Kami pasti ramai yang sudah sampai disini dan mungkin masih ramai diantara anda yang masih belum lagi berkunjung kesini. Mungkin anda pernah melawat Tangkuban Perahu atau Batu Putih yang terletak di Bandung. Suasana yang unik yang tidak ada di negara kita pasti menyeronokan. Namun apa yang ada di Bromo sudah pasti jauh lebih menarik apa yang ada di Tangkuban Perahu dan Batu Putih.
Bromo terletak jauh dari kesibukan bandar Surabaya. Udaranya sangat segar dan suhu disini juga amat sejuk hinggakan boleh mencecah dibawah 15 darjah celcius pada waktu malam. Oleh sebab mempunyai tanah yang subur dan persekitaran yang segar maka majoriti penduduk disini bekerja sebagai petani dan bercucuk tanam. Yang menariknya kebanyakan teknik pertanian yang mereka lakukan masih mengggunakan cara klasik.
Selain bercucuk tanam ada juga diantara mereka yang bekerja sepenuh masa dan separuh masa dalam menguruskan pelancong yang datang berkunjung di Bromo. Kunjungan pelancong ke Bromo tidak pernah putus dan setiap hari pasti ada pelancong baru yang hadir kesana baik dari Nusantara, Asia mahupun serata dunia.
Di sekitar kawasan Bromo, tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan Indonesia untuk menaikan hotel-hotel besar. Pendekatan ini dibuat untuk menjaga persekitaran alam semula jadi agar tidak tercemar. Oleh itu, anda jangan terkejut kerana disini hanya terdapat hotel-hotel yang kecik. Walaupun kecil tapi keselesaan pengunjung masih lagi pada tahap yang memuaskan dan setiap hotel ini mempunyai pemandangan yang tersendiri yang mengadap ke Gunung Bromo. Ia pasti menerujakan…
Apa aktiviti seharian yang anda boleh buat disini?
#1- Melihat Keindahan Sunrise
#2-Pengalaman Mendaki Gunung Menaiki Jeep
#3- Melihat Dasar Gunung Bromo Dari Puncak
#4-Menaiki Kuda Yang Mendaki Gunung Bromo
#5-Bergambar Seperti di Padang Rumput Savana
0 comments:
Catat Ulasan