Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Rabu, 5 Februari 2014

Lagi Kisah Ajaran Sesat Yang Melampau

MELAKA Lagi Kisah Ajaran Sesat Yang Melampau
 





Selepas kes tembakan terhadap seorang individu yang mengaku dirinya sebagai imam mahadi di bangunan JPM pada 9 JUL 2012 yang lalu,  nampaknya masih ramai yang hanyut dan menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Kali ini di Melaka pula apabila seorang lagi lelaki Melayu berumur dalam lingkungan 40-an mengaku dirinya sebagainabi akhir zaman. Lelaki tersebut dikatakan merupakan seorang pesara TLDM yang kini bertugas sebagai pensyarah di Akademi Laut Malaysia (Alam).

Tindakan prihatin orang ramai yang melaporkan perkara-perkara seperti ini haruslah dipuji memandangkan kita tidak tahu apa rancangan lelaki tersebut di masa akan datang.  Kemungkinan berlakunya serangan di bangunan Kerajaan atau serangan terhadap orang ramai tidak mustahil boleh berlaku memandangkan semasa serbuan pihak berkuasa di rumah lelaki tersebut pada 18 JUL 2012 telah dijumpai 31 bilah pedang,3 keris,1 tangkal, dan  pelbagai kitab agama termasuk senaskah kitab bible.  selain itu turut ditemui sejumlah bekalan makanan antaranya beras, gula, minyak masak, rempah ratus dan makanan ringan yang disimpan di dalam sebuah bilik rumahnya.

AL MAUNAH Lagi Kisah Ajaran Sesat Yang Melampau

Lelaki tersebut juga mendakwa mendapat berita (wahyu) terus daripada tuhan akan berlaku huru-hara pada pertengahan bulan julai 2012 dan meminta agar semua orang yang berada disitu membeli makanan untuk dijadikan bekalan apabila berlakunya huru-hara tersebut dan barangan yang disimpan itu adalah untuk kegunaan mempertahankan diri semasa berlakunya huru-hara seperti yang didakwa.  Huru-hara apa tidak pula dinyatakan lebih lanjut tetapi berdasarkan perancangan lelaki tersebut ada gaya macam kes al maunah je…..cuba setakat ini tidak diketahui sama ada dia mempunyai pengikut.

Orang ramai yang mengenali lelaki tersebut juga mendakwa bahawa dia mempunyai pemikiran agama yang agak ekstrem dan kerap memakai jubah dan jarang dilihat bercampur dengan masyarakat setempat dan kerap berinteraksi secara berseorangan selain sering menjerit pada waktu tertentu terutama pada dinihari.  Selain itu lelaki tersebut juga mempunyai tabiat yang pelik keranasering kali  dilihat mengerjakan solat di merata-rata tempat seperti anjung dan halaman rumah(kenapa la tak pergi masjid atau surau) serta marah apabila mendengar bunyi paluan kompang dan laungan azan di surau berhampiran (pelik ni azan pun dia tak boleh dengar).  Malah semasa ditahan, lelaki tersebut juga marah dan mendakwa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap ketirisan zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir bin Mohammad – bekas perdana menteri malaysia (mungkin sebab selalu hadir ceramah pembangkang la ni…)

Kes ajaran/fahaman sesat di malaysia ni dah sampai tahap serius….pihak berkuasa harus mengambil tindakan sewajarnya sebagai satu langkah bagi memastikan ketenteraman masyarakat terus terpelihara dari gangguan-gangguan dari orang-orang yang psycho macam ni.  Masyarakat pula haruslah berwaspada dan lebih prihatin dengan amalan ajaran sesat yang berlaku di malaysia kini yang dilihat semakin hari semakin menular penyebaran di kalangan masyarakat terutramanya masyarakat Melayu Islam.  Ini mungkin berlaku disebabkan ada puak yang kerap menyogok fahaman Islam yang salah kepada masyarakat.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog