DUN KAJANG - ANWAR HILANG KREDIBILITI......
Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan. Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS. Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar. Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar.
Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri. Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar. Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu. Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian?
Nah, Us Fadzil kini telah tiada. Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS? PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik. Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya. Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS. Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali.
Kini, Anwar pula dikritik hebat dan beliau hilang kredibilitinya bila dianggap sebagai 'gila kuasa', bila bertanding di Dun Kajang. Jika dulu Almarhum Us Fadzil dicemuh oleh rakan2 dlm partinya sendiri kerana memilih strategi berbaik dgn Anwar bekas musuh politik PAS, kini Anwar juga dicemuh oleh ahli2nya sendiri. Apakah Anwar memang sengaja memilih untuk dicemuh atau hilang kredibiliti hanya kerana kerusi Dun?
Aku yakin, sejarah akan menceritakan kembali kisah ini....
0 comments:
Catat Ulasan