Khamis, 6 Februari 2014
Home »
» Gempar! Bangkai Buaya Tembaga Pengawal Pintu Sempadan Sungai Kuala Linggi Melaka Ditemui
Gempar! Bangkai Buaya Tembaga Pengawal Pintu Sempadan Sungai Kuala Linggi Melaka Ditemui
MASJID TANAH (ALOR GAJAH) – Menggemparkan apabila bangkai seekor buaya tembaga berusia hampir 100 tahun sepanjang 7 meter dengan berat hampir 3 tan yang digelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai Kuala Linggi Melaka-Negeri Sembilan’ditemui oleh nelayan.
Bangkai buaya tersebut ditemui dalam keadaan terdampar dipercayai mati tua di tebing sungai Kuala Linggi di sekitar Kota Simpang, Lubok Cina, dekat sini, pagi tadi.
Penemuan bangkai buaya tembaga tersebut telah menggemparkan penduduk di situ yang bertindak menghubungi Jabatan Perhilitan dan Jabatan Pertahanan Awam(JPAM).
Kejadian pada asalnya disedari seorang nelayan sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira jam 9.30 pagi ketika menjaring udang selepas terhidu bau busuk dari tebing sungai sebelum menemui bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh meter.
Menurut Zainal, dia terpandang reptilia terbabit dipenuhi lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak bergerak dan dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung lalat selain tubuhnya dicarik biawak.
“Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua.
0 comments:
Catat Ulasan