Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Isnin, 8 Mei 2017

PEMILIK BANGLO DISNEYLAND SUDAH DIGANTUNG PKR, DAP BILA HENDAK GANTUNG PEMILIK BANGLO PINHORN


GADUH sesama sendiri dalam pakatan pembangkang memang amat sinonim dari dahulu lagi hinggalah sekarang. Gaduh sebab rebut kerusi, gaduh rebut jawatan dan gaduh rebut harta.

Terbaru, apabila timbulnya kes rasuah dan salahguna kuasa Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, tampil beberapa pemimpin pro Azmin menentang dan membela anak muda itu.

Presiden PKR mengambil keputusan gantung Adam Rosly, keputusan ini bangkit kemarahan kem pro Azmin. Rafizi pula diserang oleh kem Azmin  Pergaduhan ini telah mengiyakan wujudnya dua kem dalam PKR.

Satu pihak cuba untuk mempertahankan Adam Rosly, dan ia dilihat di bawah pengaruh Timbalan Presiden Azmin Ali. Manakala satu kem lagi cuba untuk 'membuang' Adam Rosly yakni dari pihak pro Presiden parti. Semuanya berpunca dari pemilik banglo Disneyland Ampang tersebut.

Itu cerita dalam PKR. Sama juga apa yang telah berlaku dalam DAP, iaitu parti yang menguasai Pakatan Harapan.

Apabila timbulnya isu banglo Pinhorn milik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang, berlaku juga sengketa yang amat dahsyat dalam parti cauvinis itu. Wujud juga dua kem iaitu yang mempertahankan tindakan salah guna kuasa Guan Eng itu dan yang menentang tindakan korupsi tersebut.

Ada suara suara gesa Guan Eng letak jawatan setelah kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan Guan Eng berkemungkinan berhadapan hukuman penjara.

Namun DAP bertindak kejam. Lim Kit Siang selaku penguasa terbesar dalam parti itu telah mengamalkan kuasa diktatornya untuk memecat kebanyakan pemimpin parti yang ingkar dengan haluan 'Legasi Lim'.

Ini menyebabkan ramai pemimpin DAP peringkat setempat dan negeri tidak mampu bertahan. Lalu mereka keluar parti sedikit demi sedikit sepertimana yang  berlaku di Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain.

Soalnya sekarang, bila pula DAP mahu menggantung tugas atau dalam bahasa lebih baik memberi cuti kepada pemilik banglo Pinhorn ini? Sedangkan dia telah terbukti melakukan kesalahan korupsi yang paling DAP benci.

Adakah DAP sekadar 'memilih bulu' dalam menghukum pemimpin sendiri melakukan salah? Jika kesalahan itu dilakukan oleh anak penguasa parti, maka ia tidak perlu menerima hukuman parti?

Sebaliknya, jika kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang tidak kaitan dengan 'Legasi Lim', maka dengan mudah mereka perlu dihukum?

Apa yang nyata, pergaduhan dalaman dalam DAP sebenarnya lebih serius dan amat teruk berbanding parti-parti lain dalam pembangkang. Namun, pemimpin DAP bersikap kejam untuk menutup segala kelemahan mereka.

'Legasi Lim' tidak sesekali akan menghiraukan tangisan ahli atau mana-mana pemimpin mereka yang berada dalam masalah, yang penting bagi mereka adalah kuasa. Dan yang penting anak bini 'Legasi Lim' patut terus dipertahankan walau pun mereka terbukti bersalah.


Inilah cerminan parti yang menguasai Pakatan Harapan. Apapun kita patut terus mencabar 'parti demokratik' ini supaya bersifat demokrasi dalam parti sendiri. Pecat atau beri cuti kepada pemilik banglo Pinhorn jika DAP benar benar anti pada rasuah. Bila DAP mahu bertindak?


Share:

PAKATAN HARAPAN TIDAK STABIL DAN PAKAR U-TURN


Memang benarlah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya tidak ada idea tapi suka mengkritik apa yang kerajaan lakukan.

Selepas membantah habis-habisan, mereka akan kembali membuat pusingan "U Turn" tetapi dengan membuat pembaharuan terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan, seolah-olah ia adalah cadangan mereka sendiri.

Contoh paling dekat adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan. Dulu pembangkang bukan main lagi membantah GST sampaikan himpunan jalanan diadakan semata-mata mahu menggagalkan cukai berkenaan.

Masalahnya mereka tidak pula mengemukakan cukai baru bagi menggantikan GST. Tak lama kemudian, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan GST jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Itu kisah GST, sama juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Dulu Mahathir, penasihat pakatan pembangkang bukan main lagi menyerang Najib dengan alasan BR1M adalah rasuah, yang diberikan semata-mata untuk menarik perhatian pengundi.

Bukan itu sahaja, Mahathir turut menuduh BR1M sebagai dedak yang diberikan oleh kerajaan. Sampai begitu sekali penerima BR1M dihina tapi akhirnya dia memberi bayangan bantuan berkenaan akan dikekalkan sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya.

Sikap "U-Turn" pembangkang ini tidak terhenti di situ saja malah banyak lagi. Soal hubungan Malaysia dengan China turut dijadikan isu kononnya Najib mahu menjual kehormatan dan kedaulatan kepada negara China tatkala beliau membawa masuk banyak pelaburan dari negara tersebut.

Mereka tidak senang dengan kejayaan Najib menandatangani perjanjian perdagangan berjumlah RM144 billion bilion selepas lawatan Perdana Menteri ke negara itu.

Selepas menyerang kerajaan bertalu-talu dalam isu melibatkan hubungan dengan China ini, tidak lama kemudian sekeping gambar yang telah dimuatnaik di Facebook oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong, menunjukkan beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng turut melawat Duta Besar Cina Ke Malaysia, Huang Huikang.

Apa tujuan lawatan delegasi DAP itu? Mereka tahu China adalah kuasa dunia, justeru adalah bodoh bagi sesiapapun untuk memutuskan hubungan dengan negara berkenaan.

Nampaknya trend pusingan "U Turn" ini semakin menjadi-jadi, mungkin sebab sekarang dah hampir dengan PRU maka ia adalah jalan terbaik untuk menarik sokongan rakyat kerana PH memang tiada idea, kalau tidak masakan hendak mencipta logo parti pun sampai heboh satu negara.

Terpaksa meminta cadangan daripada penyokongnya pula selepas tiga logo yang dicadangan ditolak ramai dan dikatakan buruk pulak tu.

Bahaya untuk kita memberi peluang kepada pakar "u-turn" ini untuk memerintah negara, kelak banyak dasar-dasar yang akan dipusingkan balik.


Ekonomi dan kemajuan negara harus bergerak ke hadapan dan terus maju. Kalau ekonomi dan kemajuan negara tidak stabil dan bersikap pusingan U Turn, ianya adalah sesuatu yang tidak baik untuk kemakmuran negara.


Share:

USAH BERANGAN SERANG PEKAN, CUCI DULU SKANDAL SENDIRI


Umpama bagai satu jari menuding orang lain, empat lagi jari menuding kita, itulah keadaanya apabila Mahathir, penasihat Pakatan Haralan menyuruh pengundi di Pekan jangan mengundi Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kalah dan dapat dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Bukan mudah hendak suruh rakyat yang sudah matang buat itu dan ini secara membabi-buta. Orang ramai terutamanya pengundi sudah tahu apa kejahatan yang tersirat dalam benak Mahathir tatkala menyuruh rakyat di Pekan, Pahang supaya tidak mengundi Najib.

Jangan buat hal banyak, elok Mahathir cermin dulu diri dia, di pihak mana yang banyak buat onar dan jahat sehingga menyusahkan rakyat? Najib sedang mencuci hutang tinggalan siapa kini untuk kesenangan rakyat?

Mahathir dan konco-konconya sudah banyak buat hal kerana sudah tua tapi masih tamakkan kuasa serta kedudukan.

Mahathir dulu tuduh Najib ambil secara tidak betul wang RM2.6 bilion dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harapan rakyat akan terpengaruh. Rakyat pun tahu, tuduhan curi itu adalah tidak benar. Masa King Salman datang Malaysia, kenapa Mahathir tidak tanya duit itu betul ke dicuri atau tidak?

Satu Malaysia sudah tahu apabila disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang itu adalah wang hasil derma dari keluarga Diraja Arab Saudi. Wang itu juga sudah disahkan telah dipulangkan semula sebahagian daripadanya kepada penderma berkenaan.

Rakyat boleh fikir, kalau PM tipu pasal wang itu, takkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud sudi datang lagi ke Malaysia dan memeterai perjanjian berbilion ringgit di negara ini. Nilai pelaburan RM31 billion Aramco lebih besar dari jumlah RM2.6 billion.

Mahathir yang tetap tak puas hati tuduh pula soal wang dari syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM40 juta. Perkara ini, Mahathir sendiri pun tak tahu yang mana betul,  beliau cakap jumlah RM40 juta, bila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada 3 Mei 2017, cakap RM43 juta pula, mana satu betul?

Pada 26 Januari 2016, Peguam Negara sendiri telah memaklumkan bahawa Najib didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung kes SRC dan juga dana RM2.6 bilion dan mengarahkan tiga kertas siasatan kes berkenaan dikembalikan kepada SPRM dengan arahan kes berkenaan ditutup.

Dalam saranan Mahathir itu, dia kata kalau tak undi Najib dan jatuhkan Najib, akan perkuatkan Melayu. Dakwaan itu tidak betul. Jika Najib ditumbangkan dan tewas, para pengundi di Pekan hanya akan menguatkan parti DAP dan bukannya parti Mahathir pun.

Ini kerana parti bunga pun bergerak di bawah telunjuk DAP, mereka tak boleh perjuangkan Melayu dengan keadaan begitu di bawah ketiak Lim Kit Siang.

Tuduhan bahawa Najib sudah berubah bila menjadi PM pun bohong sama sekali. Ini kerana, yang berubah sebenarnya adalah Mahathir. Dulu Mahathir sayang UMNO, sekarang Mahathir sayang DAP, sayang PKR dan kutuk UMNO siang malam. Dulu Kit Siang rasis, sekarang dah jadi kawan sebantal.

Dulu, Anwar dikritik tidak layak jadi Perdana Menteri kerana peliwat, sekarang Anwar disokong supaya dibebaskan dari hukuman penjara kes liwat. Dulu Mahathir cukup marah dengan perhimpunan haram, sekarang ini dia antara yang kuat mahu perhimpunan haram diadakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dulu sungguh-sungguh tuduh DAP parti perkauman, kini sebabkan hendak jatuhkan BN, sanggup tebalkan muka puji DAP tinggi melangit dan anggap DAP parti paling mulia.
Najib terbukti konsisten dan tetap setia pada perjuangan bertunjangkan bangsa dan rakyat.

Mahathir pun setia juga, tapi setia dia pada kroni kerana inginkan wang dan dana, sejak jadi Perdana Menteri pada tahun 1981 dulu Mahathir setia pada kroni sampailah ke hari ini.

Sudah berbelas kali Mahathir gagal jatuhkan Najib sejak serangan pertamanya pada Julai 2015. Kali ini, Mahathir mahu serang Pekan pula. Sudah sudahlah, baik jaga bekas calon pembangkang yang kalah lawan Najib di Pekan dulu. Kesian dia berada di atas kerusi roda.


Share:

Selasa, 2 Mei 2017

Azmin batal lawatan ke Mesir, Budiman bakal MB Selangor?


SHAH ALAM – 2 Mei : Hasrat  Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat mungkin tidak tercapai.

Desas- desus dan juga laporan portal ini semalam mendapat maklumbalas dari netizen berhubung 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS di Negeri Selangor.

Azmin 30 April lalu dikhabarkan membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Manakala Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menepis dakwaan media berhubung 4 Adun lompat parti itu sebagai satu propaganda.

Menurut sumber dalaman parti PKR permohonan mengadap beberapa pemimpin PKR dan BN telah diterima istana dan ini menyokong kuat desas-desus yang berlaku dalam krisis politik di Selangor.

Baik pengamal media, penyokong BN, penyokong  Pakatan Rakyat serta orang awam cuba membuat telahan sendiri berdasarkan maklumat, pemerhatian, pemantauan serta kajian pendek yang dibuat ke atas isu yang berlaku dan yakin kerajaan Pakatan pimpin Azmin Ali bakal tumbang dalam tempoh terdekat.

Sumber mendedahkan Azmin Ali bakal membatalkan segera lawatan 5 harinya di Timur Tengah bagi menyelesaikan kemelut krisis politik Selangor. Tentunya krisis ini berat sepanjang ketiadaannya di Selangor.

Manakala para Adun BN Selangor juga dikatakan menerima arahan agar tidak keluar negara dan bersiap sedia. Kenyataan ringkas YB Budiman Mohd Zuhdi Adun Sg Panjang dalam facebooknya hari ini (1 Mei ) memberi gambaran sesuatu bakal berlaku.
“Mood bersedia. Diarah jangan ke luar negara. Percaya pada takdir.” katanya ringkas.

Sumber berkata YB Budiman disebut antara satu dari nama Menteri Besar Selangor selain seorang dari parti bebas dan PAS dalam kerajaan campuran baru Selangor yang bakal terbentuk. Ia terpulang kepada kejayaan perundingan muktamad kerajaan campuran itu nanti. Budiman menang pilihanraya kecil Parlimen Sg Besar Jun tahun lalu dilihat popular dikalangan rakyat Selangor.

Sementara itu Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, beliau yakin jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor semakin berada di penghujung dengan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi bersama PAS.

“Jika dahulu saya melihat Pembentukan Pakatan Harapan didokong kuat oleh DAP yang boleh meletakkan calon mereka sebagai Menteri Besar Selangor kini tentu amat sukar dengan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat. Adun-adun yang berpaling tadah dari Pakatan pasti membentuk kerajaan campuran bakal memilih Menteri Besar dari kalangan UMNO, bebas atau dari PAS”. katanya ketika dihubungi

Menurutnya, jika Azmin Ali membubarkan DUN Selangor ia tetap mengundang risiko berlakunya pertandingan 3 penjuru yang boleh memberi kelebihan kepada BN.
“Saya juga amat yakin YB Budiman antara pemimpin BN yang sesuai menjadi Menteri Besar. Bagaimanapun ini terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi BN”. katanya lagi.
Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru Selangor. 
Share:

Tiada Kejayaan Signifikan Di Negeri Selangor Di Bawah Pentadbiran MB Azmin Ali Serta Ancaman Politik PKR

Selangor MOVE


1. Terkini, hasil konsensus muktamar Pas di Kedah yg memutuskan untuk "Memisahkan Diri" daripada perhubungan dan ikatan politik dgn PKR serta ancaman 4 Adun PKR untuk keluar parti telah mendatangkan Ancaman Politik kepada MB Azmin  Ali.

Dengan PRU 14 yg dijangkakan dalam masa tahun ini , MB Azmin tidak ada pilihan lain selain membubarkan DUN Negeri. Walaupun begitu, Ancaman Kerajaan DAP PKR Selangor tumbang dalam masa terdekat tidak dapat dinafikan lagi. Proses tawar menawar politik dikatakan sedang berlaku dan ianya kelihatan agak mencemaskan PKR Selangor dan karier politik MB Azmin.

2. Tekanan politik MB Azmin ditambah pula dengan krisis dalaman PKR dimana kejayaan Rafizi Ramli melalui laporan salah laku MB Azmin dipercayai antara sebab tumbangnya orang kuat Azmin di dalam PKR. Kem azmin di dalam PKR agak goyah diserang paksi Rafizi, Wan Azizah & Nurul.

3. Sepanjang 2 tahun lebih pemerintahan MB Azmin Ali, Selangor dilihat tidak banyak perubahan & yang agak jelas, pentadbiran MB Azmin Ali dikuasai DAP dan perjalanan keputusan negeri di dalam gengaman DAP.  Azmin Ali dilihat separa boneka kepada DAP dalam kerajaan Negeri Selangor.


TIADA KEJAYAAN YG SIGNIFIKAN YG BOLEH DIGAHKAN DI NEGERI SELANGOR DIBWH PENTADBIRAN MB AZMIN ALI

Pelbagai isu seperti :-
~ Isu Gerbang Selangor
~ Isu DEIG
~ Isu Penjualan Tanah
~ Isu Adam Disneyland
~ Isu Skandal Seks
~ Isu Kenaikan Cukai
~ Isu Air
~ Isu Sampah



Antara isu yang menghantui kerajaan DAP & PKR Selangor di bawah pimpinan MB Azmin Ali yang dikategorikan sebagai separa boneka PKR. 



ISU SOKONGAN MB AZMIN ALI KEPADA TUN M TELAH MENYEBABKAN KRISIS PKR BERTAMBAH BURUK

1. Pilihanraya Negeri Selangor Ini Jika Dibuat Dalam Masa Terkini Akan Pasti Melibatkan PPBM Yang Disokong Kuat Azmin Ali

2. Jika PPBM Turut Bertanding DI Semua Kawasan UMNO & BN Bertanding, Maka Ia Akan Menjadi Pertandingan 4 Penjuru iaitu UMNO vs PAN vs PAS vs PPBM

3. PAN  Mempunyai Kelebihan Sokongan Undi Cina Di Atas Faktor PAN Adalah Parti Milik DAP & Ditaja DAP. PAN Juga Mampu Mendapatkan Sekurang-Kurangnya 40% Undi PAS Seperti Mana PRK Sg. Besar Dibuktikan

4. PPBM Mungkin Mampu Mendapat 30 % Undi dari UMNO, Tetapi Pasti Tidak Akan Dapat Meraih Undi DAP Yang Akan Dihalakan Kearah PAN.

5. Maka Jelas Disini, Permainan Ini Adalah UMNO vs PAN

6. Jika Di Kawasan UMNO vs PKR, Maka Akan Berlaku UMNO vs PKR vs PAS

7. Dapat Dilihat Dengan Jelas, PKR Akan Rugi Banyak Kawasan Di Selangor Akibat daripada Kemunculan PAN & PPBM


Share:

Rabu, 19 April 2017

Dyana Sofya Sedih Isu Foto Mesra, Terus Fokus Kutip Dana

Dyana Sofya tidak mahu isu foto mesra dengan seorang lelaki mengganggu khidmatnya sebagai pemimpin muda DAP di Teluk Intan. — Foto oleh Yusof Mat Isa


KUALA LUMPUR. 19 April — Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud sedih dengan tindakan menyebarkan beberapa keping gambar yang didakwa beliau bermesra dengan seorang wakil rakyat partinya.

Bekas calon Teluk Intan itu sebaliknya menggunakan isu sensasi itu, sejak foto terbaru tersebar petang semalam, untuk mengumpul dana projek kebajikannya di kawasan pilihan raya itu.
“Saya sedih budaya politik kita sudah sampai seteruk ini. Saya tiada masa melayan serangan peribadi dan berdendam seperti ini,” katanya di Instagram malam tadi.
“Saya hanya menumpukan pada kerja dan khidmat saya kepada masyarakat, khususnya penduduk Teluk Intan.”

Tanpa menafikan atau mengesahkan beliau wanita yang dipegang mesra itu, Dyana berkata serangan isu berbau seks itu sudah tiga kali dalam tempoh dua bulan.
Walau tidak menuduh parti lawan sebagai dalang penyebaran, pemimpin DAP Perak itu menjangkakan ia berkaitan dengan politik kerana “mungkin pilihan raya sudah dekat.”

“Tidak kira siapa dalam gambar atau video yang menyebut sayalah orangnya, tindakan ini pencerobohan besar ruang peribadi seseorang,” katanya.
Beliau sedang mengumpul RM10,000 untuk memulakan Pusat Pembangunan Wanita dan RM2,000 lagi untuk membina jeti nelayan Kampung Belakang Kilang Padi.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts