Assalamualaikum W.B.T
Selama ini kita hanya tahu menyebut akta tanah GSA (Group Settlement Act @ Akta Penempatan Berkelompok) tapi tak tahu kandungannya. Apabila ditanya kepada peneroka generasi pertama tentang apa-apa perjanjian yang telah ditandatangani mereka, mereka mengatakan mereka pernah menandatanganinya semasa hendak masuk FELDA dahulu. Tetapi tidak seorangpun yang memegang sesalinan perjanjian tersebut. Jadi, rujuk dan fahamilah tentang Akta Tanah GSA ini sebagai panduan.
Selama ini kita hanya tahu menyebut akta tanah GSA (Group Settlement Act @ Akta Penempatan Berkelompok) tapi tak tahu kandungannya. Apabila ditanya kepada peneroka generasi pertama tentang apa-apa perjanjian yang telah ditandatangani mereka, mereka mengatakan mereka pernah menandatanganinya semasa hendak masuk FELDA dahulu. Tetapi tidak seorangpun yang memegang sesalinan perjanjian tersebut. Jadi, rujuk dan fahamilah tentang Akta Tanah GSA ini sebagai panduan.
LATAR BELAKANG
Akta ini
telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan dibawah artikel 76
Perlembagaan Persekutuan. Semasa penggubalannya akta ini dikenali sebagai Akta
13 yang mula berkuatkuasa pada 30.5.1960 di Semenanjung Malaysia kecuali di
Pulau Pinang dan Melaka (1.1.1966).
Akta ini
hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kerana Sabah dan Sarawak mempunyai
peruntukan-peruntukan undang-undang tersendiri. Akta ini telah dipinda beberapa
kali. Diantara pindaan yang terlibat ialah :-
- Akta 51/65 yang berkuatkuasa pada 15.9.1965, melibatkan pihak FELDA.
- Akta 521. – 29.5.1981
- Akta 541. – 14.5.1982
- Akta 853. – 16.7.1993
Akta ini
kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yang
mula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi
melalui pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.
MATLAMAT UTAMA AKTA TANAH
- Mewujudkan satu penempatan baru secara terancang dengan menyediakan sumber-sumber ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang.
- Membasmi kemiskinan terutama bagi penduduk- penduduk kampong tradisional.
- Mengatasi masalah kelaparan tanah dan agihan tanah yang tidak merata.
- Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pertanian dan eksport.
- Menggalakan perindustrian berasaskan pertanian.
KANDUNGAN AKTA
Terdapat 48
Seksyen dan 2 jadual. Pembahagian seksyen secara am adalah seperti berikut :-
Bahagian
1. – Permulaan.
Bahagian
2. – Penempatan Berkelompok.
Bahagian
3. – Pegangan Desa.
Bahagian
4. – Pendudukan, Pegangan Desa dengan Harapan Hakmilik.
Bahagian
5. – Pegangan Bandar.
Bahagian
6. – Am.
Bahagian
7. – Kawasan Pembangunan Persekutuan.
Bahagian
8. – Penyerahan Hak oleh penduduk mengharapkan hakmilik.
Bahagian
9. – Penamatan.
Di
dalam akta ini juga terdapat 2 buah jadual iaitu Jadual Pertama yang berkaitan
dengan penggunaan borang dan Jadual Kedua berkaitan dengan penyesuaian-penyesuaian
dengan kawasan pembangunan Persekutuan.
BEBERAPA ISTILAH JAWATAN PENTING
Pemungut
– sebarang Pentadbir Tanah (PT), Pegawai Tanah, Pegawai Daerah ataupun pegawai
lain yang dilantik di bawah undang-undang tanah negeri termasuklah Penolong PT
atau Penolong Pegawai Daerah.
Pengarah
– pegawai yang dilantik oleh PBN sebagai Pengarah bagi maksud akta ini.
Biasanya PTG bagi setiap negeri.
Pengurus
– dilantik oleh Pihak Pembangunan Persekutuan mengikut Sek.36 bagi sesuatu
kawasan pembangunan.
Pengerusi
– FELDA dan FELCRA
Menteri
– KTPK
BEBERAPA KONSEP PENTING
Bayaran
tahunan disatukan. Bayaran tahunan yang dikenakan di bawah seksyen 20 meliputi
pegangan desa dan pegangan bandar. Unsur-unsur bayaran ini ialah :-
- premium
- cukai tanah
- bayaran ukur
- bayaran perkhidmatan, harga alat dan perkakas
Untuk
tanah pegangan desa – bayaran secara ansuran dan bagi tanah pegangan bandar
pula cara bayaran ialah sekaligus. Jika ingkar pembayaran, boleh dianggap
sebagai melanggar syarat.
Kawasan
Pembangunan Persekutuan –
Bermakna
suatu kawasan penempatan yang diistiharkan melalui warta di bawah seksyen 4
bagi kegunaan-kegunaan di bawah sek.34(2).
Kawasan
Pembangunan Negeri –
Bermakna
kawasan yang diwartakan di bawah sek. 4 untuk dimajukan oleh pihak negeri.
Kawasan
Penempatan -
i.
Bandar. Sek.6
ii.
ii. Desa. Sek.5
AKTA TANAH (GSA) SKIM PERSEKUTUAN :
Mesti ada
satu perjanjian diantara PBN dan agensi pembangunan Persekutuan seperti Felda
dan Felcra.
Isi
kandungan perjanjian terkandung di dalam sek. 34 (1) a-g.
Apabila PBN
mengistiharkan sesuatu kawasan di bawah sek.4 akta GSA sebagai kawasan
pembangunan Persekutuan, maka kawasan itu akan terletak hak kepada agensi
berkenaan (Felda) menerusi pemakaian peruntukan sek.34 (2).
KUASA-KUASA FELDA
1. Pembahagian
kawasan penempatan. (Pengerusi).
2. Pembahagian
kawasan penempatan. (Pengerusi).
3. Kebenaran
menduduki pegangan desa. (Pengurus).
4. Penentuan
kawasan dan jumlah petak yang bersangkutan dengan pegangan desa. (Menteri).
5. Senggaraan
Daftar Pegangan Pegangan Desa. (Pengurus).
6. Penguatkuasaan
syarat.
7. Pengutipan
bayaran bayaran tahunan disatukan.
8. Penetapan
bayaran tahunan disatukan.
9. Pelepasan
kelayakan. (Menteri). Sek.19. Para 1 (1) jk.
10. Kelulusan serah hak :
o Pegangan
Desa. (Pengurus). Sek.24.
o Pegangan
Bandar. (Pengerusi). Sek.29. Para 2 & 4(1) jk.
11. Pemberian hak - pendudukan sementara. Sek.37 (b)
12. Penguatkuasaan - pendudukan haram. Sek.30. Para 4(1)
jk.
13. Mendengar rayuan - Menteri. Sek.39
Bila
bayaran tahunan disatukan telah selesai dibayar mengikut perjanjian, (Sek.34
(2)(d)), kawasan pembangunan tersebut akan terletak hak kembali kepada PBN.
Kuasa-kuasa Felda seperti yang dinyatakan di atas ditamatkan, (Sek. 34 (3).
PEMBERIMILIKAN
Di dalam
kawasan Felda, kuasa meluluskan pemberimilikan masih lagi di pihak PBN. [ Sek.
10 dan Sek. 38 (2) (k) ].
Pengurus
boleh membenarkan pendudukan ke atas pegangan desa selepas kelulusan
pemberimilikan. [ Sek.10 (1)(b) dan Sek.38 (2) ( ) ].
Felda tidak
meluluskan pemberimilikan. Syarat-syarat pemberimilikan dikenakan semasa
kelulusan, bukan pada masa tempoh pembayaran bayaran tahunan disatukan.
Pegangan
Desa Dengan Bayaran Tahunan Disatukan :
- Kelulusan dibuat sebelum penguatkuasaan KTN.
- Syarat pemberimilikan ialah :-
a) kawasan.
b) tempoh
milik.
c) kadar
cukai.
d) kadar
premium.
e) bayar btd.
f) syarat
nyata.
g) sekatan
kepentingan.
Pegangan
Desa Tanpa Bayaran Tahunan Disatukan :
- Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.
- Syarat sama kecuali bayaran tahunan disatukan.
Pegangan
Bandar
- Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.
- Syarat-syarat adalah sama kecuali bahagian syarat nyata.
Kelulusan
Selepas KTN :
I.
Pegangan Desa.
a. Syarat
sama.
b. Kenakan
kategori
II.
Pegangan Bandar.
a. Kenakan
kategori
b. Syarat
sama.
ISU & MASALAH :
- 1. Pengwartaan.
- 2. Senarai Daftar Pegangan.
- 3. Perletakan hak.
- 4. Syarat nyata.
- 5. Cukai.
- 6. Harta Pusaka.