Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label tempat lawatan di sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat lawatan di sabah. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2015

Tempat Menarik di Kota Kinabalu II

Hari itu kami telah kongsikan 5 tempat yang menarik di Kota Kinabalu. Sekiranya anda terlepas baca maka bolehlah bacanya semula disini. Maka seperti yang dijanjikan maka hari ini kami ingin kongsikan lima lagi destinasi menarik yang terdapat di Kota Kinabalu.
Baca Semula Dari Awal : 10 Tempat Menarik di Kota Kinabalu
#6-PASAR FILIPHINE
tempat menarik di kota kinabalu-6
Pasar ini terletak di Kota Kinabalu. Dibuka pasa setiap malam bermula jam 7 malam hingga 12 tengahmalam. Pasar ini menjual pelbagai barangan kraftangan, cenderamata, dan pelbagai hasil kraf dari mutiara termasuklah, gelang, rantai, cincin, keronsang dan banyak lagi dengan harga yang sangat murah.
7- Sunday Market
tempat menarik di kota kinabalu-7
Pasar ini dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu pada hari ahad. Sekiranya anda berkesempatan untuk datang ke pasar ini, pilihan barangan untuk dibawa pulang lebih banyak dengan harga yang jauh lebih murah. Apa yang menarik di pasar ini, walaupun menjual pelbagai jenis barangan seperi ikan, haiwan peliharaan, dan makanan namun pasar ini sangat terjaga dari segi kebersihannya, malah tidak ada satu sampah pun yang boleh anda lihat di kawasan pasar tersebut.
8- Desa Diary Farm
tempat menarik di kota kinabalu-9
Desa Dairy Farm dikatakan kawasan New Zealand Malaysia. Di sini mereka menternak lembu susu segar. Kawasan di sini juga sangat sejuk seperti berada di luar Negara. Pemandangannya juga cantik dengan pagar kayu bewarna putih dan kawasan padang ragut bewarna hijau segar. Selain melihat lembu-lembu di sini seperti yang dipelihara di New Zealand, anda juga boleh membeli susu segar yang lazat.
9-Pulau Manukan
tempat menarik di kota kinabalu II
Pulau manukan terletak di seberang laut Kota Kinabalu. Anda perlu menaiki bot di Jeti Jesselton untuk sampai ke Pulau Manukan. Pulau Manukan memang terkenal sebagai lokasi snorkling terbaik di Sabah, airnya yang jernih, pantainya yang putih dan deruan angin yang sangat menyegarkan. Anda  boleh menginap di chalet yang disediakan sekiranya ingin berada di sini lebih lama.
10- Poring Hot Spring, Ranau
tempat menarik di kota kinabalu-11
Poring hot spring adalah taman air panas semulajadi yang dijadikan pusat rekreasi untuk pengunjung yang datang ke sabah. Di sini terdapat sebuah kolam air yang betul-betul panas dikatakan air semulajadi dari gunung berapi. Malah bau asid dari gunung berapi itu juga boleh dihidu dengan kuat di kolam ini. Di sini juga terdapat taman bunga dan taman rama-rama terbesar di sabah. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai hasil kraftangan yang dijual dengan harga yang sangat murah.
Begitulah sepuluh destinasi yang mampu kami kongsikan.
Sabah adalah sebuah negeri terbesar di Malaysia. Dikenali sebagai negeri di bawah bayu kerana suasananya yang sentiasa dingin dan sejuk. Walaupun Sabah kekurangan bangunan tinggi pencakar langgit karana struktur tanahnya yang berbukit bukau, namun Sabah menyimpan pelbagai hasil laut dan khazanah hutan berharga yang harus dijaga.  Bagi anda yang ingin berkunjung ke Sabah, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai hasil lautnya dengan harga yang sangat berpatutan di Pasar Gaya. Memang berbaloi. Selain itu antara tempat menarik di Sabah adalah, Jambatan Tamparuli, Tagail Sungai Maroli, Masjid Kota Kinabalu, Pekan Kundasang, Teh Sabah, Makam Parajurit dan banyak lagi.
Share:

Tempat Menarik di Kota Kinabalu I


Kota Kinabalu (atau lebih dikenali sebagai “KK”) dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725.
(sumber : wikipedia)
Bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke sabah, di sini disenaraikan 10 tempat menarik yang harus dilawati sekiranya anda berkunjung ke negeri di bawah bayu ini. Antaranya adalah :
#1-  KINABALU PARK
tempat menarik di kota kinabalu-1
Kinabalu Park terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya anda berkunjung ke sini anda dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat dingin dan berkabus. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri. Di sini juga terdapat sebuah kedai yang menjual hasil kraftangan, pelbagai produk teh sabah dan juga cenderamata untuk dibawa pulang.
#2-    KAMPUNG BUDAYA
tempat menarik di sabah
Kampung budaya Sabah terletak di Muzium Negeri Sabah. Di sini anda akan dapat lihat kepelbagai rumah tradisional daripada pelbagai kumpulan etnik suku kaum Sabah. kegiatan kebudayaan juga turut di adakan dari semasa ke semasa. Anda juga boleh melihat jenis-jenis pakaian masyarakat etnik Sabah yang pelbagai.
#3- TAMU PENAMPANG
tempat menarik di kota kinabalu-3
Tamu penampang adalah pasar yang menjual pelbagai hasil tanah negeri Sabah seperti buah-buahan tempatan, kraftangan, hasil laut, makanan tradisional Sabah dan cenderamata untuk dibawa pulang. Di tamu ini anda dapat lihat buah-buahan tempatan negeri sabah yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini. Malah harganya juga sangat murah.
#4- LOK KAWI WILDLIFE PARK
tempat menarik di kota kinabalu-4
Terletak di Penampang Sabah, perjalanan 30 minit dari Kota Kinabalu untuk sampai ke sini. Terdapat pelbagai haiwan unik yang boleh anda lihat seperti Kuda Padi, Orang Hutan, Harimau dan Selembu (kacukan seladang dan lembu). Berjalan kaki mengelilingi tempat ini dan melihat haiwan-haiwan yang ada dengan lebih dekat sememangnya sangat menarik, tetapi juga sangat memenatkan. Anda juga boleh melihat pertunjukkan haiwan di sini oleh mereka yang professional.
#5- MUZIUM SABAH
tempat menarik di kota kinabalu-5
Muzium ini terletak di Bukit Istana Lama Di Kota Kinabalu. Di muzium ini terdapat taman etnobotani, zoo dan juga sebuah kampong warisan Sabah. Muzium ini menyimpan pelbagai sejarah Sabah yang telah lama diterokai dan masih dikaji sehingga kini.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts