Ahad, 25 Mac 2012
Ahad, 18 Mac 2012
AKU ADA FACEBOOK!!! KAU ADA???
Assalamualaikum w.b.t semua!
Amat seronok memiliki satu akaun facebook, semuanya ingin ditulis kat Wall.. sampai kalau boleh nak pergi tandas pun ingin ditulis di Wall.. hadoiiiiii..
Tahu kah anda?
Betapa seronoknya seorang anak muda berborak di sebuah restoran tentang kehebatan Facebook, Friendster, Twitter dll sehingga menimbulkan perasaan kurang selesa di kalangan pengunjung.. ‘Gila ka hapa diorang nih’. Tapi kita tidak boleh kata diorang gila kerana memang mereka ‘GILA’ kerana kegilaan kepada laman sosial kini bermula…


Facebook memang banyak kegunaannya, daripada yang muda sampai yang dah ‘tua bangka’ amat mengagumi kehebatan facebook.
ada yang menggunakannya untuk :
1. Mengembangkan rangkaian perniagaan
2. Mencari Jodoh
4. Mengimbau memori terdahulu
5. Meminta pendapat
6. Mengasah bakat menulis
7. Mengiklankan perkhidmatan/perniagaan
8. Mengetengahkan hasil karya
Namun ada juga yang menggunakannya untuk
9. Menunjuk-nunjuk kekayaan/kemewahan yang dimiliki
10. Mendedahkan diri mereka yang sebenar
11. Menyebarkan fitnah dan komplot jahat
12. Mengundang perompak/pencuri/penculik mengesan mereka
13. Menggambarkan kehebatan/keberanian diri mendedahkan gambar2 separa lucah milik diri sendiri.
14. Menjalinkan cinta dengan kekasih lama walapun kedua-duanya telah berkahwin.
15. Mewujudkan kembali ‘geng2 haram’ yang dulunya terpisah di alam nyata.
Demikianlah kegunaan facebook bagi orang kita, ternyata facebook juga ada kelebihan dan bahayanya yang tersendiri. Mungkin hari ini kita belum dengar penjenayah menggunakan platfrom facebook sebagai medium ‘mencari makan’. Keyakinan yang tinggi.. satu hari pasti ada! kalau tak percaya tunggu dan lihat.. penjenayah kini bukan lagi ‘bodoh’. Sudah ramai yang terpelajar.. Jika anda tidak menggunakan facebook dengan cara yang betul, andalah insan yang paling kurang pandai di DUNIA!!!