Kangkung: Bukti Masalahnya Bukan Komunikasi, Tapi Spin Story
ASALNYA penulis tak beri perhatian sangat kepada beberapa kenyataan Menteri dalam beberapa isu yang dijadikan bahan jenaka oleh balaci pembangkang. Sebab penulis tidak nampak keperluan melayan isu macam itu kerana ia jelas hanya taktik pembangkang untuk memburukkan menteri-menteri terbabit.Kalau betul cakap pun macam itulah niat, kalau salah cakap, apatah lagi.
Tapi bila kenyataan Perdana Menteri mengenai harga kangkung turun ini dijadikan bahan jenaka, penulis nak jelas apa yang samar sebelum ini bahawa dalam isu kenaikan harga barang sekarang, soalnya bukan Perdana Menteri atau Menteri tak telus dalam beri penjelasan, tapi kerana apa pun penjelasan yang diberi, akan diputar belitkan oleh para macai pembangkang yang pro dubor Anwar Ibrahim. Itu saja masalah sebenarnya.
Perdana Menteri hanya ambil satu contoh, kangkung dan menyebut hal-hal lain yang lebih penting tentang kenaikan harga sesetengah barangan tertentu (bukan kawalan kerajaan), tapi balaci yang singkat otak ini, hanya ambik yang kangkung itu saja untuk jadi bahan ketawa, bodoh tak bodoh punya pendekatan.
Sememangnya, dalam banyak hal, kerajaan dah respon dengan cara yang betul dah dalam soal kenaikan harga, tapi semua respon itu tidak sampai kepada macai sebab mereka pilih untuk baca cerita yang dah diputar belitkan, bukan fakta yang sebenar. Jadi sampai bila nak selesai masalah?
Selepas ini kalau baca apa yang macai tulis pasal kenaikan harga barang ini, sedarlah bahawa isu itu sama ada tidak ada tapi diada-adakan atau isu itu sebenarnya kecil dan terpencil, tapi diperbesar-besarkan macam isu nasional sangat. Fakta dan intergriti penulisan seperti itu, bahkan isu yang dibangkitkan itupun (kenaikan harga barang) hampir tidak ada. hanya simulasi semata-mata.
Sebab itulah kita lihat sendiri, dari 28 juta rakyat Malaysia ini yang dikatakan terjejas dengan kenaikan harga barang sebaik 2014 bermula, hanya kurang 5,000 orang saja yang hadir malam tahun baru di Dataran Merdeka untuk menyokong demonstrasi Turun Kos Sara Hidup. Kurang 5,000 ini tak wajar dijadikan panduan untuk mengatakan seluruh rakyat Malaysia tertekan dek kenaikan harga barang pun kerana ia kecil sangat dari segi jumlah dan nisbah. Itu pun hanya anggaran kasar kerana pada malam itu memang ramai orang ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baru bersama keluarga, puak ini saja yang datang buat kacau.
Tapi sebab nak juga tunjuk konon dapat sambutan di samping memastikan isu ini tidak hilang ditiup angin, maka diputar belitkanlah kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin kerajaan macam dalam isu kangkung ini. Situ pun dah tahu mentaliti pembangkang di tahap mana, lebih bawah dari tanah.
Pssstttt Kangkung Goreng Belacan sodap seh :-) |
0 comments:
Catat Ulasan