Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Jumaat, 30 Disember 2011

JAWAPAN KEPADA ISU PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS (FGVH)


Matlamat asal penubuhan FELDA untuk membasmi kemiskinan rakyat telah pun tercapai pada 50 tahun pertama pembangunan FELDA dan kini telah pun masuk kepada fasa kedua 50 tahun. Tanah-tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka telah pun dibangunkan dengan jayanya. Daripada tanah seluas 853,313 hektar yang dimiliki FELDA, seluas 521,938 hektar atau 61 peratus (%) merupakan kawasan berpeneroka dan selebihnya merupakan ladang FELDA.
Pengambilan peneroka dilakukan secara besar-besaran oleh FELDA mulai tahun 1956 hinggalah akhir tahun 1989. Tiada lagi pengambilan peneroka dilakukan selepas tarikh itu berikutan keputusan Kerajaan tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Januari 1990. Baki tanah yang ada telah dijadikan sebagai ladang komersial dan diuruskan oleh FELDA Plantation Sdn. Bhd. selaku agen yang dilantik FELDA untuk menguruskan ladang bagi memastikan FELDA berdikari tanpa bantuan bajet tahunan dari Kerajaan. Dalam fasa 50 tahun kedua, melalui transformasi yang dibawa oleh Kerajaan dan pimpinan Negara, FELDA telah mengorak langkah dengan mempelbagaikan lagi perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada komoditi utama iaitu sawit dan getah.
Mengenai  penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan menjadikannya ‘blue chips’ perladangan terbesar di dunia berasaskan pertanian yang bersepadu yang akhirnya akan memberi keuntungan kepada negara. Dengan mengekalkan teras FELDA sebagai peneraju perladangan, penyenaraian ini akan membantu pertumbuhan ekonomi negara dengan penglibatan pelabur-pelabur  tempatan dan antarabangsa di sektor yang berkaitan dengan pertanian seterusnya mewujudkan persaingan yang sihat antara para pelaku industri tersebut.
Penyenaraian ini juga merupakan ‘durian runtuh’ kepada peneroka yang merupakan pemegang syer utama dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Melalui model bisnes baru, KPF akan menjadi pelabur utama dalam  FGVH yang mana ahlinya terdiri daripada peneroka, generasinya dan petugas Kumpulan FELDA.  Melalui penstrukturan ini, keuntungan yang akan diperolehi akan dinikmati dalam bentuk  dividen yang menguntungkan ahli-ahli KPF seramai  224,000 orang. Melalui penyenaraian juga, sebahagian keuntungan FGVH melalui lonjakan nilai pelaburan KPF akan diagihkan kepada peneroka melalui ganjaran khas.
Penyenaraian  ini  juga memberi  jaminan bahawa ia sama sekali tidak akan menjejaskan hak peneroka dan petugas FELDA secara keseluruhannya kerana ia hanya melibatkan tanah milik FELDA yang dipajakkan kepada FGVH. Ini bermaksud, tanah kebun dan tapak rumah peneroka tidak akan terlibat dan akan kekal milik peneroka. Manakala segala keistimewaan yang merupakan peruntukan-peruntukan khas yang diberi kepada peneroka dan generasinya akan diteruskan seperti bonus produktiviti, bantuan hari raya, bantuan persekolahan, tuisyen, pinjaman IPTA, khairat kematian, program kemasyarakatan dan program kemahiran generasi FELDA akan terus dinikmati oleh warga FELDA.
Untuk makluman, pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi yang berkaitan dengan FELDA adalah berdasarkan kepada Tatacara dan Urustadbir Syarikat (Memorandum & Articles Association). Sehubungan dengan itu, pelantikan beliau sebagai Pengerusi di dalam beberapa syarikat berkaitan FELDA dan KPF tidak menimbulkan konflik kepentingan kerana semua syarikat tersebut adalah di bawah Kumpulan FELDA dan setiap pertubuhan atau syarikat tersebut diuruskan mengikut akta-akta yang berkaitan dengan entiti berkenaan.
Kesimpulannya, penyenaraian FGVH yang merupakan perubahan positif besar yang dibawa oleh Kerajaan ini diyakini akan memberi faedah dan nikmat bukan sahaja kepada warga peneroka dan FELDA tetapi juga rahmat yang turut dikongsi bersama rakyat dan Negara keseluruhannya. Rahmat perkongsian kemakmuran ini adalah manifestasi kejayaan wawasan pintar suatu keajaiban sebuah mutiara gemilang yang bernama FELDA.
Tulisan ini berasal dari jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di Dewan Negara pada 21 Disember 2011.


Share:

Ahad, 25 Disember 2011

BAGAIMANA NAK KE LCCT DENGAN ERL??


Assalamualaikum W.B.T
Bagi pengguna tegar syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, maka LCCT merupakan kawasan yang sangat selalu anda akan singgah. LCCT ialah terminal tambang murah atau lebih dikenali dengan nama Low Cost Carrier Terminal untuk Kuala Lumpur International Airport. Kiranya LCCT ni terminal untuk syarikat penerbangan tambang murah la.


Pada kebiasaannya, untuk ke LCCT menggunakan perkhidmatan awam ialah dengan menaiki Sky Bus & AeroBus (rujuk post bertarikh 05 November 2011 di sini)


Kini setelah lama beroperasi sebagai penyedia tren laju ke KLIA, Express Rail Link atau ERL turut menyediakan perkhidmatan untuk LCCT melalui perkhidmatan KLIA Transit.


Kalo naik dari KL Sentral, tambang yang dikenakan adalah RM12.50. Manakala kalo naik dari stesen Bandar Tasik Selatan, tambang yang dikenakan hanyalah RM10.80.





Setiap tambang yang dikenakan ni adalah bayaran sekaligus untuk shuttle bas dari stesen Salak Selatan ke LCCT (kerana perkhidmatan tren ini belum mengembangkan sayapnya ke LCCT sepenuhnya, maka terpaksa menggunakan shuttle bas).


Masa yang diambil lebih rendah berbanding Sky Bus yang disediakan Air Asia yang biasa mengambil masa lebih dari satu jam untuk ke LCCT. Namun, dengan menggunakan ERL, maka masa perjalanan dijimatkan.





Share:

Sabtu, 17 Disember 2011

PERKAHWINAN "GAY" LELAKI MELAYU MALAYSIA PERTAMA!!

BERJAYA MELUKAKAN HATI RAMAI PIHAK!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia ni. Lihat bawah ni :-




MAAF, MATA MEREKA TERPAKSA DI SENSORKAN


Nauzubillahimin zaliq. Namanya cukup baik *****. Tak peliklah jika dia seorang pelajar yang bijak. Tapi sayang, mungkin akademiknya cukup tapi didikan akhlak dan agama mungkin kurang.

Cukuplah tiga gambar neh. Memang merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh dia. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa dia, individu yang paling sayangkan dia muka bumi. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si dia ni.

Hmmmmm..... Yang salah tetap salah, kita perlu tegur, walau apa pun yang terjadi mak ayah kena ingat. Jangan abaikan mak ayah kita sebab tanpa mereka kita takkan wujud. Bukan nak berlagak pandai ataupun alim tapi jangan sesekali menghancurkan hati mak ayah kita. Neraka diamnya. 
Jangan biarkan akal menipu kita sebab tu semua tipu helah syaitan dan iblis untuk merosakkan anak-anak Adam

Untuk rekod, gambar ni bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia. 

Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara ni dengan orang luar. Maknanya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.

Bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story ni mesti rasa sedih sangat2. So tolong la kekawan, jaga bahasa kita. Sebab apa saya dapat lihat pada blognya terlalu banyak cacian yang dianggap melampau.  Memang kita geram lihat perlakuan dia, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga dia yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu ni.

Sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam ni? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap kamu? Untuk rekod korang, dia ni pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.  

Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang ni ialah bapa dia sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat hati dia ni.

Tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara kamu masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir. 

Sekurang2nya biarlah mereka meluahkan apa yang mereka rasakan selama kamu menghilang dan baru-baru ni telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah, tanpa jasa mak bapa kamu bukan sapa2. Kamu x boleh putuskan hubungan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2. Kejam pun sepatutnya ada limit, apatah lagi pada keluarga sendiri. 

Ya Allah..buka kan kembali hati hambamu ini kembali ke pangkal jalan. Jangan biarkan ia tersesat jauh sebelum terlambat. Tak tahu nak kata apa lagi. Sama-sama kita mndoakan supaya beliau sedar akan kesilapannya...

Sekian......


Blog yang mendedahkan gambar ni telah hilang tanpa dikesan.

Share:

Rabu, 14 Disember 2011

BUAT MALU! SEKADAR 50 ORANG SAHAJA YANG HADIR


Demonstrasi anjuran Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) yang berlangsung dihadapan Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak tidak mendapat sambutan ramai ekoran hanya dihadiri oleh sekitar 50 orang berbanding sasaran awal iaitu seramai 1,000 orang.
Diketuai oleh Presiden ANAK, Mazlan Aliman, demonstrasi yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada jam 2.00 petang bermula lewat sekitar jam 3.15 petang dipercayai kerana kehadiran penyokong demonstrasi yang kurang.
Salah seorang penyokong yang memakai baju pertubuhan itu turut mengeluh terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, yang dikatakan mahu hadir sama di situ menyokong demonstrasi tersebut.
“Entahlah…Shamsul Iskandar kata nak datang, tapi tak nampak muka pun,”katanya yang berada di tepi wartawan di sini hari ini.
Kelihatan beberapa orang penyokong demontrasi memegang sepanduk, kad manila dan memaki hamun Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad.
Selain itu, mereka-mereka yang hadir pada demonstrasi itu dilihat lebih kepada mirip kepada demonstrasi “BAPAK” memandangkan majoriti darinya adalah golongan yang sudah berumur berbanding anak muda.
Dipercayai, tidak semua yang hadir menyokong demontrasi tersebut adalah anak FELDA ekoran ia turut disertai oleh orang luar seperti Jingga13 dan sebagainya.
Mazlan yang merupakan salah seorang pemimpin muda Pas, kemudiannya dilihat memasuki Ibu Pejabat Wisma FELDA diiringi oleh lima orang penyokong bagi menyerahkan memorandum sokongan terhadap Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.
Kononnya, Dzulkifli telah dipaksa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isa untuk menyambung pelajaran di luar negara selama 9 bulan dalam usaha menyingkirkan Pengarah FELDA tersebut.



"Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa"



Share:

Sabtu, 10 Disember 2011

BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)


1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga emas sebatang kara

3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan PersekutuanPejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negerisekolah-sekolah terpilihserta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.


PERATURAN
  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu Yang Layak
  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

Sila kemukakan salinan;
  • MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.


Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my mulai esok.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
sumber dari MOF & LHDN.

kredit to www.eelobor.com


Share:

Ahad, 4 Disember 2011

PERISTIWA 10 MUHARRAM


ATTENTION ALL MUSLIM!!!!!

Antara Peristiwa-peristiwa atau Kejadian besar ketika 10 Muharram yang MESTI Masyarakat Islam ketahui --->>> Hari Peristiwa ini yg BAKAL menjelma pada hari: 
( ISNIN - 10 MUHARRAM 1433 bersamaan 5 Dis 2011 )

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid



So rakan-rakan sebelum undur diri, kat sini disertakan Niat Puasa Bulan Muharram
(Puasa ’Asyura)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”


* KONGSI bersama jika anda rasa ia adalah tanggungjawab kita bersama sbg SEORANG MUSLIM...
Share:

AWAS GAMBAR BOGEL ANDA DI FACEBOOK


Assalammualikum....

Errr.. kawan-kawan cuba lihat gambar di atas ni. Kita tengok bagaimana software edit gambar seperti photoshop n etc boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda.

Kalau x clap, mereka mngunakan teknik X-ray pic..

Zaman sekarang kita semua sudah tahu, sekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangkakan akan melakukan perkara sebegini.

Nasihat saya, kalau perempuan tu dinasihatkan agar janganlah upload gambar-gambar  dekat facebook atau mana-mana laman sosial dengan gambar penuh seperti di atas.

Ambillah gambar dari dada dan ke atas & juga janganlah pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk mengedit gambar anda.

Sekian buat mereka yang suka upload gambar sendiri ke facebook. Kalau ada eloklah di delete sebelum gambar anda menjadi seperti di atas..

Tolonglah rakan-rakan, kalau anda x kesiankan diri kamu tu tolong la fikir perasaan ibu bapa anda semua...

Sekian...

Wassalam..

SUMBER : WARTA SHUBHI
Share:

Jumaat, 18 November 2011

ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI


ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan mengepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian....

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Salam Ukhuwah..~



●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

Share:

FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA KE TIDAK ;-)


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, PaulMitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.


4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yangbadan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapatbanyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Natijahnya di sini..Fikir-fikirkan lah wahai sahabatku..hahahhaa ;-)

Share:

Khamis, 17 November 2011

BELAJAR DARI PISANG & HATI


╔╗║╔╗║ ═════════════════════════╗
║║║║║║▒.✩ BELAJAR DARI PISANG DAN HATI ✩.▒║✩
║╚╝║╚╝ ═════════════════════════╝


... Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

●●Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●


Share:

PANDUAN MENDIDIK ANAK


PANDUAN MENDIDIK ANAK


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Salam Ukhuwah..~

SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA
Share:

Rabu, 16 November 2011

KISAH KA'ABAH YANG TIDAK RAMAI KETAHUI


SEDIKIT MAKLUMAT BERKAITAN KA'ABAH

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui
●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts