Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label PERSADA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERSADA. Papar semua catatan

Selasa, 7 Ogos 2012

FELDA : DARI LURAH BILUT KE PERSADA DUNIA!!!




Ketika Lurah Bilut mula diteroka untuk dijadikan tanah rancangan Felda, tidak siapa menyangka bahawa syarikat yang ditubuhkan kerajaan itu bakal menjadi sebuah syarikat perladangan yang terbesar dan terkemuka di dunia.



Ketika langkah pertama para peneroka yang membanting tulang empat kerat di Lurah Bilut dahulu, tidak siapa menyangka bahawa segala hasil titik peluh dan darah mereka akan terus mewangi sehingga ke persada antarabangsa.

Dan ketika komuniti kecil warga Felda Lurah Bilut mula berjasa pada bumi bertuah ini, tidak siapa menyangka bahawa program kerajaan untuk rakyat tersebut mampu mengubah nasib kehidupan mereka sehingga mampu memiliki ladang di Indonesia.


Dengan lahirnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH), nama Felda kini berada di negara termaju dunia, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, negara-negara di Benua Eropah serta Asia Barat seperti Turki dan sebagainya.
Tidak pernah termimpi untuk para peneroka di Lurah Bilut tentang syarikat yang mereka usahakan itu akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat multi-nasional antarabangsa terkemuka dan berstatus multi-bilion seperti Bunge Limited, Procter & Gamble, Behn Meyer & Co, Taiko Clay Chemicals dan banyak lagi.
Bunge adalah sebuah firma pengeluar produk pertanian terbesar di Benua Eropah yang berpengkalan di New York dan mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi serta pasaran yang luas di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, negara-negara Asia Pacific, Afrika, Timur Tengah dan kepulauan Caribbean.
Menurut sumber yang diperoleh, FGVH kini memiliki sebuah loji memerah dan menapis minyak canola dan soya di Becancour, Kanada.


Usahasama FGVH dengan Bunge diramal akan memantapkan lagi harga dan nilai pasaran saham syarikat perladangan negara itu yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mac atau April ini.
Procter & Gamble (P&G) pula merupakan sebuah syarikat antarabangsa terkenal yang menjalinkan kerjasama berkaitan produk oleokimia, khususnya membabitkan mengenai penyelidikan bio-diesel yang kini berjalan lancar di Cincinnati, Amerika Syarikat.
Bayangkan sekiranya FGVH dan P&G menghasilkan produk bahan api diesel yang bakal menggantikan bahan bakar diesel sedia ada yang kian mahal harganya di pasaran, pastinya ia akan membuahkan hasil yang paling berbaloi.
Behn Meyer & Co. pula merupakan sebuah syarikat terkemuka di peringkat dunia yang menjalinkan kerjasama dengan FGVH berkaitan produk pertanian, khususnya baja pelbagai nutrien, di rantau Asia Tenggara dan Eropah.
Itu semua adalah beberapa nama-nama besar syarikat  yang memainkan peranan penting di dalam dunia perniagaan di peringkat antarabangsa yang dilihat mampu melonjakkan keuntungan FGVH pada masa ini.
Ada banyak lagi usahasama dengan syarikat-syarikat besar dan FGVH bijak memilih rakan kongsi strategiknya memandangkan aset perladangan terbesar negara itu dibantu oleh pakar-pakar runding perniagaan dari dalam dan luar negara.
Untuk menjamin penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia itu memberi kelebihan terhadap peneroka Felda yang terbabit syarikat itu telah melantik tiga bank asing dan dua bank tempatan untuk mengendalikan proses tersebut.
Bank-bank asing tersebut ialah Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank, manakala bagi bank tempatan pula Felda diwakili oleh Maybank Berhad dan CIMB.
Justeru, tidak hairanlah sekiranya FGVH menegaskan bahawa syarikat itu mampu dan komited untuk menjanjikan pulangan yang baik serta sangat berbaloi kepada Felda pada setiap tahun.


Mengukuhkan lagi jaminan bagi kepentingan Felda dan para peneroka, Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjamin bahawa mereka akan tetap terus mendapat apa saja kemudahan serta kelebihan yang mereka terima sebelum ini.
Dengan segala sokongan dari pihak pengurusan tertinggi Felda, FGVH, para peneroka dan kerajaan, segala ‘durian runtuh’ yang membabitkan penyenaraian di Bursa Malaysia itu bakal dinikmati bersama dalam ertikata “win-win situation”.
Terbaru, Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob juga turut menyatakan komitmen mereka untuk turun padang bagi memperjelaskan kepada seluruh warga peneroka di seluruh negeri itu mengenai penyenaraian FGVH tersebut.
“Dua siri penerangan melibatkan peneroka di beberapa buah tanah rancangan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan apabila mereka mula menyedari rasional penyenaraian FGVH.
“Selepas mendapatkan penerangan sebenar, mereka tidak lagi terkeliru dengan dakwaan pembangkang yang mendakwa kononnya aset serta tanah peneroka akan hilang jika syarikat Felda itu disenaraikan kerana tanah terbabit dijadikan cagaran,” kata Menteri Besar Pahang itu baru-baru ini.
Lihatlah, meskipun dianggap ‘orang luar’ yang tiada kepentingan di dalam Felda pun sudah sanggup menerangkan tentang ‘durian runtuh’ yang bakal diperoleh para peneroka, sudah tentulah penyenaraian itu bakal memberikan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang terbaik buat semua warga Felda.
Khabarnya, warga pelabur pula tidak sabar menantikan penyeneraian Felda itu kerana ia adalah yang terbesar dan terbaik untuk tahun ini.
Sewajarnya selepas mendapat penjelasan yang membetulkan persepsi buruk yang ditohmah segelintir pihak, warga peneroka akan ‘lekas celik’ dan positif, serta memberikan sokongan padu kepada agenda yang bakal membuahkan hasil yang lumayan itu.
Hakikatnya, itulah Felda kini dan masa depannya yang lebih gemilang.
Bermula dari Lurah Bilut, kini Felda mengembangkan sayapnya di merata pelosok dunia dan megah bangga membawa nama Malaysia sebagai syarikat perladang yang bukan calang-calang reputasinya.
Bagaimanapun, segala ‘kemanisan’ yang dilihat mampu melonjakkan nama Felda di persada dunia itu tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya tidak wujud kerjasama dari semua pihak, khususnya dedikasi dan sokongan padu dari kakitangan Felda sendiri.
Justeru, adalah wajar bagi semua pihak yang terbabit menjayakan transformasi Felda ini untuk sikap yang lebih positif dan berazam memberikan sokongan tidak berbelah bagi mendatangkan keuntungan kepada seluruh warga syarikat perladangan terbesar bertaraf dunia itu.
Sayanglah jika peluang keemasan ini dipersiakan hanya kerana segelintir minoriti yang cemburu dengan kejayaan Felda itu!

Share:

Selasa, 8 Mei 2012

DURIAN RUNTUH FELDA??? DIMANA MANFAATNYA?



Datuk Seri Najib hari ini 8 Mei 2012 telah mengumumkan satu hadiah yang bermakna buat generasi FELDA dimana setiap peneroka akan mendapat pinjaman rumah tanpa faedah. tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri.

Selain itu, durian runtuh yang paling penting ialah bernilai RM 16, 895, 250, 000.00 akan diberikan melalui 3 fasa iaitu :-

Fasa pertama :- RM 5000 untuk ketua keluarga (suami)

Fasa kedua :- RM 5000 untuk isteri peneroka. Hanya Rm 5000 walaupun ada 4 isteri dan pandai-pandailah isteri sulong membahagikannya.


Fasa ketiga :- RM 5000 untuk anak-anak peneroka. Maksud bagi ayat ini ialah jikalau anak ada lima orang, bolehlah dibahagi sama rata RM 1000 setiap orang dan begitulah sebaliknya.



Disamping itu, Datuk Seri Najib juga berseloroh dengan berkata "sebelum ini ada bantuan BR1M dan kini ada inisiatif BROOM ibarat kereta memecut.


Selain durian runtuh 2012, terdapat pula Durian Gugur iaitu :-

Tabung amanah untuk peneroka FELDA Global Ventures berdasarkan keuntungan FELDA. Berapakah jumlahnya? Jika keuntungan RM 12 billion, setelah ditolak cukai, berkemungkinan peneroka mendapat RM 1350.
Setiap peneroka akan menerima saham FELDA Global Ventures. Ini adalah aset jangka panjang dan diharapkan agar peneroka FELDA tidak menjualkannya untuk laba yang lebih besar pada masa akan datang.
Manakala kakitangan pekerja FELDA akan mendapat bonus 2 bulan setengah gaji ( 2 1/2 bulan). Jika gajinya RM 2000 maka sudah tentu akan mendapat RM 5000.


Penyeneraian FELDA Global Ventures Holding (FGVH) adalah bagi menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus konglomerat global.

Penyeneraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi syarikat blue chip perladangan disamping meningkatkan minat pelabur antarabangsa terhadap bursa Malaysia. Walau apa pun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majoriti saham oleh Koperasi Permodalan FELDA. Apa yang mustahak, setiap peneroka sudah pun mengetahui kebenaran mengenai "durian runtuh" tersebut.

SIAPA YANG MENDAPAT MANFAAT?????


Kesemua lebih 112 636 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA!!!!!


Wah ni memang betul2 Durian Runtuh tahap "MUSANG KING" dah ni.... Walau apapun.....Alhamdullilah... Syukur ke hadrat illahi... Masih ada rezeki untuk kita semua.. Harap ianya dapat digunakan bagi menjamin kelangsungan warga FELDA di masa hadapan.

" KITALAH PEWARISNYA"

Share:

Jumaat, 30 Disember 2011

JAWAPAN KEPADA ISU PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS (FGVH)


Matlamat asal penubuhan FELDA untuk membasmi kemiskinan rakyat telah pun tercapai pada 50 tahun pertama pembangunan FELDA dan kini telah pun masuk kepada fasa kedua 50 tahun. Tanah-tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka telah pun dibangunkan dengan jayanya. Daripada tanah seluas 853,313 hektar yang dimiliki FELDA, seluas 521,938 hektar atau 61 peratus (%) merupakan kawasan berpeneroka dan selebihnya merupakan ladang FELDA.
Pengambilan peneroka dilakukan secara besar-besaran oleh FELDA mulai tahun 1956 hinggalah akhir tahun 1989. Tiada lagi pengambilan peneroka dilakukan selepas tarikh itu berikutan keputusan Kerajaan tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Januari 1990. Baki tanah yang ada telah dijadikan sebagai ladang komersial dan diuruskan oleh FELDA Plantation Sdn. Bhd. selaku agen yang dilantik FELDA untuk menguruskan ladang bagi memastikan FELDA berdikari tanpa bantuan bajet tahunan dari Kerajaan. Dalam fasa 50 tahun kedua, melalui transformasi yang dibawa oleh Kerajaan dan pimpinan Negara, FELDA telah mengorak langkah dengan mempelbagaikan lagi perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada komoditi utama iaitu sawit dan getah.
Mengenai  penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan menjadikannya ‘blue chips’ perladangan terbesar di dunia berasaskan pertanian yang bersepadu yang akhirnya akan memberi keuntungan kepada negara. Dengan mengekalkan teras FELDA sebagai peneraju perladangan, penyenaraian ini akan membantu pertumbuhan ekonomi negara dengan penglibatan pelabur-pelabur  tempatan dan antarabangsa di sektor yang berkaitan dengan pertanian seterusnya mewujudkan persaingan yang sihat antara para pelaku industri tersebut.
Penyenaraian ini juga merupakan ‘durian runtuh’ kepada peneroka yang merupakan pemegang syer utama dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Melalui model bisnes baru, KPF akan menjadi pelabur utama dalam  FGVH yang mana ahlinya terdiri daripada peneroka, generasinya dan petugas Kumpulan FELDA.  Melalui penstrukturan ini, keuntungan yang akan diperolehi akan dinikmati dalam bentuk  dividen yang menguntungkan ahli-ahli KPF seramai  224,000 orang. Melalui penyenaraian juga, sebahagian keuntungan FGVH melalui lonjakan nilai pelaburan KPF akan diagihkan kepada peneroka melalui ganjaran khas.
Penyenaraian  ini  juga memberi  jaminan bahawa ia sama sekali tidak akan menjejaskan hak peneroka dan petugas FELDA secara keseluruhannya kerana ia hanya melibatkan tanah milik FELDA yang dipajakkan kepada FGVH. Ini bermaksud, tanah kebun dan tapak rumah peneroka tidak akan terlibat dan akan kekal milik peneroka. Manakala segala keistimewaan yang merupakan peruntukan-peruntukan khas yang diberi kepada peneroka dan generasinya akan diteruskan seperti bonus produktiviti, bantuan hari raya, bantuan persekolahan, tuisyen, pinjaman IPTA, khairat kematian, program kemasyarakatan dan program kemahiran generasi FELDA akan terus dinikmati oleh warga FELDA.
Untuk makluman, pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi yang berkaitan dengan FELDA adalah berdasarkan kepada Tatacara dan Urustadbir Syarikat (Memorandum & Articles Association). Sehubungan dengan itu, pelantikan beliau sebagai Pengerusi di dalam beberapa syarikat berkaitan FELDA dan KPF tidak menimbulkan konflik kepentingan kerana semua syarikat tersebut adalah di bawah Kumpulan FELDA dan setiap pertubuhan atau syarikat tersebut diuruskan mengikut akta-akta yang berkaitan dengan entiti berkenaan.
Kesimpulannya, penyenaraian FGVH yang merupakan perubahan positif besar yang dibawa oleh Kerajaan ini diyakini akan memberi faedah dan nikmat bukan sahaja kepada warga peneroka dan FELDA tetapi juga rahmat yang turut dikongsi bersama rakyat dan Negara keseluruhannya. Rahmat perkongsian kemakmuran ini adalah manifestasi kejayaan wawasan pintar suatu keajaiban sebuah mutiara gemilang yang bernama FELDA.
Tulisan ini berasal dari jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di Dewan Negara pada 21 Disember 2011.


Share:

Rabu, 14 Disember 2011

BUAT MALU! SEKADAR 50 ORANG SAHAJA YANG HADIR


Demonstrasi anjuran Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) yang berlangsung dihadapan Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak tidak mendapat sambutan ramai ekoran hanya dihadiri oleh sekitar 50 orang berbanding sasaran awal iaitu seramai 1,000 orang.
Diketuai oleh Presiden ANAK, Mazlan Aliman, demonstrasi yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada jam 2.00 petang bermula lewat sekitar jam 3.15 petang dipercayai kerana kehadiran penyokong demonstrasi yang kurang.
Salah seorang penyokong yang memakai baju pertubuhan itu turut mengeluh terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, yang dikatakan mahu hadir sama di situ menyokong demonstrasi tersebut.
“Entahlah…Shamsul Iskandar kata nak datang, tapi tak nampak muka pun,”katanya yang berada di tepi wartawan di sini hari ini.
Kelihatan beberapa orang penyokong demontrasi memegang sepanduk, kad manila dan memaki hamun Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad.
Selain itu, mereka-mereka yang hadir pada demonstrasi itu dilihat lebih kepada mirip kepada demonstrasi “BAPAK” memandangkan majoriti darinya adalah golongan yang sudah berumur berbanding anak muda.
Dipercayai, tidak semua yang hadir menyokong demontrasi tersebut adalah anak FELDA ekoran ia turut disertai oleh orang luar seperti Jingga13 dan sebagainya.
Mazlan yang merupakan salah seorang pemimpin muda Pas, kemudiannya dilihat memasuki Ibu Pejabat Wisma FELDA diiringi oleh lima orang penyokong bagi menyerahkan memorandum sokongan terhadap Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.
Kononnya, Dzulkifli telah dipaksa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isa untuk menyambung pelajaran di luar negara selama 9 bulan dalam usaha menyingkirkan Pengarah FELDA tersebut.



"Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa"



Share:

Ahad, 30 Oktober 2011

SYUKUR...


Alhamdullilah... akhirnya smpai jua di UNIMAS yang tersayang ini setelah 5 hari brkampung di D'MUARA FELDA RESIDENCE KUALA TERENGGANU.Huhuhuhu mesti sape2 yang terbaca ni tertanya2 pergi mane kan (kalo ada yg baca la)... sbnarnya kene g kursus protokol kat sana utk PERSADA ;-). 1 kursus yg amat best n amat brmkna bg yg mnghdrinya.

Ni antara coretan yg dapat dikongsikan bersama

Terbaik x FELDA RESIDENCE ni... dah mcm 5 star

 
FELDA tetap di hatiku ;-)

Orang kuat protokol ;p

Rakan PERSADA dari UMT Syukur yg gila

Ni rakan PERSADA dr UMP Mad Nor@Hafiz
yerh dapat sijil..hahahhaaa

Ni Isa dari USM

Rakan2 PERSADA dari seluruh Malaysia
Masjid Kristal Kuala Terengganu ;-)
Geng Tupai!!
Tahniah pada semua yang terpilih pergi powerful kursus ni. Semoga kursus protokol ni membentuk generasi FELDA yg mantop mantop......
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts