Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Selasa, 4 Ogos 2015

5 Syurga Membeli Belah Asia Tenggara Buat Anda Tak Sabar Nak Shopping

Negara asia sememangnya terkenal dengan tarikan alam semulajadi yang menghijau, lautan yang tenang dan kemesraan penduduk tempatan yang menerima baik kunjungan pelancong ke negara mereka. Ini menjadikan negara-negara asia menjadi sebuah negara yang paling ramai menerima pengunjung sama ada untuk bersantai, mempelajari tentang alam semulajadi, menikmati keindahan pantai dan cahaya matahari serta membeli-belah rekaan tempatan yang unik dan pelbagai.
Disini kami ingin kongsikan 5 negara asia tenggara yang sangat terkenal dengan lokasi membeli-belah terbaik.
#1-Kuala Lumpur, Malaysia
Malaysia pernah disenaraikan sebagai negara keempat terbaik dunia aktiviti membeli-belah selepas New York, London dan Tokyo oleh CNN menerusi kajiannya dalam “10 Top Best Shopping Cities In The World”. Di bandaraya ini terdapat beberapa pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa dengan pelabagai jenama seperti Suria KLCC, Pavilion, Mid Valley Megamall dan Berjaya Times Square yang kesemuanya terletak di kota metropolitan Kuala Lumpur. Sekiranya anda adalah penggemar adna adalah penggemar barangan tempatan dan traditional, Pasar Seni dan China Town pastinya tempat yang wajib anda lawati saat berkunjung ke Kuala Lumpur.
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-1

#2- Jakarta, Indonesia
Kota Jakarta merupakan kota kebanggan rakyat Indonesia. Jakarta merupakan kawasan metropolitan terbesar di Indonesia dan kedua terbesar di dunia. Jakarta juga sangat terkenal dengan lokasi membeli-belah terbaik dunia di kalangan para pelancongan dalam dan luar negara. Antara lokasi membeli-belah yang wajib anda lawati ketika berkunjung ke negara ini adalah Ciputra Shopping Mall, Plaza Indonesia dan Plaza Senayan. Ironinya Indonesia juga mempunyai sebuah pusat membeli-belah yang diiktiraf sebagai antara yang terbesar di Asia Tenggara iaitu The Grand Indonesia.
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-2
#3- Manila, Filiphina
Seperti yang kita tahu Manila merupakan ibu negara Filiphina yang terletak di Timur Pulau Manila di Pulau Lazon. Walaupun terdapat kawasan bertaraf miskin namun Kota Manila merupakan bandaraya cosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya dan pendidikan di negara ini. Anatara lokasi membeli-belah terkenal di Manila adalah SM Megamall, SM City North Edsa, SM Mall Of Asia, Glorietta, Greenbelt dan banyak lagi. Bagi yang meminati citarasa tempatan anda boleh berkunjung ke pasar lambak Manila di Divisoria dan 168 Shopping Mall.
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-3
#4-Singapura
Singapura merupakan pusat kewangan terunggul dan menjadi sebuah bandaraya global metropolitan yang memaninkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Malah pelabuhan Singapuramerupakan pelabuhan tersibuk dunia. Sebagai sebuah negara maju, Singapura juga menyajikan pelabagai barangan membeli-belah terbaik dunia di lokasi-lokasi terkenal seperti ION Orchard, Vivo City, Mustafa Centre (Dikenali sebagai little India di Singapura), Marine Square dan banyak lagi. Aktiviti membeli-belah di Singapura lebih mudah kerana kebanyakan kompleks membeli-belah disini dihubungkan dengan lintasan keretapi bawah tanah.
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-4
#5- Bangkok, Thailand
Bangkok merupakan kota terbesar di Thailand. Bankok juga adalah sebuah Bandar yang progresif dan pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura serta Hong Kong selain menjadi antara destinasi pelancongan kegemaran dunia.
Di Bangkok Terdapat pelbagai pusat membeli-belah terkenal seperti Siam Paragon Mall, Central World , MBk, terminal 21 dan Siam Centre. Selain pasaraya besar bertaraf antarabangsa. Bangkok juga menyajikan pelbagai pasar-pasar terbuka sesuai bagi mereka mencari barangan tempatan dengan harga mampu milik dan lebih berpatutan seperti di pasar Hujung Minggu Chatuchak, Pasar Klong San dan Pahurat (Little India di Bangkok)
pusat membeli-belah terbaik di asia tenggara-5
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts

Arkib Blog