GLOBAL - Perdana Menteri United Kingdom (UK) Theresa May hari ini
mengumumkan pilihan raya mengejut negara itu akan diadakan pada 8 Jun depan.
Langkah itu diambil bagi mengelakkan pembangkang melemahkan
kuasa rundingannya dengan Kesatuan Eropah (EU) dengan menentang rancangan
pengeluaran UK dari gabungan itu atau Brexit.
“Dengan berat hati saya putuskan negara ini perlu pilihan
raya ini, tetapi dengan keyakinan yang kukuh ia perlu untuk memastikan
kepimpinan kukuh dan stabil yang diperlukan negara ini untuk melalui proses
Brexit dan keadaan selepas itu,” katanya.
Perkara itu diumumkan di luar pejabat beliau di Downing
Street.
May dilantik sebagai perdana menteri selepas rakyat negara
itu mengundi untuk keluar daripada EU pada Jun tahun lepas.
Beliau menjadi calon pilihan ramai yang dipercayai paling
sesuai memimpin UK keluar daripada EU.
0 comments:
Catat Ulasan