Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Memaparkan catatan dengan label Pakej Singapore. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakej Singapore. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2015

3 TIPS PERJALANAN LANCAR KELUAR MASUK SINGAPORE

Tentu sekali bila mana kita mahu bercuti ke mana-mana destinasi kita mahu segala perjalanan kita berjalan dengan lancar. Lain tempat lain cara. Lain tempat lain pula cara mereka menilai setiap barang yang kita bawa masuk ke tempat mereka. Bawa barangan terlarang atau melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan akan melewatkan kita dalam proses sewaktu di imegresen. Kali ini kami ingin berkongsikan tips bagaimana anda tiada sebarang masalah sewaktu di imegresen Singapore sama ada untuk proses masuk mahunpun sewaktu proses keluar .
Untuk mengelakan denda dan perjalanan berjalan lancar tanpa ada sebarang sekatan yang melewatkan anda keluar/masuk ke Kota Singapore maka dibawah kami kongsikan Tips tersebut  :-

#1- Jangan  Bawa Barangan Larangan

  
Di Singapore barangan larangan yang jelas adalah  seperti Dadah, Senjata Api, bahan letupan, bahan berjangkit,bahan toksik dan pelbagai lagi barangan yang merbahayakan oleh badan keselamatan dunia sama sekali tidak dibenarkan  masuk ke Singapore tanpa ada sebarang notis sah. Namun sebagai pengujung ada lagi barangan yang tidak boleh dibawa dan jika dibawa akan melewatkan lagi proses masuk anda di imegresen sekiranya dapat dikesan. Barangan tersebut seperti susu tepung berlebihan, gula-gula getah dalam kuantiti yang banyak, walkie talkie, rokok yang belum dibuka dalam kuantiti lebih dari 3 kotak seorang, barang tajam seperti pisau, dan parang. Setiap barang yang anda bawa ini dan jika dapat dikesan ia akan melewatkan proses anda untuk masuk ke Singapore.

#2- Jangan Merokok Di Kawasan Terbuka


Sekrianya di Malaysia hal ini hanya berlaku di sesetengah tempat dan mungkin hanya orang sekeliling saja yang meneguh anda merokok di kawasan larangan tersebut tetapi tidak di Singapore. Jika anda dapati bersalah merokok di kawasan terbuka dan dapat dikesan anda akan di saman terus ketika itu. Jika tidak salah kami denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga S$ 1,000 untuk kesalahan ini. Jadi cara terbaik adalah tidak merokok di kawasan terbuka kecuali di tempat yang telah disediakan sahaja.

#3-Jangan Memandu Laju

Memandu laju melebihi had yang ditetapkan juga adalah punca anda boleh disaman.  Bernasib baik untuk mereka yang belum pernah terkena walaupun anda memandu laju melebihi had. Tapi jika anda terkena maka sediakan wang secukupnya. Selain wang & masa. Proses untuk clear dan membayar semula denda juga menyebabkan anda akan menyesal melanggar peraturan ini seumur hidup. Jadi berhati-hati memandu di kota singa ini. Kerana anda sedang diperhatikan di mana-mana saja oleh kemera litar tertutup.
Share:

7 Tempat Wajib Pergi Ke Singapore

Sebenarnya banyak tempat menarik di Singapore tapi kami cuma pilih #07 tempat saja yang mana diambil secara rawak.
01- Merlion
trip ke singapore
Merlion adalah tempat wajib singgah untuk mereka yang berkunjung ke Singapore. Disini terdapat sebuah Patung Singa (seperti didalam gambar). Sampainya anda disini dan bergambar berlatar belakangkan patung tersebut membuktikan yang anda benar-benar telah jejak ke Singapore. Disini juga anda boleh lihat bangunan paling popular di Sinagpore seperti Esplanade dan Marina Bay Sand Building(bangunan yang seolah-olah ada kapal diatasnya)
02-Bugis Street
trip ke singapore 02
Bagi mereka yang nak cari souvenir yang dari Singapore maka disini adalah tempat tebaik. Selain mempunyai harga yang berpatutan disini juga mempunyai pelbagai pilihan souvenir. 
03-Pulau Sentosa (Sentosa Island)
trip ke singapore 03
Disini terdapat pelbagai tarikan yang menarik. Ia menjadi tempat orang tempatan merehat-rehatkan diri di hujung minggu. Untuk ke sini anda boleh rasai sendiri menaiki kereta cable dengan pemandangan yang cukup mempersona. Anda juga boleh cuba banyak permainan yang di sediakan di sekitar pulau sentosa ini.
04-Universal Studio Singapore
trip ke singapore 04
Ini adalah tarikan utama dan kemungkinan besar pada hari ini adalah faktor utama sesetengah pengunjung datang ke pulau sentosa. Jika ditanya How many universal studios are there in the world? Jawabnya hanya ada empat sahaja iaitu di Hollywod,Orlando, Japan & Singapore Sahaja. Jadi beruntung kita tidak perlu keluar banyak duit untuk tempahan tiket penerbangan hanya mahu bermain di taman tema terhebat di dunia. Kunjung saja ke Singapore :)
05- Taman Burung Jurong (Jurong Bird Park)
trip ke singapore 06
 Nak tengok lebih banyak burung yang pelik,unik dan menarik. Maka disinilah tempatnya. Terdapat mini train disini yang akan membawa anda sekitar taman burung ini. Burung yang terdapat di Jurong Bird Park terdapat 129 spesis dari seluruh dunia. Jadi disini juga adalah diantara tempat menarik bila anda pergi trip ke singapore
06- Orchard Road
trip ke singapore 05
Disini adalah tempat bagi mereka yang ingin cari barang branded. Terdapat pelbagai jenis barang branded dari seluruh dunia sepeti Coach, LV, Giorgio Armani, ZARA,Gucci dan pelbagai lagi. Ada setengah pihak mengatakan barangan jenama disini adalah jauh lebih murah yang terdapat di Malaysia :)
07-China Town
trip ke singapore 07
Di China Town juga adalah tempat untuk beli-belah pelbagai barangan dengan harga mampu beli. Persekitaran dengan bangunan yang terdapat disini saja dikekalkan agar nampak akan tradisi china di kawasan ini. Terdapat pelbagai makanan & resturant di kawasan ini tapi sayangnya tidak ada disediakan untuk makanan halal.
Jadi ini lah diantara tempat yang menarik yang terdapat di Singapore. Kami di jomlahcuti.com ada menyediakan trip ke singapore dengan harga mampu pergi untuk anda. Jika anda berminat untuk join trip bersama dan mahukan maklumat lebih lanjut boleh dapatkanya dengan klik disini.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts