Memang benarlah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak. Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya tidak ada idea tapi suka mengkritik
apa yang kerajaan lakukan.
Selepas membantah habis-habisan, mereka akan kembali membuat
pusingan "U Turn" tetapi dengan membuat pembaharuan terhadap apa yang
dilaksanakan kerajaan, seolah-olah ia adalah cadangan mereka sendiri.
Contoh paling dekat adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) yang dilaksanakan kerajaan. Dulu pembangkang bukan main lagi membantah
GST sampaikan himpunan jalanan diadakan semata-mata mahu menggagalkan cukai
berkenaan.
Masalahnya mereka tidak pula mengemukakan cukai baru bagi
menggantikan GST. Tak lama kemudian, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
memberitahu Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan GST jika mereka menang
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Itu kisah GST, sama juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M). Dulu Mahathir, penasihat pakatan pembangkang bukan main lagi menyerang
Najib dengan alasan BR1M adalah rasuah, yang diberikan semata-mata untuk
menarik perhatian pengundi.
Bukan itu sahaja, Mahathir turut menuduh BR1M sebagai dedak
yang diberikan oleh kerajaan. Sampai begitu sekali penerima BR1M dihina tapi
akhirnya dia memberi bayangan bantuan berkenaan akan dikekalkan sekiranya PH
berjaya menawan Putrajaya.
Sikap "U-Turn" pembangkang ini tidak terhenti di
situ saja malah banyak lagi. Soal hubungan Malaysia dengan China turut
dijadikan isu kononnya Najib mahu menjual kehormatan dan kedaulatan kepada
negara China tatkala beliau membawa masuk banyak pelaburan dari negara
tersebut.
Mereka tidak senang dengan kejayaan Najib menandatangani
perjanjian perdagangan berjumlah RM144 billion bilion selepas lawatan Perdana
Menteri ke negara itu.
Selepas menyerang kerajaan bertalu-talu dalam isu melibatkan
hubungan dengan China ini, tidak lama kemudian sekeping gambar yang telah
dimuatnaik di Facebook oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew
Chin Tong, menunjukkan beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng turut
melawat Duta Besar Cina Ke Malaysia, Huang Huikang.
Apa tujuan lawatan delegasi DAP itu? Mereka tahu China
adalah kuasa dunia, justeru adalah bodoh bagi sesiapapun untuk memutuskan
hubungan dengan negara berkenaan.
Nampaknya trend pusingan "U Turn" ini semakin
menjadi-jadi, mungkin sebab sekarang dah hampir dengan PRU maka ia adalah jalan
terbaik untuk menarik sokongan rakyat kerana PH memang tiada idea, kalau tidak
masakan hendak mencipta logo parti pun sampai heboh satu negara.
Terpaksa meminta cadangan daripada penyokongnya pula selepas
tiga logo yang dicadangan ditolak ramai dan dikatakan buruk pulak tu.
Bahaya untuk kita memberi peluang kepada pakar
"u-turn" ini untuk memerintah negara, kelak banyak dasar-dasar yang
akan dipusingkan balik.
Ekonomi dan kemajuan negara harus bergerak ke hadapan dan
terus maju. Kalau ekonomi dan kemajuan negara tidak stabil dan bersikap
pusingan U Turn, ianya adalah sesuatu yang tidak baik untuk kemakmuran negara.
0 comments:
Catat Ulasan