Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Rabu, 5 Februari 2014

Akibat Percaya Juruzon 16 Anak-Anak Yatim terkorban

HHalem 13 Rumah Anak Yatim Hidayah Tanah Runtuh Kajang Akibat Percaya Juruzon 16  Anak Anak Yatim terkorban



Akibat Percaya Juruzon 16  Anak-Anak Yatim terkorban |Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa kisah tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011, tahun lalu, yang turut mengorbankan 16 orang anak yatim Madrasah Al-Taqwa, adalah merupakan pusat ajaran sesat.
Ini disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui penyiasatan mereka dan ajaran sesat tersebut dikenali sebagai ‘Ajaran Juruzon’.
Pengasas Madrasah Al-Taqwa adalah ketua ajaran sesat itu sendiri yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif.

Laman rasmi JAIS telah menyiarkan kutbah Jumaat dimana sebahagiannya seperti berikut.:-
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
..Mimbar Jumaat pada hari ini akan menerangkan secara jelas kepada seluruh masyarakat Islam terutamanya di negeri Selangor berkenaan salah satu ajaran atau fahaman yang sesat.
Ajaran ini dikenali sebagai ajaran Juruzon yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan pada 23 Februari 2012 yang lalu dan ajaran ini juga telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 5 September 1996.
Ajaran Juruzon ini telah diasaskan oleh seorang yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif atau lebih dikenali dengan panggilan Hj. Ahmad Al-Walidi atau Pak Su yang berasal daripada Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau telah menubuhkan sebuah markas yang pertama untuk mengembangkan ajarannya di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang berselindung disebalik nama Madrasah Tarikat Al-Irdiah.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Terbongkarnya ajaran ini di Selangor ialah apabila berlakunya suatu peristiwa tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei  2011 tahun lalu.
Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati bahawa pengasas ajaran adalah orang yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan. Beliau telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak baru.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Setelah berlakunya tragedi hitam ke atas madrasah tersebut, didapati madrasah ini menjadi pusat kegiatan ajaran Juruzon dan terdapat banyak penemuan serta bukti penyelewengan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah :-

1.   Penerimaan ilmu yang bertentangan dengan hukum syarak, di mana mereka meyakini akan kehadiran “Guru Ghaib” yang turun melalui badan Juruzon. Ia memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dan setia melalui majlis yang dinamakan “Majlis Rabitah”.
2.   Juruzon mendakwa mempunyai bacaan al-Qurannya sendiri yang turun daripada Arasy. Bahasa Arasy ini bukanlah bahasa arab seperti bahasa al-Quran, tetapi bahasa Arasy itu sendiri. Beliau juga mendakwa bahasa ini digunakan selepas mati.
3.   Amalan atau pegangan yang bersifat kepada salah laku seks yang melampau, iaitu perbuatan terkutuk ini dilakukan adalah semata-mata untuk melepaskan nafsu syahwatnya.
4.   Ajaran ini juga mengkelaskan “mahram” yang bertentangan dengan syarak, yang mana amalan ini adalah bertujuan menjadikan hubungan di antara ahli-ahli kumpulan seperti adik-beradik yang menghalalkan bersalaman dan bersentuhan tanpa lapik atau bercium pipi di antara lelaki dan perempuan.
5.   Penyalahgunaan konsep zakat iaitu Juruzon mengenakan kutipan zakat kepada ahli-ahli kumpulan di antara 10-25% daripada pendapatan bulanan yang wajib diberikan setiap awal bulan dan akan berganda jika lewat dibayar, wang ini merupakan salah satu cara mengembangkan ajaran ini dengan lebih pesat.
6.   Juruzon mendakwa mendapat perintah daripada “Guru Ghaib” bahawa setiap ahli kumpulan hendaklah membuat pinjaman dan menjadi penjamin kepadanya semata-mata untuk memenuhi kehendak beliau termasuklah bayaran kereta mewah, rumah banglo dan sebagainya.
7.   Juruzon mendakwa beliau mampu untuk berinteraksi dengan roh-roh si mati lebih-lebih lagi ibubapa kepada ahli-ahli kumpulan yang telah meninggal dunia, beliau juga menyatakan bahawa roh-roh mereka ini mewasiatkan supaya anak mereka tetap bersama di dalam jemaah ini kerana jemaah ini adalah jemaah yang benar.
8.   Ajaran ini memutuskan hubungan kekeluargaan untuk melahirkan pengikut taksub, yang mana juruzon menggalakkan ibubapa di kalangan kumpulan ini menyerahkan anak-anak mereka untuk mengikuti kumpulan ini sejak berumur 12 tahun dan ada juga yang menyerahkan sejak berada dalam kandungan ibunya.
9.   Juruzon juga mengugut ibubapa yang keluar daripada kumpulan ini dengan menghasut anak-anak mereka supaya membenci ibubapa. Beliau menghalang dan memisahkan anak-anak daripada berjumpa dengan ibubapa mereka sendiri. Mereka yang keluar daripada kumpulan dianggap pembelot dan pengkhianat agama. Juruzon juga mengancam kepada ahli kumpulan yang hendak keluar denga nacaman yang menakutkan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog