Datuk Seri Najib hari ini 8 Mei 2012 telah mengumumkan satu hadiah yang bermakna buat generasi FELDA dimana setiap peneroka akan mendapat pinjaman rumah tanpa faedah. tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri.
Selain itu, durian runtuh yang paling penting ialah bernilai RM 16, 895, 250, 000.00 akan diberikan melalui 3 fasa iaitu :-
Fasa pertama :- RM 5000 untuk ketua keluarga (suami)
Fasa kedua :- RM 5000 untuk isteri peneroka. Hanya Rm 5000 walaupun ada 4 isteri dan pandai-pandailah isteri sulong membahagikannya.
Fasa ketiga :- RM 5000 untuk anak-anak peneroka. Maksud bagi ayat ini ialah jikalau anak ada lima orang, bolehlah dibahagi sama rata RM 1000 setiap orang dan begitulah sebaliknya.
Disamping itu, Datuk Seri Najib juga berseloroh dengan berkata "sebelum ini ada bantuan BR1M dan kini ada inisiatif BROOM ibarat kereta memecut.
Selain durian runtuh 2012, terdapat pula Durian Gugur iaitu :-
Tabung amanah untuk peneroka FELDA Global Ventures berdasarkan keuntungan FELDA. Berapakah jumlahnya? Jika keuntungan RM 12 billion, setelah ditolak cukai, berkemungkinan peneroka mendapat RM 1350.
Penyeneraian FELDA Global Ventures Holding (FGVH) adalah bagi menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus konglomerat global.
Penyeneraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi syarikat blue chip perladangan disamping meningkatkan minat pelabur antarabangsa terhadap bursa Malaysia. Walau apa pun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majoriti saham oleh Koperasi Permodalan FELDA. Apa yang mustahak, setiap peneroka sudah pun mengetahui kebenaran mengenai "durian runtuh" tersebut.
SIAPA YANG MENDAPAT MANFAAT?????
Kesemua lebih 112 636 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA!!!!!
Wah ni memang betul2 Durian Runtuh tahap "MUSANG KING" dah ni.... Walau apapun.....Alhamdullilah... Syukur ke hadrat illahi... Masih ada rezeki untuk kita semua.. Harap ianya dapat digunakan bagi menjamin kelangsungan warga FELDA di masa hadapan.
" KITALAH PEWARISNYA"
pemberian durian runtuh bukan gula2 politik kerajaan kerana ia telah lama dirancangkan.jika semua usaha kerajaan dianggap gula2 politik jadi mana usaha kerajaan untk mbntu rakyat.terimakasih allah terima kasih kerajaan bn
BalasPadamTanpa nama, mngapa tidak gunakan nama kamu yg sebenar??
Padambukan politik tp kmu tetap mngatakan ianya pemberian kerajaan bn....
pemberian durian runtuh ni adlh pemberian dr pihak FELDA, hasil daripada usaha & pelaburan yg dibuat oleh warga FELDA..... tolonglah jgn mengaitkan FELDA dgn politik....
yg pling pting.. mlyu jgn bgaduh ngn melayu.. malu la
BalasPadam