Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Khamis, 30 Januari 2014

Kisah Sedih Murid Darjah Satu

anknrdinbnjari Kisah Sedih Murid Darjah Satu
[kredit kisah dan gambar kepada seorang sahabat] |Raut wajahnya yang menenangkan,bahkan akhlak beliau juga amat dikagumi.
Sebagaimana ayahnya terkenal denga ketinggian adab, puteri kesayangan Syeikh Nuruddin ini juga mewarisi akhlak ayahandanya.
Nama diberi Nismah Mohamad Noeruddin Marbu…salah seorang pelajar SRII Al Amin…
Anak Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki…
Ini kisah yang diceritakan oleh guru beliau:
Adab Anak Seorang Alim Ulamak Kepada Gurunya
Perkongsian Ustaz Akhi Ahmad Kamil :
Orientasi para pelajar darjah 1 hari ini, berlaku satu perkara yang sangat menyentuh hati saya.
Ketika slot muhasabah, para pelajar sedang menangis, saya berkata, “Siapa yang betul-betul nak minta maaf dengan para mu’allimah (pasal majoriti mu’allimah), cepat-cepat pergi minta maaf….”
Semua masih menangis, tapi belum ada siapa yang bangun. Tiba-tiba bangun seorang anak kecil sambil teresak-esak, pergi mendapatkan salah seorang mu’allimah. Dipeluknya mu’allimah tadi seeratnya. Sungguh tinggi rasa hormat dan sayang dia kepada para gurunya.
Dan anak itu adalah Nismah Binti Nuruddin Marbu. Maafkan saya kalau ada yang rasa x suka pasal saya asyik menceritakan pasal Nismah.
Saya tidak membezakan antara semua anak murid saya. Semuanya saya sayang. Tapi ketinggian ADAB yang membezakan mereka.
Dan adab itu diwarisi daripada ayahandanya, yang sangat masyhur sebagai seorang ulama yang sangat beradab dengan ilmu.
[kredit kisah dan gambar kepada seorang sahabat]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog