Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Jumaat, 18 September 2015

Cara Mengatasi File Dalam Pendrive & Laptop Jadi Shortcut



Ada sorang student UITM Shah Alam datang nak print assignment, bila cucuk je pndrive, buka tengok semua file dalam pendrive hilang/dah xde.
Apa lagi mengelabah lah student tu, siap nak nangis bagai. Mana taknya 1jam lebih je lagi masa utk hantar. (memang dah lumrah student buat assignment last-last minit, admin masa belajar dulu pun sama jugak,bukan kata kat org lain pun hihihihi.
Admin tanyalah sebelum dtg td ada cucuk kt mana-mana ke pendrive tu, dia kata cucuk kt laptop member je tadi nk siapkn assignment.
Kesian pula admin tengok, so admin kata meh sini pendrive tu nk tolong, tak sampai 3minit admin buat, semua file yg hilang tadi dapat kembali. Punyalah hepi student tu siap melompat-lompat kegembiraan.
Wahh, hebatnye abang buat magic apa sampai boleh dapat balik semua file yg dah hilang tadi? student tu bertanya pada admin.
Tak ada Magicnye, hanya dengan berbekalkan sedikit ilmu, jawab admin. kemudian student tu terus tersenyum dan ucapkan terima kasih.
Pernah tak perkara ini berlaku kat korang semua?

Meh admin nk share sikit Ilmu yang paling senang utk kembalikan semua file dlm pendrive or laptop korang yang dah jadi shortcut disebabkan virus. Kalau korang hantar kedai kadang2 kena cas jugak, so lepas ni bolehla cuba buat sendiri ek 
smile emoticon
Ikuti beberapa langkah berikut :-
Step 1
Tekan "Windows+R" serentak nanti akan keluar "RUN" dan taip "cmd" pada kolum "open" dan enter.
@ buka "cmd" pada Windows>All Program>Accessories>Command Promph.
Step 2
Selepas buka "cmd" anda perlu pilih drive mana yg nak di repair, contohnya sy ambil drive F kerana pendrive sy berada di drive F. Anda perlu taip "F:"
Tentukan pendrive anda berada di drive mana. boleh tengok huruf dalam kurungan, contoh (F) 
Setelah kenalpasti drive mana pendrive anda, so taip huruf di dalam kurungan tadi diikuti titik bertindih
Step 3
kemudian enter, akan keluar "F:\>"
{standard laptop/pc drive C utk windows, drive D utk data, so kalau masuk pendrive akan jadi drive E dan ke atas}.
Setelah taip huruf di dalam kurungan tadi diikuti titik bertindih dan tekan enter

Step 4
Kemudian anda perlu taip " attrib -s -h *.* /s /d" dan enter.
Kemudian taip "attrib -s -h *.* /s /d" dan enter.
Step 5
Tunggu sehingga keluar balik perkataan ini "F:\>"
Setelah selesai akan keluar perkataan "F:\>" 
p/s tak semestinya huruf F, jika pendrive anda di drive E maka akan keluar huruf E dan seterusnya jika lain drive
Step 6
Setelah perkataan ini keluar "F:\>" bermakna anda telah berjaya.
Step 7
Terakhir, anda sudah boleh buka file dlm pendrive anda tadi, akan kelihatan semua file-file yang selama ini hilang/hide disebabkan virus.
Selesai, boleh lah anda buka balik pendrive anda, akan kelihatan semua file yang hilang tadi.

p/s : sori jika ayat/perkataan admin berterabur kerana ‪#‎iamnubis‬ baru nak belajar menulis,berkongsi ilmu pada semua pengguna smile emoticon
semoga bermanfaat.
Share:

Isnin, 14 September 2015

SENTUHAN TERAKHIR SEORANG IBU YANG DISAYANGI





Daripada gambar ini terlihat kelibat kanak-kanak berbaju hijau.
Umurnya 5 tahun. Anak bongsu kepada almarhumah Siti Nurolshlizan Zolkifli, salah seorang mangsa kren di Masjidil Haram.

Nota Untuk Anak Kecil yang Bongsu.
Apabila Pakcik tahu daripada Pakcik Amalludin bahawa budak berbaju hijau itu adalah anakanda sendiri, anak bongsu kepada almarhumah ummi.
Di usia 5 tahun juga, Pakcik kehilangan ibunda Pakcik. Ya, sama, 5 tahun juga. Pakcik juga anak bongsu.
Pakcik lihat jam di tangan pembelian ibu, sudah jam 10 malam. Terlihat lori kecil datang untuk membawa jenazah ibu Pakcik untuk dikebumikan. Peristiwa itu pada 16 Mac 1988.
Waktu itu tiada apa-apa perasaan lagi. Sambil menggalas beg gambar Mickey Mouse warna biru, Pakcik hanya diam sahaja melihat. Sejak itu, bermula hidup Pakcik tanpa ibu.
Berikut adalah perkara yang anakanda akan hadapi dan cara mengatasinya, mungkin nampak senang, tetapi bagi usia 5 tahun. Ia amat susah :
  1. Mesti mula belajar gosok gigi sendiri. Minta dengan abah atau sesiapa belikan berus gigi. Andai anakanda sakit gigi, ummi tidak ada di sisi. Walaupun ada abah, ibu saudara atau kakak. Mereka tidak sesabar ummi. Mereka tidak boleh faham apa kita rasa. Naluri ibu sangat berbeza.
  2. Andai adik tidak suka makan sayur. Mesti mula belajar makan sayur. Jangan sesekali susahkan orang lain. Mulakan dengan kobis atau karot. Pakcik dulu mula dengan makan kobis. Manis rasanya.
  3. Belajar lihat jam. Belajar guna masa. Ikut masa. Mintalah sesiapa belikan jam bernombor harga 5 ringgit. Jam Pakcik dulu 2 ringgit.
  4. Cepat-cepat belajar ABC dan membaca. Kita mesti bergerak atas kaki sendiri. Abang kakak ada matlamat hidup masing-masing.  Apabila kita besar, kita yang tentukan matlamat hidup kita. Ummi tidak ada untuk memahami perasaan dan jiwa kita. Abah mungkin sibuk mencari rezeki.
  5. Pakcik juga anak bongsu. Anak bongsu kuat menangis. Mulai sekarang berhenti menangis tanpa sebab. Sakit sikit terkena pisau, atau terkepit pintu, mesti tahan. Minta ubat. Ketap gigi kuat-kuat, biarkan sakit itu hilang sendiri. Pakcik dulu pernah meragam, ia menyusahkan ramai orang.
  6. Belajar dengan memerhati. Usah gopoh. Lihat dengan teliti, lihat berkali-kali dan belajar buat sendiri.
  7. Anakanda suka tengok TV bukan? Apabila terdengar sahaja orang minta tutup TV. Terus tutup, ikut peraturan. Tiada sesiapa yang boleh layan kerenah kita.
  8. Jangan sesekali meminta-minta. Jangan minta duit raya, jangan minta mainan atau apa sahaja.
  9. Belajar buat sendiri tanpa disuruh-suruh. Ikut masa yang ditetapkan. Waktu mandi, waktu makan dan sebagainya.
  10. Jangan suka bersaing. Jangan cuba berlawan dengan sesiapa. Belajarlah berkawan-kawan. Mainan orang kita lihat sahaja. Jangan sentuh. Apabila dipelawa barulah main sama-sama.

Kredit foto : Tuan Amalludin Zolkifli

Pergi x kembali...kalaulah si anak tahu itu adalah sentuhan terakhir ibunya...damailah di sana wahai ahli syurga...aminnn
Share:

LANGKAH MUDAH MENDAFTAR HAJI


DAFTAR HAJI 

Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jjkalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun. 

Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.

P.s. Usah pedulikan tahun peruntukan giliran menunaikan haji, its just a number by the way. Bila dah tertulis anda akan tunaikannya, insyaAllah Dia akan buka jalan ke arahnya. Kecuali orang yang tidak melakukan apa-apa. 

Because a journey of a thousand miles begins with a single step. Apa yang pentingnya satu langkah ni? Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan keluar dari rumah untuk menuju ke Tabung Haji. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam Tabung Haji. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam airport. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan menunggu di dalam departure hall. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan berjalan di dalam aerobridge untuk masuk ke dalam kapal terbang. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan merasai panasnya berada di padang pasir tapi nyamannya angin saat turun dari kapal terbang di airport Jeddah. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan berjalan kaki di celah-celah hotel yang tinggi-tinggi menuju ke Masjidil Haram. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam Masjidil Haram melalui pintu 1 King Abdul Aziz. Kalau tidak kerana satu langkah ini, kaki anda tidak akan terhenti, kaku dan air mata tiba-tiba mengalir saat kali pertama anda melihat Kaabah. Kalau tidak kerana satu langkah ini, mana mungkin kaki anda melangkah menuruni beberapa anak tangga menuju ke dataran tawaf. Dan kalau tidak kerana satu langkah ini, tentunya anda tidak akan dapat mengelilingi Kaabah untuk melakukan ibadah tawaf bagi menyempurnakan rukun Haji yang menjadi ibadah yang anda lakukan ini sah dn diterima Allah. Betapa pentingnya satu langkah.

PENDAFTARAN HAJI AHLI KWSP

Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

KAEDAH PELAKSANAAN

Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.

SOALAN LAZIM PENDAFTARAN HAJI AHLI KWSP 

1. Apa yang dimaksudkan dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP? 
Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji. 

2. Adakah melalui kemudahan ini ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka? 
Tidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa. 

3. Siapa yang layak menyertai kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP? Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut: 
i. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap 
ii. Beragama Islam 
iii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
iv. Belum mencapai umur 55 tahun 
v. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji 

4. Bagaimana untuk memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP? 
Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. 
Nota: Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji (jika belum) 

5. Di mana ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP? 
Ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP daripada:
i. Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran 
ii. Kios KWSP 
iii. Laman web myEPF – pengguna i-Akaun 
iv. Penyata Tahunan Ahli KWSP yang dikirim melalui mel 

6. Bolehkah ahli membuat pendaftaran haji di bawah kemudahan ini bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak ahli? 
Tidak. Kemudahan ini hanya bagi pendaftaran individu ahli sahaja. 

7. Bila kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa? 
Kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012. 

8. Bolehkah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dibatalkan? 
Boleh. Terpulang kepada ahli KWSP. 

9. Bolehkah ahli yang berumur 55 tahun ke atas menggunakan kemudahan ini?
Tidak boleh, hanya ahli yang berumur di bawah 55 tahun layak menggunakan kemudahan ini. 

10. Mengapa ahli yang berumur 55 tahun ke atas tidak layak menggunakan kemudahan ini? 
Pada umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP pada bila-bila masa. Oleh itu, mereka bolehlah membuat pendaftaran sendiri dengan Tabung Haji. 

11. Adakah Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini membolehkan ahli mengerjakan ibadah haji lebih cepat berbanding prosedur sebelum ini? 
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

12. Bolehkah ahli yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini?
Boleh. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada. Manakala wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Buat masa ini, pertukaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja. 

13. Adakah pendaftaran haji ini terjejas sekiranya ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan KWSP seperti Pengeluaran Hilang Upaya atau Pengeluaran Pekerja Berpencen?
Pendaftaran haji tidak terjejas dan kekal seperti sedia ada. 

14. Bolehkah ahli yang membuat Pengeluaran Hilang Upaya diberi keistimewaan untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dengan syarat mereka mempunyai simpanan yang mencukupi? 
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

15. Bolehkah ahli KWSP mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji?
Tidak boleh. Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Bagaimanapun, di bawah kemudahan ini, ahli boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji


Share:

Khamis, 13 Ogos 2015

10 Makanan Yang Tak Patut Disimpan Dalam Peti Sejuk



Peti sejuk sememang tempat menyimpan makan yang amat penting di rumah. Tapi bukan semua brang dan makan yang boleh di simpan dalam peti sejuk.

Ini merupakan senarai 10 jenis makanan yang dikatakan tidak patut dan disimpan atau dimasukkan ke dalam peti sejuk.

1) Sos Cili / Sos (ketchup)

Cili sos hanya sesuai diletakkan pada suhu bilik sahaja. Di suhu bilik, sos boleh tahan hingga tarikh luput tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.



2) Kentang (potato)

Proses penyejukkan dalam peti sejuk akan merosakan rasa semulajadi kentang. Disarankan potato di letak di dalam bag kertas. Kalau simpan di dalam plastik bag dan disimpan dalam peti sejuk ianya akan lembap & rosak



3) Roti

Jika simpan roti di dalam peti sejuk akan menyebabkan tekstur roti menjadi kering dan menyebabkannya keras. Tak sedap.



4) Bawang

Bawang lebih sesuai di simpan di pantry kering bukan dalam peti ais. Selain itu, sila elak berdekatan dengan kentang.


5) Tomato

Jika simpan tomato dalam peti ais, ia akan menyebabkan rasa tomato kurang segar dan menjadi penyek / benyek.



6) Kopi

Simpan kopin dalam peti ais akan menyebabkan proses kondensasi pada kopi dan merubah perisa asli kopi.


7) Bawang Putih / Garlic

Akan mempercepatkan proses mold / kulat. Jika kepala telah terungkai, hanya boleh digunakan dalam masa 10 hari sahaja. Tapi minced garlic boleh disimpan di dalam freezer.


8) Madu

Akan menyebabkan konsentrasi madu menjadi likat dan pekat.


9) Tembikai

Akan merubah rasa dan tekstur tembikai. Warna juga akan berubah. Memang tak sedap.



10) Minyak

Akan menjadikan minyak bertambah likat, pekat dan kelihatan cloudy. Hanya minyak kacang patut diletak di dalam peti sejuk
Share:

Rabu, 12 Ogos 2015

Lelaki Tua Ini Tidak Pernah Mandi Selama 60 Tahun, Apa Akan Berlaku Selepas Dia Mandi

Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak
60 tahun lalu kerna percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’. Haji, 80, dari Dejgah, 
berang jika beliau terkena air. Perghhh ada juga berfikiran seperti itu..tengok sahaja
 wajahnya sudah seram.



Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak. Penduduk berkata,
 Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan
 bekas karat. “Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.

Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur. 
“Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,
” katanya yang dipetik TNews.


















Share:

Selasa, 11 Ogos 2015

DIA MENCAIRKAN BOTOL PLASTIK DI ATAS IRON. APA YANG DILAKUKANNYA MEMBUATKAN RAMAI WANITA MEYUKAINYA


Setiap orang mengeluarkan satu tan sampah dan kitar semula antara langkah untuk melupuskan, jadi mengapa tidak mengubahnya menjadi sesuatu yang hebat? 

Mengambil botol air plastik lama. Jom, ambil barang-barang yang diperlukan dan mulakan kerja kreatif. Anda akan membuat sendiri gelang "DIY BRACELETS"! 

Video di bawah ini merupakan panduan kepada anda melalui langkah-langkah yang mudah dan membuat anda kelihatan lebih bergaya berbanding sebelum ini!


Share:

Rabu, 5 Ogos 2015

Kewujudan Masjid Lama Di Sekitar Ladang Teh Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Bismillahirrahmanirrahim.. Sekadar mahu berkongsi.. Berkaitan masjid lama yang terletak di sekitar ladang teh sabah ni.. Tidak jauh dari kampung saya.. Sejak akhir2 ini kewujudan masjid ni diviralkan dan ada yg bertanya " Benarkah masjid ini wujud di Ranau?"


Jawapan saya : "Ya, masjid ini wujud di Ranau... Dalam keadaan uzur.. Di dalamnya kalimah dan ayat Quran indah terukir.."


Sahabat saya dari Pertubuhan Rakan Da'i Muda Ranau pernah mengunjungi masjid ini.










SUMBER : Nur Izzlyn

Share:

Selasa, 4 Ogos 2015

Kepuasan Berendam Dengan Si Kelah Di Sungai Chiling

Hutan Lipur Sungai Chiling kini menjadi lokasi terkenal bagi penggemar-penggemar aktiviti berkemah dan mandi manda bersama keluarga di hujung minggu. Bagi anda yang tercari-cari lokasi untuk bersantai hujung minggu ini, apa kata anda berkunjung ke Santuari Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah daerah kecil di Hulu Selangor . Selain dijadikan lokasi air terjun, Sungai Chiling juga dijadikan tapak santuari ikan kelah atau ikan kap yang sangat banyak di sini.
Sungai Chiling-1
Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling merupakan projek di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang berusaha untuk mengekalkan ekosistem sesebuah kawasan supaya boleh digunakan untuk generasi masa hadapan.
Perjalanan menuju ke Kuala Kubu Bharu dari Kuala Lumpur perlu keluar dari lebuhraya di Tol Sungai Buaya menghala ke Rasa. Santuari Sungai Chiling ini menghala ke Frasel Hill dan perlu melalui jambatan sempit sehingga berjumpa dengan pintu gerbang tertulis Santuari Sungai Chilling. Di sini anda perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki dan membawa semua kelengkapan yang berbekal.
Untuk sampai ke Sungai Chiling ini anda perlu melintasi 6 anak sungai kecil sebelum sampai ke lokasi utama Sungai Chiling. Sungai Chiling juga terkenal dengan kawasannya yang bersih dari sebarang jenis sampah sarap atau sisa makanan ini kerana pengurus tempat ini menetapkan caj RM3 bagi setiap bungkusan makanan yang dibawa masuk, sekiranya jumlahnya berkurangan apabila keluar, caj tadi akan hangus kerana anda disyaki telah membuang sampah di kawasan rekreasi ini.
Sungai Chiling-2
Bagi anda yang ingin berkhemah, dapatkan kebenaran pihak berkenaan terlebih dahulu kerana perkhemahan hanya di kawasan yang disediakan sahaja. Santuari ini hanya dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
santuary ikan ssungai chiling
santuary ikan sungai chiling-2
Terdapat beberapa kemudahan lain seperti tandas, surau, gerai jualan sekiranya anda tidak membawa bekalan makanan. Anda dilarang untuk menangkap atau memancing ikan di sini, atau anda akan di denda sekiranya ingkar.
Mandi di lokasi air terjun pada saat air deras memang sangat mengujakan apalagi ditemani dengan banyaknya ikan kelah kiri dan kanan. Anda tidak memerlukan peralatan snorkeling untuk melihat ikan di dalam air, hanya memerlukan sepasang mata dan bermainlah dengan ikan yang mengerumuni sepanjang anda berendam. Perjalanannya mungkin sedikit memenatkan tetapi pasti sangat berbaloi.
Sungai Chiling-3
Share:

Pulau Buatan Manusia Terbesar Di Dunia

Tahukah anda? Pulau buatan terbesar di dunia adalah Palm Deira, Pulau ini menjadi sebahagian dari kepulauan buatan Palm Island. Kepulauan ini di bangunkan di teluk Parsi iaitu di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.
Pulau bulatan Palm Deira ini lebih besar lapan kali ganda dari Palm Jumeirah dan lima kali lebih besar dari Palm Jabal Ali yang mana kedua-duanya merupakan sebahagian dari Palm Island. Keluasan untuk luas Palm Deira adalah 93.75km2.
Pulau Buatan Manusia Terbesar Di Dunia-1
Pulau Buatan Manusia Terbesar Di Dunia-2
Pulau Buatan Manusia Terbesar Di Dunia-3
Share:

10 Pulau Paling Merbahaya Di Dunia

Bila disebut saja pulau kebiasaannya akan disinonimkan sebagai sebuah tempat yang indah, cantik lagi mendamaikan. Selain itu bila terfikir saja tentang pulau pastinya anda membayangkan sebuah tempat untuk menenangkan fikiran dan menikmati keindahan ciptaan alam. Namun begitu, terdapat beberapa pulau yang tentunya anda tidak ingin pergi atau terfikir pun tentangnya, kerana bahaya yang mungkin menanti ataupun iainya sesuatu yang sangat menakutkan.
#1- Pulau Bikini, Republik Kepulauan Marshal
Pulau ini terkenal dengan bahaya letupan senjata nuclear. Pulau ini pernah menjadi lokasi percubaan nukelear pada tahun 1946 hingga 1958. Terdapat lebih 20 letupan dengan radiasi yang tinggi sepanjang tempoh tersebut. Selain ancaman senjata nuclear, pulau ini juga menjadi habitat berates-ratus ikan jerung merbahaya.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-1

#2-Pulau Ramree, Myanmar
Pulau ini dikatakan menjadi habitat buaya air masin dan juga nyamuk malaria. Pulau ini pernah dikenali sebagai lokasi perang dalam perang dunia ke II. Tentera yang tewas di dalam perang tersebut bukanlah disebabkan oleh serangan perang antara negara tetapi akibat daripada di serang buaya air masin yang terdapat di pulau tersebut. Hingga kini ratusan buaya masih lagi mendiami pulau tersebut.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-2
#3-Pulau Miyake-Jima, Jepun
Pulau ini terkenal bahaya kerana terdapat letusan gunung berapi yang masih lagi aktif sehingga kini. Letusan yang terbaru adalah pada tahun 2005 yang membebaskan gas beracun sehingga mengancam penduduk sekitarnya dan terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-3
#4- Pulau Ular, Brazil
Pulau ini terdapat  ribuan habitat ular jenis golden lancehead viper. Ia merupakan sejenis sepsis haiwan yang sangat berbisa. Hasil kajian mendapati setiap 5 meter terdapat seekor ular ini di sepanjang pulau tersebut.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-4
#5- Pulau Gruinard, Scotland
Pulau ini pernah dijadikan sebagai lokasi percubaan senjata biologi pada perang dunia II. Percubaan tersebut telah menyebabkan munculnya virus ahthrax yang membunuh berates-ratus kehiudpan sekitar sehingga pulau ini terpaksa dikuarantinkan.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-5
#6-Pulau Saba, Belanda
Pulau ini pula dikatakan sebuah pulau kecil yang berada di Karabia. Pulau ini dipercayai mempunyai letusan gunung berapi yang masih lagi aktif iaitu Gunung Mount Scenery. Pulau ini juga kerap diacam kehadiran rebut laut yang besar.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-6
#7- Pulau Farallon, AS
Pulau ini menjadi tempat pembuangan sampah radioaktif pada tahun 1946 hingga 1970. Selain diancam bahaya baja radioaktif, pulau ini juga menjadi habitat ikan YU putih raksasa yang terkenal sifat ganasnya.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-7
#8- Pulau Okunashima, Jepun
Pulau ini lebih dikenali sebagai pulau arnab dan terletak di Takehara Hiroshima Jepun. Pulau ini telah dijadikan tempat percubaan kilang gas beracun. Arnab adalah haiwan yang paling banyak ditemui di sana, kerana haiwan ini dijadikan sebagai bahan kajian untuk percubaan gas beracun dari kilang-kilang tersebut.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-8
#9-Pulau Vozrozhdeniya, Uzbekistan
Pulau ini dikenali sebagai Pulau Lahir Semula. Pulau ini pernah dijadikan tempat ujian senjata biologi oleh tentera soviet pada 1948. Ini menyebabkan munculnya virus berbahaya seperti anthrax, tularemia dan smallpox.Walaupun dikatakan telah dibersihkan oleh kerajaan, namun tiada pelancong atau penduduk yang berani datang ke pulau tersebut.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-9
#10-Pulau Poveglia, Itali
Pulau ini pernah dijadikan lokasi kuarantin bagi penghidap virus berbahaya atau boleh membawa maut. Dikatakan semua yang dikuarantinkan itu telah meninggal dunia. Beberapa abad kemudian, virus Bubonic dikatakan menyerang negara eropah dan pulau ini kembali menjadi lokasi kuarantin bagi virus tersebut. Bukan sahaja mereka yang sudah parah dikuarantinkan, tetapi bagi yang baru menghidapi gejala juga dihantar ke sini. Mereka yang dihantar ke sini akan dibakar beramai-ramai dalam sebuah lubang yang besar. Pulau ini juga dikenali sebagai pulau hantu.
Walau apa jua sejarah yang melanda sesebuah tempat itu, ia hendaklah dijadikan sebagai benteng agar kita lebih berhati-hati. Pastikan kajian dibuat terlebih dahulu sebelum berkunjung ke mana-mana lokasi yang baru apatah lagi sebagai lokasi percutian.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-10
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts