Menurut Pengerusi SEMUT itu, 90% guru-guru SJKC menyokong dan merupakan penjilat tegar DAP. Mereka ini sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mempromosikan DAP dan sangat menentang keras persefahaman dan kontrak sosial di negara ini. Guru-guru berkenaan seringkali bertindak sebagai agen untuk melebarkan lagi jurang perpecahan di kalangan kaum memandangkan mereka berada dalam sistem pendidikan vernakular yang sama sekali tidak sesuai diamalkan di negara ini apatah lagi setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka.
Tindakan guru berkenaan yang menurut Huan Chen Guan adalah kerja ORANG GILA, seharusnya dipandang berat oleh Kementerian Pelajaran. Malah menurut Pengerusi SEMUT itu lagi, Kementerian Pelajaran tidak seharusnya terlalu berlembut, lembik dan patah tengkuk apabila berhadapan dengan elemen-elemen SJKC.
"Mereka ini kalau diberikan gunung emas pun, undi dan sokongan mereka adalah untuk DAP dan Pakatan. Buat baik macam mana pun dengan mereka ini, mereka tetap akan melihat perpecahan kaum adalah baik untuk DAP dan Pakatan Rakyat. Kita ada undang-undang. Kenapa undang-undang tidak dikuatkuasakan? Kalau guru Melayu, Lim Guan Eng dan bapanya, Kit Siang bukan main lagi memainkan isu rasis, sehinggakan permohonan maaf pun tak diterima sebaliknya mahu kerajaan menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman gantung sampai mati, takka seorang guru dari SJKC boleh dilepaskan begitu sahaja? Guru-guru yang tidak patut wujud dalam masyarakat Malaysia seperti ini juga harus dikenakan tindakan keras. Mereka tidak boleh dibenarkan sama sekali berada atau mendekati institusi pendidikan negara."
DAP seringkali menyalahkan UMNO kerana memainkan isu-isu sensitif membabitkan perkauman dan agama. Namun menariknya, isu-isu perkauman dan agama di negara ini semuanya mengarah kepada DAP kerana DAP sebenarnya yang mencetuskan kemarahan masyarakat, kemudian mereka berdiam diri dan akhirnya muncul untuk menyalahkan orang lain sepertimana yang berlaku dalam kes-kes seperti KALIMAH ALLAH, chauvinisme, hapuskan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, serangan terhadap institusi raja, serangan ke atas Perlembagaan Malaysia, perlecehan terhadap agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya.
Huan Chen Guan dan SEMUT merupakan antara pihak yang paling banyak membocorkan, mendedahkan serta menyebar luas sanggahan terhadap segala pembohongan-pembohongan dan tipu belit DAP, Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat. Mereka dianggap oleh para penyokong DAP dan Pakatan Rakyat terutama sekali yang berbangsa Cina sebagai CINA SUBVERSIF kerana 'khianat' terhadap DAP dan 'perjuangan Cina' di negara ini.
0 comments:
Catat Ulasan