Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan

Selasa, 13 Jun 2017

Parti Bunga Terkoyak Rabak, Tangkainya Layu Kelopak Berselerak



PPBM baru sahaja menjangkau usia 41 minggu sejak ROS meluluskan penubuhan parti itu pada 9 September 2016. Namun sudah terlalu banyak perpecahan berlaku dalam parti pimpinan Mahathir itu. 

Semalam, Syed Saddiq yang baru setahun jagung telah dinasihatkan agar menjaga tepi kain sendiri dan menjawab tuduhan "everything to hide" yang didakwa oleh Armada PPBM iaitu Muhammad Hafiz.

Kain parti sendiri terkoyak rabak tidak nampak. Sibuk menuding jari terhadap orang lain. Mungkin benarlah cakap Khairuddin Abu Hassan, inilah tahap budak hingusan yang sedang menjadi Ketua Armada PPBM.

Rabaknya parti bunga dan seleraknya parti itu sudah diketahui umum. Apa lagi hendak disorok? Hampir setiap minggu cerita mengenai pergolakan dan perpecahan dalaman PPBM diceritakan dalam media, sama ada pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

Terbaru, seorang AJK Armada PPBM berpangkat nombor tiga telah mempertikaikan kekayaan anak-anak Mahathir secara terbuka. Malah isu skandal seks melibatkan Muhyiddin Yassin dengan Nika Gee juga turut dibangkitkannya. 

Exco ARMADA itu hanya meminta Mahathir dan Muhyiddin memberi penjelasan agar mereka dapat membalas kembali dalam media sosial. Namun sebaliknya yang berlaku, PPBM mahu bertindak mengambil tindakan disiplin pula kepada exco berkenaan bagi menutup tegurannya itu.

Inikah kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh PPBM? Baru buka mulut tentang skandal kekayaan Pengerusi dan skandal seks Presiden PPBM sudah "kena gam". Sejak berkawan baik dengan DAP, PPBM sudah amalkan demokrasi cara parti roket itu.

Itulah juga nasib yang terjadi kepada sayap Srikandi PPBM. Skandal "klimaks 4 kali"  Anina Saadudin didedahkan pula sampai Anina dipecat. Kenapa skandal Nika Gee dan skandal "blow the horn" Syed Saddiq didiamkan sahaja? 

Srikandi terus lumpuh lepas Ainina kena pecat. Kemudian satu demi satu kelopak parti bunga gugur layu. Di Baling, Kerteh, Pandan, Ipoh, Putrajaya Teluk Kemang, Rembau, Sik sudah ramai ahli PPBM sudah keluar parti. 

Dua negeri sudah menjadi batu nisan awal untuk PPBM iaitu di Perak dan Negeri Sembilan. Sudah berselerak jadinya. Ramai yang keluar parti. Oleh kerana itulah, PPBM tidak berani umum berapa ahlinya yang sebenar.

5 Jun 2017, dalam Malaysiakini, Muhyiddin hanya berani buat kenyataan angan angan Mat Jenin bahawa PPBM sudah tembus semua kubu kuat UMNO. Ahli ahli PAS menyeberang sama untuk sertai PPBM, dakwa Muhyiddin. Kalau sudah begitu ramai, mengapa Muhyiddin takut umumkan angka sebenar ahli PPBM? 

Pada 9 Jun 2017, Dato Sri Najib selaku Presiden UMNO mengumumkan sejumlah 29,845 orang ahli UMNO baru antara bulan April dan Mei 2017. Manakala permohonan keahlian dalam online pula adalah sejumlah 15,201 orang. 

Jumlah pertambahan ahli UMNO dalam masa sebulan sahaja sudah melebihi seluruh ahli PPBM di seluruh Malaysia. Parti bunga sampai sekarang masih takut hendak umumkan berapa jumlah keahlian sebenar mereka.

Kenapa takut? Sebab bilangan ahli parti bunga terlalu kecil dan angka itu amat memalukan jika diumumkan. Sudahlah sedikit, ramai pula yang keluar parti tinggalkan PPBM. Mahathir mana peduli lagi tentang PPBM. Dia kata "sapa tak setuju pi la keluaq ramai ramai".

Mahathir sibuk membuat lawatan ke Jepun untuk melihat kilang kereta di sana. Buat apa Mahathir hendak lawat kilang kereta di Jepun? Dia bukan Pengerusi Proton lagi? 

Hak milik siapakah sebenarnya Proton ini? Adakah milik Mahathir atau Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari? Persoalan ini masih belum dijawab. 

Mahathir lebih pentingkan cita citanya hendak jadi "Perdana Menteri Sementara" sahaja, dari menjaga parti bunga yang sedang selerak dan koyak rabak. Jumaat lepas, baru 41 kali Jumaat untuk parti PPBM. Apa jadi pada 44 kali Jumaat? 

PPBM kini tak ubah seperti sebuah bunga yang terkoyak rabak, tangkainya layu, kelopaknya berselerak. Hanya tunggu masa untuk gugur ke tanah dan menyembah bumi. 


Share:

Isnin, 8 Mei 2017

PEMILIK BANGLO DISNEYLAND SUDAH DIGANTUNG PKR, DAP BILA HENDAK GANTUNG PEMILIK BANGLO PINHORN


GADUH sesama sendiri dalam pakatan pembangkang memang amat sinonim dari dahulu lagi hinggalah sekarang. Gaduh sebab rebut kerusi, gaduh rebut jawatan dan gaduh rebut harta.

Terbaru, apabila timbulnya kes rasuah dan salahguna kuasa Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, tampil beberapa pemimpin pro Azmin menentang dan membela anak muda itu.

Presiden PKR mengambil keputusan gantung Adam Rosly, keputusan ini bangkit kemarahan kem pro Azmin. Rafizi pula diserang oleh kem Azmin  Pergaduhan ini telah mengiyakan wujudnya dua kem dalam PKR.

Satu pihak cuba untuk mempertahankan Adam Rosly, dan ia dilihat di bawah pengaruh Timbalan Presiden Azmin Ali. Manakala satu kem lagi cuba untuk 'membuang' Adam Rosly yakni dari pihak pro Presiden parti. Semuanya berpunca dari pemilik banglo Disneyland Ampang tersebut.

Itu cerita dalam PKR. Sama juga apa yang telah berlaku dalam DAP, iaitu parti yang menguasai Pakatan Harapan.

Apabila timbulnya isu banglo Pinhorn milik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang, berlaku juga sengketa yang amat dahsyat dalam parti cauvinis itu. Wujud juga dua kem iaitu yang mempertahankan tindakan salah guna kuasa Guan Eng itu dan yang menentang tindakan korupsi tersebut.

Ada suara suara gesa Guan Eng letak jawatan setelah kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan Guan Eng berkemungkinan berhadapan hukuman penjara.

Namun DAP bertindak kejam. Lim Kit Siang selaku penguasa terbesar dalam parti itu telah mengamalkan kuasa diktatornya untuk memecat kebanyakan pemimpin parti yang ingkar dengan haluan 'Legasi Lim'.

Ini menyebabkan ramai pemimpin DAP peringkat setempat dan negeri tidak mampu bertahan. Lalu mereka keluar parti sedikit demi sedikit sepertimana yang  berlaku di Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain.

Soalnya sekarang, bila pula DAP mahu menggantung tugas atau dalam bahasa lebih baik memberi cuti kepada pemilik banglo Pinhorn ini? Sedangkan dia telah terbukti melakukan kesalahan korupsi yang paling DAP benci.

Adakah DAP sekadar 'memilih bulu' dalam menghukum pemimpin sendiri melakukan salah? Jika kesalahan itu dilakukan oleh anak penguasa parti, maka ia tidak perlu menerima hukuman parti?

Sebaliknya, jika kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang tidak kaitan dengan 'Legasi Lim', maka dengan mudah mereka perlu dihukum?

Apa yang nyata, pergaduhan dalaman dalam DAP sebenarnya lebih serius dan amat teruk berbanding parti-parti lain dalam pembangkang. Namun, pemimpin DAP bersikap kejam untuk menutup segala kelemahan mereka.

'Legasi Lim' tidak sesekali akan menghiraukan tangisan ahli atau mana-mana pemimpin mereka yang berada dalam masalah, yang penting bagi mereka adalah kuasa. Dan yang penting anak bini 'Legasi Lim' patut terus dipertahankan walau pun mereka terbukti bersalah.


Inilah cerminan parti yang menguasai Pakatan Harapan. Apapun kita patut terus mencabar 'parti demokratik' ini supaya bersifat demokrasi dalam parti sendiri. Pecat atau beri cuti kepada pemilik banglo Pinhorn jika DAP benar benar anti pada rasuah. Bila DAP mahu bertindak?


Share:

PAKATAN HARAPAN TIDAK STABIL DAN PAKAR U-TURN


Memang benarlah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya tidak ada idea tapi suka mengkritik apa yang kerajaan lakukan.

Selepas membantah habis-habisan, mereka akan kembali membuat pusingan "U Turn" tetapi dengan membuat pembaharuan terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan, seolah-olah ia adalah cadangan mereka sendiri.

Contoh paling dekat adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan. Dulu pembangkang bukan main lagi membantah GST sampaikan himpunan jalanan diadakan semata-mata mahu menggagalkan cukai berkenaan.

Masalahnya mereka tidak pula mengemukakan cukai baru bagi menggantikan GST. Tak lama kemudian, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan GST jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Itu kisah GST, sama juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Dulu Mahathir, penasihat pakatan pembangkang bukan main lagi menyerang Najib dengan alasan BR1M adalah rasuah, yang diberikan semata-mata untuk menarik perhatian pengundi.

Bukan itu sahaja, Mahathir turut menuduh BR1M sebagai dedak yang diberikan oleh kerajaan. Sampai begitu sekali penerima BR1M dihina tapi akhirnya dia memberi bayangan bantuan berkenaan akan dikekalkan sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya.

Sikap "U-Turn" pembangkang ini tidak terhenti di situ saja malah banyak lagi. Soal hubungan Malaysia dengan China turut dijadikan isu kononnya Najib mahu menjual kehormatan dan kedaulatan kepada negara China tatkala beliau membawa masuk banyak pelaburan dari negara tersebut.

Mereka tidak senang dengan kejayaan Najib menandatangani perjanjian perdagangan berjumlah RM144 billion bilion selepas lawatan Perdana Menteri ke negara itu.

Selepas menyerang kerajaan bertalu-talu dalam isu melibatkan hubungan dengan China ini, tidak lama kemudian sekeping gambar yang telah dimuatnaik di Facebook oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong, menunjukkan beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng turut melawat Duta Besar Cina Ke Malaysia, Huang Huikang.

Apa tujuan lawatan delegasi DAP itu? Mereka tahu China adalah kuasa dunia, justeru adalah bodoh bagi sesiapapun untuk memutuskan hubungan dengan negara berkenaan.

Nampaknya trend pusingan "U Turn" ini semakin menjadi-jadi, mungkin sebab sekarang dah hampir dengan PRU maka ia adalah jalan terbaik untuk menarik sokongan rakyat kerana PH memang tiada idea, kalau tidak masakan hendak mencipta logo parti pun sampai heboh satu negara.

Terpaksa meminta cadangan daripada penyokongnya pula selepas tiga logo yang dicadangan ditolak ramai dan dikatakan buruk pulak tu.

Bahaya untuk kita memberi peluang kepada pakar "u-turn" ini untuk memerintah negara, kelak banyak dasar-dasar yang akan dipusingkan balik.


Ekonomi dan kemajuan negara harus bergerak ke hadapan dan terus maju. Kalau ekonomi dan kemajuan negara tidak stabil dan bersikap pusingan U Turn, ianya adalah sesuatu yang tidak baik untuk kemakmuran negara.


Share:

USAH BERANGAN SERANG PEKAN, CUCI DULU SKANDAL SENDIRI


Umpama bagai satu jari menuding orang lain, empat lagi jari menuding kita, itulah keadaanya apabila Mahathir, penasihat Pakatan Haralan menyuruh pengundi di Pekan jangan mengundi Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kalah dan dapat dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Bukan mudah hendak suruh rakyat yang sudah matang buat itu dan ini secara membabi-buta. Orang ramai terutamanya pengundi sudah tahu apa kejahatan yang tersirat dalam benak Mahathir tatkala menyuruh rakyat di Pekan, Pahang supaya tidak mengundi Najib.

Jangan buat hal banyak, elok Mahathir cermin dulu diri dia, di pihak mana yang banyak buat onar dan jahat sehingga menyusahkan rakyat? Najib sedang mencuci hutang tinggalan siapa kini untuk kesenangan rakyat?

Mahathir dan konco-konconya sudah banyak buat hal kerana sudah tua tapi masih tamakkan kuasa serta kedudukan.

Mahathir dulu tuduh Najib ambil secara tidak betul wang RM2.6 bilion dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harapan rakyat akan terpengaruh. Rakyat pun tahu, tuduhan curi itu adalah tidak benar. Masa King Salman datang Malaysia, kenapa Mahathir tidak tanya duit itu betul ke dicuri atau tidak?

Satu Malaysia sudah tahu apabila disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang itu adalah wang hasil derma dari keluarga Diraja Arab Saudi. Wang itu juga sudah disahkan telah dipulangkan semula sebahagian daripadanya kepada penderma berkenaan.

Rakyat boleh fikir, kalau PM tipu pasal wang itu, takkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud sudi datang lagi ke Malaysia dan memeterai perjanjian berbilion ringgit di negara ini. Nilai pelaburan RM31 billion Aramco lebih besar dari jumlah RM2.6 billion.

Mahathir yang tetap tak puas hati tuduh pula soal wang dari syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM40 juta. Perkara ini, Mahathir sendiri pun tak tahu yang mana betul,  beliau cakap jumlah RM40 juta, bila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada 3 Mei 2017, cakap RM43 juta pula, mana satu betul?

Pada 26 Januari 2016, Peguam Negara sendiri telah memaklumkan bahawa Najib didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung kes SRC dan juga dana RM2.6 bilion dan mengarahkan tiga kertas siasatan kes berkenaan dikembalikan kepada SPRM dengan arahan kes berkenaan ditutup.

Dalam saranan Mahathir itu, dia kata kalau tak undi Najib dan jatuhkan Najib, akan perkuatkan Melayu. Dakwaan itu tidak betul. Jika Najib ditumbangkan dan tewas, para pengundi di Pekan hanya akan menguatkan parti DAP dan bukannya parti Mahathir pun.

Ini kerana parti bunga pun bergerak di bawah telunjuk DAP, mereka tak boleh perjuangkan Melayu dengan keadaan begitu di bawah ketiak Lim Kit Siang.

Tuduhan bahawa Najib sudah berubah bila menjadi PM pun bohong sama sekali. Ini kerana, yang berubah sebenarnya adalah Mahathir. Dulu Mahathir sayang UMNO, sekarang Mahathir sayang DAP, sayang PKR dan kutuk UMNO siang malam. Dulu Kit Siang rasis, sekarang dah jadi kawan sebantal.

Dulu, Anwar dikritik tidak layak jadi Perdana Menteri kerana peliwat, sekarang Anwar disokong supaya dibebaskan dari hukuman penjara kes liwat. Dulu Mahathir cukup marah dengan perhimpunan haram, sekarang ini dia antara yang kuat mahu perhimpunan haram diadakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dulu sungguh-sungguh tuduh DAP parti perkauman, kini sebabkan hendak jatuhkan BN, sanggup tebalkan muka puji DAP tinggi melangit dan anggap DAP parti paling mulia.
Najib terbukti konsisten dan tetap setia pada perjuangan bertunjangkan bangsa dan rakyat.

Mahathir pun setia juga, tapi setia dia pada kroni kerana inginkan wang dan dana, sejak jadi Perdana Menteri pada tahun 1981 dulu Mahathir setia pada kroni sampailah ke hari ini.

Sudah berbelas kali Mahathir gagal jatuhkan Najib sejak serangan pertamanya pada Julai 2015. Kali ini, Mahathir mahu serang Pekan pula. Sudah sudahlah, baik jaga bekas calon pembangkang yang kalah lawan Najib di Pekan dulu. Kesian dia berada di atas kerusi roda.


Share:

Selasa, 2 Mei 2017

Azmin batal lawatan ke Mesir, Budiman bakal MB Selangor?


SHAH ALAM – 2 Mei : Hasrat  Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat mungkin tidak tercapai.

Desas- desus dan juga laporan portal ini semalam mendapat maklumbalas dari netizen berhubung 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS di Negeri Selangor.

Azmin 30 April lalu dikhabarkan membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Manakala Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menepis dakwaan media berhubung 4 Adun lompat parti itu sebagai satu propaganda.

Menurut sumber dalaman parti PKR permohonan mengadap beberapa pemimpin PKR dan BN telah diterima istana dan ini menyokong kuat desas-desus yang berlaku dalam krisis politik di Selangor.

Baik pengamal media, penyokong BN, penyokong  Pakatan Rakyat serta orang awam cuba membuat telahan sendiri berdasarkan maklumat, pemerhatian, pemantauan serta kajian pendek yang dibuat ke atas isu yang berlaku dan yakin kerajaan Pakatan pimpin Azmin Ali bakal tumbang dalam tempoh terdekat.

Sumber mendedahkan Azmin Ali bakal membatalkan segera lawatan 5 harinya di Timur Tengah bagi menyelesaikan kemelut krisis politik Selangor. Tentunya krisis ini berat sepanjang ketiadaannya di Selangor.

Manakala para Adun BN Selangor juga dikatakan menerima arahan agar tidak keluar negara dan bersiap sedia. Kenyataan ringkas YB Budiman Mohd Zuhdi Adun Sg Panjang dalam facebooknya hari ini (1 Mei ) memberi gambaran sesuatu bakal berlaku.
“Mood bersedia. Diarah jangan ke luar negara. Percaya pada takdir.” katanya ringkas.

Sumber berkata YB Budiman disebut antara satu dari nama Menteri Besar Selangor selain seorang dari parti bebas dan PAS dalam kerajaan campuran baru Selangor yang bakal terbentuk. Ia terpulang kepada kejayaan perundingan muktamad kerajaan campuran itu nanti. Budiman menang pilihanraya kecil Parlimen Sg Besar Jun tahun lalu dilihat popular dikalangan rakyat Selangor.

Sementara itu Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, beliau yakin jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor semakin berada di penghujung dengan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi bersama PAS.

“Jika dahulu saya melihat Pembentukan Pakatan Harapan didokong kuat oleh DAP yang boleh meletakkan calon mereka sebagai Menteri Besar Selangor kini tentu amat sukar dengan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat. Adun-adun yang berpaling tadah dari Pakatan pasti membentuk kerajaan campuran bakal memilih Menteri Besar dari kalangan UMNO, bebas atau dari PAS”. katanya ketika dihubungi

Menurutnya, jika Azmin Ali membubarkan DUN Selangor ia tetap mengundang risiko berlakunya pertandingan 3 penjuru yang boleh memberi kelebihan kepada BN.
“Saya juga amat yakin YB Budiman antara pemimpin BN yang sesuai menjadi Menteri Besar. Bagaimanapun ini terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi BN”. katanya lagi.
Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru Selangor. 
Share:

Tiada Kejayaan Signifikan Di Negeri Selangor Di Bawah Pentadbiran MB Azmin Ali Serta Ancaman Politik PKR

Selangor MOVE


1. Terkini, hasil konsensus muktamar Pas di Kedah yg memutuskan untuk "Memisahkan Diri" daripada perhubungan dan ikatan politik dgn PKR serta ancaman 4 Adun PKR untuk keluar parti telah mendatangkan Ancaman Politik kepada MB Azmin  Ali.

Dengan PRU 14 yg dijangkakan dalam masa tahun ini , MB Azmin tidak ada pilihan lain selain membubarkan DUN Negeri. Walaupun begitu, Ancaman Kerajaan DAP PKR Selangor tumbang dalam masa terdekat tidak dapat dinafikan lagi. Proses tawar menawar politik dikatakan sedang berlaku dan ianya kelihatan agak mencemaskan PKR Selangor dan karier politik MB Azmin.

2. Tekanan politik MB Azmin ditambah pula dengan krisis dalaman PKR dimana kejayaan Rafizi Ramli melalui laporan salah laku MB Azmin dipercayai antara sebab tumbangnya orang kuat Azmin di dalam PKR. Kem azmin di dalam PKR agak goyah diserang paksi Rafizi, Wan Azizah & Nurul.

3. Sepanjang 2 tahun lebih pemerintahan MB Azmin Ali, Selangor dilihat tidak banyak perubahan & yang agak jelas, pentadbiran MB Azmin Ali dikuasai DAP dan perjalanan keputusan negeri di dalam gengaman DAP.  Azmin Ali dilihat separa boneka kepada DAP dalam kerajaan Negeri Selangor.


TIADA KEJAYAAN YG SIGNIFIKAN YG BOLEH DIGAHKAN DI NEGERI SELANGOR DIBWH PENTADBIRAN MB AZMIN ALI

Pelbagai isu seperti :-
~ Isu Gerbang Selangor
~ Isu DEIG
~ Isu Penjualan Tanah
~ Isu Adam Disneyland
~ Isu Skandal Seks
~ Isu Kenaikan Cukai
~ Isu Air
~ Isu Sampah



Antara isu yang menghantui kerajaan DAP & PKR Selangor di bawah pimpinan MB Azmin Ali yang dikategorikan sebagai separa boneka PKR. 



ISU SOKONGAN MB AZMIN ALI KEPADA TUN M TELAH MENYEBABKAN KRISIS PKR BERTAMBAH BURUK

1. Pilihanraya Negeri Selangor Ini Jika Dibuat Dalam Masa Terkini Akan Pasti Melibatkan PPBM Yang Disokong Kuat Azmin Ali

2. Jika PPBM Turut Bertanding DI Semua Kawasan UMNO & BN Bertanding, Maka Ia Akan Menjadi Pertandingan 4 Penjuru iaitu UMNO vs PAN vs PAS vs PPBM

3. PAN  Mempunyai Kelebihan Sokongan Undi Cina Di Atas Faktor PAN Adalah Parti Milik DAP & Ditaja DAP. PAN Juga Mampu Mendapatkan Sekurang-Kurangnya 40% Undi PAS Seperti Mana PRK Sg. Besar Dibuktikan

4. PPBM Mungkin Mampu Mendapat 30 % Undi dari UMNO, Tetapi Pasti Tidak Akan Dapat Meraih Undi DAP Yang Akan Dihalakan Kearah PAN.

5. Maka Jelas Disini, Permainan Ini Adalah UMNO vs PAN

6. Jika Di Kawasan UMNO vs PKR, Maka Akan Berlaku UMNO vs PKR vs PAS

7. Dapat Dilihat Dengan Jelas, PKR Akan Rugi Banyak Kawasan Di Selangor Akibat daripada Kemunculan PAN & PPBM


Share:

Jumaat, 31 Januari 2014

Dok Kira Anwar Hilang Kredibility, Masa Ust Fadhil Noor hilang 'Kredibility' dahulu hangpa takmau kira..!!

DUN KAJANG - ANWAR HILANG KREDIBILITI......


Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan.  Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS.  Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar.  Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar.  


Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri.  Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar.  Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu.  Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian?

Nah, Us Fadzil kini telah tiada.   Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS?  PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik.  Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya.  Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS.  Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali. 

Kini, Anwar pula dikritik hebat dan beliau hilang kredibilitinya bila dianggap sebagai 'gila kuasa', bila bertanding di Dun Kajang.  Jika dulu Almarhum Us Fadzil dicemuh oleh rakan2 dlm partinya sendiri kerana memilih strategi berbaik dgn Anwar bekas musuh politik PAS, kini Anwar juga dicemuh oleh ahli2nya sendiri.  Apakah Anwar memang sengaja memilih untuk dicemuh atau hilang kredibiliti hanya kerana kerusi Dun? 

Aku yakin, sejarah akan menceritakan kembali kisah ini....
Share:

Kenapa Anwar pilih Kajang?

Kenapa Anwar pilih Kajang
KEPUTUSAN Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang menimbulkan pelbagai persepsi.

Apakah yang mempengaruhi politik di Kajang sehingga menarik minat Anwar bertanding, sedangkan banyak lagi kerusi selamat PKR boleh dipertaruhkan.

Biarpun PKR terang-terangan menyebut, keputusan mempertaruhkan bos mereka bukanlah kepentingan peribadi tetapi kepentingan politik dan perpaduan... namun, tindakan itu membuka pelbagai tanda tanya dalam kalangan pemain dan pemerhati politik.

Jikalau benar sandaran itu diambil, mengapa PRK Kajang tidak mempertaruhkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atau Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di situ.

Bagi penulis, bersandarkan kepada 'kerusi selamat' mungkin salah satu sebabAnwar memilih untuk berada di Kajang bagi memberi satu laluan mudah dalam percaturan politik yang sedang diusahakannya. Anwar dan PKR tentunya mempunyai agenda parti dalam kerangka yang lebih besar bagi meneruskan 'survival' politiknya.

Persoalan ini turut dikongsi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tindakan Anwar bertanding di Kajang antara langkah Ketua Pembangkang itu dalam usaha untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.

“Anwar mungkin ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kebolehannya mentadbir untuk meraih sokongan,” katanya.

Namun orang kanan Anwar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas bahawa calon mereka itu tidak kemaruk untuk menjadi wakil rakyat. Kalau Anwarmahu menjadi perdana menteri, beliau sudah menjadi orang nombor satu negara pada 1998 tetapi sebagai seorang reformis, bukan itu yang dikejarkan, kata Azmin.

Percaturan tetap berlaku - itu jangkaan besar ramai pihak apabila peletakan jawatan Lee Chin Cheh dikatakan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk satu lagi misi utama PKR. Bagaimanapun, Chin Cheh menafikannya. Lebih mengejutkan rakan Pakatan iaitu Pas mula bersuara dan meletakkan situasi yang berlaku ini sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Kajang.

Desas-desus sebelum ini ada mengaitkan beberapa wakil rakyat di Selangor pernah menawarkan kerusi yang disandang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding antaranya Bukit Antarabangsa milik Azmin dan Sri Andalas, kerusi Dr Xavier Jeyakumar. Bagaimanapun Anwar menolak dan memilih Dun Kajang.

Adakah komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India dilihat cukup baik bagi Anwar dalam mencerminkan dirinya sebagai pemimpin pelbagai kaum?

Atau mungkin ini matlamat akhir Anwar dalam mendekati pentadbiran penting negara di Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Kajang. Percaturan politik berada dalam tangan Anwar, namun jari pengundi bakal menentukan kesudahannya.
Share:

Umno gagal pulih hubungan sesama mereka

Umno gagal pulih hubungan sesama mereka

PERSETUJUAN Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi agar formula menentukan calon BN di pilihan raya kecil Kajang seperti mana dicadangkan Khairy Jamaluddin menunjukkan komponen itu masih gagal memulihkan hubungan sesama mereka.

Persetujuan Ahmad Zahid itu juga menunjukkan BN tidak yakin pilihan raya kecil itu dapat diuruskan oleh MCA dan BN akan menang.

Kerusi Dun 25 Kajang adalah diperuntukan kepada MCA.

Sekiranya hubungan sesama mereka, Umno - MCA sudah dalam keadaan baik dan mantap seperti mana didakwa, sudah pasti tidak timbul cadangan agar formula menentukan calon di PRK Kajang itu dibangkitkan. Ia pastilah meneruskan status quo yang ada.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya menegaskan bahawa orang Cina sudah kembali meyokong kerajaan.

Ratusan juta peruntukan, khasnya untuk pendidikan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina diberikan bagi mengambil hati orang Cina sehinggakan ada orang Melayu Umno mempertikaikan kejujuran kerajaan.

Akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia pula beberapa kali menggertak orang Cina dengan provokasi-provokasi seperti, tsunami Cina, apa lagi orang Cina ingini dan sebagainya.

Golongan fanatik dan rasisme Umno pula secara terang-terangan mahukan kerusi itu ditandingi oleh Umno.

Ini menunjukkan bahawa pemulihan kepada persefahaman Cina dan Melayu dalam BN masih tidak wujud.

Dengan hakikat yang ada ia amat sukar untuk BN merampas kerusi berkenaan menerusi pilihan raya kecil nanti.

Apakah Najib Razak akan mengambil pendekatan untuk tidak meluka hati sesama sendiri dengan tidak menghantar calon ke Kajang? Boleh jadi. Kata Najib, BN akan bermesyuarat dan mengkaji keperluan itu.

Walaupun tindakan tidak menghantar calon ke Kajang itu satu tindakan bijak tetapi ia pasti akan ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Tafsiran yang popular nanti bahawa sudah wujud persefahaman secara senyap di antara Najib dengan Anwar.

Boleh jadi pilihan raya kecil itu adalah perasmian kepada konsensus (rekonsiliasi) nasional.
Kalau ini terjadi bermakna rakyat Malaysia sedang berada dalam keindahan seni politik yang menakjubkan.

Selepas ini kita dengar pula apa komen Mahathir Mohamad, setelah Muhyiddin Yassin awal-awal lagi dengan nada tidak yakin mengatakan; bila ada pilihan raya kita akan meletakkan calon ia memberi petunjuk di pihak sebelah sana pasti tidak seronok dengan tindakan Najib.
Share:

JANGAN GUNA DUIT RAKYAT UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN MEWAH KAMU

Isteri Pengerusi CIMB sedang hidup dengan mewah di London United Kingdom, antara kereta yang dimilikinya ialah sebuah Maybach dan Bentley . 
Dia hidup mewah di London kerana suaminya mengaut keuntungan hasil daripada kontrak kerajaan kepada CIMB yang berjumlah berbilion-bilion ringgit. 

HENTIKANLAH PEMBOROSAN INI AZLINA, JANGAN GUNA DUIT RAKYAT UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN MEWAH KAMU.


Share:

Khamis, 30 Januari 2014

PRK KAJANG : Tabalkan Anwar sebagai 'Sultan Melaka' ???

Raja mana ni? Hahahaa!



KJ Sarankan Anwar Ditabal Sebagai Sultan Melaka

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.

Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’. Menurut Khairy “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.

“Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.

Paling menarik apabila mantan mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia secara sinis mengatakan tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk memberikan laluan kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat.

“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.

Disebabkan isu perletakan jawatan dan pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah satu tindakan yang bijak.

Tambahan pula ia dilakukan kerana isu perbalahan dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Berikut adalah antara pandangan masyarakat berhubung isu ini.

Mohd Salihin Nadzari : Lantik Anwar bertanding. Anwar ni dah jadi gila macam Sultan Melaka. Eloklah tu Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah. Nanti bolehlah bawa keturunan Sultan Melaka ke Kajang.

Harimau Malaya II: Kenapa perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai Menteri besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu Sultan sebagai Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun Kajang, hari ini MB Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar nafikan hendak jadi MB Selangor, nanti dah menang apa yang berlaku? Apa alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit nazak atau dah mati? Kenapa Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang sesuai jadi calon Dun Kajang?

Harimau Malaya II : KALAU ADE CALON BEBAS MACAM MANA ?? SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN WALHAL X NAZAK,XSAKIT DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA ???? KALAU BN BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN BERTANDING WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK BELANG,KEBODOHAN DAN KETAMAKAN ANWAR ......RENUNGKAN

Triton Hilux : Tak tahulah apa alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR)


Suzana Elani : duk pompang bn barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN
Share:

WIKIPEDIA : PANASSS!!! Anwar tersenarai sebagai Menteri Besar Selangor.

WIKIPEDIA : PANASSS!!! Anwar tersenarai sebagai Menteri Besar Selangor.



Dalam pada Anwar cuba menafikan akan menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB.
Wikipedia dah masukkan nama Anwar Ibrahim dalam list Menteri Besar.
(KLIK DIBAWAH)

List of Menteris Besar of Selangor

Wikipedia, the free encyclopedia - http://en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_Menteris_Besar_of_Selangor





Share:

Rabu, 29 Januari 2014

Belum tentu Anwar akan jadi MB Selangor walau menang di Kajang


Datuk Seri Anwar Ibrahim belum boleh senyum dan yakin akan menjadi Menteri Besar Selangor walaupun menang pilihanraya kecil DUN Kajang nanti.

Buat masa ini, kedudukan parti di DUN Selangor ialah PAS (15 kerusi), DAP (15 kerusi), PKR (14 kerusi) dan BN (12 kerusi). Jumlah kesemua kerusi ialah 56 kerusi. Kalau Anwar memenangi DUN Kajang, jumlah kerusi PKR tidak berubah iaitu 14 kerusi kerana mantan YB Lee Chin Cheh yang meletak jawatan itu adalah dari PKR.

Untuk menjadi seorang Menteri Besar yang tidak akan berdepan dengan undi tidak percaya, calon MB itu perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli DUN atau sekurang-kurangnya 29 ahli DUN dari 56 ahli DUN keseluruhannya.

Kita maklum PAS berang dengan Anwar kerana tidak berbincang dengan mereka sebelum "pelan strategik" Anwar ini dilakukan. Malah dari dulu lagi kita mendengar ada pemimpin PAS yang mengatakan calon mereka lebih layak menjadi MB Selangor atas alasan mereka mempunyai kerusi yang lebih banyak dari PKR.

Kalau PAS mahu menawarkan ahlinya untuk menjadi calon MB, ahli-ahli DUN terpaksa mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan kepada Anwar atau calon MB dari PAS. Kalau ini terjadi maka satu senario yang menarik akan berlaku.

Bayangkan jika semua 12 ahli DUN BN tidak mengundi Anwar sebagai calon MB dan ditambah dengan 15 ahli DUN PAS yang juga tidak mahu mengundi Anwar menjadi calon MB, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan Anwar sebagai MB ialah 27 ahli. Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan Anwar. Kalau Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengundi menyokong Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Kalau ada lagi seorang ahli DUN dari PR yang tidak sebulu dengan Anwar tidak mahu beliau menjadi MB, maka undi tidak menyokong Ahli DUN itu akan menjadikan impian Anwar untuk menjadi MB berkecai.

Satu lagi senario ialah jika Anwar kalah di Kajang, jumlah ahli DUN BN dan PAS ialah 28 manakala PKR dan DAP tinggal 28. Maknanya seri. Sekali lagi undi Tan Sri Khalid Ibrahim (atau satu undi dari mana mana ahli PKR atau DAP yang lain) akan menjadi penentu. Mungkinkah Tan Sri Khalid (yang sudah tentu merasa amat terhina dengan penguguran beliau dari jawatan MB) akan mengundi calon PAS atau berkecuali? Apa-apa pun kedua-dua keputusan itu akan menjadikan calon PAS menjadi MB Selangor. Senario ini amat menarik.

Persoalannya apakah akan ada ahli-ahli DUN dari PKR dan DAP yang berani membuat perubahan? Ingat, politik Selangor tidak pernah sunyi dari kontroversi.



Share:

Apa Respon Mereka Bila Anwar Ibrahim Bertanding Dun Kajang??

Respon pemimpin-pemimpin PAS :-

“Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda” - AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat” - Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

“Sejarah PRU12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN” - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan.

“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat. PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita” - Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman

“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP. Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat” - Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.


Share:

Selasa, 28 Januari 2014

Analisis PRK DUN Kajang: Dari Perspektif Seorang Mahasiswa


Ramai orang terkejut mendengar perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang pada 27 Januri 2014. Perletakkan jawatan tersebut memberi laluan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kajang dan ianya merupakan PRK yang ketiga selepas PRK DUN Kuala Besut di Terengganu dan PRK DUN Sungai Limau di Kedah. Kali ini, PRK akan diadakan di negeri Selangor. Ini juga merupakan PRK pertama di Selangor selepas PRK Parlimen Hulu Selangor sebelum Pilihan Raya UMUM (PRU) 2013 yang lalu.

DUN Kajang mempunyai jumlah pengundi seramai 39,030 pada PRU13 iaitu peningkatan sebanyak 9,162 pengundi atau 30.67 peratus berbanding PRU12 iaitu seramai 29,868 pengundi. Jika mengikut pecahan kaum, DUN Kajang mempunyai 48.48 peratus pengundi Melayu, 40.46 peratus pengundi Cina, 10.15 peratus pengundi India dan 0.91 pengundi pengundi lain-lain kaum pada PRU13 manakala pada PRU12, terdapat sebanyak 46.60 peratus pengundi Melayu, 44.10 peratus pengundi Cina, 8.70 peratus pengundi India dan 0.60 peratus pengundi lain-lain kaum. Hal ini bermakna, pengundi Melayu dan India menyaksikan peningkatan jumlah pengundi masing-masing sebanyak 1.88 peratus dan 1.45 peratus. Pengundi Cina mengalami sedikit penurunan sebanyak 3.64 peratus jumlah pengundi. Mari kita analisis pola pengundian DUN Kajang pada PRU12 dan PRU13.

Pada PRU 2013, kerusi DUN Kajang menyaksikan perlawanan 6 penjuru antara Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN), Parti BERJASA, dan tiga Bebas.  PR meletakkan Lee Chin Cheh dari PKR yang merupakan bekas pemimpin Parti GERAKAN di Selangor, BN meletakkan Lee Ban Sang dari MCA, Parti BERJASA meletakkan Mohamad Ismail, dan tiga orang lagi merupakan calon bebas iaitu Mohd Khalid Kassim, Ong Yan Foo dan Mohd Iwan Jefrey Abdul Majib. Calon PKR, Lee Chin Cheh, berjaya memperolehi 19,571 undi manakala pencabar terdekat beliau dari MCA, Lee Ban Sang, pula berjaya memperolehi 12,747 undi. Calon BERJASA, Mohamad Ismail, hanya memperolehi 1,014 undi manakala calon bebas Mohd Khalid, Ong Yan Foo dan Mohd Iwan masing-masing memperolehi 83 undi, 85 undi, dan 249 undi. Undi rosak pula sebanyak 541 menjadikan jumlah keseluruhan keluar mengundi sebanyak 34,290 atau 87.86 peratus. Lee Chin Cheh berjaya mengekalkan kemenangan PKR di DUN Kajang dengan majoriti sebanyak 6,824 undi.

Pada PRU 2008, kerusi DUN Kajang menyaksikan perlawanan 2 penjuru antara PR dan BN. PR meletakkan Lee Kim Sin dari PKR manakala BN meletakkan Datin Paduka Low Lee Seng dari MCA. Lee Kim Sin yang mencuba nasib beliau buat kali kedua ini (selepas PRU11) memperolehi undi sebanyak 13,220 manakala penyandang kerusi tersebut, Low Lee Seng, memperolehi undi sebanyak 9,952. Undi rosak pula sebanyak 560 menjadikan jumlah keseluruhan keluar mengundi sebanyak 23,732 atau 79.46 peratus. Lee berjaya menawan kerusi tersebut menerusi tiket PKR dengan majoriti sebanyak 3,268 undi.

Dari segi analisis undi, pada PRU13, PKR dan MCA masing-masing berjaya menambah jumlah undi sebanyak 6,351 atau 48.04 peratus dan 2,795 atau 28.08 peratus. Walaupun kedua-dua parti ini memperolehi peningkatan undi dari segi jumlah dan peratusan, MCA gagal merampas kerusi DUN Kajang dari PKR kerana jumlah peningkatan undi parti tersebut terlalu sedikit berbanding dengan PKR.  Bilangan keluar mengundi pula meningkat sebanyak 10,558 orang atau 44.49 peratus. Hal ini bermaksud PRU13 di DUN Kajang lebih hangat berbanding PRU12.

Perletakkan jawatan Lee Chin Cheh telah menimbul banyak spekulasi dari dalam dan luar parti bahawa tindakan beliau mengosongan kerusi tersebut adalah untuk memberi laluan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk bertanding untuk mengantikan jawatan Mentri Besar dari Tan Sri Khali Ibrahim. Lee Chin Cheh bertindak sedemikian ekoran terdapat kontoversi yang melanda pentadbiran PR di Selangor antaranya kenaikkan gaji ADUN dan Speaker DUN, pelan penstrukturan air dan kemuncaknya Azmin Ali digurgurkan dari Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Di kalangan polikus dan penganalisis politik, terdapat beberapa sebab Azmin Ali disingkirkan dari PKNS.

Pertama: Saranan penyokong Azmin agar beliau menjadi Mentri Besar selepas PR berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada PRU13 lepas

Kedua: Mengurangkan pengaruh Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid

Ketiga: Kelantangan penyokong Azmin yang dilihat semakin vokal mengkritik pentadbiran Tan Sri Khalid

Keempat: Mempopularkan Tan Sri Khalid agar beliau dilihat sebagai alternatif kuat mencabar Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada bulan April ini.

Atas desakan penyokong Tan Sri Khalid dan Azmin ini, maka, terdapat satu cadangan agar DSAI dilantik sebagai Mentri Besar untuk mendamaikan kedua-dua pihak dan ini bermakna seorang ADUN harus berkorban untuk merealisasikan usaha ini. Lee Chin Cheh adalah orangnya dan beliau secara rela hati melepaskan kerusi tersebut agar DSAI dapat dicalonkan demi kesejahteraan pentadbiran PR di Selangor.



Pelawanan bakal bermula di DUN Kajang tidak lama lagi. Memandangkan kerusi tersebut telah dimenangi ole PR sebanyak dua kali, maka, calon yang akan bertanding di kerusi tersbut haruslah datang dari PKR. Pada 28 Januari 2013, PKR telah menamakan DSAI akan dicalonkan di DUN Kajang dan ini telah menguatkan lagi sepekulasi bahawa beliau akan menjadi Mentri Besar Selangor jika PKR berjaya mempertahankan kerusi DUN Kajang. Satu perkara masing belum terjawab, siapa pula calon BN di DUN Kajang? Adakah mereka akan mencalonkan semula Lee Ban Sang atau terdapat calon muka baru samada dari MCA ataupun UMNO? Mungkinkah UMNO akan mencalonkan Datuk Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang memandangkan beliau sekarang bukan lagi seorang Menteri Perseketuan? Walaubagaimanapun, saya percaya pihak BN akan meletakkan calon yang tidak begitu kuat di DUN Kajang memandangkan lawan mereka bukan calang-calang orang. Sukar untuk BN menawan DUN Kajang dari PKR kerana DSAI mempunyai penyokong yang banyak di seluruh Malaysia iaitu 50.87 peratus. Mungkin terdapat sedikit penurunan undi untuk PKR kali ini kerana seperti biasa, apabila terdapat PRK, seluruh jenteran BN akan tertumpu di kawasan tersebut dan kita akan mendengar pelbagai janji-janji manis yang akan ditaburkan oleh BN. Namun saya percaya, tidak mustahil undi PKR akan melonjak naik biarpun PRK kerana sentimen anti-kerajaan sekarang semakin kuat kesan daripada polisi BN yang menaikkan harga barang, isu Kalimah Allah dan isu kangkung. Semestinya, BN juga akan memainkan isu Penceraian Nurul Izzah dan isu Jepun terhadap PKR kerana umum mengetahui, BN lebin gemar memainkan isu peribadi berbanding isu ekonomi, sosial dan politik yang diperjuangkan oleh PR.

Pakatan Rakyat terutamanya dari Sabah dan Sarawak harus bersedia untuk membantu DSAI kerana kemenangan dan kekalahan beliau akan memberi kesan kepada kita pada PRN Sarawak nanti. PR Sabah dan Sarawak harus membuktikan kesungguhan untuk menjadikan DSAI Perdana Menteri Malaysia pada PRU14. PR Semananjung juga perlu mengunakan khidmat dari Sabah dan Sarawak untuk menunjukkan solidariti memperjuang hak rakyat Malaysia. PR Semenanjung dan PR Sabah dan Sarawak saling memerlukan antara satu sama lain. Kesimpulan awal awal, peluang untuk BN menawan kerusi DUN Kajang adalah tipis dan PKR akan mengekalkan kerusi ini.

Sama-sama kita saksikan perlawanan ini.

Pstttt ==> Baru faham apa maksud tweet ni



Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts