Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Jumaat, 7 Februari 2014

PILIHANRAYA SARAWAK MUNGKIN LEBIH AWAL

image
Sarawak terus dihujani dengan spekulasi pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tapi sekarang media beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lebih awal daripada tempoh penggal tamat pada April 2016, lapor sebuah akhbar berbahasa Melayu.Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin depan.Akhbar itu turut melaporkan, media di Sarawak semalam menerima jemputan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui e-mel bagi membuat liputan majlis pada jam 10.30 pagi yang akan dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun KDN kemudian menghantar ralat dengan tidak memasukkan liputan media bagi taklimat tersebut tetapi mengekalkan dua acara Ahmad Zahid iaitu lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada jam 2 petang dan Ulang Tahun Rela ke-42 peringkat negeri yang akan berlangsung pada 4 petang, lapor Berita Harian.Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011, Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1) walaupun sentimen kebecian terhadap Abdul Taib dikatakan meluas kerana terlalu lama di tampuk kuasa.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai Abdul Taib juga memenangi semua kerusi DUN yang ditandinginya.Sejak Rabu, Abdul Taib tidak menghadiri dua majlis yang dijadualkan dan semalam, ketua menteri veteran itu sekali lagi tidak menghadiri upacara pemberian anugerah penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Kerajaan Sarawak dan ini menguatkan lagi laporan media sebelum ini beliau akan meletakkan jawatan bulan ini.
Bagaimanapun, pemimpin kanan BN yang menghadiri upacara tersebut tidak memberi sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Abdul Taib.Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Alfred Jabu enggan memberi sebarang pengesahan tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat tetapi Pengerusi Tetap PBB, Datuk Mohammad Asfia Awang Nassar tidak menolak kemungkinan berhubung spekulasi tersebut.”Mesyuarat ini tiada agenda spesifik yang ditetapkan. Sesiapa pun boleh membangkitkan isu untuk dibincang.”Jadi saya tidak akan menolak kemungkinan ia akan dibincangkan,” kata Asfia yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada wartawan selepas upacara tersebut semalam.Beliau bagaimanapun enggan mempercayai spekulasi media bahawa Abdul Taib yang sudah bertugas selama 33 tahun sebagai ketua menteri Sarawak akan meletakkan jawatan bulan ini.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog