Kali ini, ingin berkongsi kepada anda mengenai destinasi menarik yang boleh dikunjungi sewaktu anda berkunjung ke Krabi. Sebelum kami pergi lebih jauh. Kami ingin kongsikan sedikit pengenalan ringkas mengenai destinasi Krabi. Sebenarnya bagi mereka yang ingin pergi ke Krabi maka boleh juga pergi ke Phuket sekali jalan. Ini kerana Phuket hanya terletak 2 jam 27 minit melalui jalan darat dari krabi.
Untuk pengetahuan anda, Krabi tidak semeriah Phuket di waktu malam hari. Disini lebih cool dari sebarang aktiviti kurang sihat dan menyakitkan mata seperti mana di beberapa jalan popular sekitar Phuket. Namun begitu ia amat sesuai untuk percutian keluarga bagi setiap peringkat umur. Tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di sekitar Krabi juga amat unik dan sukar diperolehi di tempat lain.
Berikut adalah tempat menarik yang boleh dikunjungi di Krabi :-
#1- Krabi Night Market
Selagi anda tidak menjejaki ke Ke Krabi Night Market maka jangan sebut anda sudah jejak kaki ke Krabi. Ini adalah destinasi wajib untuk aktiviti malam. Ramai pengunjung Malaysia yang telah datang kesini bersetuju barangan Night Market disini jauh lebih rare dan dari harga pula jauh lebih rendah berbanding pasar di pekan-pekan pelancongan yang lain di Thailand.
Disini juga meriah dengan makanan yang menarik. Peniaga beragama Islam juga ada mengambil tempat dalam penyediaan makanan untuk pengunjung yang mencari makanan halal. Makanya kita tidak perlu khuatir atau was-was. Kebanyakan peniaga beragama Islam meletakan logo halal di hadapan stall mereka.
#2- Khao Panombenja
Disini adalah tempat untuk anda merasai pengalaman ditunggang oleh specis binatang paling besar di muka bumi ini iaitu Gajah. Anda akan dibawa oleh gajah-gajah yang jinak dinpandu oleh mereka yang mahir. Selain itu disini juga anda boleh melihat elephant show yang menggelikan hati.
#3- Emerald Blue Pool
Ini memang unik. Airnya jernih dan kebiruan bak kristel. Jernihnya kolam ini anda boleh melihat terus hingga ke dasar dengan jelas. Tak banyak destinasi yang mempunyai keistimewaan ini. Jadi kami letakan ini sebagai destinasi wajib untuk anda kunjungi sewaktu bercuti ke Krabi. Oh jangan melawat saja. Bawa baju untuk mandi sekali. Rugi!
#4- Pulau Berdekatan Krabi
Sama ada anda nak buat aktiviti snorkeling, melihat keindahan laut dan pemandangan alam semulajadi atau nak santai bersahaja dengan trip Island Hoping. Destinasi di pulau-pulau berdekatan dengan Krabi adalah tempat menarik yang wajib anda pergi. Di Krabi terdapat pelabagai pulau yang cantik lagi tertarik. Diantara pulau tersebut adalah termasuk Phi Phi Island, Talabeng Island /Koh Talabeng, Bamboo Island, Koh Lanta, Koh Hong dan banyak lagi.
#5- Sunset Di Aonang Beach
Sengaja kami masukan satu tempat yang lebih santai ini agar anda punya masa untuk berbual-bual dan bermesra sambil menikmati pemandangan senja yang indah iaitu di Aonang Beach. Dikala ini anda boleh jalan-jalan bersama pasangan sekiranya anda datang berdua mahupun secara berkumpulan. Boleh juga makan-makan di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam ini dan melihat pelbagai ragam pengunjung yang hadir ke tempat ini.
0 comments:
Catat Ulasan