Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Sabtu, 17 Jun 2017

Muat Turun Aplikasi Dalam Telefon Pintar Ini Untuk Gantikan ‘Dash Cam’, Boleh Gunakan Dalam Perjalanan Balik Raya

Sekarang ini apa sahaja kejadian yang berlaku, pasti memerlukan bukti, sama ada dari segi gambar atau video, ia bukan sahaja untuk memberikan maklumat yang sahih, tetapi boleh menyelamat kan diri dalam sesuatu kejadian.

Mungkin ramai di antraa kita sudah mula memasang ‘dahs cam’ pada kereta, kerana ia sedikit sebanyak membantu kita, dan secara tidak langsung dapat merakam akan kejadian yang di luar jangkaan.

Kerana, ada juga pemilik kereta yang mempunyai ‘dash cam’ dapat merakan detik yang tidak diingini, yang mana mampu juga dijadikan bukti.

Tapi, mungkin ada di antara kiat yang masih belum mampu untuk membeli ‘dash cam’, atau buat amsa sekarang lebih memerlukan duit untuk digunakan pada musim perayaan ini. Namun begitu, usah risau, kerana menerusi perkongsian dari saudara Raja Mohamed Fauzi ini, anda juga boleh memiliki ‘dash cam’ dengan mudah.


Aplikasi Telefon Pintar Sebagai Pengganti 'Dash Cam'


Aku ade info apps nak share sikit. Siapa tak ada dashcam atau malas nak beli. (Maklumla duit banyak nak pkai time raye kan). Boleh install "Drivermatics blackbox and dash cam" kat handphone. 


Dan handphone boleh jadi dash cam untuk rekod sepanjang perjalanan nanti, sebagai persediaan dan keselamatan.

Keistimewaannye selain jadi dash cam, ia juga bertindak sebagai ‘black box’ perjalanan kita. Semua data ada. Jalan mana kita lalu pun ada direkodkan.


P/s: Apps ni option bagi yang nak ‘cut cost’ atau sementara atau asal ada. If mampu sila la beli ‘permanent dash cam’. Lebih baik.

Tambahan info (edited): Boleh juga try ‘OsmAnd DVR’ dan ‘Autoguard Dash Cam’. Sebab ramai mengadu tak boleh install. Mungkin sebab server da jem. Tak pun try la usha apps yang seumpamanya. Harap membantu. Tq alls.

Terima kasih dan selamat pulang beraya. Hati-hati di jalan raya. Kita hanya mampu ikhtiar sebagai persediaan.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Semoga bermanfaat.

Pengguna IOS Download Sini
Pengguna Android Download Sini



Share:

1,746 Peneroka Mula Terima Bayaran Hasil Mingguan


KUALA LUMPUR – Bulan Jun 2017 bermula pembayaran mingguan untuk menepati permintaan seramai 3,375 peneroka sejajar dengan pengumuman yang dibuat sebelum ini bagi mewujudkan satu dana pusingan sebanyak RM100juta.

Daripada jumlah 3,375 permohonan yang diterima, seramai 1,746 orang telah mula menerima bayaran pada hari ini melalui akaun bank masing-masing.

Seramai 1,629 peneroka telah memohon bayaran secara tunai.

Pengurusan Felda akan membantu peneroka ini untuk membuka akaun bank bagi memastikan bayaran kepada peneroka melalui akaun bank persendirian dilaksanakan sejajar dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan transaksi secara tunai.

Ini juga dilihat dapat membantu Felda dalam pengurusan wang yang lebih selamat, mengelakkan ketirisan, gunatenaga petugas yang lebih cekap dan penjimatan kepada kos pengurusan.

Pengurusan Felda akan sentiasa komited untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada peneroka.
Share:

[VIDEO] - Mulai JUN 2017 Bayaran Hasil Mingguan Peneroka FELDA Dilaksanakan


Mulai JUN 2017 Bayaran Hasil Mingguan Peneroka FELDA Dilaksanakan

Share:

Selasa, 13 Jun 2017

Parti Bunga Terkoyak Rabak, Tangkainya Layu Kelopak Berselerak



PPBM baru sahaja menjangkau usia 41 minggu sejak ROS meluluskan penubuhan parti itu pada 9 September 2016. Namun sudah terlalu banyak perpecahan berlaku dalam parti pimpinan Mahathir itu. 

Semalam, Syed Saddiq yang baru setahun jagung telah dinasihatkan agar menjaga tepi kain sendiri dan menjawab tuduhan "everything to hide" yang didakwa oleh Armada PPBM iaitu Muhammad Hafiz.

Kain parti sendiri terkoyak rabak tidak nampak. Sibuk menuding jari terhadap orang lain. Mungkin benarlah cakap Khairuddin Abu Hassan, inilah tahap budak hingusan yang sedang menjadi Ketua Armada PPBM.

Rabaknya parti bunga dan seleraknya parti itu sudah diketahui umum. Apa lagi hendak disorok? Hampir setiap minggu cerita mengenai pergolakan dan perpecahan dalaman PPBM diceritakan dalam media, sama ada pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

Terbaru, seorang AJK Armada PPBM berpangkat nombor tiga telah mempertikaikan kekayaan anak-anak Mahathir secara terbuka. Malah isu skandal seks melibatkan Muhyiddin Yassin dengan Nika Gee juga turut dibangkitkannya. 

Exco ARMADA itu hanya meminta Mahathir dan Muhyiddin memberi penjelasan agar mereka dapat membalas kembali dalam media sosial. Namun sebaliknya yang berlaku, PPBM mahu bertindak mengambil tindakan disiplin pula kepada exco berkenaan bagi menutup tegurannya itu.

Inikah kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh PPBM? Baru buka mulut tentang skandal kekayaan Pengerusi dan skandal seks Presiden PPBM sudah "kena gam". Sejak berkawan baik dengan DAP, PPBM sudah amalkan demokrasi cara parti roket itu.

Itulah juga nasib yang terjadi kepada sayap Srikandi PPBM. Skandal "klimaks 4 kali"  Anina Saadudin didedahkan pula sampai Anina dipecat. Kenapa skandal Nika Gee dan skandal "blow the horn" Syed Saddiq didiamkan sahaja? 

Srikandi terus lumpuh lepas Ainina kena pecat. Kemudian satu demi satu kelopak parti bunga gugur layu. Di Baling, Kerteh, Pandan, Ipoh, Putrajaya Teluk Kemang, Rembau, Sik sudah ramai ahli PPBM sudah keluar parti. 

Dua negeri sudah menjadi batu nisan awal untuk PPBM iaitu di Perak dan Negeri Sembilan. Sudah berselerak jadinya. Ramai yang keluar parti. Oleh kerana itulah, PPBM tidak berani umum berapa ahlinya yang sebenar.

5 Jun 2017, dalam Malaysiakini, Muhyiddin hanya berani buat kenyataan angan angan Mat Jenin bahawa PPBM sudah tembus semua kubu kuat UMNO. Ahli ahli PAS menyeberang sama untuk sertai PPBM, dakwa Muhyiddin. Kalau sudah begitu ramai, mengapa Muhyiddin takut umumkan angka sebenar ahli PPBM? 

Pada 9 Jun 2017, Dato Sri Najib selaku Presiden UMNO mengumumkan sejumlah 29,845 orang ahli UMNO baru antara bulan April dan Mei 2017. Manakala permohonan keahlian dalam online pula adalah sejumlah 15,201 orang. 

Jumlah pertambahan ahli UMNO dalam masa sebulan sahaja sudah melebihi seluruh ahli PPBM di seluruh Malaysia. Parti bunga sampai sekarang masih takut hendak umumkan berapa jumlah keahlian sebenar mereka.

Kenapa takut? Sebab bilangan ahli parti bunga terlalu kecil dan angka itu amat memalukan jika diumumkan. Sudahlah sedikit, ramai pula yang keluar parti tinggalkan PPBM. Mahathir mana peduli lagi tentang PPBM. Dia kata "sapa tak setuju pi la keluaq ramai ramai".

Mahathir sibuk membuat lawatan ke Jepun untuk melihat kilang kereta di sana. Buat apa Mahathir hendak lawat kilang kereta di Jepun? Dia bukan Pengerusi Proton lagi? 

Hak milik siapakah sebenarnya Proton ini? Adakah milik Mahathir atau Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari? Persoalan ini masih belum dijawab. 

Mahathir lebih pentingkan cita citanya hendak jadi "Perdana Menteri Sementara" sahaja, dari menjaga parti bunga yang sedang selerak dan koyak rabak. Jumaat lepas, baru 41 kali Jumaat untuk parti PPBM. Apa jadi pada 44 kali Jumaat? 

PPBM kini tak ubah seperti sebuah bunga yang terkoyak rabak, tangkainya layu, kelopaknya berselerak. Hanya tunggu masa untuk gugur ke tanah dan menyembah bumi. 


Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts