Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label ITULAH KISAHNYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ITULAH KISAHNYA. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Januari 2014

Kenapa Anwar pilih Kajang?

Kenapa Anwar pilih Kajang
KEPUTUSAN Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang menimbulkan pelbagai persepsi.

Apakah yang mempengaruhi politik di Kajang sehingga menarik minat Anwar bertanding, sedangkan banyak lagi kerusi selamat PKR boleh dipertaruhkan.

Biarpun PKR terang-terangan menyebut, keputusan mempertaruhkan bos mereka bukanlah kepentingan peribadi tetapi kepentingan politik dan perpaduan... namun, tindakan itu membuka pelbagai tanda tanya dalam kalangan pemain dan pemerhati politik.

Jikalau benar sandaran itu diambil, mengapa PRK Kajang tidak mempertaruhkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atau Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di situ.

Bagi penulis, bersandarkan kepada 'kerusi selamat' mungkin salah satu sebabAnwar memilih untuk berada di Kajang bagi memberi satu laluan mudah dalam percaturan politik yang sedang diusahakannya. Anwar dan PKR tentunya mempunyai agenda parti dalam kerangka yang lebih besar bagi meneruskan 'survival' politiknya.

Persoalan ini turut dikongsi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tindakan Anwar bertanding di Kajang antara langkah Ketua Pembangkang itu dalam usaha untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.

“Anwar mungkin ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kebolehannya mentadbir untuk meraih sokongan,” katanya.

Namun orang kanan Anwar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas bahawa calon mereka itu tidak kemaruk untuk menjadi wakil rakyat. Kalau Anwarmahu menjadi perdana menteri, beliau sudah menjadi orang nombor satu negara pada 1998 tetapi sebagai seorang reformis, bukan itu yang dikejarkan, kata Azmin.

Percaturan tetap berlaku - itu jangkaan besar ramai pihak apabila peletakan jawatan Lee Chin Cheh dikatakan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk satu lagi misi utama PKR. Bagaimanapun, Chin Cheh menafikannya. Lebih mengejutkan rakan Pakatan iaitu Pas mula bersuara dan meletakkan situasi yang berlaku ini sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Kajang.

Desas-desus sebelum ini ada mengaitkan beberapa wakil rakyat di Selangor pernah menawarkan kerusi yang disandang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding antaranya Bukit Antarabangsa milik Azmin dan Sri Andalas, kerusi Dr Xavier Jeyakumar. Bagaimanapun Anwar menolak dan memilih Dun Kajang.

Adakah komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India dilihat cukup baik bagi Anwar dalam mencerminkan dirinya sebagai pemimpin pelbagai kaum?

Atau mungkin ini matlamat akhir Anwar dalam mendekati pentadbiran penting negara di Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Kajang. Percaturan politik berada dalam tangan Anwar, namun jari pengundi bakal menentukan kesudahannya.
Share:

Khamis, 30 Januari 2014

Sendaloka Kajang Berlipat Sempena Pilihanraya Kecil Kajang (PRK Kajang)

Sendaloka Kajang Berlipat

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pakatan bermaksud satu muafakat
Tapi bertindak sendirian melulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Sesuka hati melepaskan mandat
Semata melempias agenda tertentu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pedulikan susah dan perit rakyat
Yang penting tertunai kehendak nafsu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Jangan serabutkan rakan dan rakyat
Kerana berbalah sesama puakmu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Kalau pun sudah berasa kuat
Janganlah sampai rakyat jemu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Membazir tenaga dan harta rakyat
Ketika kos hidup perit membelenggu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Andai berkawan tak reti hormat
Jangan ditagih jentera membantu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Bertindak sendiri sebelum mesyuarat
Tanggung sendiri padan mukamu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Hajat nak jadi PM tak dapat
Baik gomol pulun MB dulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Berjuang kalau tak peduli akhirat
Ikut hati mati, ikut nafsu lesu

Cetusan rasa ;

Mohamad Hazmi Dibok
Ahli Pas
Kawasan Paya Besar


Share:

Selasa, 28 Januari 2014

Analisis PRK DUN Kajang: Dari Perspektif Seorang Mahasiswa


Ramai orang terkejut mendengar perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang pada 27 Januri 2014. Perletakkan jawatan tersebut memberi laluan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kajang dan ianya merupakan PRK yang ketiga selepas PRK DUN Kuala Besut di Terengganu dan PRK DUN Sungai Limau di Kedah. Kali ini, PRK akan diadakan di negeri Selangor. Ini juga merupakan PRK pertama di Selangor selepas PRK Parlimen Hulu Selangor sebelum Pilihan Raya UMUM (PRU) 2013 yang lalu.

DUN Kajang mempunyai jumlah pengundi seramai 39,030 pada PRU13 iaitu peningkatan sebanyak 9,162 pengundi atau 30.67 peratus berbanding PRU12 iaitu seramai 29,868 pengundi. Jika mengikut pecahan kaum, DUN Kajang mempunyai 48.48 peratus pengundi Melayu, 40.46 peratus pengundi Cina, 10.15 peratus pengundi India dan 0.91 pengundi pengundi lain-lain kaum pada PRU13 manakala pada PRU12, terdapat sebanyak 46.60 peratus pengundi Melayu, 44.10 peratus pengundi Cina, 8.70 peratus pengundi India dan 0.60 peratus pengundi lain-lain kaum. Hal ini bermakna, pengundi Melayu dan India menyaksikan peningkatan jumlah pengundi masing-masing sebanyak 1.88 peratus dan 1.45 peratus. Pengundi Cina mengalami sedikit penurunan sebanyak 3.64 peratus jumlah pengundi. Mari kita analisis pola pengundian DUN Kajang pada PRU12 dan PRU13.

Pada PRU 2013, kerusi DUN Kajang menyaksikan perlawanan 6 penjuru antara Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN), Parti BERJASA, dan tiga Bebas.  PR meletakkan Lee Chin Cheh dari PKR yang merupakan bekas pemimpin Parti GERAKAN di Selangor, BN meletakkan Lee Ban Sang dari MCA, Parti BERJASA meletakkan Mohamad Ismail, dan tiga orang lagi merupakan calon bebas iaitu Mohd Khalid Kassim, Ong Yan Foo dan Mohd Iwan Jefrey Abdul Majib. Calon PKR, Lee Chin Cheh, berjaya memperolehi 19,571 undi manakala pencabar terdekat beliau dari MCA, Lee Ban Sang, pula berjaya memperolehi 12,747 undi. Calon BERJASA, Mohamad Ismail, hanya memperolehi 1,014 undi manakala calon bebas Mohd Khalid, Ong Yan Foo dan Mohd Iwan masing-masing memperolehi 83 undi, 85 undi, dan 249 undi. Undi rosak pula sebanyak 541 menjadikan jumlah keseluruhan keluar mengundi sebanyak 34,290 atau 87.86 peratus. Lee Chin Cheh berjaya mengekalkan kemenangan PKR di DUN Kajang dengan majoriti sebanyak 6,824 undi.

Pada PRU 2008, kerusi DUN Kajang menyaksikan perlawanan 2 penjuru antara PR dan BN. PR meletakkan Lee Kim Sin dari PKR manakala BN meletakkan Datin Paduka Low Lee Seng dari MCA. Lee Kim Sin yang mencuba nasib beliau buat kali kedua ini (selepas PRU11) memperolehi undi sebanyak 13,220 manakala penyandang kerusi tersebut, Low Lee Seng, memperolehi undi sebanyak 9,952. Undi rosak pula sebanyak 560 menjadikan jumlah keseluruhan keluar mengundi sebanyak 23,732 atau 79.46 peratus. Lee berjaya menawan kerusi tersebut menerusi tiket PKR dengan majoriti sebanyak 3,268 undi.

Dari segi analisis undi, pada PRU13, PKR dan MCA masing-masing berjaya menambah jumlah undi sebanyak 6,351 atau 48.04 peratus dan 2,795 atau 28.08 peratus. Walaupun kedua-dua parti ini memperolehi peningkatan undi dari segi jumlah dan peratusan, MCA gagal merampas kerusi DUN Kajang dari PKR kerana jumlah peningkatan undi parti tersebut terlalu sedikit berbanding dengan PKR.  Bilangan keluar mengundi pula meningkat sebanyak 10,558 orang atau 44.49 peratus. Hal ini bermaksud PRU13 di DUN Kajang lebih hangat berbanding PRU12.

Perletakkan jawatan Lee Chin Cheh telah menimbul banyak spekulasi dari dalam dan luar parti bahawa tindakan beliau mengosongan kerusi tersebut adalah untuk memberi laluan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk bertanding untuk mengantikan jawatan Mentri Besar dari Tan Sri Khali Ibrahim. Lee Chin Cheh bertindak sedemikian ekoran terdapat kontoversi yang melanda pentadbiran PR di Selangor antaranya kenaikkan gaji ADUN dan Speaker DUN, pelan penstrukturan air dan kemuncaknya Azmin Ali digurgurkan dari Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Di kalangan polikus dan penganalisis politik, terdapat beberapa sebab Azmin Ali disingkirkan dari PKNS.

Pertama: Saranan penyokong Azmin agar beliau menjadi Mentri Besar selepas PR berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada PRU13 lepas

Kedua: Mengurangkan pengaruh Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid

Ketiga: Kelantangan penyokong Azmin yang dilihat semakin vokal mengkritik pentadbiran Tan Sri Khalid

Keempat: Mempopularkan Tan Sri Khalid agar beliau dilihat sebagai alternatif kuat mencabar Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada bulan April ini.

Atas desakan penyokong Tan Sri Khalid dan Azmin ini, maka, terdapat satu cadangan agar DSAI dilantik sebagai Mentri Besar untuk mendamaikan kedua-dua pihak dan ini bermakna seorang ADUN harus berkorban untuk merealisasikan usaha ini. Lee Chin Cheh adalah orangnya dan beliau secara rela hati melepaskan kerusi tersebut agar DSAI dapat dicalonkan demi kesejahteraan pentadbiran PR di Selangor.



Pelawanan bakal bermula di DUN Kajang tidak lama lagi. Memandangkan kerusi tersebut telah dimenangi ole PR sebanyak dua kali, maka, calon yang akan bertanding di kerusi tersbut haruslah datang dari PKR. Pada 28 Januari 2013, PKR telah menamakan DSAI akan dicalonkan di DUN Kajang dan ini telah menguatkan lagi sepekulasi bahawa beliau akan menjadi Mentri Besar Selangor jika PKR berjaya mempertahankan kerusi DUN Kajang. Satu perkara masing belum terjawab, siapa pula calon BN di DUN Kajang? Adakah mereka akan mencalonkan semula Lee Ban Sang atau terdapat calon muka baru samada dari MCA ataupun UMNO? Mungkinkah UMNO akan mencalonkan Datuk Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang memandangkan beliau sekarang bukan lagi seorang Menteri Perseketuan? Walaubagaimanapun, saya percaya pihak BN akan meletakkan calon yang tidak begitu kuat di DUN Kajang memandangkan lawan mereka bukan calang-calang orang. Sukar untuk BN menawan DUN Kajang dari PKR kerana DSAI mempunyai penyokong yang banyak di seluruh Malaysia iaitu 50.87 peratus. Mungkin terdapat sedikit penurunan undi untuk PKR kali ini kerana seperti biasa, apabila terdapat PRK, seluruh jenteran BN akan tertumpu di kawasan tersebut dan kita akan mendengar pelbagai janji-janji manis yang akan ditaburkan oleh BN. Namun saya percaya, tidak mustahil undi PKR akan melonjak naik biarpun PRK kerana sentimen anti-kerajaan sekarang semakin kuat kesan daripada polisi BN yang menaikkan harga barang, isu Kalimah Allah dan isu kangkung. Semestinya, BN juga akan memainkan isu Penceraian Nurul Izzah dan isu Jepun terhadap PKR kerana umum mengetahui, BN lebin gemar memainkan isu peribadi berbanding isu ekonomi, sosial dan politik yang diperjuangkan oleh PR.

Pakatan Rakyat terutamanya dari Sabah dan Sarawak harus bersedia untuk membantu DSAI kerana kemenangan dan kekalahan beliau akan memberi kesan kepada kita pada PRN Sarawak nanti. PR Sabah dan Sarawak harus membuktikan kesungguhan untuk menjadikan DSAI Perdana Menteri Malaysia pada PRU14. PR Semananjung juga perlu mengunakan khidmat dari Sabah dan Sarawak untuk menunjukkan solidariti memperjuang hak rakyat Malaysia. PR Semenanjung dan PR Sabah dan Sarawak saling memerlukan antara satu sama lain. Kesimpulan awal awal, peluang untuk BN menawan kerusi DUN Kajang adalah tipis dan PKR akan mengekalkan kerusi ini.

Sama-sama kita saksikan perlawanan ini.

Pstttt ==> Baru faham apa maksud tweet ni



Share:

Khamis, 23 Januari 2014

Sudah Terlambat Dr Mahathir Kritik Najib



Suka atau tidak, sama ada diturunkan atau turun dengan sendiri, Najib Razak akan menertai Abdullah Badawi dalam senarai Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara ini. 


Dalam sejarah politik Malaysia, tidak ada Perdana Menteri yang tidak dikritik oleh pembangkang.  Fungsi pembangkang adalah untuk tujuan ‘semak dan imbang’ dan itulah yang dilakukan oleh semua parti pembangkang sejak pilihan raya umum (PRU) pertama lagi.

Namun apabila seseorang Perdana Menteri bukan sahaja dikritik oleh pembangkang tetapi turut mendapat kecaman dari majoriti rakyat termasuk dari mereka yang menyokong dan mengundi parti kerajaan sendiri, maka orang  tersebut (bukannya tokoh) sesungguhnya tidak layak menjadi pemimpin politik dan apatah lagi menjadi seorang Perdana Menteri.

Lebih buruk lagi ialah apabila seseorang Perdana Menteri dikecam dan dibalun oleh seorang bekas Perdana Menteri sebagaimana Dr. Mahathir Mohamad mengecam Pak Lah kerana gagal menunjukkan sebarang prestasi dan sama sekali tidak bijak dalam mengurus tadbir negara.

Tentu sekali Pak Lah merupakan orang pertama diabadikan dalam senarai disebut itu.  Kini bakal menyertainya tentulah tidak lain dan tidak bukan dari Najib Razak.

Lupakan tentang kangkung.  Bolehkah sesiapa menamakan  10 manfaat yang telah diberikan oleh Najib kepada rakyat dan negara.  Jika tak boleh sepuluh, mungkin boleh beri lima.

Rasanya lima pun susah.  Tapi sekiranya hendak disebut kelemahan dan mudarat kepada rakyat akibat keputusan yang dibuat atau tidak dibuat oleh Najib, rasanya bila-bila masa sahaja seseorang rakyat Malaysia yang waras boleh menyebut sepuluh, atau malah lebih dari itu.

Tidak dapat dipastikan apakah sifat atau perwatakan ‘menjanjikan’ yang dilihat oleh Dr. Mahathir ke atas Najib ketika meninggalkan wasiat kepada Pak Lah ketika mana mengambil alih jawatan Perdana Menteri.  

Dr. Mahathir mahukan Najib ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mahukan Pak Lah menduduki pejabat utama Putrajaya untuk satu penggal sebelum menyerahkan pejabat tersebut kepada Najib.

Juga tidak dapat dipastikan juga dalam kesibukan membuat komen itu dan ini dan memfalsafahkan itu dan ini,  Dr. Mahathir sedar atau tidak betapa hirarki dan tradisi  penyokongan ke atas seseorang dalam Umno lebih banyak bersifat mengampu dari menilai kemampuan dan daya kepimpinan seseorang secara hakiki.

Jika dilihat sejarah penglibatan baik Pak Lah dan Najib dalam kerajaan (dan juga dalam Pemuda Umno dalam kes Najib) apakah ciri-ciri kepimpinan menyerlah yang telah dicatatkan oleh mereka berdua?  Tidak perlulah dibincangkan betapa tradisi mengampu yang sebati dalam Umno kini merosakkan bukan sahaja parti itu sendiri, malah juga orang Melayu, rakyat  dan negara Malaysia.

Sayang Dr. Mahathir tidak nampak hal seperti ini walaupun telah menjadi Presiden parti tersebut selama lebih dua dekad. Sekira nampak sekalipun, ia adalah sebagai satu ‘afterthought’ atau difikiran setelah sesuatu yang buruk berlaku.  Dalam lain perkataan sudah terlambat.

Akhir-akhir ini sudah mula kedengaran suara Dr. Mahathir mengkritik Najib sama ada selaku seorang Perdana Menteri mahupun sebagai seorang Menteri Kewangan.  Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah melakukan hal demikian secara lebih sederhana sejak 2011 lagi, namun sejak akhir-akhirnya kritikan beliau semakin lantang apabila Najib gagal memperolehi prestasi lebih baik dari Pak Lah dalam PRU lalu, dan apabila Najib gagal mengawal ekonomi negara dan pelbagai lagi.

Dr. Mahathir sering memetik kata-kata novelis Sepanyol  George Santayana, “Mereka yang gagal belajar dari sejarah akan berkali-kali dihukum oleh sejarah”.   

Persoalannya mengapakah beliau sendiri tidak pernah mahu mempelajari dari sejarahnya sendiri bermula dari perlantikan Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri?  

Bukankah apa yang berlaku kini dan Malaysia terpaksa diterajui oleh dua Perdana Menteri terburuk secara berturut-turut adalah akibat dari kegagalan Dr.Mahathir belajar dari sejarah?
Share:

Penentangan Terbuka Azmin Terhadap Anwar

Sudah tiba masanya perang antara Azmin dan Khalid ini ditamatkan kerana perkara yang sebegini hanya akan terus memecahbelahkan parti.


Adakah sokongan terhadap Azmin Ali semakin berkurangan, atau kebanyakan dari mereka mengelak dari terlibat dengan apa yang dilihat sebagai membelakangkan keputusan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim? Himpunan solidariti semalam bagi mendesak jawatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dikekalkan mendapat sambutan dingin kerana hanya 25 orang hadir walau SMS mengenai himpunan tersebut telah mula tersebar sejak Selasa.

Tindakan Azmin dan ‘orang-orang kanannya’ di Selangor seperti Aminuddin Shaari dan Abdullah Sani merealisasikan himpunan tersebut sebenarnya melanggar kemahuan Anwar yang membantah ianya diadakan.
Mustahil Azmin tidak menerima memo mengenai bantahan Anwar sedangkan perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik parti.

Soalnya, mengapa Azmin bertindak meneruskan himpunan tersebut walau telah ‘dinasihatkan’ untuk memilih cara yang lebih diplomatik bagi menyelesaikan masalahnya dengan PKNS dan juga Khalid? Mungkin Azmin telah bulat dengan keputusannya juga yakin bahawa dia sudah mempunyai sokongan kuat dari akar umbi parti untuk tidak menghiraukan kemahuan Ketua Umum parti yang juga mentornya, Anwar Ibrahim?
Mungkin juga ini langkah permulaan Azmin untuk keluar dari bayangan Anwar.

Sudah tiba masanya perang antara Azmin dan Khalid ini ditamatkan kerana perkara yang sebegini hanya akan terus memecahbelahkan parti, dan dengan pemilihan parti yang semakin hampir, PKR kini lebih berpuak-puak bila sepatutnya mereka lebih bersatu bagi memastikan parti terus relevan. Anwar pula tidak sepatutnya terbuai dengan permasalahan remeh seperti isu pengundi Bangladesh juga kegagalan memohon visa bila dia perlu lebih serius dalam menangani masalah dalaman PKR yang semakin meruncing apatah lagi kini Azmin sudah semakin berani mencabarnya.

Kebanyakan generasi pemimpin muda dalam PKR seperti Azmin, Tian Chua dan Rafizi Ramli pula hanya pandai memanipulasi isu kecil daripada berusaha untuk memantapkan parti. Aset terbaik yang mungkin dimiliki PKR waktu ini mungkin Nurul Izzah, namun Nurul bukanlah isu di sini tetapi Azmin.
Perlukah Anwar berhati-hati terhadap Azmin yang kini sudah mula berani menggerakkan orang-orang suruhannya secara terbuka? Adakah Anwar dapat terus mempertahankan PKR dari ancaman dalaman parti sendiri?

Soalan-soalan seperti ini patut dijawab terlebih dahulu sebelum mencorak strategi untuk PRU14 kerana kegagalan Anwar untuk lebih tegas dalam memutuskan apa yang terbaik untuk parti akan menjadi kayu pengukur sama ada PKR berjaya atau tidak di masa hadapan.

Share:

Rabu, 22 Januari 2014

Apa Kaitan Anwar Ibrahim Tidak Dapat Masuk Jepun Serta Wang RM 500 & RM 1000 ??

Semua masih ingat Tun Mahathir haramkan duit Malaysia note RM500 dan RM1000? Yang lama pasti tahu tapi yang muda ni tak tahu. Tak tahu tu elok lah search cari note RM500 dan note RM1000 tu yang di haramkan oleh Tun M sewaktu Anwar Ibrahim di pecat dari Timbalan Perdana Menteri.


Mengikut sumber Wang note RM500 dan RM1000 tu disimpan di China dan Jepun oleh Anwar Ibrahim. Jumlah nya Thrilion ringgit Malaysia beb. Duit sapa lagi kalau bukan duit Anwar Ibrahim dan sekutunya?
So Anwar Ibrahim ke jepun atas sebab berjumpa dengan proksinya yang menyimpan duit tersebut. Najib Razak tahu pekara ini dan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Jepun bahawa apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah salah dan merupakan satu Rompakan ke atas wang Rakyat Malaysia sewktu beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 


Kerajaan Malaysia melalui Najib Razak dan kerajaan jepun bekerjasama dalam pekara ini bagi menidakkan wang RM500 dan RM1000 tidak dibawa pulang oleh Anwar Ibrahim ke Malaysia ataupun disimpan di negara lain.

Kerajaan Jepun memandang serius pekara ini dan atas sebab tersebut kerajaan Jepun melihat Anwaar Ibrahim sebagai satu ancaman Korupsi mata wang dunia dan tidak mahu pengaruh Anwar Ibrahim yang terok ini merosakkan matawang Yen Jepun.


Mungkin ada yang tak percaya tapi ketahuilah hakikatnya bahawa Anwar Ibrahim adalah Perompak wang Rakyat paling besar dalam sejarah negara. Bayangkan jika Pakatan menang PRU dan mentadbir negara yang mana Anwar Ibrahim Perdana Menteri. Sudah pasti keturunan Anwar Ibrahim akan kaya tak pernah miskin dek kerana note RM500 dan RM1000 yang dirompak Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM.
Buat yang nak menyokong Anwar Ibrahim membabi buta ni dan salahkan umno elok lah buat research pekara ini. Jangan jadi pentaksub sampaikan mengiyakan apa sahaja cakap Anwar Ibrahim.

Share:

Faktor Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim Tidak Dibenarkan Masuk ke Jepun

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun Ahad lalu kerana dia telah disabitkan atas rasuah di Malaysia pada tahun 1999. 


Akhbar Bahasa Inggeris The Star memetik jurucakap Kedutaan Jepun Tomoko Nagai sebagai berkata bahawa negara ini biasanya akan menolak kemasukan mana-mana orang dengan sabitan terdahulu di Jepun atau negara-negara lain, dan yang telah dihukum penjara selama setahun atau lebih. 


Ini telah ditetapkan dalam Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian Akta Jepun, katanya. 
Anwar didapati bersalah rasuah pada tahun 1999, kerana mengganggu siasatan polis dalam tuntutan salah laku seksual terhadapnya.

"Seperti yang kita tahu, Anwar telah dibenarkan masuk ke Jepun pada tahun 2011 dan 2012, tetapi semasa (bahawa) tempoh, dia mempunyai kebenaran khas daripada negara ini," dilaporkan berkata jurucakap itu. 
"Kali ini, bagaimanapun, beliau tidak meminta untuk kebenaran khas, dan oleh itu tidak dibenarkan masuk ke negara ini."
Share:

Khamis, 16 Januari 2014

Isu "Kangkung" :- Bukti Masalahnya Bukan Komunikasi, Tapi Spin Story

Kangkung: Bukti Masalahnya Bukan Komunikasi, Tapi Spin Story


ASALNYA penulis tak beri perhatian sangat kepada beberapa kenyataan Menteri dalam beberapa isu yang dijadikan bahan jenaka oleh balaci pembangkang.  Sebab penulis tidak nampak keperluan melayan isu macam itu kerana ia jelas hanya taktik pembangkang untuk memburukkan menteri-menteri terbabit.Kalau betul cakap pun macam itulah niat, kalau salah cakap, apatah lagi.

Tapi bila  kenyataan Perdana Menteri mengenai harga kangkung turun ini dijadikan bahan jenaka, penulis nak jelas apa yang samar sebelum ini bahawa dalam isu kenaikan harga barang sekarang, soalnya bukan Perdana Menteri atau Menteri tak telus dalam beri penjelasan, tapi kerana apa pun penjelasan yang diberi, akan diputar belitkan oleh para macai pembangkang yang pro dubor Anwar Ibrahim. Itu saja masalah sebenarnya.

Perdana Menteri hanya ambil satu contoh, kangkung dan menyebut hal-hal lain yang lebih penting tentang kenaikan harga sesetengah barangan tertentu (bukan kawalan kerajaan), tapi balaci yang singkat otak ini, hanya ambik yang kangkung itu saja untuk jadi bahan ketawa, bodoh tak bodoh punya pendekatan.
Sememangnya, dalam banyak hal, kerajaan dah respon dengan cara yang betul dah dalam soal kenaikan harga, tapi semua respon itu tidak sampai kepada macai sebab mereka pilih untuk baca cerita yang dah diputar belitkan, bukan fakta yang sebenar. Jadi sampai bila nak selesai masalah?


Selepas ini kalau baca apa yang macai tulis pasal kenaikan harga barang ini, sedarlah bahawa isu itu sama ada tidak ada tapi diada-adakan atau isu itu sebenarnya kecil dan terpencil, tapi diperbesar-besarkan macam isu nasional sangat. Fakta dan intergriti penulisan seperti itu, bahkan isu yang dibangkitkan itupun (kenaikan harga barang) hampir tidak ada. hanya simulasi semata-mata.

Sebab itulah kita lihat sendiri, dari 28 juta rakyat Malaysia ini yang dikatakan terjejas dengan kenaikan harga barang sebaik 2014 bermula, hanya kurang 5,000 orang saja yang hadir malam tahun baru di Dataran Merdeka untuk menyokong demonstrasi Turun Kos Sara Hidup. Kurang 5,000 ini tak wajar dijadikan panduan untuk mengatakan seluruh rakyat Malaysia tertekan dek kenaikan harga barang pun kerana ia kecil sangat dari segi jumlah dan nisbah.  Itu pun hanya anggaran kasar kerana pada malam itu memang ramai orang ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baru bersama keluarga, puak ini saja yang datang buat kacau.

Tapi sebab nak juga tunjuk konon dapat sambutan di samping memastikan isu ini tidak hilang ditiup angin, maka diputar belitkanlah kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin kerajaan macam dalam isu kangkung ini. Situ pun dah tahu mentaliti pembangkang di tahap mana, lebih bawah dari tanah.

Pssstttt Kangkung Goreng Belacan sodap seh :-)

Share:

Sabtu, 19 Mei 2012

FACEBOOK ~ INVALID URL THE REQUESTED URL "/", is invalid. Reference #

Assalamualaikum...
Hadoi... dah nak dekat 5 hari x boleh bukak FB kat lappy sendiri...
Korang pernah kena x macm ni?? Bila nak buka FB je dia tulis "INVALID URL"... Hampeh betul...
MACAM NI LA

Ada yang cakap, kena uninstall chrome, safari & mozila. X pun kosongkan "cache" semula. Tapi semuanya x memberi kesan langsung.
So sebenarnya ada cara nak selesaikan masalah ni.
Macam ni :-
Pergi ke folder "C:\Windows\System32\drivers\etc"
Buka folder HOSTS file dengan notepad.
Copy ayat dibawah ini dan paste dalam hosts file tersebut :

69.171.228.74 www.facebook.com
69.171.228.74 https://www.facebook.com

Klik pada save untuk simpan file tersebut.
Tutup browser.
Buka browser dan cuba buka FB semula.
Masalah selesai
Alhamdullilah, akhirnya dengan sedikit usaha dapat juga online balik FB ni... HAHAHHAHHHAA.... X keruan x boleh bukak FB
Wink..Wink... ^_*

"Kata-kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerana selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap"

Share:

Sabtu, 5 Mei 2012

TUHAN __________ CINTA __________ ????





TUHAN ____ CINTA ______


Apakah hubungan dua perkataan itu?


Tuhan....
Memberikan pelbagai nikmat kepada manusia
Seperti kehidupan, harta, keluarga
dan juga cinta


Jodoh itu bagaikan pintu
Si jejaka merantau dalam pencarian pintu terbaik buatnya
Manakala si dara menunggu si jejaka dengan sabar di sebalik pintu


Pada saya,
Setiap manusia mempunyai kisah cinta yang tersendiri
Ada masanya, si jejaka tersilap membuka pintu,
atau mungkin pintu si dara terlalu jauh
hingga si jejaka mengambil masa untuk menjumpainya.


Mungkin juga, si jejaka terlepas pandang pintu yang dekat
dan dia memerlukan masa untuk berpatah balik.
Sebaik-baiknya kita gunakan masa penantian itu untuk memantapkan diri.


Jangan lupa doa, usaha dan tawakal.


Mungkin ceritanya berbeza tetapi......
ada satu perkara yang sama,
semua perkara berlaku ditentukan Allah
itu dikatakan sebagai qada dan qadar
walaupun manusia boleh memilih pasangan hidup yang disukai
jodoh dan pertemuan hanya tuhan sahaja yang mengetahui


Apabila masanya tiba,
Allah akan membantu si jejaka mencari pintunya dengan mudah dan penuh keberkatan.
Si jejaka akan mengetuk pintu itu dengan ucapan salam.
dan anda pula akan menjawab salam itu dengan senyuman yang paling manis.


"Sesungguhynya Dia menjadikan setiap insan itu berpasangan. Padanya terhimpun keberkatan yang ditunjangi rasa kehambaan"


TUHAN menemukan CINTA kami. Alhamdullilah





CREDIT CINEMATOGRAPHY PRODUCTION BY :-
"Style Weddings"
"Shahril Sulaiman & Ustazah Pilihan Firuz Akhtar"

Share:

Jumaat, 4 Mei 2012

NAK KE X NAK???

Assalamualaikum W.B.T
Alangkah bestnye lau dapat g melancong waktu2 macam ni kan... dapat rehatkan minda & diri ni... okai lah.. anda tahu x top 5 tempat yang mesti dilawati kat Malaysia nih?? Malaysia adalah sebuah negara beraja berpelembagaan di Asia Tenggara. Merupakan negara yang multi-etnik & pelbagai budaya yang memainkan peranan yang besar dalam politik. Cuaca tropika di mana cahaya matahari dan suhu panas sepanjang tahun. So, terdapat 5 tempat yang anda tidak harus lupa untuk lawati.. Jom...



CAMERON HIGHLAND

TAMAN NEGARA

PULAU TIOMAN

PULAU LANGKAWI

PULAU PERHENTIAN
"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka"

Share:

Isnin, 23 April 2012

PENAMPAR ITU JAWAPANNYA

Assalamualikum W.B.T...
Selamat tengah hari rakan2 sekalian... Okai sebelum kita pergi makan tengah hari ni, nak kongsikan sebuah kisah tentang "PENAMPAR ITU JAWAPANNYA"... Hehehehe jom..


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam
benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari
beliau bertemu seorang imam tua 
di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

*Moral of the story… lain kali kalau ada yang tanya soalan lebih kurang sama dengan soalan pemuda tersebut…. tampar je… selesai masalah :)


Pedih tu... nak sangat kan jawapannya, kan dah kene, jangan angkuh... Untung la dapat penampar, kalau kene sepak, hahahahha sia2 la usia remaja hang... ^_^
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts