Bayaran Tahunan Disatukan :
  1. Kelulusan dibuat sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat pemberimilikan ialah :-

a)    kawasan.
b)    tempoh milik.
c)    kadar cukai.
d)    kadar premium.
e)    bayar btd.
f)     syarat nyata.
g)    sekatan kepentingan.

Pegangan Desa Tanpa Bayaran Tahunan Disatukan :
  1. Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat sama kecuali bayaran tahunan disatukan.

Pegangan Bandar
  1. Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat-syarat adalah sama kecuali bahagian syarat nyata.

Kelulusan Selepas KTN :
       I.            Pegangan Desa.
a.     Syarat sama.
b.     Kenakan kategori
     II.            Pegangan Bandar.
a.     Kenakan kategori
b.     Syarat sama.

ISU & MASALAH :
  1. 1.     Pengwartaan.
  2. 2.     Senarai Daftar Pegangan.
  3. 3.     Perletakan hak.
  4. 4.     Syarat nyata.
  5. 5.     Cukai.
  6. 6.     Harta Pusaka.



Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts