Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Ahad, 13 April 2014

ORANG SARAWAK WAJIB BACA !!! ORANG SEMENANJUNG AMAT DIGALAKKAN

ORANG SARAWAK WAJIB BACA !!!



S: Kenapa kat SARAWAK x pakai LRT?
J: Kalau pkai LRT x juga digunakan sebab org2 SARAWAK majoriti pakai kereta, sekurang-kurangnya viva. Mana ada nk pakai motor,apa lg nk naik LRT. X percaya boleh tengok dekat trafific light, boleh kira berapa buah je yang ada.



S: knp kat SARAWAK xda shopping complex power2 mcm 1Utama,Times Square, Sunway Piramid, pavillion?
J: Sbb org mlancong pg SARAWAK bkn nk tgk bgunan, dorg nk tgk hutan simpan, panjat gunung, tgk org utan n bnyk lagii. Klu nk tgk bgunan baek xpayah mlancong, ngra dorg pn lg tinggi2 n power2 shopping complex.



S: Betol ke org2 SARAWAK tggal kt ats pokok?
J: BETUL !! tapi tu bkn org,tu org utan. bulu org utan coklat jingga perang,bulu mnusia wrna hitam. mst tau nk beza,jgn jd bangang..



S: Kat SARAWAK xda highway?
J: Oh mai god !! mst jln jammed. bgus laa xda highway, NO HIGHWAY NO TOLL. Xda laa kmi mmbazir duit smata2 nk lalu jln,duit tol p kja rm1.20,blek kja rm1.20.try kumpol dlm msa sbln dpt lh rm72 dh blh byr astro. Ada highway kt sna pn jammed jgk. sia2 lah byr tol,who smarter ?? HAHAHA.....





S: Kenapa di SARAWAK selalu blackout,REALLY?
J: Ya,xjgk kami jakun nk clbrate EARTH HOUR stp 31 march sbb kdang2 sllu blackout. bgus laa dpt jgk jimat duit hjg bln.. HAHA..



S: Apa yg bgus sgt SARAWAK yg kau bangga2 kan sgt ni?
J: Di SARAWAK ni xda pape, kuno.. xd LRT, xda Highway LDP, Federal Highway, Jambatan Putrajaya, KLCC, KL Tower, Sunway Piramid, Sunway Lagoon.. Tp d SARAWAK ada Kampung Budaya yg melambangkan plbg kaum.. 
Kaumnya hidup brsatu padu wlaupun brbeza adat n kprcayaan.. kami xbangga pun nk ada bgunan sbb hasil petroleum, sawit, getah, kayu balak dan lain2 dari ngri nie yg dijadikan modal utk mnbgunkan bgunan disana..

p/s: Untuk apa kita berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil daripada usaha orang lain. Proud to stay in SARAWAK.







Share:

JOM JADI USAHAWAN BURGER BAKAR

DAH LETIH MAKAN GAJI?
NAK JADI BOS?
Jom Jadi USAHAWAN BURGER BAKAR!
Komen "SAYA NAK JOIN"
=========================
PAKEJ PROMOSI MAC 2014
=========================
PROMOSI PAKEJ RM 2̷,̷9̷9̷9̷
KINI RM 1,999
* Terhad kepada 10 Orang Sahaja
=========================
Kenapa Biz ni bagus?
➟ Modal Rendah!
➟ Ramai yang terbukti berjaya!
➟ Keuntungan Tinggi!
➟ Mudah membuat jaualan!
➟ Produk sedap & Lazat!
➟ Pengahnataran bahan mentah disediakan!
➟ Latihan & Bimbingan disediakan!
➟ 100% Jaminan wang dikembalikan jika gagal!
WOW! Jom Sertai kami!
*********************************************************
LAYARI : www.bisnesburgerbakar.com
untuk penerangan lengkap!
*********************************************************
TINGGAL 10 TEMPAT KOSONG SAHAJA LAGI
Hubungi team kami sekarang :
✆ 017-6888 351
✆ 017-372 4404
Atau SMS DEEN88 ke 0176888351
TEMPAT TERHAD!

Share:

Amerika Nafi MH370 Mendarat di Diego Garcia?


Amerika Syarikat (AS) menafikan pesawat Malaysia Airlines MH370 mendarat di pangkalan tentera mereka di lokasi terpencil di Diego Garcia, lapor akhbar Britain Daily Mirror.
Akhbar berkenaan melaporkan, jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan perkara itu di sebalik khabar angin dan spekulasi mengatakan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal mendarat di sana.
“Tiada petunjuk mengatakan pesawat MH370 terbang berhampiran Maldives mahupun Diego Garcia.
“MH370 tidak mendarat di Diego Garcia,” katanya dipetik laporan akhbar.
Beliau turut berkata, dalam usaha sama koordinasi misi carian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu, tentera laut AS kini bekerjasama dengan Malaysia dan Australia, bersama 26 lagi negara.
Lokasi Diego Garcia sekitar 3,500 kilometer dari Malaysia.
Hari ini masuk hari ke-36 misi mencari pesawat berkenaan di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Bluefin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.
Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.
Menurutnya, AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.
“Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas,” menurut JACC dalam kenyataan hari ini.
JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.
Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.
Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.
Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.
Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.

Share:

KLIA2: Air Asia Cuba Tutup Pekung Mereka dan Halakan Senapang Kepada Kerajaan

KLIA2: Air Asia Cuba Tutup Pekung Mereka dan Halakan Senapang Kepada Kerajaan




Kita tidak boleh nafikan Air Asia telah membuka satu lembaran baru dalam industri penerbangan negara. Jika dulu hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu naik kapal terbang kerana industri penerbangan negara pada masa itu hanya dikuasai oleh MAS sahaja.


Selepas wujudnya Air Asia industri penerbangan negara semakin berkembang pesat. Wujudnya pula Firefly dan yang terbaru adalah Malindo Air. 

Sumbangan Air Asia dalam membawa masuk pelancong ke Malaysia juga tidak boleh dinafikan. Bukan faktor tambang semata-mata yang membuatkan orang ramai atau pelancong memilih Air Asia, tetapi cara pengiklanan mereka yang membuatkan orang ramai tertarik. Bab tambang bila campur tolak kali bahagi antara tambang Air Asia dengan syarikat penerbangan lain ianya akan jadi lebih kurang sahaja, malah Air Asia ada yang lebih mahal. 

Satu lagi kejayaan Air Asia yang tidak boleh dinafikan adalah kejayaan mereka bertapak di negara-negara luar. Contohnya, Thailand, Indonesia, Jepun dan yang masih dalam perundingan adalah India. Sikit sebanyak kita boleh tumpang rasa bangga apabila sebuah syarikat dari Malaysia berjaya bertapak di negara-negara berkenaan dan namanya menjadi sebutan dunia. 

Namun begitu itu semua bukan alasan untuk Air Asia menunjukkan sikap sombong dan bongkak kepada kerajaan. Jika tanpa sumbangan atau pertolongan kerajaan Air Asia pun tidak akan berada di tempat yang mereka berada sekarang. Bohonglah jika Air Asia kata kejayaan mereka hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri. Walaupun Tony Fernandez keturunan India, beliau sendiri berhadapan dengan seribu satu masalah hari ini untuk membolehkan Air Asia India diwujudkan. Sampai hari ini pun beliau masih belum mendapat kelulusan untuk bertapak di India. Tetapi di Malaysia Air Asia tidak menghadapi masalah-masalah besar. 

Kalau kita nak ungkit bab jasa atau sumbangan untuk membolehkan kita menuntut macam-macam, babi pun banyak boleh menuntut dari manusia. Jangan ingat babi tiada sumbangan kepada manusia. Jalan-jalan yang ada kebanyakannya adalah jalan dirintis oleh babi. Dulu kita mana ada jalan, semuanya hutan. Babi berjalan beramai-ramai dalam hutan sampai botak rumput. Kemudian manusia tengok, oh sini jalannya. Manusia pun guna jalan itu untuk ke sana sini. Kemudian apabila negara dah maju sikit, manusia pun turap jalan itu jadi jalan raya. Asalnya adalah jalan babi….

Air Asia enggan berpindah ke klia2 atas alasan keselamatan, keselesaan dan kos kepada penumpang. Apakah di LCCT sekarang ianya selamat dan selesa kepada penumpang ? 

Waktu kita keluar dari balai pelepasan menuju ke pesawat atau turun daripada pesawat menuju ke balai ketibaan, kita sendiri dapat rasakan bagaimana suasana yang tidak selesa dan tidak selamat. Dengan debunya, bunyi bising pesawat dan kenderaan Air Asia yang lalu lalang. Itu selamatkah ? Itu selesakah ? 

Air Asia berkata kos yang dikenakan kepada penumpang di klia2 akan membantutkan usaha Air Asia memberikan penerbangan tambang murah kepada penumpang. Ini boleh dikirakan sebagai lawak april fool 2014 yang dibuat Air Asia. 

Air Asia sedar atau tidak yang mereka menyembelih pengguna selama ini dengan bermacam-macam caj yang tidak logik ? 

Mana ada syarikat penerbangan lain yang mengenakan bayaran caj daftar masuk kepada penumpang ? Tetapi Air Asia kenakan bayaran RM 10.00 kepada seorang penumpang. Kadang-kadang waktu di lapangan terbang saya kasihan melihat orang-orang yang tidak mahir menggunakan teknologi, seperti orang tua atau orang kampung yang pergi daftar masuk kemudian diminta membayar RM 10.00. Pernah satu ketika saya melihat seorang bapa yang membawa 5 anak dan isteri untuk merasai naik kapal terbang, dan tidak tahu untuk menggunakan mesin daftar masuk layan diri, diminta membayar RM 70.00 caj daftar masuk. 

Begitu juga dengan bayaran bagasi yang didaftar masuk. Penumpang perlu membayar setiap bagasi yang didaftar masuk bergantung kepada berat beg. Sedangkan rata-rata syarikat penerbangan memberikan percuma kepada penumpang untuk mendaftar masuk bagasi antara 15kg-20kg. 

Berikut adalah harga yang dikenakan oleh Air Asia untuk bagasi yang didaftar masuk


Ini jika kita beli talian, jika yang tidak pandai menggunakan teknologi pula penumpang perlu bayar lebih daripada itu di kaunter daftar masuk. 

Paling rendah yang dijual adalah 15kg dengan harga Rm 25.00. Kalau beg kita 10kg, maka 5kg dapat percuma sahaja kepada Air Asia. Kalau beg kita 18kg pula, maka kena bayar tambahan. Mereka tak akan beri percuma kepada kita. 

Bercakap bab tambang pula, ramai diantara kita yang tertarik dengan iklan Air Asia dan percaya bulat-bulat kepada iklan mereka. Sedangkan hakikatnya tambang mereka tidak semurah yang kita jangka. 

Saya buktikan kepada anda melalui perbandingan di bawah. Saya membuat pencarian di talian untuk perjalanan daripada Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur pada tarikh 13 dan 14 April 2014.



Air Asia : Tambang yang dikenakan RM 628.00 tidak termasuk caj daftar masuk. Makan dan minum kena bayar lain. Berlepas dari LCCT dan kena panjat tangga. 

MAS : RM 580 dengan layanan 5 bintang. Daftar masuk penumpang dan bagasi 20kg tanpa sebarang bayaran. Makanan percuma. Berlepas daripada KLIA dan pakai jambatan udara. 


Malindo Air : RM 388.00 termasuk bayaran insuran, daftar masuk bagasi 15kg dan penumpang percuma. Berlepas dari KLIA dan pakai jambatan udara. Jika anda tidak memilih untuk membeli insuran harga kurang lagi RM 30.00 kepada RM 358.00

Bukti-bukti diatas cukup untuk saya buktikan bahawa Air Asia adalah sebuah syarikat yang menekan pelanggan. Kemudian guna alasan tidak mahu berpindah ke klia2 kerana untuk memastikan mereka dapat mengekalkan tambang murah kepada pelanggan. Kepala hotak dia ! 

Apa yang mereka buat itu adalah untuk memainkan sentimen rakyat agar membenci kerajaan. Kononnya bukan mereka yang menekan pelanggan tetapi kerajaan yang menekan pelanggan hingga mereka tidak dapat lagi menyediakan perkhidmatan tambang murah kepada pelanggan. Sebabnya apabila berpindah ke klia2 , macam-macam caj yang dikenakan MAB hingga mereka tidak dapat lagi memberikan tambang yang murah. Sedangkan caj-caj yang dikenakan MAB berapa sen sangat dan itu semua untuk keselesaan penumpang. Penumpang tak perlu lagi nak berpanas, berhujan atau berdebu kerana dapat masuk ke pesawat dengan menggunakan jambatan udara. Percayalah cakap saya, selepas ini mereka akan tekan pelanggan dengan pelbagai caj lain lagi, atas alasan caj di klia2 yang tinggi. 

Orang-orang Malaysia kena buang daripada pemikiran mereka bahawa Air Asia adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Bila ingat murah, terus ingat Air Asia. Itulah yang tertanam dalam pemikiran rakyat Malaysia selama ini. Semuanya kerana termakan dengan iklan. Mulai hari ini orang Malaysia kena tanam dalam pemikiran mereka bahawa Air Asia sebuah syarikat yang suka menekan pelanggan dengan pelbagai caj yang tidak masuk akal. Sebab itu mereka untung berbelas bilion setahun. Kemudian kutuk MAS. Sedangkan MAS dalam masa yang sama banyak buat kerja amal termasuklah untuk penerbangan pendalaman Sabah dan Sarawak. Dulu kerajaan bagi kepada Air Asia untuk uruskan penerbangan tempatan di Sabah dan Sarawak. Selepas setahun cabut lari…Mas juga yang terpaksa ambil balik...
Share:

Khamis, 20 Februari 2014

MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. Kita Bagaimana?


MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. 

Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.

~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~

Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki.

Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. 

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!

"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal

~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~

Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013 (Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14 Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013 (Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013 (Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

*Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita sedang melalui jalan yang bagaimana. Allah...

Share:

Rabu, 19 Februari 2014

Lelaki Terkaya Di Asia Mendedahkan 11 Langkah Membeli Kereta & Rumah Dalam Masa 5 Tahun

Lelaki Terkaya Di Asia Mendedahkan 11 Langkah Membeli Kereta & Rumah Dalam Masa 5 Tahun. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di sini http://bit.ly/McmgDJ

Share:

Jumaat, 14 Februari 2014

Pemberian Ang Pow percuma???

Want a big ang pow to help you combat price hikes? http://bit.ly/LZggOC
Share:

Sapa2 suara kuat boleh tengok benda ni

Think you've got a loud voice? #ROARfortakraw to prove it! http://bit.ly/LYUytV
Share:

Khamis, 13 Februari 2014

Lelaki diserang ZOMBI ketika bersms??

Celcom melepaskan beberapa zombi untuk membuktikan sesuatu... http://bit.ly/1gbcnBM
Share:

7 Tips Popular Buat Duit Menerusi 8Share

As-Salam. Ramai antara blogger yang masih lagi tak manfaatkan cara buat duit online menerusi 8Share. Malah, ada yang tak tahu pun. Ok, secara ringkasnya, 8Share ini lebih kurang sama je dengan Churp Churp, cuma kelebihan 8Share ialah ia pantas membayar jika nak dibandingkan dengan Churp Churp. Tambahan lagi, 8Share bayar terus pendapatan anda menerusi akaun bank sedangkan Churp Churp menggunakan kaedah cek. Tak daftar lagi? Boleh daftar percuma di sini - http://bit.ly/LVXuYd

tips dapatkan ganjaran daripada 8share

8Share boleh berikan ganjaran lumayan buat anda jika pandai mengeksploitasikan iklan yang disediakan. Ada banyak cara boleh anda gunakan untuk mendapatkan ganjaran maksimum menggunakan 8Share ini. In Sha Allah, dengan setiap klik ke iklan 8Share, anda akan menerima sebanyak RM0.20 sebagai ganjaran perkongsian anda tersebut.

Apakah tips, petua dan tatacara untuk memaksima pendapatan menerusi 8Share? Ok, saya akan kongsikan sebahagian tips popular yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan iklan-iklan yang ada dalam 8Share ini.
cara popular untuk jana pendapatan online menggunakan 8share

Tips Popular Buat Duit Menerusi 8Share

  1. Kongsikan iklan di Facebook Timeline atau Google+ Profile kepunyaan anda - Samada menggunakan ayat-ayat yang tersedia di 8Share sendiri atau menggunakan pendekatan lebih kreatif dengan mengolah ayat yang lebih menarik tetapi tidak memperdaya di Facebook anda.
  2. Kongsikan iklan di Facebook Timeline atau Google+ Profile kepunyaan rakan anda - Cara ini juga popular tetapi mesti anda pastikan bahawa rakan anda itu ada minat terhadap iklan tersebut, contohnya anda tahu rakan anda itu kaki shopping, maka kongsikan iklan-iklan yang ada kaitan dengan diskaun beli belah atau ganjaran membeli belah.
  3. Kongsikan iklan di komuniti-komuniti yang ada di Facebook/Google+. Cari atau kongsikan di komuniti yang ramai ahlinya. Lebih ramai lebih baik kerana kebarangkalian tinggi untuk iklan anda diklik.
  4. Kongsikan di akaun Twitter anda dengan ayat pendek dan hastag tertentu.
  5. Paparkan iklan tersebut di Fanpage kepunyaan anda, samada di Facebook mahupun di Google+. 
  6. Hantar email kepada rakan-rakan anda. Cara ini mungkin tak ramai buat, tetapi ia merupakan antara kaedah berkesan untuk digunakan.
  7. Perlu rajin dan perlu ramai kenalan samada di Facebook, Twitter, Google+ Profile. Hanya dengan kekerapan anda kongsikan iklan-iklan tersebut di platform-platform yang ramai akan lihat iklan anda adalah yang paling baik.
8Share bukan sahaja kongsikan iklan-iklan, tetapi juga beberapa kontes menarik yang boleh anda sertai dan menang pelbagai hadiah. Lagipun ia percuma, anda hanya perlu daftar di sini - http://bit.ly/LVXuYd dan mula jana pendapatan buat duit dengan 8Share.

Oh ya, 8Share dulunya dikenali sebagai SAYS Malaysia reward program ... :)

Selamat mencuba.
Share:

Ahad, 9 Februari 2014

Peralihan Kuasa ~ Terbaik Dari Yang Pakar


PERALIHAN KUASA TAMPOK KERAJAAN NEGERI SARAWAK "jika" ianya berlaku dan berlaku secara teratur dan aman hanya boleh dibuat mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Parti PBB Sarawak dan juga mengikut "consensus" termakub dalam amalan atau "political convention" Barisan Nasional. Ianya perlu bermula dengan mengemukakan usul atau persoalan peralihan dan penggantian ( transition & succession question/motion) agar dibincang dikupas dan diputus seboleh bolehnya dengan kata sepakat sebulat suara & muafakah ataupun sebesar suara/undi yang menyakinkan diperingkat "CAUCUS" parti PBB itu sendiri.

Sekiranya ada keputusan tersebut,barulah ianya diketengahkan keperingkat tertinggi BN Negeri dan seterusnya keperingkat BN Pusat dihadapan YAB PM selaku Pengerusi BARISAN NASIONAL MALAYSIA.Hari ini Parti PBB hanya akan bermesyauarat peringkat MKT iaitu Majlis Kerja Tertinggi Parti sahaja dan BUKANNYA mesyuarat CAUCUS yang mesti terdiri dari semua YB YB ADUN,MP,Senator dan ahli2 MKT.Ada beza besar dalam peranan dan agenda diantara dua jenis mesyuarat ini. Sekiranya ada keputusan untuk peralihan berlaku perinciannya hendaklah juga disusun dengan teratur agar tiada berlaku sebarang rintangan "luar dugaan" yang boleh menjejas kestabilan politik. 

Oleh yang demikian,saya berpendapat,hari ini kita belum mendapat apa2 keputusan "muktamat" tetapi hanya mungkin sesuatu "bayangan" sahaja kearah menghadapi isu peralihan itu dalam masa dari sekarang hingga kePilihanRaya Negeri yang akan datang.Masa itu diperlukan untuk menyelesaikan isu2 pergolakan dalam parti2 komponen yang lain selain memperhalusi pelan dasar dan langkah2 perlaksanaan agenda untuk transformasi rakyat seperti SCORE dll. Masa juga diperlu agar bakal pengganti KM mengambil alih teraju tanpa dibebani sangat masaalah yang boleh menggugat diawal2 peralihan kuasa.Seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab dan bijaksana hanya akan memastikan dulu cuaca nya cerah dan baik untuk membenarkan peralihan dalam pada mana, partinya, kewibawaan Kerajaan Negeri dan kesetabilan politik adalah "in top form".

BAGI PENDAPAT saya peralihan mungkin hanya berlaku didalam tempoh masa yang saya katakan tadi iaitu dari sekarang hingga ke PRN yang baru. ' I may be wrong, hehe,but marilah kita tunggu & lihat ! Your guess is as good as mine & vice versa , I think, hehehe'.Salam Sejahtera. 


Share:

Jasa Taib Mahmud Terhadap Kota Samarahan


Persaraanmu meninggalkan berbagai kesan di Kota Samarahan..
Kota Samarahan yang dahulunya terlalu jauh ketinggalan dari pembangunan...
Kota Samarahan yang dahulu tiada di pandangan mata dunia...
Kota Samarahan dahulunya sepi tanpa suara...

Kini Kota samarahan pesat membangun...
Kini Kota Samarahan riuh dengan suara berilmu...
Kini Kota Samarahan destinasi penting pelajar seluruh dunia...
Kini Kota Samarahan maju dalam pertanian...
Kini Kota Samarahan tempat gedung menimba ilmu...
Kini Kota Samarahan riuh dengan usahawan bumiputera kecil dan sederhana...
Kini Kota Samarahan pintu rezeki bagi bumiputera...

Kota Samarahan semakin hidup di bawah kepimpinan Ketua Menteri....
Kota Samarahan semakin gah di mata dunia di bawah kepimpinan Ketua Menteri...
Kota Samarahan semakin maju ekonomi di bawah kepimpinan Ketua Menteri...

Persaraanmu pasti menjadi kehilangan buat Kota Samarahan...
Jasamu tetap menjadi nukilan cerita kebanggaan anak cucu Kota Samarahan...
Kebijaksanaanmu pasti menjadi inspirasi pemimpin lain di Kota Samarahan...
Agar Kota Samarahan terus maju di masa hadapan...

Terima Kasih Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud...
Anak Samarahan terhutang budi terhadap Pehin Seri...
Takkan terbalas dengan jutaan kebaikan...
Hanya mohon dari Allah agar diri Pehin Seri dan keluarga sentiasa di cucuri rahmat...
Moga Kota Samarahan tetap terpahat di sanubari Pehin Seri...

JUTAAN TERIMA KASIH PEHIN SERI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD..
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts