Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Selasa, 1 November 2011

PUTUS ASA.....

Kita siapa dalam dunia ini untuk mempesoalkan apa yang tuhan beri untuk kita? Cuma keyakinan hati bahawa semuannya bakalan terjadi indah-indah itu perlu ada. Walaupun nampaknya seperti cuma kita seorang yang akhirnya kekal disitu untuk mengharungi semuanya sendirian, siapalah kita untuk merungut atas apa yang terjadi.

Pohon! Pohon agar semuanya akan terjadi baik-baik sahaja sambil langkah terus kita hadapkan kehadapan. Manusia ni pelik kan? Walaupun tak pernah siapa diantara kita yang tahu apa sebenarnya dihadapan menanti, tetap telah menjadi pantang larang jangan berundur. Langkah harus terus diatur kehadapan. Siapa yang menetapkan hukum harus terjadi sedemikian? Kita tak tahu apa yang dihadapan kita. Entah-entah jalan mati? Siapa tahu bahawa undur itu sebenarnya akan menyelamatkan nyawa seorang manusia.

Kita semua selalu mengejar apa yang kita tak nampak dihadapan kita. Walaupun kita tak tahu apa yang bakal kita perolehi, kita masih terus mahu melangkah kehadapan. Bagi yang masih tak jumpa apa yang dicari, langkah masih dipercepatkan dengan apa cara pun yang termampu untuk diri sendiri.

Mungkin cuma langkah aku yang makin lama makin perlahan hingga akhirnya berhenti sendiri. Kemudian terfikir, siapa pula agaknya yang sudi untuk mencari aku saat aku sudah mengaku kalah dan sedang berpeluk dengan waktu? Waktu itu, seseorang sudahpun asyik membina tembok dikeliling hati agar tidak mudah dicerobohi. Dan paling penting, agar dia sendiri sudah tidak boleh keluar untuk segala-galanya. Yang tinggal hanya putus asa bila aku masih tak jumpa perasaan sendiri.

Bila terasa mahu luluh dan jatuh, air mata pun dah tak sudi untuk menemani. Bila itu terjadi, tabahkah kita sebenarnya?? Kalau tabah itupun dah tak ada ertinya lagi, apa yang lebih tabah dari tabah itu sendiri? Kalau hati nurani boleh dikeluarkan dan dizahirkan depan mata, aku punya mungkin sudah pun hancur lebur sampai tak ada bentuk lagi. Makin lama makin mencair, dan akhirnya hilang jadi udara.

Kata orang-orang, jangan sampai pernah berhenti untuk mencari apa yang kita mahukan dalam hidup. Tapi kalau detik putus asa itu semakin hari semakin mendekat daripada detik harapan yang akhirnya makin menjauh, yang mana satu harus aku pilih dahulu? Putus asa kan?? Bila orang sekeliling masing-masing sudah menemui hidup, sedang aku masih mencuba untuk tegak berdiri, masih mencari perasaan apa yang harus aku rasa sekarang ini? Ubat emosi, itu yang aku cari.

Dan bila ketenangan yang aku temui diatas sehelai kertas kosong turut hilang juga, aku mahu bergantung kepada apa? Syukur, tuhanku masih senantiasa disisi waktu aku sedang jatuh ke bumi!

Adakah aku baik-baik saja? Adakah aku sedang gembira? Mampukah satu suara akhirnya membuatkan aku senyum? Kadang-kadang macam terdengar-dengar soalan itu ditanyakan kepada aku. But who am I to even guess the answers? Aku bukan membenci kebahagiaan, aku bukan menolak keindahan. Kerana yang paling mementingkan semua itu adalah aku. Tetapi aku telah membina tembok di seluruh hati. Dan yang boleh meruntuhkannya, cuma aku. Tapi aku sekadar tidak mahu.

Kata orang lagi, orang yang anda lihat paling ceria itulah orang yang paling banyak menyimpan emosi di dalam hatinya. Huh… I cannot argue more, can I? I love the life. I am full of it, indeed. Tapi dibelakang semua itu, I couldn’t even get half through the day without biting my lips to bleed, I soak under soft drizzle, I choke in a shallow water. Aku tidak hilang apa-apa. Kecuali perasaan............
"HIDUP ITU X SELALUNYA INDAH, TETAPI YANG INDAH ITU SELALU DALAM KENANGAN"
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts