GADUH sesama sendiri dalam pakatan pembangkang memang amat
sinonim dari dahulu lagi hinggalah sekarang. Gaduh sebab rebut kerusi, gaduh
rebut jawatan dan gaduh rebut harta.
Terbaru, apabila timbulnya kes rasuah dan salahguna kuasa
Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, tampil beberapa pemimpin pro Azmin menentang dan
membela anak muda itu.
Presiden PKR mengambil keputusan gantung Adam Rosly,
keputusan ini bangkit kemarahan kem pro Azmin. Rafizi pula diserang oleh kem
Azmin Pergaduhan ini telah mengiyakan
wujudnya dua kem dalam PKR.
Satu pihak cuba untuk mempertahankan Adam Rosly, dan ia
dilihat di bawah pengaruh Timbalan Presiden Azmin Ali. Manakala satu kem lagi
cuba untuk 'membuang' Adam Rosly yakni dari pihak pro Presiden parti. Semuanya
berpunca dari pemilik banglo Disneyland Ampang tersebut.
Itu cerita dalam PKR. Sama juga apa yang telah berlaku dalam
DAP, iaitu parti yang menguasai Pakatan Harapan.
Apabila timbulnya isu banglo Pinhorn milik Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang, berlaku juga sengketa yang amat dahsyat dalam
parti cauvinis itu. Wujud juga dua kem iaitu yang mempertahankan tindakan salah
guna kuasa Guan Eng itu dan yang menentang tindakan korupsi tersebut.
Ada suara suara gesa Guan Eng letak jawatan setelah kes
tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan Guan Eng berkemungkinan berhadapan
hukuman penjara.
Namun DAP bertindak kejam. Lim Kit Siang selaku penguasa
terbesar dalam parti itu telah mengamalkan kuasa diktatornya untuk memecat kebanyakan
pemimpin parti yang ingkar dengan haluan 'Legasi Lim'.
Ini menyebabkan ramai pemimpin DAP peringkat setempat dan
negeri tidak mampu bertahan. Lalu mereka keluar parti sedikit demi sedikit
sepertimana yang berlaku di Melaka,
Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain.
Soalnya sekarang, bila pula DAP mahu menggantung tugas atau
dalam bahasa lebih baik memberi cuti kepada pemilik banglo Pinhorn ini?
Sedangkan dia telah terbukti melakukan kesalahan korupsi yang paling DAP benci.
Adakah DAP sekadar 'memilih bulu' dalam menghukum pemimpin
sendiri melakukan salah? Jika kesalahan itu dilakukan oleh anak penguasa parti,
maka ia tidak perlu menerima hukuman parti?
Sebaliknya, jika kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang
tidak kaitan dengan 'Legasi Lim', maka dengan mudah mereka perlu dihukum?
Apa yang nyata, pergaduhan dalaman dalam DAP sebenarnya
lebih serius dan amat teruk berbanding parti-parti lain dalam pembangkang.
Namun, pemimpin DAP bersikap kejam untuk menutup segala kelemahan mereka.
'Legasi Lim' tidak sesekali akan menghiraukan tangisan ahli
atau mana-mana pemimpin mereka yang berada dalam masalah, yang penting bagi
mereka adalah kuasa. Dan yang penting anak bini 'Legasi Lim' patut terus
dipertahankan walau pun mereka terbukti bersalah.
Inilah cerminan parti yang menguasai Pakatan Harapan. Apapun
kita patut terus mencabar 'parti demokratik' ini supaya bersifat demokrasi
dalam parti sendiri. Pecat atau beri cuti kepada pemilik banglo Pinhorn jika
DAP benar benar anti pada rasuah. Bila DAP mahu bertindak?