Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Khamis, 6 Februari 2014

MYDIN tidak Peka - Keluarkan Semua Seluar Dalam Yang Bergambar Masjid!


MASJID adalah tempat bagi umat Islam beribadah. Maka ia dianggap suci malah wanita yangg datang bulan tidak dibenarkan memasuki masjid.

Jadi adalah amat tidak kena apabila tempat semulia masjid dijadikan gambar hiasan pada seluar dalam.

Namun inilah imej yang terpapar pada seluar dalam kanak-kanak lelaki yang dijual di Mydin Jasin, Melaka. 
post Gambar yang dikongsikan di laman Facebook Saya Anak Melaka ini mendapat perhatian ramai dengan kebanyakannya mengecam tindakan pengeluar seluar dalam ini, begitu juga Mydin yang dianggap tidak peka.

Begitu pun, tahniah diucapkan kepada pasaraya Mydin yang bertindak segera mengeluarkan produk ini daripada rak pasaraya mereka sebaik sahaja dimaklumkan.


Manakala syarikat yang mengeluarkan seluar dalam ini iaitu Thunder Storm Sdn Bhd, dilihat turut meminta maaf kepada umum dan menjelaskan bahawa pihak Mydin telah memaklumkan kepada mereka bahawa barangan ini tidak boleh dijual namun disebabkan kesilapan, ia masih dihantar ke pasaraya Mydin.

Justeru, mereka telah meminta agar Mydin memulangkan semula kesemua produk terbabit.




Apa pun, diharapkan pengawasan lebih ketat dijalankan oleh pihak berkuasa agar tidak timbul lagi kes melibatkan sensitiviti agama seperti ini pada masa akan datang.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog