Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Selasa, 4 Ogos 2015

3 TIPS PERJALANAN LANCAR KELUAR MASUK SINGAPORE

Tentu sekali bila mana kita mahu bercuti ke mana-mana destinasi kita mahu segala perjalanan kita berjalan dengan lancar. Lain tempat lain cara. Lain tempat lain pula cara mereka menilai setiap barang yang kita bawa masuk ke tempat mereka. Bawa barangan terlarang atau melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan akan melewatkan kita dalam proses sewaktu di imegresen. Kali ini kami ingin berkongsikan tips bagaimana anda tiada sebarang masalah sewaktu di imegresen Singapore sama ada untuk proses masuk mahunpun sewaktu proses keluar .
Untuk mengelakan denda dan perjalanan berjalan lancar tanpa ada sebarang sekatan yang melewatkan anda keluar/masuk ke Kota Singapore maka dibawah kami kongsikan Tips tersebut  :-

#1- Jangan  Bawa Barangan Larangan

  
Di Singapore barangan larangan yang jelas adalah  seperti Dadah, Senjata Api, bahan letupan, bahan berjangkit,bahan toksik dan pelbagai lagi barangan yang merbahayakan oleh badan keselamatan dunia sama sekali tidak dibenarkan  masuk ke Singapore tanpa ada sebarang notis sah. Namun sebagai pengujung ada lagi barangan yang tidak boleh dibawa dan jika dibawa akan melewatkan lagi proses masuk anda di imegresen sekiranya dapat dikesan. Barangan tersebut seperti susu tepung berlebihan, gula-gula getah dalam kuantiti yang banyak, walkie talkie, rokok yang belum dibuka dalam kuantiti lebih dari 3 kotak seorang, barang tajam seperti pisau, dan parang. Setiap barang yang anda bawa ini dan jika dapat dikesan ia akan melewatkan proses anda untuk masuk ke Singapore.

#2- Jangan Merokok Di Kawasan Terbuka


Sekrianya di Malaysia hal ini hanya berlaku di sesetengah tempat dan mungkin hanya orang sekeliling saja yang meneguh anda merokok di kawasan larangan tersebut tetapi tidak di Singapore. Jika anda dapati bersalah merokok di kawasan terbuka dan dapat dikesan anda akan di saman terus ketika itu. Jika tidak salah kami denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga S$ 1,000 untuk kesalahan ini. Jadi cara terbaik adalah tidak merokok di kawasan terbuka kecuali di tempat yang telah disediakan sahaja.

#3-Jangan Memandu Laju

Memandu laju melebihi had yang ditetapkan juga adalah punca anda boleh disaman.  Bernasib baik untuk mereka yang belum pernah terkena walaupun anda memandu laju melebihi had. Tapi jika anda terkena maka sediakan wang secukupnya. Selain wang & masa. Proses untuk clear dan membayar semula denda juga menyebabkan anda akan menyesal melanggar peraturan ini seumur hidup. Jadi berhati-hati memandu di kota singa ini. Kerana anda sedang diperhatikan di mana-mana saja oleh kemera litar tertutup.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog