SHAH ALAM – 2 Mei : Hasrat
Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan
pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat
mungkin tidak tercapai.
Desas- desus dan juga laporan portal ini semalam mendapat
maklumbalas dari netizen berhubung 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai
pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS di Negeri Selangor.
Azmin 30 April lalu dikhabarkan membawa semua Exconya
mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Manakala Shuhaimi Shafiei,
Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar
Selangor menepis dakwaan media berhubung 4 Adun lompat parti itu sebagai satu
propaganda.
Menurut sumber dalaman parti PKR permohonan mengadap
beberapa pemimpin PKR dan BN telah diterima istana dan ini menyokong kuat
desas-desus yang berlaku dalam krisis politik di Selangor.
Baik pengamal media, penyokong BN, penyokong Pakatan Rakyat serta orang awam cuba membuat
telahan sendiri berdasarkan maklumat, pemerhatian, pemantauan serta kajian
pendek yang dibuat ke atas isu yang berlaku dan yakin kerajaan Pakatan pimpin
Azmin Ali bakal tumbang dalam tempoh terdekat.
Sumber mendedahkan Azmin Ali bakal membatalkan segera
lawatan 5 harinya di Timur Tengah bagi menyelesaikan kemelut krisis politik
Selangor. Tentunya krisis ini berat sepanjang ketiadaannya di Selangor.
Manakala para Adun BN Selangor juga dikatakan menerima
arahan agar tidak keluar negara dan bersiap sedia. Kenyataan ringkas YB Budiman
Mohd Zuhdi Adun Sg Panjang dalam facebooknya hari ini (1 Mei ) memberi gambaran
sesuatu bakal berlaku.
“Mood bersedia. Diarah jangan ke luar negara. Percaya pada takdir.” katanya ringkas.
Sumber berkata YB Budiman disebut antara satu dari nama
Menteri Besar Selangor selain seorang dari parti bebas dan PAS dalam kerajaan
campuran baru Selangor yang bakal terbentuk. Ia terpulang kepada kejayaan
perundingan muktamad kerajaan campuran itu nanti. Budiman menang pilihanraya
kecil Parlimen Sg Besar Jun tahun lalu dilihat popular dikalangan rakyat
Selangor.
Sementara itu Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik
dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md
Shukri Shuib berkata, beliau yakin jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar
Selangor semakin berada di penghujung dengan keputusan PAS memutuskan tahaluf
siyasi bersama PAS.
“Jika dahulu saya melihat Pembentukan Pakatan Harapan
didokong kuat oleh DAP yang boleh meletakkan calon mereka sebagai Menteri Besar
Selangor kini tentu amat sukar dengan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan
Pakatan Rakyat. Adun-adun yang berpaling tadah dari Pakatan pasti membentuk
kerajaan campuran bakal memilih Menteri Besar dari kalangan UMNO, bebas atau
dari PAS”. katanya ketika dihubungi
Menurutnya, jika Azmin Ali membubarkan DUN Selangor ia tetap
mengundang risiko berlakunya pertandingan 3 penjuru yang boleh memberi
kelebihan kepada BN.
“Saya juga amat yakin YB Budiman antara pemimpin BN yang
sesuai menjadi Menteri Besar. Bagaimanapun ini terpulang kepada pucuk pimpinan
tertinggi BN”. katanya lagi.
Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan
gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru
Selangor.
0 comments:
Catat Ulasan