Bukan semua orang dapat menikmati pemandangan indah setiap hari pergi dan balik kerja. Pemandangan biasa bagi orang yang duduk di tengah kota besar adalah kesesakan lalu lintas, kereta rosak, tol, papan billboard yang memaparkan iklan-iklan produk dan ada hari-hari kita boleh lihat kemalangan di depan mata.
Namun ada yang beruntung kerana tidak perlu hadap semua itu. Malah Pandangan pergi dan balik kerja seolah-olah seperti suasana mahu pergi bercuti pula. Bumi yang tuhan yang penuh kehijauan dan udara segar dapat dinikmati bukan setahun sekali, bukan sebulan sekali tapi hari-hari. Lokasi adalah Gunung Serapi, Jalan Matang, Kuching, Sarawak. Foto seperti dibawah
0 comments:
Catat Ulasan