Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Selasa, 4 Ogos 2015

4 Tips Merialisasikan Percutian Bulan Madu


Bajet yang terhad bukanlah tembok penghalang untuk pasangan muda pergi bulan madu bersama. Bulan madu itu tidak semestinya jauh dan tidak semestinya mewah cukup bersederhana sudah cukup memadai. Kali ini krew kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana merialisasikan percutian bulan madu impian anda mengikut bajet tersendiri.
#1- Masukan Bajet Bulan Madu Dalam Bajet Perkahwinan
Perangcangan awal adalah penting dalam apa jua program. Cara terbaik untuk  merialisasikan percutian bulan madu anda adalah dengan merancang lebih awal dan memasukan senarai percutian bulan madu dalam senarai bajet perkahwinan. Perancangan awal dapat mengurangkan dan menjimatkan  wang anda sekitar RM1000 Hingga RM2000. Sekiranya anda masukan senarai bajet percutian bulan madu ini maka anda tahu bagaimana atau di bahagian mana yang perlu dikurangkan perbelanjaan agar semua bajet mengikut rancangan kewangan anda. Jika anda tidak senaraikan bermaksud percutian anda itu mungkin jadi dan mungkin.
#2- Tarikh Percutian
Ini adalah sebab kenapa ramai membatalkan hasrat percutian bulan madu mereka. Ada yang kurang bajet oleh sebab tarikh yang anda pilih adalah tarikh high season. Bila sebut saja High Season sudah pasti harga biasa akan menjadi luar biasa. Harga sebuah bilik dari RM150 semalam boleh jadi sampai RM230 semalam. Salah pilih tarikh bermakna hotel yang sama, pakej yang sama, kereta sewa yang sama, tiket masuk di tempat lawatan yang sama semua perlu dibayar lebih dari harga biasa. Adakah ia berbaloi ? Jadi cara terbaik adalah pilih tarikh yang tidak ada apa-apa event penting. Selain itu pilih hari bekerja sebagai hari percutian bulan madu anda. Ini lah masanya nak bercuti bila mana orang lain bekerja. Pasti best!
#3- Tempah Lebih Awal
Tarikh pelangsungan sudah ada, tarikh cuti bekerja sudah ada, tarikh untuk bulan madu juga pasti sudah ada. Jadi masa untuk bertindak juga perlu segera. Jika anda bercuti ke luar negara maka sudah boleh mula tempahan tiket penerbangan serta hotel atau pakej-pakej percutian bulan madu anda. Begitu juga jika anda rancang untuk bercuti dalam negara dengan mengikuti mana-mana trip yang dianjurkan agensi pelancongan tempatan. Segala tempahan perlulah dibuat awal. kebanyakan tempahan awal menjimatkan kerana ada banyak potongan diberikan sama ada dari syarikat penerbangan mahupun pihak penyediaan penginapan.
#4-Bulan Madu Dalam Negara
Bajet lari sebab ada banyak perkara diluar jangkaan berlaku. Tak mengapa Malaysia masih mempunyai 101 destinasi tempat menarik untuk dilawati. Di Malaysia ada pelbagai jenis percutian bajet. Walaupun  bajet namun tahap perkhidmatan yang diberikan masih lagi bertaraf empat bintang. Destinasi dalam Malaysia juga pelbagai konsep nak bercuti dikawasan tanah  tinggi, pantai, air terjun, hutan, sungai, perkampungan semua jenis percutian bulan madu ada. Cuma anda perlu pandai pilih mengikut bajet. Percutian dalam negara masih boleh diperolehi sekitar RM700 hingga RM900 untuk setiap pasangan.
4 Tips Merialisasikan Percutian Bulan Madu-2
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog