Hutan Lipur Sungai Chiling kini menjadi lokasi terkenal bagi penggemar-penggemar aktiviti berkemah dan mandi manda bersama keluarga di hujung minggu. Bagi anda yang tercari-cari lokasi untuk bersantai hujung minggu ini, apa kata anda berkunjung ke Santuari Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah daerah kecil di Hulu Selangor . Selain dijadikan lokasi air terjun, Sungai Chiling juga dijadikan tapak santuari ikan kelah atau ikan kap yang sangat banyak di sini.
Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling merupakan projek di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang berusaha untuk mengekalkan ekosistem sesebuah kawasan supaya boleh digunakan untuk generasi masa hadapan.
Perjalanan menuju ke Kuala Kubu Bharu dari Kuala Lumpur perlu keluar dari lebuhraya di Tol Sungai Buaya menghala ke Rasa. Santuari Sungai Chiling ini menghala ke Frasel Hill dan perlu melalui jambatan sempit sehingga berjumpa dengan pintu gerbang tertulis Santuari Sungai Chilling. Di sini anda perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki dan membawa semua kelengkapan yang berbekal.
Untuk sampai ke Sungai Chiling ini anda perlu melintasi 6 anak sungai kecil sebelum sampai ke lokasi utama Sungai Chiling. Sungai Chiling juga terkenal dengan kawasannya yang bersih dari sebarang jenis sampah sarap atau sisa makanan ini kerana pengurus tempat ini menetapkan caj RM3 bagi setiap bungkusan makanan yang dibawa masuk, sekiranya jumlahnya berkurangan apabila keluar, caj tadi akan hangus kerana anda disyaki telah membuang sampah di kawasan rekreasi ini.
Bagi anda yang ingin berkhemah, dapatkan kebenaran pihak berkenaan terlebih dahulu kerana perkhemahan hanya di kawasan yang disediakan sahaja. Santuari ini hanya dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
Terdapat beberapa kemudahan lain seperti tandas, surau, gerai jualan sekiranya anda tidak membawa bekalan makanan. Anda dilarang untuk menangkap atau memancing ikan di sini, atau anda akan di denda sekiranya ingkar.
Mandi di lokasi air terjun pada saat air deras memang sangat mengujakan apalagi ditemani dengan banyaknya ikan kelah kiri dan kanan. Anda tidak memerlukan peralatan snorkeling untuk melihat ikan di dalam air, hanya memerlukan sepasang mata dan bermainlah dengan ikan yang mengerumuni sepanjang anda berendam. Perjalanannya mungkin sedikit memenatkan tetapi pasti sangat berbaloi.
0 comments:
Catat Ulasan