Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Rabu, 19 April 2017

Dyana Sofya Sedih Isu Foto Mesra, Terus Fokus Kutip Dana

Dyana Sofya tidak mahu isu foto mesra dengan seorang lelaki mengganggu khidmatnya sebagai pemimpin muda DAP di Teluk Intan. — Foto oleh Yusof Mat Isa


KUALA LUMPUR. 19 April — Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud sedih dengan tindakan menyebarkan beberapa keping gambar yang didakwa beliau bermesra dengan seorang wakil rakyat partinya.

Bekas calon Teluk Intan itu sebaliknya menggunakan isu sensasi itu, sejak foto terbaru tersebar petang semalam, untuk mengumpul dana projek kebajikannya di kawasan pilihan raya itu.
“Saya sedih budaya politik kita sudah sampai seteruk ini. Saya tiada masa melayan serangan peribadi dan berdendam seperti ini,” katanya di Instagram malam tadi.
“Saya hanya menumpukan pada kerja dan khidmat saya kepada masyarakat, khususnya penduduk Teluk Intan.”

Tanpa menafikan atau mengesahkan beliau wanita yang dipegang mesra itu, Dyana berkata serangan isu berbau seks itu sudah tiga kali dalam tempoh dua bulan.
Walau tidak menuduh parti lawan sebagai dalang penyebaran, pemimpin DAP Perak itu menjangkakan ia berkaitan dengan politik kerana “mungkin pilihan raya sudah dekat.”

“Tidak kira siapa dalam gambar atau video yang menyebut sayalah orangnya, tindakan ini pencerobohan besar ruang peribadi seseorang,” katanya.
Beliau sedang mengumpul RM10,000 untuk memulakan Pusat Pembangunan Wanita dan RM2,000 lagi untuk membina jeti nelayan Kampung Belakang Kilang Padi.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts