Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Rabu, 19 Disember 2012

FLYER OH FLYER

Assalamualaikum...

Hadoi, aku menjadi x tentu arah kerana satu benda ni je. 
Korang pernah tahu ape itu "COURIER PLASTICS FLYER BAG"?
Benda alah ni macam dalam gambar kat bawah ni. Aku selalu panggil flyers bag je. Benda alah ni digunakan untuk kita bungkuskan barang-barang penting yg selalu digunakan oleh penjual-penjual yang menggunakan sistem bisnes online spt baju, phone, tablet dll.


Apa kaitan benda ni dengan aku? Hah, benda ni penting la utk aku sebab aku sangat memerlukannnya dalam   menyampaikan amanah utk pelanggan2 aku. Aku x berniat hendak mempertikaikan kebolehan yang dimiliki oleh POS LAJU, cuma aku hanya meluahkan ape yang aku alami dan aku sangat hangin dekat Pejabat POS LAJU sini. 

Asal aku telefon nak mintak flyer tu, dorang cakap habis stock. Telefon lagi 4-5 hari hbis stock. Dah bila yang ada stocknye. Akibat x puas hati, aku pergi sendiri kat PEJABAT POS tu. Bila dah sampai, dorang cakap x boleh bagi customer flyer tu. Kalau nak memang kena bawak consignment then set-up dekat PEJABAT POS LAJU situ je. Dah benda simple macam tu pun x kan la x boleh fikir, lain la kalau PEJABAT POS LAJU ni luas macam padang futsal. Ni tempat dah la kecik, customer pulak ramai.

Memang kedekut tahap gaban la yang jaga counter masa hari tu nak bagi flyer ni. Dah memang aku regular customer, jarang guna company lain. Bukan takat flyer je, yang paling aku x boleh terima  bila plastik letak "Consignment Slip & Fragile sticker" pun x boleh kasi. Macam la aku nak membazir, nak g tampal kat dalam bilik aku pulak. Apa la yang boleh dibuat dengan barang tu kecuali untuk tujuan posting je kan. 


Bila aku pertikaikan masa kat kaunter, dengan selamba dia jawab " benda ni semua x boleh bawak balik, kena buat dekat POS OFFICE ja". Akak, kalau difikirkan logik dengan keadaan keluasan dekat situ memang agak susah la lau masa nak pos tu nak bungkus consignment, nak seal, nak tulis detail, nak timbang, nak bayar. Dah x kan nak suh aku buat dekat luar POS OFFICE pulak? Dalam hati mendidih-didih. Tak nak bagi tu satu hal, ni aku depan mata dengan barang-barang pun boleh pulak takde sticker. 

Kalau dekat sesetengah PEJABAT POS yang aku pernah pergi dulu mereka akn bg je flyer n barang lain tu utk customer bwak balik rumah. Lagi senang, customer just hantar consignment utk ditimbang & bayaran je. Dorang pun nnti akn cepat wat kerja. Hadoiiiiiii. Ni nak suh set-up dekat situ pulak...

Pada aku, kalau nak lebih maju rasanya tak patut "KEDEKUT" with shipping supplies. Macam di USA, USPS kasi free je packing supplies. Sesetengah kotak-kotaknya pun kita boleh order up to 500 pcs free of charge. Sticker pun boleh order. Consignment note pun boleh order. Betul-betul memudahkan penjual & general public yang menggunakan servis mereka.

Kesudahan yang boleh aku buat, aku minta tolong dengan sorang brother ni utk dapatkan flyer dekat POS LAJU yang dia selalu berurusan. Then dia pos kan flyer2 tu dekat aku. Thanks banyak2 bro...


Buat customer-customer aku, harap bersabar ya. Petang ni aku bungkus then pagi esok aku p pos barang-barang korang :-)


Share:

Isnin, 17 Disember 2012

TIPS PENJAGAAN HANDPHONE YANG RAMAI ORANG X TAHU

Assalamualaikum & selamat malam...

Dunia hari ini agak mustahil jika setiap individu x mampu untuk memiliki sebuah telefon bukan. Walaubagaimanapun korang masih belum sedar or kadang2 x tahu akan kepentingan menjaga kesihatan telefon2 korang tu. Ape korang ingat manusia je kena jaga kesihatan?

Nah malam ni meh sini aku ajar cara-cara yang boleh digunakan untuk menjaga telefon2 korang tu. Semua model boleh ikut TIPS2 ni, x kira lah android ke, smartphone ke, symbian ke, ape2 je lah.. Jom layan...

1.  Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. 
 Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full)
Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. 
Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawa b & sanggup menikahinya..


3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. 
Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..


4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda.
Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..


5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus.
Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..


6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda.
Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..


7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5).
Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..


8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook)..
Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..


9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda.
Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda
(mungkin nyawa anda juga turut melayang).





10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut.
Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.



So, berguna x tips yang diberikan? Hehehehe, ape2 pun jagalah kualiti, kemantopan telefon2 anda semua ye...
FYI sampai hari ni aku masih lagi guna NOKIA 3310 nih.. RARE gitu..hahhaha


SELAMAT MALAM KAWAN-KAWAN^_*




Share:

BERSAWANG-SAWANGAN


Assalamualaikum....

Aishhhh ape da jadi da dengan blog aku nih.. Dah lama kot aku x update, sampai bersawang-sawang dah nih... Pagi ni tibe2 aku terjaga dek kerana panas sangat.. Hari ni dah start class semula utk minggu terakhir semester ni. Aku sangat blurrrr, blurr dan blurr..hahahhaa


Cuti hujung minggu baru ni, sempat juga ak ngan kengkawan jenjalan kat satu tempat tu. Nama tempat tu Pasar Seriken, sempadan Kalimantan Barat. Ala tempat tu sama je amcam kat Padang Besar, Bukit Kayu Hitam. 





Dalam nak jenjalan kat sana tu, mesti akan lalu kat area dinosour2 bermain. Selama ini banyak kali kot aku lalu kat situ, tapi x pernah berkesempatan nak singgah kat tempat tu.

Apa yang menarik kat situ ada beberapa dinosour yang tertinggal dari kelompok asal.. hahahah, replika je kot.. Aku rasa cuti baru ni la yang paling clear budak2 ni nak memanjat dinosour2 ni. Kanak-kanak riang, masa kecik dulu x pernah naik....


Dan yang paling penting, aku nak bagitahu dekat korang x lama lagi BUNGA RAFFLESIA kat bawah nih akan mula "BLOOMING" kat Taman Negara Gunung Gading, Sarawak...

READY TO BLOOMING

Share:

Rabu, 7 November 2012

MH3562 ~ TWIN-OTTER MASWING TERGELINIR DI LAPANGAN TERBANG MARUDI, SARAWAK



MH3562~ Twin-Otter MASwing

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bukak2 internet je petang ni, terus dapat berita yang x sedap didengar. Kejadian pesawat tergelincir di Sarawak...


Dikhabarkan sebuah pesawat jenis twin-otter milik MASwings tergelinir semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi namun dua juruterbang dan 17 penumpangnya selamat.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan sedang mendarat di landasan terbabit pada jam 3.33 Petang dengan keadaan cuaca cerah dan tidak hujan. Selepas mendarat, penerbangan MH3562 itu tergelinir pada anggaran 40 meter dari landasan mengakibatkan bahagian depan pesawat tersebut menjunam masuk ke dalam parit kecil berhampiran landasan tersebut.

Hanya seorang penumpang wanita berumur 26 tahun dilaporkan edera ringan iaitu bengkak di kaki dan diberi rawatan pesakit luar. Lapangan Terbang Marudi sehingga kini masih ditutup untuk kerja mengalihkan pesawat terbabit dengan segera dan punca kejadian akan disiasat oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Alhamdullilah, x da penumpang yg maut dalam kejadian tersebut..





Share:

Rabu, 24 Oktober 2012

KAPAL TERBANG ATR 72 (MASWING) TERHEMPAS DI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU

Assalamualaikum W.B.T & Salam sejahtera...


Maklumat Terkini : Menurut laporan terkini dari Facebook Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia pada jam 12:35 Malam (24/10/12) sebentar tadi..

Kapal terbang ATR 72 MASWING terhempas dan menyebabkan seramai 14 orang meninggal dunia serta berlaku kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

BOMBA sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan. Harap Maklum.


Post ini diambil daripada Tautan Facebook Page Rasmi Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia. Screen Capture yang memaparkan Status Page tersebut dikeluarkan pada jam 12:35 AM 24/10/12,

Walaubagaimanapun, maklumat tersebut ditarik kembali dan digantikan dengan post terbaru pada jam 0100 AM 24/10/12 :-


Menurut sahabat yang berada berhampiran dengan tempat kejadian mengesahkan kejadian itu hanyalah sebahagian daripada "FIREDRILL" yang diadakan secara mengejut tanpa pengetahuan semua pihak dalam memastikan & menganalisa semua agensi pesawat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...

* Terkenang kejadian Pesawat Fokker 50 terhempas di Tawau pada hari Jumaat 15 September 1995... Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.... 

KISAH FOKKER 50 MAS boleh dilihat disini :-


Share:

Sabtu, 15 September 2012

FOKKER 50 MAS TERHEMPAS DI SABAH SUATU KISAH


Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Hari ini genaplah 17 Tahun kejadian yang menyayat hati dimana berlaku suatu tragedi sebuah pesawat FOKKER 50 milik Syarikat Penerbangan MAS yang berlaku di Lapangan Terbang Tawau...

15 SEPTEMBER 1995......
Suasana di Lapangan Terbang Tawau, Sabah kecoh pada tengah hari Jumaat, 15 September 1995. Orang ramai yang berada di dalam dan sekitar lapangan terbang itu tergamam, lebih-lebih penduduk perkampungan setinggan di tepi kawasan itu.
Ketika jam menunjukkan jam 12.55 tengah hari, satu tragedi dahsyat berlaku di kawasan berkenaan. Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru mendarat di lapangan terbang itu, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak di hujung landasan.

Kejadian cemas itu menyebabkan penumpang menjerit panik di dalam pesawat. Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap kapal terbang berkenaan.
Bagaimanapun, jeritan itu tidak lama apabila kira-kira 10 minit kemudian, satu letupan kuat kedengaran sehingga menggemparkan penduduk sekitar yang pastinya sama sekali tidak menyangka kemalangan seumpama itu berlaku pada hari berkenaan.

Selepas itu, penduduk yang masih terkejut menyaksikan tragedi itu melihat api mula menjulang di sebelah kanan pesawat. Kekhuatiran mula meresap pada minda tatkala memikirkan kebakaran akan menyambar penumpang di dalam pesawat.
Beberapa penduduk yang khuatir ketupan dan kebakaran akan merebak, bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam suasana kecoh. Jeritan penduduk meningkah bunyi letupan yang menggegarkan kawasan sekitar.
Dalam usaha itulah, sebaik keluar dari rumah masing-masing, letupan menyebabkan serpihan kayu dan pelbagai objek lain melayang ke merata arah sehingga mencederakan penduduk. Bahang api turut menyambar jasad sehingga menyebabkan tubuh melecur.

Pada pukul 1.06 minit petang, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu. Bersama tiga jentera dan 26 anggota, mereka bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi kemalangan empat minit kemudian.
Dibantu empat jentera bomba lapangan terbang, usaha memadamkan api yang semakin marak membaluti pesawat selain gerakan menyelamatkan mangsa segera dilakukan.
Mayat pertama dikeluarkan daripada bangkai pesawat pada jam 2.50 petang. Rempuhan pesawat terhadap 20 rumah setinggan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau.

Pesawat yang terhempas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari.
Fokker 50 mendarat di landasan 35 Lapangan Terbang Tawau dan terbabas kira-kira 500 meter sebelum merempuh kawasan setinggan.
Selepas empat jam berusaha, barulah bomba dapat mengawal api dan kebakaran pesawat itu padam sepenuhnya jam 5.30 petang. Pasukan penyelamat dan orang ramai segera memenuhi kawasan kemalangan bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi merekodkan seramai 34 daripada 53 orang yang berada di dalam kapal terbang berkenaan hangus manakala seorang penumpang masih belum ditemui.

Bagaimanapun, 18 orang yang sempat bergegas keluar menerusi pintu kecemasan sebaik pesawat berhenti bergerak, terselamat.
Penumpang yang terselamat menceritakan yang mereka mula menyedari kemalangan akan berlaku beberapa saat selepas pesawat mencecah bahagian tengah landasan.
Ini disebabkan sebaik mendarat, pesawat terus terbabas dan meluncur melampau jarak pendaratan kerana landasan pendek. Bahagian depan kapal terbang itu melampung beberapa kali ketika juruterbang dipercayai cuba menghentikannya.

Bagaimanapun, pesawat terus meluncur sehingga ke pagar kawasan landasan sebelum merempuh rumah setinggan di kampung berkenaan.
Sebaik pesawat berhenti bergerak, mereka melihat api muncul di bahagian depan dan sebelah kanan pesawat sehingga ramai penumpang mulai panik, menjerit dan menangis.
Beberapa penumpang yang berada di barisan belakang dan berhampiran pintu kecemasan segera membuka pintu itu dan bergegas keluar daripada pesawat kerana khuatir keadaan lebih bahaya akan berlaku.
Kira-kira 10 minit selepas mereka keluar, pesawat itu meletup.

FAKTA: Urutan Peristiwa
- Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi
- Pesawat bergegar, bahagian depannya melambung beberapa kali ketika mencecah landasan Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 12.55 tengah hari.
- Pesawat terbabas dan melanggar pagar sebelum merempuh rumah setinggan.
- Letupan diikuti kebakaran.


Penerbangan tidak ikut prosedur ditetapkan

Sehingga 17 September 1995, pihak penyelamat masih bingung memikirkan misteri kehilangan seorang lagi mangsa tragedi letupan pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) di Kampung Seri Menanti yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Tawau.

Rekod operasi yang mereka jalankan mendapati 34 penumpang rentung manakala 18 lagi berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat itu meletup dan terbakar; tetapi di mana seorang lagi?


Pada pagi 16 September 1995, berita tragedi kemalangan kapal terbang itu mula memenuhi dada akhbar selain dilaporkan menerusi televisyen dan radio.

“Seramai 34 korban Fokker terhempas”. Begitulah tajuk Berita harian yang melaporkan tragedi berkenaan. Selain rentetan kejadian, pengakuan mangsa terselamat serta saksi kejadian, turut dipaparkan dalam akhbar adalah nama mangsa termasuk mereka yang terkorban.


Pagi itu juga, seorang lelaki kelihatan mundar-mandir di kawasan hospital di daerah itu. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan pegawai bertugas dan mula memberitahu – dia adalah antara mangsa nahas Fokker 50 yang terselamat.

Kenyataan lelaki itu sekali gus menyelesaikan misteri dan kebingungan pihak berkuasa berhubung kehilangan misteri seorang daripada mangsa pesawat berkenaan. Dengan tampilnya lelaki itu, Haruni Ladai, ia mengesahkan hanya 34 penumpang saja terkorban dalam tragedi itu.

Menceritakan misteri kehilangannya, Haruni dilaporkan berkata, sebaik berjaya keluar daripada pesawat yang terbabas, dia terus menahan teksi dan segera pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Batu Darat, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.


Beliau terus balik kerana begitu terkejut dan ingin segera bersama keluarganya selepas menganggap dirinya baru saja terlepas dari maut.

Dia mula menyedari yang pihak berkuasa tercari-cari kehilangannya selepas mendapati namanya disenaraikan sebagai penumpang yang terkorban. Dia kemudian tampil bagi menyatakan dirinya terselamat dalam tragedi itu kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin terselamat dalam nahas pesawat Fokker 50 di perkampungan setinggan itu dihentikan tengah hari, sehari selepas hari kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan 24 jam selepas mendapati tiada mangsa terbaru ditemui di tempat kejadian.

Seterusnya perhatian ditumpukan kepada usaha mengenalpasti identiti semua mangsa yang hangus terkorban.


Sepasukan ahli patologi, forensik dan pakar pergigian, tiba pada tengah hari, hari kedua kejadian untuk membantu polis mengenal pasti mayat menerusi rekod pergigian dan pelbagai tanda lain.

Bedah siasat kemudian mendapati hampir semua mangsa yang dikenalpasti terbunuh akibat terhidu asap tebal, gas combustion dan melecur serius. Semua yang terbunuh adalah penumpang, juruterbang dan anak kapal.

Pagi 17 September, empat pakar daripada Fokker Aircraft Company, Belanda tiba untuk membantu siasatan nahas pesawat Fokker 50 itu manakala kotak hitam pesawat itu dihantar ke London untuk dianalisis.


Majlis Perbandaran Tawau kemudian mengesahkan 53 rumah musnah dalam nahas itu membabitkan 62 keluarga.

Akhirnya, pada 20 Mei 1998, iaitu selepas hampir tiga tahun, hasil siasatan mengenai punca tragedi kemalangan itu diumumkan kepada orang ramai.

Siasatan mendapati nahas itu berpunca daripada kesilapan manusia manakala pesawat Fokker 50 dalam keadaan baik dan bukan antara penyebab nahas.

Sebaliknya, kesilapan juruterbang dan kegagalan pembantunya memberi amaran selepas menyedari penerbangan mereka tidak mengikut prosedur, dikenal pasti sebagai punca utama nahas Fokker 50 MAS. 


Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.....
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts