Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Jumaat, 27 April 2012

GEMPAR!!!! SOTONG MENARI KETIKA HENDAK DIMAKAN??



Assalamualaikum W.B.T...
Hai kawan2, apa khabar? hehehe.. Semoga semua berada dalam keadaan sihat.. Okai, hari ni kelas batal, so free full day... (FREE DENGAN ASIGNMENT)... Okai pagi ni nak share dgn kawan2 tentang satu perkara yang pelik + lawak... hahaha nak tahu ape dia..
Kejadian sotong menari dalam mangkuk ketika hendak dimakan.. hah? menari??? mesti x percaya kan?
Klip video di bawah menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun. 






Tetapi yang paling lawak, ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan marah kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup. Sebenarnya, aksi luar biasa itu berlaku kerana pelanggan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati 2.
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati & menyebabkab sotong tu menggelupur seperti sedang menari..kihkihkihkihkihkih...


Anyway, saya x makan sotong kerana ada kisah disebaliknya..hahahhaa...
Okai, Terima Kasih ^_*



"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri"

Share:

Rabu, 25 April 2012

SIAPAKAH YANG BERHAK DICINTA DIATAS CINTA???

CINTA.... Sebuah kata yang indah didengar, manis diucapkan, nikmat dirasakan. Cinta adalah kurniaan dari Allah yang diberikan kepada manusia.


Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan cinta sebagai jalan menuju kepada yang dicintai-Nya dan telah menjadikan ketaatan serta ketundukkan kepada-Nya sebagai dalil atas kebenaran dan kejujuran cinta.


Allah yang telah menggerakkan jiwa dengan cinta menuju kesempurnaan. Mahasuci Allah yang telah memalingkan hati kepada yang dikehendaki-Nya dan untuk apa yang dikehendaki dengan kekuasaan-Nya. Allah yang menjadikan cinta menjadi bercorak dan berwarna, membahagikan cinta kepada para hamba-Nya, memberikan pilihan kepada mereka apa dan siapa yang dicintainya. Ada cinta yang mulia dan ada yang hina, ada yang cinta harta, wanita, takhta dan segalanya.


Namun ada sebuah cinta yang paling mulia iaitu cinta kepada Sang Pencipta Cinta, yang telah menciptakan alam semesta dengan cinta dan untuk cinta kerana pada hakikatnya cinta yang tertinggi dan termulia dari hamba di alam ini ialah menghambakan diri kepada-Nya. Tidaklah jin dan manusia diciptakan melainkan untuk menyembah kepada-Nya & seluruh cinta haruslah tunduk di bawah cinta-Nya dan cinta kerana-Nya.


Semakin bertambah cinta seseorang kepada Allah dan Rasuk-Nya, semakin bertambah pula rasa manis imannya. Kerana rasa manis dalam hati, kelazatan iman tidak diketahui melainkan oleh Allah S.W.T itulah yang dinamakan "CINTA DI ATAS CINTA"



Share:

Isnin, 23 April 2012

SUATU KETIKA DULU ^_^





Assalamualaikum W.B.T
Tiba2 teringat masa zaman2 sekolah dulu2 kala... Bila kita dah besar, masa tu la baru kita sedar yang zaman sekolah dulu, tempat yg paling seronok... Tambah2 masa sekolah rendah kan...
Sape2 yang lahir pada tahun 1989-1996 mesti ingat mase sekolah rendah dulu : -


Kat sekolah ada salesman datang jual buku cerita.
Hari ni bagi list buku, then esok datang minta duit beli walaupun cerita buku tu kita dah tahu.


Salesman susu pun macam 2 jugak kan..
Susu pulak ada yang perisa jagung, strawberi & coklat.


Kat kelas...
Budak2 selalu baca kamus bergambar bahasa arab, padahal masing2 tengok gambar jer kan. Pe yang penting, gambar2 masa tu sangat2 menarik perhatian.


Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, atas bawah. 
Pastu ada sharpener kat tengah2 dia. Dekat luara ada design kartun2 action, lau prmpuan pulak ada design Hello Kitty, mickey Mouse...




Main lawan pemadam, 
Sayang nak guna untuk padam, nak simpan untuk buat main lawan pemadam dengan kawan,
padahal 2 lah fungsi sebenar pemadam!! 


Pakai pembaris yang bergerigi, 
Kat dalam ada air, pastu ada benda berkilat dalam air tu. Bila goncang2 nampak meriah...
Cikgu , ustaz & ustazah pulak guna pembaris kuning yang panjang tu kan Siap ada pemegang kat tengah2, tapi x pernah pulak nampak cikgu pegang pon kat situ. 


Bulu ayam pulak jadi semakin hari semakin ramping coz sering dijadikan rotan. 


Time pendidikan seni pulak, Lukis sume boleh tapi bila masuk time kaler sume hampeh, 
Ada jugak yang buat anyaman pakai kertas warna, Kolaj la, ape la.... Selalu cikgu suruh lukis gambar kereta, pantai, rumah dan benda2 yang berulang kali.


Main game 2D, Super contra, super mario, street fighter la....
Sume 2 pakai tape je then cucuk kat tv. 


Jam tangan pulak x semenggah "BOY LONDON" yang jadi idaman, 
sebab bole tukar2 kaler ikut suhu n cuaca. 


Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak muka masing2. 


Balik sekola je beli JoJo RM 2.00. Xpon "Dendang" baru 60 sen.
"Tora" pon best jugak baru RM 1.20. 
Beli semata2 nak barang mainan, Coklat die x makan pon. 


Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat tV bole tembak alien tu, 


Siri kartun yang menjadi kegilaan masa 2 :- Power rangers, ultraman, ninja turtles, dragon ball, kamen rider, yugi oh dan mcm lg. 


Rakan- rakan sekalian, tolong la jgn sesekali kita lupe akan semua yang berlaku ni, Sebab zaman sekarang budak2 x sempat layan bende2 ni semua.. Apa yang adik2 kita tahu hari ni asyik mengadap tv n PS x pun X box.. Semestinya kita semua akan sentiasa berubah, berubah mengikut aliran zaman. Namun cuma asal-usul kite yg permanent. Btul x? huhu~ 


Ni la baru zaman kita yang sebenarnya... Sangat indah waktu2 itu.. Tp sayang sekali pada hari ni, dah jarang or memg dah x da kan bnda2 macm ni kan... ^_^

Share:

PENAMPAR ITU JAWAPANNYA

Assalamualikum W.B.T...
Selamat tengah hari rakan2 sekalian... Okai sebelum kita pergi makan tengah hari ni, nak kongsikan sebuah kisah tentang "PENAMPAR ITU JAWAPANNYA"... Hehehehe jom..


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam
benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari
beliau bertemu seorang imam tua 
di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

*Moral of the story… lain kali kalau ada yang tanya soalan lebih kurang sama dengan soalan pemuda tersebut…. tampar je… selesai masalah :)


Pedih tu... nak sangat kan jawapannya, kan dah kene, jangan angkuh... Untung la dapat penampar, kalau kene sepak, hahahahha sia2 la usia remaja hang... ^_^
Share:

Isnin, 9 April 2012

MISTERI GASTRIK?? DIMANA LAHIRNYA??


Masa makan tak teratur, kerap ambil ubat tahan sakit punca gastrik

Assalamulaikum W.B.T
Anda pernah dengar apa itu "GASTRIK"?? Sering kali kita melihat rakan-rakan mahupun ahli keluarga kita yang secara tiba-tiba sakit perut bukan kerana hendak membuang bahan dalam badan tetapi sakit yang teramat sekali akibat lewat untuk makan. GASTRIK sering dikaitkan dengan keupayaan berpuasa. Namun, hakikatnya, penyakit ini boleh sembuh sepenuhnya kerana sifat semula jadi lapisan membran perut yang mampu membina semula sel lapisan yang terhakis dengan bantuan ubat dan rawatan betul.

Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.


Lazimnya, kebanyakan mengalami gastrik akibat jangkitan bakteria (Helicobacter pylori). Keduanya, amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok.

Mengamalkan pengambilan ubat penahan sakit untuk merawat demam, sakit tulang, sakit belakang selain tekanan hidup dan tempat kerja turut menyumbang kepada penyakit gastrik.

Antara gejala lazim yang dialami adalah sakit pada bahagian hulu hati dan pedih hingga naik ke bahagian dada, loya, muntah, kadangkala sembelit dan cirit birit. Ramai juga pesakit gastrik yang mengaitkannya dengan banyak angin dan kembung serta hilang selera makan.

Sikap suka melengah-lengahkan rawatan kerana takut menyebabkan keadaan menjadi bertambah serius dan akhirnya pesakit terpaksa menerima rawatan kecemasan iaitu pembedahan. Kes ini biasanya membabitkan pesakit yang mendapat serangan gastrik waktu malam selepas parti atau tidak dapat tidur akibat jeluak asid.

Komplikasi gastrik yang melarat sehingga menjadi ulser antaranya muntah, muntah darah atau buang air besar berwarna gelap akibat pendarahan yang keluar melalui najis. Ada juga kes yang serius sehingga dinding perut bocor akibat ulser dan memerlukan pembedahan segera.

Ulser yang dibiar terlalu lama boleh menyekat saluran perut. Ini kerana apabila ulser menjadi kronik, ia akan menyempitkan saluran dekat bahagian pylorus. Bgaimanapun dengan teknologi perubatan yang semakin moden, peringkat akhir ulser dan gastrik masih boleh disembuhkan tanpa pembedahan.

Ketika ini, jika pesakit datang dengan pendarahan, pakar akan melakukan skop, menyuntik ubat dan terus memberhentikan pendarahan. Jika ia diakibatkan bakteria, antibiotik diberikan untuk membunuh bakteria. Ini kerana satu sifat semula jadi perut yang menakjubkan ialah ia mampu membina semula sel selepas berlaku hakisan pada lapisan perut dengan bantuan ubat tanpa meninggalkan parut.

Ujian pula boleh dijalankan iaitu dengan mengetahui latar belakang pesakit di mana ia boleh disahkan secara diagnosis termasuk endoskop, ujian darah, ujian pernafasan, ujian keasidan dan imbasan sinar-x.

Berbanding gastrik kronik, jenis gastrik akut iaitu mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit lebih mudah dirawat. Ini kerana pengamal perubatan boleh mengesan punca serangan itu. Ini bermakna doktor akan merawat gastrik dan mengelak punca penyebab gastrik berkenaan.

Pesakit gastrik kronik, (kerap mendapat serangan gastrik seperti setiap dua bulan) sukar untuk dirawat. Lazimnya sebagai rawatan peringkat pertama pesakit akan dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat kapur yang berfungsi untuk melemahkan asid.

Rawatan seterusnya jika langkah pertama kurang berkesan ialah pengambilan H2 Blocker untuk mengurangkan asid sehingga 50 peratus. Kaedah ini popular lima tahun lalu sebelum Proton Pump Inhibitors (PPI) yang lebih kuat dosnya diperkenalkan. Hanya dengan sebiji PPI setiap hari, sehingga 90 peratus asid mampu dikurangkan. 

Biarpun kini PPI dianggap sebagai ubatan utama, kadar tersebar luas, penyakit gastrik yang semakin meningkat terutama dengan pembangunan dan arus pemodenan yang pesat seharusnya membimbangkan semua. Banyak perkara yang perlu diubah terutama di kalangan pesakit gastrik kronik kerana ia membabitkan gaya hidup yang sekian lama diamalkan.

Perubahan gaya hidup adalah kunci utama kepada kehidupan yang sihat dan bebas dari tekanan. Makan pada waktunya, memilih diet yang seimbang, berhenti merokok dan minum arak serta bersenam adalah cara terbaik untuk kekal cergas dan sihat. 

Nasihat penulis agar janganlah terlalu tertekan dan merasa terdesak untuk mendapatkan penawar secara serta merta. Kadangkala agak sukar untuk sembuh secara serta merta, namun anda perlu bersabar, makan ubat dan ikutlah saranan doktor.

Share:

Isnin, 2 April 2012

7 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH DALAM HIDUP





DALAM hidup ini ada tujuh perkara yang tidak boleh kita ubah iaitu:

Jenis kelamin dan jantina 
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.


Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.


Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.
Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.


Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.




WALAU BAGAIMANAPUN TERDAPAT 5 RESIPI UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN DIRI ANTARANYA :-







  • Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.
    Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
  • Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.
    Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.
    Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.
    Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.
    Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.
    Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.

    Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya........ ;-)
  • Share:
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Random Posts