Gempar! ‘Awan Kuda’ Muncul Di Kota Kinabalu |Kedatangan Tahun Baru Cina setiap tahun membawa makna yang besar bagi masyarakat Tionghua seluruh negara.Namun di Kota Kinabalu tahun ini, ia adalah sesuatu yang unik berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila seorang jurugambar secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan berbentuk seakan-akan seekor kuda.
Jurugambar tersebut, Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.
Menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut.
Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang.
Dalam ruang Facebook beliau Jimmy menafikan penggunaan sebarang aplikasi komputer seperti Photoshop atau penggunaan sebarang kesan khas dan menegaskan ia adalah gambar asli.
Malahan beliau turut mengakui sebagai bertuah kerana dapat menangkap gambar imej tersebut.
Setakat berita ini ditulis, gambar ini telah mendapat 469 ‘likes’ serta dikongsi sebanyak 263 kali hanya beberapa jam selepas gambar ini disiarkan.
Manakala kebanyakan pengunjung rata-rata turut memberikan komen serupa melihat bentuk awan tersebut seperti seekor kuda.
Imej kuda di langit ini adalah sesuatu yang unik dan ianya mungkin berlaku secara kebetulan.
0 comments:
Catat Ulasan