Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Selasa, 4 Ogos 2015

10 Gajet Penting Yang Perlu Ada Sewaktu Bercuti

Bercuti adalah salah satu aktiviti bernilai yang anda akan kenang sepanjang hidup anda. Melawat pelbagai tempat, melihat pelbagai budaya, mencuba pelbagai aktiviti dan berkenalan dengan rakan baru adalah antara perkara yang akan kita alami sewaktu bercuti. Terima kasih kepada teknologi kini, anda boleh membawa gajet yang boleh menambah dan menceriakan pengalaman anda sewaktu bercuti. Jadi kali ini kami ingin berkongsi sedikit idea mengenai gajet yang boleh dibawa bersama sewaktu anda hendak pergi bercuti 
1. Kamera.
Kamera digital atau kamera video sangat penting dan gajet yang wajib dibawa apabila bercuti bergantung kepada keperluan dan percutian anda sama ada percutian santai atau lasak. Anda sudah tentu ingin merakamkan aktiviti anda dalam bentuk gambar atau video lebih lagi jika anda mencuba aktiviti baru yang mencabar seperti bungee jumping atau peristiwa lucu yang berlaku.
Dengan menyimpan kenangan dalam bentuk digital, anda boleh berkongsi tentang pengalamananda bersama rakan anda dengan mudah apabila anda kembali dari bercuti. Anda tentu akan tersengih keseorangan apabila melihat kembali gambar yang anda rakam sepanjang percutian anda.

2. Mp3.
Muzik dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Muzik dapat menceriakan lagi percutian anda. Bawalah pemain mp3 yang telah diisi dengan lagu kegemaran anda. Atau anda boleh mengisi lagu dari pelbagai genre dan memainkannya sesuai dengan aktiviti yang akan anda lakukan. Jika anda merancang aktiviti lasak dapatkan mp3 yang tahan hentakan dan kalis air.


3. Walkie-talkie.
Alat perhubungan yang boleh digunakan di mana-mana. Contohnya di kawasan hutan atau percutian di atas cruise. Anda boleh sentiasa berhubung dengan rakan anda jika ingin berpisah sementara. Begitu juga yang bercuti bersama kanak-kanak juga amat sesuai menggunakan walkie-talkie untuk mengetahui keadaan semasa anak mereka. Walkie-talkie menggunakan ‘loud speaker’ yang boleh didengari orang ramai sewaktu anda berbual. Oleh itu jangan pula anda pekena rakan anda menggunakan walkie-talkie, merajuk pula nanti.


4. Jam.
Nampak seperti tidak penting, tetapi bagi pengembara serius yang sentiasa berdepan dengan aktiviti yang mencabar perlu jam yang baik dilengkapi dengan lampu, kompas digital, kalis air dan tahan lasak penting untuk memastikan jam tidak mudah rosak dan sentiasa tahu kedudukan dan masa anda sewaktu bercuti. Pilih jam yang ringan dan diperbuat dari plastik yang tahan lasak seperti G-shock agar jam anda tidak rosak dipertengahan jalan.


5. Komputer riba.
Anda sedang berehat di hotel, sambil baring di katil dan memandang siling anda terfikir, alangkah bagusnya kalau ada laptop. Boleh anda update status bersama gambar terkini percutian anda di Facebook. Bukan itu saja, anda boleh membuat salinan gambar atau video yang anda ambil terus ke laptop sebagai simpanan dan back-up anda. Bawalah laptop yang paling kecil dan ringan untuk meringankan beban beg anda serta menjimatkan ruang.


6. Headphone.
Mengapa headphone? Headphone dapat membantu mengurangkan bunyi bising yang ada disekeliling anda. Contohnya penumpang yang sedang tidur berdengkur di sebelah anda. Nak tegur tetapi malu, jadi headphone yang dipasang dengan lagu kegemaran anda dapat membantu menghilangkan bunyi yang kurang enak. Anda juga boleh menggunakan headphone anda di dalam pesawat jika tidak puas hati dengan kualiti headphone yang disediakan.

7. Storan digital mudah alih.
Seperti USB dan hard disk boleh menyimpan pelbagai maklumat, gambar dan video yang anda rakam sepanjang percutian anda. Jika anda tidak membawa komputer riba, bawalah USB sebagai persediaan anda menyimpan data anda dari kamera. Sentiasa salin data anda ke dalam USB sebagai back-up anda jika kamera anda dicuri atau tercicir. Bak kata pepatah, biar hilang kamera jangan hilang gambar.


8. Charger/power adapter.
Gajet anda hanya akan menjadi beban jika kehabisan bateri. Oleh itu sentiasa bawa charger dan power adapter bagi setiap gajet yang anda bawa. Jangan lupa bawa extension plug jika anda bawa lebih dari tiga gajet kerana kebanyakan tempat penginapan hanya menyediakan beberapa plug elektrik. Anda juga tidak perlu berebut dengan rakan anda.
Sentiasa pastikan bateri anda penuh sebelum keluar melakukan aktiviti. Jika ada bateri lebih, jangan lupa bawa terutama bateri kamera. Atau anda boleh bawa power pack, bateri mudah alih serbaguna untuk semua jenis gajet. Jika gajet anda kehabisan bateri, cucuk pada power pack untuk mengisi kembali bateri gajet anda. Dan anda tidak perlu risau jika kehabisan bateri.


9. Telefon bimbit.
Telefon bimbit yang sofistikated sudah tentu dapat menghiburkan anda. Telefon bimbit terkini dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang anda tidak akan bosan seperti kamera, pemain mp3, perisian game, GPS dan internet. Jika anda ingin bercuti tanpa gangguan dari telefon anda yang sentiasa berdering, sila matikan. Jangan tinggalkan telefon di rumah jika ingin pergi bercuti jauh. Bawa telefon anda, kerana anda tidak tahu bila anda akan memerlukan telefon tersebut.
10. PSP.
Atau konsol permainan mudah alih lain seperti Nintendo dan brick game yang klasik juga boleh anda bawa sewaktu bercuti. Ia dapat mengurangkan jarak masa menunggu untuk sampai ke destinasi seperti di lapangan terbang dan bas. PSP juga terdapat pelbagai fungsi yang boleh membantu anda sewaktu percutian seperti GPS untuk mengelakkan anda tersesat jauh.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog