Sabtu, 5 Mei 2012
Home »
ITULAH KISAHNYA
» TUHAN __________ CINTA __________ ????
TUHAN __________ CINTA __________ ????
TUHAN ____ CINTA ______
Apakah hubungan dua perkataan itu?
Tuhan....
Memberikan pelbagai nikmat kepada manusia
Seperti kehidupan, harta, keluarga
dan juga cinta
Jodoh itu bagaikan pintu
Si jejaka merantau dalam pencarian pintu terbaik buatnya
Manakala si dara menunggu si jejaka dengan sabar di sebalik pintu
Pada saya,
Setiap manusia mempunyai kisah cinta yang tersendiri
Ada masanya, si jejaka tersilap membuka pintu,
atau mungkin pintu si dara terlalu jauh
hingga si jejaka mengambil masa untuk menjumpainya.
Mungkin juga, si jejaka terlepas pandang pintu yang dekat
dan dia memerlukan masa untuk berpatah balik.
Sebaik-baiknya kita gunakan masa penantian itu untuk memantapkan diri.
Jangan lupa doa, usaha dan tawakal.
Mungkin ceritanya berbeza tetapi......
ada satu perkara yang sama,
semua perkara berlaku ditentukan Allah
itu dikatakan sebagai qada dan qadar
walaupun manusia boleh memilih pasangan hidup yang disukai
jodoh dan pertemuan hanya tuhan sahaja yang mengetahui
Apabila masanya tiba,
Allah akan membantu si jejaka mencari pintunya dengan mudah dan penuh keberkatan.
Si jejaka akan mengetuk pintu itu dengan ucapan salam.
dan anda pula akan menjawab salam itu dengan senyuman yang paling manis.
"Sesungguhynya Dia menjadikan setiap insan itu berpasangan. Padanya terhimpun keberkatan yang ditunjangi rasa kehambaan"
TUHAN menemukan CINTA kami. Alhamdullilah
CREDIT CINEMATOGRAPHY PRODUCTION BY :-
"Style Weddings"
"Shahril Sulaiman & Ustazah Pilihan Firuz Akhtar"
Assalamualaikum
BalasPadamseronok entry ni. jodoh di tangan ALLAH S.W.T. Kita tak perlu sedih apabila gagal dalam bercinta kerana jodoh sedang menunggu kita dihadapan sana.
Waalaikumusalam..
PadamThanks tina coz sudi baca entry saya ;-)
yup, kita x tahu siapa jodoh kita, mungkin kita pernah berjumpa namun x kenal siapakah dia jodoh kita kan ^_*