Umpama bagai satu jari menuding orang lain, empat lagi jari
menuding kita, itulah keadaanya apabila Mahathir, penasihat Pakatan Haralan
menyuruh pengundi di Pekan jangan mengundi Datuk Seri Najib Tun Razak supaya
kalah dan dapat dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Bukan mudah hendak suruh rakyat yang sudah matang buat itu
dan ini secara membabi-buta. Orang ramai terutamanya pengundi sudah tahu apa
kejahatan yang tersirat dalam benak Mahathir tatkala menyuruh rakyat di Pekan,
Pahang supaya tidak mengundi Najib.
Jangan buat hal banyak, elok Mahathir cermin dulu diri dia,
di pihak mana yang banyak buat onar dan jahat sehingga menyusahkan rakyat?
Najib sedang mencuci hutang tinggalan siapa kini untuk kesenangan rakyat?
Mahathir dan konco-konconya sudah banyak buat hal kerana
sudah tua tapi masih tamakkan kuasa serta kedudukan.
Mahathir dulu tuduh Najib ambil secara tidak betul wang
RM2.6 bilion dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harapan
rakyat akan terpengaruh. Rakyat pun tahu, tuduhan curi itu adalah tidak benar.
Masa King Salman datang Malaysia, kenapa Mahathir tidak tanya duit itu betul ke
dicuri atau tidak?
Satu Malaysia sudah tahu apabila disahkan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang itu adalah wang hasil derma dari
keluarga Diraja Arab Saudi. Wang itu juga sudah disahkan telah dipulangkan
semula sebahagian daripadanya kepada penderma berkenaan.
Rakyat boleh fikir, kalau PM tipu pasal wang itu, takkan
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud sudi datang lagi ke Malaysia
dan memeterai perjanjian berbilion ringgit di negara ini. Nilai pelaburan RM31
billion Aramco lebih besar dari jumlah RM2.6 billion.
Mahathir yang tetap tak puas hati tuduh pula soal wang dari
syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM40 juta. Perkara ini,
Mahathir sendiri pun tak tahu yang mana betul, beliau cakap jumlah RM40
juta, bila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada 3 Mei 2017, cakap RM43 juta
pula, mana satu betul?
Pada 26 Januari 2016, Peguam Negara sendiri telah
memaklumkan bahawa Najib didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung
kes SRC dan juga dana RM2.6 bilion dan mengarahkan tiga kertas siasatan kes
berkenaan dikembalikan kepada SPRM dengan arahan kes berkenaan ditutup.
Dalam saranan Mahathir itu, dia kata kalau tak undi Najib
dan jatuhkan Najib, akan perkuatkan Melayu. Dakwaan itu tidak betul. Jika Najib
ditumbangkan dan tewas, para pengundi di Pekan hanya akan menguatkan parti DAP
dan bukannya parti Mahathir pun.
Ini kerana parti bunga pun bergerak di bawah telunjuk DAP,
mereka tak boleh perjuangkan Melayu dengan keadaan begitu di bawah ketiak Lim
Kit Siang.
Tuduhan bahawa Najib sudah berubah bila menjadi PM pun
bohong sama sekali. Ini kerana, yang berubah sebenarnya adalah Mahathir. Dulu
Mahathir sayang UMNO, sekarang Mahathir sayang DAP, sayang PKR dan kutuk UMNO
siang malam. Dulu Kit Siang rasis, sekarang dah jadi kawan sebantal.
Dulu, Anwar dikritik tidak layak jadi Perdana Menteri kerana
peliwat, sekarang Anwar disokong supaya dibebaskan dari hukuman penjara kes
liwat. Dulu Mahathir cukup marah dengan perhimpunan haram, sekarang ini dia
antara yang kuat mahu perhimpunan haram diadakan untuk menjatuhkan kerajaan.
Dulu sungguh-sungguh tuduh DAP parti perkauman, kini
sebabkan hendak jatuhkan BN, sanggup tebalkan muka puji DAP tinggi melangit dan
anggap DAP parti paling mulia.
Najib terbukti konsisten dan tetap setia pada perjuangan
bertunjangkan bangsa dan rakyat.
Mahathir pun setia juga, tapi setia dia pada kroni kerana
inginkan wang dan dana, sejak jadi Perdana Menteri pada tahun 1981 dulu
Mahathir setia pada kroni sampailah ke hari ini.
Sudah berbelas kali Mahathir gagal jatuhkan Najib sejak
serangan pertamanya pada Julai 2015. Kali ini, Mahathir mahu serang Pekan pula.
Sudah sudahlah, baik jaga bekas calon pembangkang yang kalah lawan Najib di
Pekan dulu. Kesian dia berada di atas kerusi roda.