Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Khamis, 13 Ogos 2015

10 Makanan Yang Tak Patut Disimpan Dalam Peti Sejuk



Peti sejuk sememang tempat menyimpan makan yang amat penting di rumah. Tapi bukan semua brang dan makan yang boleh di simpan dalam peti sejuk.

Ini merupakan senarai 10 jenis makanan yang dikatakan tidak patut dan disimpan atau dimasukkan ke dalam peti sejuk.

1) Sos Cili / Sos (ketchup)

Cili sos hanya sesuai diletakkan pada suhu bilik sahaja. Di suhu bilik, sos boleh tahan hingga tarikh luput tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.



2) Kentang (potato)

Proses penyejukkan dalam peti sejuk akan merosakan rasa semulajadi kentang. Disarankan potato di letak di dalam bag kertas. Kalau simpan di dalam plastik bag dan disimpan dalam peti sejuk ianya akan lembap & rosak



3) Roti

Jika simpan roti di dalam peti sejuk akan menyebabkan tekstur roti menjadi kering dan menyebabkannya keras. Tak sedap.



4) Bawang

Bawang lebih sesuai di simpan di pantry kering bukan dalam peti ais. Selain itu, sila elak berdekatan dengan kentang.


5) Tomato

Jika simpan tomato dalam peti ais, ia akan menyebabkan rasa tomato kurang segar dan menjadi penyek / benyek.



6) Kopi

Simpan kopin dalam peti ais akan menyebabkan proses kondensasi pada kopi dan merubah perisa asli kopi.


7) Bawang Putih / Garlic

Akan mempercepatkan proses mold / kulat. Jika kepala telah terungkai, hanya boleh digunakan dalam masa 10 hari sahaja. Tapi minced garlic boleh disimpan di dalam freezer.


8) Madu

Akan menyebabkan konsentrasi madu menjadi likat dan pekat.


9) Tembikai

Akan merubah rasa dan tekstur tembikai. Warna juga akan berubah. Memang tak sedap.



10) Minyak

Akan menjadikan minyak bertambah likat, pekat dan kelihatan cloudy. Hanya minyak kacang patut diletak di dalam peti sejuk
Share:

Rabu, 12 Ogos 2015

Lelaki Tua Ini Tidak Pernah Mandi Selama 60 Tahun, Apa Akan Berlaku Selepas Dia Mandi

Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak
60 tahun lalu kerna percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’. Haji, 80, dari Dejgah, 
berang jika beliau terkena air. Perghhh ada juga berfikiran seperti itu..tengok sahaja
 wajahnya sudah seram.



Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak. Penduduk berkata,
 Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan
 bekas karat. “Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.

Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur. 
“Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,
” katanya yang dipetik TNews.


















Share:

Selasa, 11 Ogos 2015

DIA MENCAIRKAN BOTOL PLASTIK DI ATAS IRON. APA YANG DILAKUKANNYA MEMBUATKAN RAMAI WANITA MEYUKAINYA


Setiap orang mengeluarkan satu tan sampah dan kitar semula antara langkah untuk melupuskan, jadi mengapa tidak mengubahnya menjadi sesuatu yang hebat? 

Mengambil botol air plastik lama. Jom, ambil barang-barang yang diperlukan dan mulakan kerja kreatif. Anda akan membuat sendiri gelang "DIY BRACELETS"! 

Video di bawah ini merupakan panduan kepada anda melalui langkah-langkah yang mudah dan membuat anda kelihatan lebih bergaya berbanding sebelum ini!


Share:

Rabu, 5 Ogos 2015

Kewujudan Masjid Lama Di Sekitar Ladang Teh Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Bismillahirrahmanirrahim.. Sekadar mahu berkongsi.. Berkaitan masjid lama yang terletak di sekitar ladang teh sabah ni.. Tidak jauh dari kampung saya.. Sejak akhir2 ini kewujudan masjid ni diviralkan dan ada yg bertanya " Benarkah masjid ini wujud di Ranau?"


Jawapan saya : "Ya, masjid ini wujud di Ranau... Dalam keadaan uzur.. Di dalamnya kalimah dan ayat Quran indah terukir.."


Sahabat saya dari Pertubuhan Rakan Da'i Muda Ranau pernah mengunjungi masjid ini.










SUMBER : Nur Izzlyn

Share:

Selasa, 4 Ogos 2015

Kepuasan Berendam Dengan Si Kelah Di Sungai Chiling

Hutan Lipur Sungai Chiling kini menjadi lokasi terkenal bagi penggemar-penggemar aktiviti berkemah dan mandi manda bersama keluarga di hujung minggu. Bagi anda yang tercari-cari lokasi untuk bersantai hujung minggu ini, apa kata anda berkunjung ke Santuari Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah daerah kecil di Hulu Selangor . Selain dijadikan lokasi air terjun, Sungai Chiling juga dijadikan tapak santuari ikan kelah atau ikan kap yang sangat banyak di sini.
Sungai Chiling-1
Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling merupakan projek di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang berusaha untuk mengekalkan ekosistem sesebuah kawasan supaya boleh digunakan untuk generasi masa hadapan.
Perjalanan menuju ke Kuala Kubu Bharu dari Kuala Lumpur perlu keluar dari lebuhraya di Tol Sungai Buaya menghala ke Rasa. Santuari Sungai Chiling ini menghala ke Frasel Hill dan perlu melalui jambatan sempit sehingga berjumpa dengan pintu gerbang tertulis Santuari Sungai Chilling. Di sini anda perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki dan membawa semua kelengkapan yang berbekal.
Untuk sampai ke Sungai Chiling ini anda perlu melintasi 6 anak sungai kecil sebelum sampai ke lokasi utama Sungai Chiling. Sungai Chiling juga terkenal dengan kawasannya yang bersih dari sebarang jenis sampah sarap atau sisa makanan ini kerana pengurus tempat ini menetapkan caj RM3 bagi setiap bungkusan makanan yang dibawa masuk, sekiranya jumlahnya berkurangan apabila keluar, caj tadi akan hangus kerana anda disyaki telah membuang sampah di kawasan rekreasi ini.
Sungai Chiling-2
Bagi anda yang ingin berkhemah, dapatkan kebenaran pihak berkenaan terlebih dahulu kerana perkhemahan hanya di kawasan yang disediakan sahaja. Santuari ini hanya dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
santuary ikan ssungai chiling
santuary ikan sungai chiling-2
Terdapat beberapa kemudahan lain seperti tandas, surau, gerai jualan sekiranya anda tidak membawa bekalan makanan. Anda dilarang untuk menangkap atau memancing ikan di sini, atau anda akan di denda sekiranya ingkar.
Mandi di lokasi air terjun pada saat air deras memang sangat mengujakan apalagi ditemani dengan banyaknya ikan kelah kiri dan kanan. Anda tidak memerlukan peralatan snorkeling untuk melihat ikan di dalam air, hanya memerlukan sepasang mata dan bermainlah dengan ikan yang mengerumuni sepanjang anda berendam. Perjalanannya mungkin sedikit memenatkan tetapi pasti sangat berbaloi.
Sungai Chiling-3
Share:

Pulau Buatan Manusia Terbesar Di Dunia

Tahukah anda? Pulau buatan terbesar di dunia adalah Palm Deira, Pulau ini menjadi sebahagian dari kepulauan buatan Palm Island. Kepulauan ini di bangunkan di teluk Parsi iaitu di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.
Pulau bulatan Palm Deira ini lebih besar lapan kali ganda dari Palm Jumeirah dan lima kali lebih besar dari Palm Jabal Ali yang mana kedua-duanya merupakan sebahagian dari Palm Island. Keluasan untuk luas Palm Deira adalah 93.75km2.
Pulau Buatan Manusia Terbesar Di Dunia-1
Pulau Buatan Manusia Terbesar Di Dunia-2
Pulau Buatan Manusia Terbesar Di Dunia-3
Share:

10 Pulau Paling Merbahaya Di Dunia

Bila disebut saja pulau kebiasaannya akan disinonimkan sebagai sebuah tempat yang indah, cantik lagi mendamaikan. Selain itu bila terfikir saja tentang pulau pastinya anda membayangkan sebuah tempat untuk menenangkan fikiran dan menikmati keindahan ciptaan alam. Namun begitu, terdapat beberapa pulau yang tentunya anda tidak ingin pergi atau terfikir pun tentangnya, kerana bahaya yang mungkin menanti ataupun iainya sesuatu yang sangat menakutkan.
#1- Pulau Bikini, Republik Kepulauan Marshal
Pulau ini terkenal dengan bahaya letupan senjata nuclear. Pulau ini pernah menjadi lokasi percubaan nukelear pada tahun 1946 hingga 1958. Terdapat lebih 20 letupan dengan radiasi yang tinggi sepanjang tempoh tersebut. Selain ancaman senjata nuclear, pulau ini juga menjadi habitat berates-ratus ikan jerung merbahaya.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-1

#2-Pulau Ramree, Myanmar
Pulau ini dikatakan menjadi habitat buaya air masin dan juga nyamuk malaria. Pulau ini pernah dikenali sebagai lokasi perang dalam perang dunia ke II. Tentera yang tewas di dalam perang tersebut bukanlah disebabkan oleh serangan perang antara negara tetapi akibat daripada di serang buaya air masin yang terdapat di pulau tersebut. Hingga kini ratusan buaya masih lagi mendiami pulau tersebut.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-2
#3-Pulau Miyake-Jima, Jepun
Pulau ini terkenal bahaya kerana terdapat letusan gunung berapi yang masih lagi aktif sehingga kini. Letusan yang terbaru adalah pada tahun 2005 yang membebaskan gas beracun sehingga mengancam penduduk sekitarnya dan terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-3
#4- Pulau Ular, Brazil
Pulau ini terdapat  ribuan habitat ular jenis golden lancehead viper. Ia merupakan sejenis sepsis haiwan yang sangat berbisa. Hasil kajian mendapati setiap 5 meter terdapat seekor ular ini di sepanjang pulau tersebut.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-4
#5- Pulau Gruinard, Scotland
Pulau ini pernah dijadikan sebagai lokasi percubaan senjata biologi pada perang dunia II. Percubaan tersebut telah menyebabkan munculnya virus ahthrax yang membunuh berates-ratus kehiudpan sekitar sehingga pulau ini terpaksa dikuarantinkan.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-5
#6-Pulau Saba, Belanda
Pulau ini pula dikatakan sebuah pulau kecil yang berada di Karabia. Pulau ini dipercayai mempunyai letusan gunung berapi yang masih lagi aktif iaitu Gunung Mount Scenery. Pulau ini juga kerap diacam kehadiran rebut laut yang besar.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-6
#7- Pulau Farallon, AS
Pulau ini menjadi tempat pembuangan sampah radioaktif pada tahun 1946 hingga 1970. Selain diancam bahaya baja radioaktif, pulau ini juga menjadi habitat ikan YU putih raksasa yang terkenal sifat ganasnya.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-7
#8- Pulau Okunashima, Jepun
Pulau ini lebih dikenali sebagai pulau arnab dan terletak di Takehara Hiroshima Jepun. Pulau ini telah dijadikan tempat percubaan kilang gas beracun. Arnab adalah haiwan yang paling banyak ditemui di sana, kerana haiwan ini dijadikan sebagai bahan kajian untuk percubaan gas beracun dari kilang-kilang tersebut.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-8
#9-Pulau Vozrozhdeniya, Uzbekistan
Pulau ini dikenali sebagai Pulau Lahir Semula. Pulau ini pernah dijadikan tempat ujian senjata biologi oleh tentera soviet pada 1948. Ini menyebabkan munculnya virus berbahaya seperti anthrax, tularemia dan smallpox.Walaupun dikatakan telah dibersihkan oleh kerajaan, namun tiada pelancong atau penduduk yang berani datang ke pulau tersebut.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-9
#10-Pulau Poveglia, Itali
Pulau ini pernah dijadikan lokasi kuarantin bagi penghidap virus berbahaya atau boleh membawa maut. Dikatakan semua yang dikuarantinkan itu telah meninggal dunia. Beberapa abad kemudian, virus Bubonic dikatakan menyerang negara eropah dan pulau ini kembali menjadi lokasi kuarantin bagi virus tersebut. Bukan sahaja mereka yang sudah parah dikuarantinkan, tetapi bagi yang baru menghidapi gejala juga dihantar ke sini. Mereka yang dihantar ke sini akan dibakar beramai-ramai dalam sebuah lubang yang besar. Pulau ini juga dikenali sebagai pulau hantu.
Walau apa jua sejarah yang melanda sesebuah tempat itu, ia hendaklah dijadikan sebagai benteng agar kita lebih berhati-hati. Pastikan kajian dibuat terlebih dahulu sebelum berkunjung ke mana-mana lokasi yang baru apatah lagi sebagai lokasi percutian.
10 pulau paling bayaha di dunia, Bikini Atoll-10
Share:

5 Syurga Membeli Belah Asia Tenggara Buat Anda Tak Sabar Nak Shopping

Negara asia sememangnya terkenal dengan tarikan alam semulajadi yang menghijau, lautan yang tenang dan kemesraan penduduk tempatan yang menerima baik kunjungan pelancong ke negara mereka. Ini menjadikan negara-negara asia menjadi sebuah negara yang paling ramai menerima pengunjung sama ada untuk bersantai, mempelajari tentang alam semulajadi, menikmati keindahan pantai dan cahaya matahari serta membeli-belah rekaan tempatan yang unik dan pelbagai.
Disini kami ingin kongsikan 5 negara asia tenggara yang sangat terkenal dengan lokasi membeli-belah terbaik.
#1-Kuala Lumpur, Malaysia
Malaysia pernah disenaraikan sebagai negara keempat terbaik dunia aktiviti membeli-belah selepas New York, London dan Tokyo oleh CNN menerusi kajiannya dalam “10 Top Best Shopping Cities In The World”. Di bandaraya ini terdapat beberapa pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa dengan pelabagai jenama seperti Suria KLCC, Pavilion, Mid Valley Megamall dan Berjaya Times Square yang kesemuanya terletak di kota metropolitan Kuala Lumpur. Sekiranya anda adalah penggemar adna adalah penggemar barangan tempatan dan traditional, Pasar Seni dan China Town pastinya tempat yang wajib anda lawati saat berkunjung ke Kuala Lumpur.
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-1

#2- Jakarta, Indonesia
Kota Jakarta merupakan kota kebanggan rakyat Indonesia. Jakarta merupakan kawasan metropolitan terbesar di Indonesia dan kedua terbesar di dunia. Jakarta juga sangat terkenal dengan lokasi membeli-belah terbaik dunia di kalangan para pelancongan dalam dan luar negara. Antara lokasi membeli-belah yang wajib anda lawati ketika berkunjung ke negara ini adalah Ciputra Shopping Mall, Plaza Indonesia dan Plaza Senayan. Ironinya Indonesia juga mempunyai sebuah pusat membeli-belah yang diiktiraf sebagai antara yang terbesar di Asia Tenggara iaitu The Grand Indonesia.
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-2
#3- Manila, Filiphina
Seperti yang kita tahu Manila merupakan ibu negara Filiphina yang terletak di Timur Pulau Manila di Pulau Lazon. Walaupun terdapat kawasan bertaraf miskin namun Kota Manila merupakan bandaraya cosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya dan pendidikan di negara ini. Anatara lokasi membeli-belah terkenal di Manila adalah SM Megamall, SM City North Edsa, SM Mall Of Asia, Glorietta, Greenbelt dan banyak lagi. Bagi yang meminati citarasa tempatan anda boleh berkunjung ke pasar lambak Manila di Divisoria dan 168 Shopping Mall.
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-3
#4-Singapura
Singapura merupakan pusat kewangan terunggul dan menjadi sebuah bandaraya global metropolitan yang memaninkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Malah pelabuhan Singapuramerupakan pelabuhan tersibuk dunia. Sebagai sebuah negara maju, Singapura juga menyajikan pelabagai barangan membeli-belah terbaik dunia di lokasi-lokasi terkenal seperti ION Orchard, Vivo City, Mustafa Centre (Dikenali sebagai little India di Singapura), Marine Square dan banyak lagi. Aktiviti membeli-belah di Singapura lebih mudah kerana kebanyakan kompleks membeli-belah disini dihubungkan dengan lintasan keretapi bawah tanah.
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-4
#5- Bangkok, Thailand
Bangkok merupakan kota terbesar di Thailand. Bankok juga adalah sebuah Bandar yang progresif dan pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura serta Hong Kong selain menjadi antara destinasi pelancongan kegemaran dunia.
Di Bangkok Terdapat pelbagai pusat membeli-belah terkenal seperti Siam Paragon Mall, Central World , MBk, terminal 21 dan Siam Centre. Selain pasaraya besar bertaraf antarabangsa. Bangkok juga menyajikan pelbagai pasar-pasar terbuka sesuai bagi mereka mencari barangan tempatan dengan harga mampu milik dan lebih berpatutan seperti di pasar Hujung Minggu Chatuchak, Pasar Klong San dan Pahurat (Little India di Bangkok)
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-5
Share:

10 Kolam Renang Termahal Di Dunia

Kolam renang merupakan suatu pembuatan yang direka untuk diisi dengan air yang digunakan untuk berenang, menyelam, atau aktiviti air yang lain. Kolam renang peribadi merupakan status bagi pemiliknya, kerana memerlukan tempat dan kos penyelengaraan yang besar. Kolam renang umum pula biasanya sebahagian daripada pusat kecergasan jasmani dan aktiviti rekreasi. Terdapat beberapa kolam renang termahal di dunia yang mungkin ingin anda ketahui kenapa ia mendapat pengiktirafan sedemikian, jom sama-sama kita tinjau!
#1- City Stars, Sharm El Sheikh, Mesir
Kolam renang ini mempunyai luas mencapai 82,000 kaki persegi. Dibina dengan menggunakan teknologi penapisan air garam untuk menapis air dari laut. Kolam renang ini memerlukan kos pembinaan sebanyak $55 billion untuk menyiapkannya.
Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-1
#2 – San Alfonso Del Mar, Algarrobo, Chile
Kolam renang ini mempunyai ukuran sepanjang 1.3 kilometer. Menggunakan teknologi inovatif untuk memurnikan air laut dan mengisi sendiri ke dalam kolam. Kolam ini pernah tercatat di dalam Guiness Book Of Records pada tahun 2008. Memerlukan perbelanjaan sebanyak $2 Billion dan mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiapkannya.
Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-2
#3 – Seagaia Ocean Dome, Miyazaki, Jepun
Kolam renang ini dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 1993. Kolam ini membolehkan pengunjung berenang pada musim sejuk. Panjang kolam ini adalah 30,48 meter panjang dan 99,97 meter panjang. Ia dibina bagaikan sebuah lautan kecil dengan bumbung yang direka untuk memerangkap sinaran matahari. Kos pembinaan kolam ini adalah sebanyak $2 billion.
Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-3
#4 – Lev Leviev Residence, London, UK
Kolam renang ini terletak di kediaman peribadi Lev Leviev iaitu seorang jutawan israel. Rumah ini merupakan rumah termahal di inggeris dan dirasmikan pada tahun 2008. Kolam renang di kediaman ini mendapat pengiktirafan kolam termahal di dunia kerana jubin kolam ini dibuat menggunakan emas. Kos pembuatan kolam ini adalah sebanyak $68 juta.
Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-4
#5- Hearst Castle, California, US
Hearst Castle ini mempunyai 2 kolam renang yang dibina masing-masing pada tahun 1924 dan 1936 yang dikenali sebagai kolam renang Neptum dan Rom. Seluruh kawasan kolam renang ini memerlukan kos lebih $10 juta bagi setiap satunya. Kolam renang ini direka berasaskan tempat permandian Rom di zaman kuno dengan penggunaan marmar dan jubin mozek. Kolam ini kini tidak lagi digunakan untuk mandi tetapi lebih kepada tempat bersejarah.
Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-5
Maish terdapat lagi 5 kolam renang termahal di dunia yang akan dikongsikan bersama anda nanti. Nantikan sambungannya dalam artikel yang akan datang.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog