Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label TRAVELOG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TRAVELOG. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2015

5 TIPS PERANCANGAN BERCUTI



Bercuti merupakan aktiviti yang digemari dan disukai ramai orang. Dengan bercuti ia boleh membuatkan kita  melupakan segala beban yang menghantui kepala kita serta rutin harian yang membosankan. Kita boleh melupakan seketika masalah kerja atau yang berkaitan semasa kita bercuti. Minda kita akan kembali fresh and relax selepas pulang dari melancong . Walaubagaimanapun percutian yang tidak dirancang akan mengubah keadaan yang happy menjadi kelam kabut dan serabut. 



1.TEMPAHAN AWAL
Pengangkutan dan peginapan semasa bercuti haruslah ditempah lebih awal. Kelewatan menempah lebih awal mungkin akan mendatangkan pelbagai masalah dikemudian hari seperti tiada kekosongan bilik pada tarikh yang dikehendaki atau anda terpaksa menunda tarikh percutian anda. Selain itu, bagi anda yang menaiki pesawat untuk ke lokasi pelancongan seeloknya lakukanlah penempahan awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah disamping dapat menjimatkan anda…


2.PENGANGKUTAN
Anda perlu mengenal pasti jenis kenderaan anda dan juga jadual perjalanannya sebelum anda bertolak untuk bercuti. Jangan lupa pastikan yang anda bergerak lebih awal agar tidak ketinggalan sekiranya anda menaiki bas atau penerbangan.

3.PERBELANJAAN
Anda juga perlu menyediakan wang yang secukupnya sekiranya ingin melancong jadi perancangan awal amat diperlukan bagi memastikan anda mampu menampung perbelanjaan anda sewaktu melancong. Bagi anda yang ingin melancong ke luar negeri kadar tukaran mata wang asing perlu anda ketahui terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pertukaran wang anda agar tidak tertipu. Perkara yang amat penting adalah perancangan awal. Jangan buat keputusan terburu-buru. Negara/tempat mana yang anda hendak pergi, apa tujuan pergi, berapa budget anda, dan berapa lama disana. Ini yang amat penting. Kenapa saya kata perancangan awal penting? Kerana tanpa perancangan, duit anda confirm akan keluar dengan banyaknya.

4.PAKEJ PERCUTIAN
Kaji pelbagai pakej percutian yang berbeza kerana setiap pakej mempunyai harga yang berlainan megikut jenis penginapan, pengangkutan dan juga perkhidmatan lain yang ditawarkan. Bagi memastikan anda mendapat pakej percutian yang dapat meminimumkan pengeluaran wang anda lakukan survey telebih dahulu. Pakej apa yang perlu anda pilih? Yang paling bijak dan save adalah anda beli pakej semasa Matta Fair. Waktu ini harga memang berbaloi. Kerana harga fair. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk buat booking. Dan sebelum pergi ke Matta Fair tu, pastikan anda letak budget dan bawa bersama. Terus booking jika kena dengan citarasa dan gerak hati anda. Perlu diingat, waktu tu ramai orang, jadi ambil tempat yang sesuai sebelum membuat tempahan. Catat segala pertanyaan yang terbuku dan simpan segala rekod sekiranya anda telah membuat tempahan.

5.PAKAIAN

Pemilihan pakaian yang sesuai semasa bercuti amat dititik beratkan. Anda juga perlu mempertimbangkan keadaan cuaca dan juga musim di tempat yang anda ingin melancong itu, tidak sesuai sekiranya anda sekadar memakai t-shirt semasa musim sejuk bimbang anda akan kebekuan nanti! Bagi aktiviti mengembara didalam hutan pula kasut yang sesuai perlu disediakan bagi melindungi kaki anda dan sebagai langkah keselamatan.
Oleh itu sebelum memulakan percutian anda pastikan segala tips ini dilaksanankan agar percutian anda berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dikemudian hari yang boleh memburukkan saat indah percutian anda itu.
Sekian,
Terima Kasih
Share:

Isnin, 17 Disember 2012

BERSAWANG-SAWANGAN


Assalamualaikum....

Aishhhh ape da jadi da dengan blog aku nih.. Dah lama kot aku x update, sampai bersawang-sawang dah nih... Pagi ni tibe2 aku terjaga dek kerana panas sangat.. Hari ni dah start class semula utk minggu terakhir semester ni. Aku sangat blurrrr, blurr dan blurr..hahahhaa


Cuti hujung minggu baru ni, sempat juga ak ngan kengkawan jenjalan kat satu tempat tu. Nama tempat tu Pasar Seriken, sempadan Kalimantan Barat. Ala tempat tu sama je amcam kat Padang Besar, Bukit Kayu Hitam. 





Dalam nak jenjalan kat sana tu, mesti akan lalu kat area dinosour2 bermain. Selama ini banyak kali kot aku lalu kat situ, tapi x pernah berkesempatan nak singgah kat tempat tu.

Apa yang menarik kat situ ada beberapa dinosour yang tertinggal dari kelompok asal.. hahahah, replika je kot.. Aku rasa cuti baru ni la yang paling clear budak2 ni nak memanjat dinosour2 ni. Kanak-kanak riang, masa kecik dulu x pernah naik....


Dan yang paling penting, aku nak bagitahu dekat korang x lama lagi BUNGA RAFFLESIA kat bawah nih akan mula "BLOOMING" kat Taman Negara Gunung Gading, Sarawak...

READY TO BLOOMING

Share:

Ahad, 25 Disember 2011

BAGAIMANA NAK KE LCCT DENGAN ERL??


Assalamualaikum W.B.T
Bagi pengguna tegar syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, maka LCCT merupakan kawasan yang sangat selalu anda akan singgah. LCCT ialah terminal tambang murah atau lebih dikenali dengan nama Low Cost Carrier Terminal untuk Kuala Lumpur International Airport. Kiranya LCCT ni terminal untuk syarikat penerbangan tambang murah la.


Pada kebiasaannya, untuk ke LCCT menggunakan perkhidmatan awam ialah dengan menaiki Sky Bus & AeroBus (rujuk post bertarikh 05 November 2011 di sini)


Kini setelah lama beroperasi sebagai penyedia tren laju ke KLIA, Express Rail Link atau ERL turut menyediakan perkhidmatan untuk LCCT melalui perkhidmatan KLIA Transit.


Kalo naik dari KL Sentral, tambang yang dikenakan adalah RM12.50. Manakala kalo naik dari stesen Bandar Tasik Selatan, tambang yang dikenakan hanyalah RM10.80.





Setiap tambang yang dikenakan ni adalah bayaran sekaligus untuk shuttle bas dari stesen Salak Selatan ke LCCT (kerana perkhidmatan tren ini belum mengembangkan sayapnya ke LCCT sepenuhnya, maka terpaksa menggunakan shuttle bas).


Masa yang diambil lebih rendah berbanding Sky Bus yang disediakan Air Asia yang biasa mengambil masa lebih dari satu jam untuk ke LCCT. Namun, dengan menggunakan ERL, maka masa perjalanan dijimatkan.





Share:

Selasa, 8 November 2011

DI AWAN BIRU.......

Assalamualaikum.


Rasanya masih belum terlambat mahu mengucapkan Salam Aidil Adha buat teman-teman semua. Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana di berikan kita kesempatan untuk merasai serta menghayati erti pengorbanan itu sendiri.

Okeylah, sebenarnya untuk entry kali ini, aku nk kongsikan bersama hobi aku ketika sedang menaiki benda alah yang terbang di awan biru 2. Ni antara gambar yang berjaya diambil sewaktu penerbangan dari Kuching - Kuala Lumpur - Terengganu bagi menghadiri kursus protokol PERSADA.

Jom kita lihat gambar-gambar yang semulajadi cantiknya. Percayalah.


















Haa…amacam?? Cantikkan??

AWAN.

Ya..! Aku memang sukakan AWAN. Memuji kebesaran ILAHI Maha Pencipta yang sangat hebat. Membuatkan aku bagai di pukau pabila skrin di hadapan mata memaparkan awan-awan yang cukup cantik sekali.Aku juga sangat suka tengok kepul-kepul awan yang nampak manis-manis gitu. Ahaks.... kesengalan amat terserlah disitu..hahahhahaah


Sungguh cantik sekali........

"HIDUP ITU X SELALUNYA INDAH, TETAPI YANG INDAH ITU SELALU DALAM KENANGAN"



Share:

Sabtu, 5 November 2011

PANDUAN KE LCCT DARI HENTIAN BAS PEKELILING @ KL SENTRAL



Assalamualaikum W.B.T...

Mungkin ada antara kita yang dah selalu pegi LCCT KLIA. Mungkin ada yang selalu pegi naik kereta ataupun teksi. Mungkin ada yang selalu pegi naik train dan mungkin ada yang selalu naik bas. Tapi~ mungkin ada jugak yang belum pernah ke LCCT tapi nak pegi ke sana.

Ha~ dalam post kali ni aku nak share skit panduan ke LCCT secara umum. Ini pun sebab aku selalu ke sana. Hehehe ~ Apa tu LCCT? Ia adalah singkatan dari perkataan Low Cost Carrier Terminal kat KL International Airport, Sepang. Panduan ni untuk sape-sape nak pegi ke KL sampai ke KL Sentral pastu naik bas ke sana. Panduan naik transport awam la katakan.

Mula-mula kalau sesiapa yang dari Pahang (sebab aku orng Pahang) akan berhenti di Stesen Bas Pekeliling @ Titiwangsa. Lepas tu guna jejantas kat tepi tu pergi ke Stesen Monorail. Then beli tiket monorail berhenti dekat stesen KL Sentral (RM 2.50). 

KL MONORAIL

ULAT BELUNCAS
Kalau dari lain2 negeri tu korang berhenti dekat Stesen Putra atau Pudu pun kena pergi KL Sentral dulu. Dari stesen KL Sentral korang kena naik bas ke LCCT. Stesen bas tu terletak di bahagian bawah KL Sentral. Kena jalan keluar pergi dekat pintu masuk yang ada kaunter aiskrim McDonald. Kena turun tangga ke bawah.

Ada 2 perkhidmatan bas untuk ke LCCT. Satu ialah Aerobus yang berwarna kuning dan satu lagi SkyBus yang berwarna merah. Aku pernah naik dua-dua bas tu dan aku sarankan korang naik SkyBus. Interior SkyBus cantik dan bersih sikit. Harga tiket untuk satu perjalanan sehala ialah RM 8.00 untuk Aerobus dan SkyBus RM 9.00. SkyBus mahal seringgit je. Kalau korang nak tau waktu perjalanan SkyBus korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Hampir setiap setengah jam akan ada satu bas.
AEROBUS
TIKET AEROBUS
JADUAL AEROBUS
SKYBUS
TIKET SKYBUS
JADUAL SKYBUS
Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT ambil masa lebih kurang 60 – 80 minit. Pandai-pandai la nak set waktu. Lepas tu sampai la kat LCCT. Mudah je, perjalanan balik sama je sebab korang kena naik bas tempat korang diturunkan. Semoga post ni dapat jadi panduan untuk semua.
If rasa nak cepat dgn naik ERL rujuk "di sini"

Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts